Nuffnang

VIDEO DAN GAMBAR : Kenyataan Polis Berhubung Remaja Hilang Di Villa Nabila!!



JOHOR BAHRU: Polis menafikan khabar angin sejak semalam kononnya terdapat sekurang-kurangnya 23 remaja dilaporkan hilang di banglo terbiar, Villa Nabila di sini.





[EKSKLUSIF] REMAJA YANG HILANG TELAH DITEMUI TETAPI BUKAN DI VILLA NABILA ! [SEBARKAN]

Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, Johor, selepas tengah malam tadi.

Pada ketika ini Izzat dan 2 rakan, lelaki dan perempuan sedang dirakamkan kenyataan di Balai Polis Bandar Dato On.

Nantikan sidang akhbar akan diadakan oleh Ketua Polis Johor.



Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd. Samad Salleh berkata, pihaknya setakat ini hanya menerima satu laporan polis daripada sebuah keluarga yang memaklumkan mengenai kehilangan anak mereka.

Norhayati Mohamad, 38 tahun, membuat laporan polis, anaknya, Mohamad Izzat Izzudin, 16 tahun, keluar dari rumah dan tidak pulang sejak Sabtu lalu.

Berikut video kenyataan polis berhubung kejadian tersebut.



Penjelasan polis mengenai kehilangan remaja di banglo terbiar, Villa Nabilla, JB.

read more...

IKLAN yang Menghina Islam!!!





read more...

KISAH DI SEBALIK VILLA NABILLA..... Menyimpan 1,000 Cerita..




Polis Sahkan bukan 23 orang, tetapi hanya serang yang "HILANG" selepas masuk ke Villa Usang ini.

Bagi penduduk yang berasal dari Johor Bahru, pastinya korang tahu kan misteri rumah banglo Villa Nabila nie. Sebenarnya saya ada cerita menarik yang ingin dikongsikan kepada korang semua disebalik misteri rumah banglo tersebut. 

Menurut cerita apa yang saya tahu, kalau masuk genap kat dalam rumah banglo tu, jadi ganjil. Macam mana tu? Hurm. Masuk 8 orang, tapi sampai dalam ada 9 pulak. Sorang lagi tu siapa? Peristiwa nie terjadi kepada seorang bekas mat rempit yang bernama Tyes Hades (bukan nama sebenar tapi boleh search kat facebook kalau korang nak tahu). Kisah ni berlaku ketika masa zaman rempitnya dulu. Mat rempit biasa lah, hati cekal dan kering. Dieorang akan cuba membuat sesuatu yangg orang lain tak berani nak buat. Kalau korang dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa-apa tu Alhamdulillah la kan. Kadang-kadang ada yang nak balik dari tempat tu, enjin kenderaan tak boleh nak start. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila.

Ada beberapa budak penakut yang saya dengar cerita nie lagi lah best, takut punya pasal, dieorang pilih cantik je iaitu pada bulan Ramadhan. Lepas dieorang bersahur kat Singgah Selalu (depan danga bay) pukul 2 pagi, dieorang terus buat rombongan Cik Kiah ke Villa Nabila. Nak tau apa terjadi? Lepas je matikan enjin nak ke rumah tu, tiba-tiba bumbung kereta dieorang kena ketuk. Lagi dasyat enjin kereta dia tak boleh nak hidup. Tapi Alhamdulillah, selepas beberapa doa di baca, enjin kereta pun hidup dan mereka membatalkan hasrat untuk menjejak kan kaki ke dalam Villa Nabila tu.

Untuk pengetahuan korang, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila dan yg ketiga agak dalam sedikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor yang khabarnya mempunyai cerita mistik jugak. Tapi yang paling cerita mistik yang paling top sekali banglo Villa Nabila la. Pasal rumah doktor tu pon ada jugak. Tapi Saya masih tak berapa tahu sangat berita mengenainya.

Mengapa Villa Nabila begitu mistik? Apakah punca dari mulut ke mulut yang sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yang tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila. Lama juga tertanam di dalam dinding rumah berkenaan. Sehinggalah polis dapat selesaikan kes ini.




read more...

KARPAL PERLU MINTA MAAF!!!! Tiada Cara Lain!!




KUALA LUMPUR 17 Nov. - Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob mempertahankan dakwaannya sebelum ini bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh berbohong apabila menafikan beliau meminta pendaftaran Pas dibatalkan.

Sehubungan itu, Raja Ahmad Iskandar menegaskan, Dewan Pemuda Pas mendesak kepemimpinan DAP mengarahkan Karpal meminta maaf kepada Pas dalam tempoh lima hari mulai hari ini.

Menurut beliau, sekiranya Karpal gagal berbuat demikian, Dewan Pemuda Pas akan mengambil tindakan susulan termasuk kemungkinan memanjangkan perkara itu kepada Majlis Syura Ulama untuk tindakan selanjutnya.

"Kami menuntut kepemimpinan DAP meminta Karpal memohon maaf kepada Pas dan menarik balik kenyataan terbaharunya tentang tidak perlu diwujudkan parti politik yang diasaskan kepada pertimbangan keagamaan di Malaysia.

"Dan juga mengenai hasrat beliau untuk pada akhirnya menghapuskan secara mutlak dari medan politik Malaysia parti yang diasaskan kepada pertimbangan keagamaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Raja Ahmad Iskandar mendakwa, beliau mempunyai cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Karpal di Pulau Pinang, 5 November lalu bagi membuktikan Ahli Parlimen Gelugor itu berbohong.

Karpal sebelum ini pernah menafikan beliau meminta pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum dan agama termasuk Pas, dibatalkan kerana membahayakan negara.

Sebaliknya, Karpal dalam kenyataannya semalam memberi amaran supaya Raja Ahmad Iskandar berhati-hati dalam membuat kenyataan sambil menuduhnya berbohong serta mencabar pemimpin muda Pas itu mengeluarkan keseluruhan transkrip sidang akhbar berkenaan.

Walau bagaimanapun, merujuk kepada petikan transkrip terjemahan bahasa Melayu yang dilampirkan bersama kenyataan Raja Ahmad Iskandar, Karpal berkata:

"Ia boleh, memang, seperti saya katakan sebelum ini. Bergerak di atas garis-garis keagamaan, perkauman, adalah satu perkara yang sangat membahayakan di dalam sebuah masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama seperti masyarakat kita. Saya fikir masanya mungkin sudah tiba bagi semua parti perkauman untuk dibatalkan pendaftarannya, ini malangnya merangkumi Pas juga. Kita perlu bersikap praktikal, kita perlu bersikap praktikal, jika kita mahu sebuah negara yang bersatu padu maka kita mesti mempunyai parti-parti yang berbilang kaum."

Raja Ahmad Iskandar menambah, kenyataan Karpal yang berdegar-degar itu tidak mampu mencalarkan pendiriannya walau sedikit pun.

"Hakikat yang tidak mampu diubah oleh sesiapa, malah tidak sama sekali dinafikan oleh Karpal sendiri dalam kenyataan terbaharunya ialah bahawa beliau dalam sidang akhbar pada 5 November memang memasukkan Pas ke dalam senarai parti perkauman dan keagamaan yang perlu dibatalkan pendaftarannya," ujarnya.


read more...

BONGKAR!! Pengusaha Iklan Dedah Kematian Beng Hock Dan Kaitan Dengan DAP!!





Pengarah Syarikat Banner King, Chan Boon Tong mendakwa DAP telah meminta komisen sebanyak 30 persen daripada syarikatnya untuk membuat sepanduk kempen pilihanraya umum pada tahun 2008.

Menurutnya, wakil DAP yang berunding dengannya telah meminta komisen dinaikkan sebanyak 30% untuk mendapatkan kontrak tersebut.

“Saya menolak tawaran tersebut dan ekoran itu, syarikat saya dimalukan oleh mereka beberapa kali,” kata Chan dalam satu kenyataan media.

Chan yang mendapat kontrak Majlis Perbandaran Pulau Pinang turut mendakwa bahawa peluang perniagaan pengiklanan semakin berkurangan kerana peluang pengiklanan itu telah dimonopoli oleh pihak tertentu dari DAP.

“Sebagaimana anda tahu, sekarang ini syarikat pengiklanan baru di bawah kontrol DAP dan mereka mengambil perniagaan kecil seperti syarikat saya.

Hai... kerja-kerja merepek begini yang sampai Teoh Beng Hock mati. Tak belajar-belajar lagi DAP.

read more...

ISLAM TERUS DIPERSENDA!!! Apa Lagi Mereka Mahu???





Teet from Lawyers For Liberty (@lawyers4liberty)
"Hati2 ketika berkhalwat, anda mungkin ditembak penguatkuasa Islam" - amaran sebegini harus dipamer di semua hotel budget, 5 star tak perlu



Apa lagi maksud yang hendak ditunjukkan ni? Tak cukup ke lagi dok menghina Melayu dan Islam?

Jangan bikin panas laaa...

Perlu ke nak jaga hati mereka ni?
Perlu ke bagi mereka tanglung untuk gembirakan mereka?

read more...

VIDEO : Ajaran Syiah Di Sebarluas Ke Singapura!!


MELAKA: Ketua ajaran syiah di Melaka didakwa sedang bergiat aktif menyebarkan ajaran berkenaan di Singapura.

Suspek dikenali Abas Ismail atau Arrafi sebelum ini telah dipanggil Jabatan Mufti Negeri bagi menjalani pemurnian akidah.

Semasa sesi berkenaan dilakukan, individu berkenaan masih berpegang konsep taqiyyah dengan berpura-pura insaf.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top