Nuffnang

DANA PEMBANGUNAN : DAP KECAM KERAJAAN, TAPI SENDIRI TARAK BETUL MAA..




DAP hari ini mengecam peruntukan pembangunan oleh kerajaan persekutuan kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) disalurkan kepada Ketua Bahagian Umno kerana menurutnya perbuatan tersebut adalah satu pengkhianatan kepada rakyat.

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto (gambar) berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menderhaka kepada 51% rakyat apabila mereka telah mengundi untuk perubahan dan menolak Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.

"Amat menjengkelkan apabila 51% rakyat sudah terang-terangan menolak Umno-BN, wang rakyat diserahkan kembali kepada Umno yang mempunyai sejarah 56 tahun pecah amanah kepada rakyat.

"Beranikah Najib menyerahkan kesemua wangnya kepada seorang perompak yang mengamalkan budaya rasuah? Di manakah transformasi Perdana Menteri dan kerajaa, jika ideologi politik kalut masih dipegang sebagai asas hidup BN terutama sekali oleh Umno Baru yang masih mengamalkan politik lama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kasthuri berkata harapan rakyat terus dicabuli oleh satu rejim yang terus merompak dan menyapu hasil pembayar cukai ke dalam kantung mereka sendiri.

Katanya, pendirian ahli parlimen PR adalah peruntukan pembangunan mesti disalurkan kepada rakyat dan bukannya mana-mana parti politik BN supaya ia dapat digunakan bagi tujuan pembangunan dan keutamaan masyarakat di kawasan tersebut.

"Berapa lama lagi Najib dan konco-konconya akan terus menyeleweng dan memboroskan wang titik peluh rakyat marhaen? Kami, ahli parlimen PR berhak untuk mendapatkan peruntukan tersebut secara langsung tanpa melalui mana-mana parti politik BN.

"Pendirian yang menjjijikkan ini sudah lama membarah dan hakikatnya, rakyat jelata terus dianiaya oleh rejim BN yang kalau tak merompak daripada rakyat, tak sah ianya BN," katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan berhubung penyaluran peruntukan kepada ahli parlimen menyatakan kerajaan persekutuan telah mengagihkan peruntukan sejumlah RM1 juta sejak Mei 2013 bagi semua ahli parlimen, termasuk daripada PR selepas pilihan raya umum lalu.

Namun peruntukan RM1 juta itu dipertikaikan oleh ahli parlimen PR setelah ia terletak di bawah bidang kuasa Pegawai Pembangunan Negeri bagi setiap negeri di bawah pentadbiran PR untuk tujuan pembangunan.

Ceh....Pum Pang..Pum Pang.... Kerajaan Negeri Selangor, Kelantan Dan P. Pinang amacam?


Sebelum ini, Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid menyifatkan keputusan kerajaan negeri menyalurkan peruntukan tahunan kepada semua Adun BN itu sebagai tidak ikhlas.

Beliau berkata tawaran itu juga bukan satu bentuk pendamaian tetapi untuk kepentingan politik agar rakyat memandang rendah kepada Adun BN.

"...jika betul ikhlas dan adil hendaklah diberi jumlah yang sama kepada semua. Ini sekadar melepas batuk di tepi tangga dan seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang dilapor berkata kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan RM40,000 setahun kepada setiap Adun BN di negeri itu untuk tujuan pembangunan kecil, bermula tahun depan.

Lim juga dilapor berkata beliau mahu Adun BN menyertai mesyuarat kerajaan negeri kerana bimbang Adun pembangkang terbabit tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP). 

Mengulas lanjut, Jahara yang juga Adun Teluk Air Tawar berkata semua Adun BN mahu peruntukan itu disalur terus kepada pejabat daerah di kawasan mereka.

Ini katanya, bagi membuktikan Adun BN tidak seperti yang didakwa oleh Lim bahawa mereka mengamalkan perbelanjaan tidak bersih selain menggunakan peruntukan untuk kepentingan peribadi.

"Ini satu tuduhan tanpa bukti yang melulu dan amat serius bertujuan menimbulkan persepsi negatif rakyat di Pulau Pinang terhadap semua Adun BN.

Tuduhan ini juga berniat jahat dan mempunyai unsur menghasut serta memutar belit fakta supaya rakyat mempercayai perkara yang sama sekali tidak benar," katanya. 

Beliau berkata, selama ini segala peruntukan kerajaan persekutuan yang disalurkan kepada Adun BN diberi menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan dikeluarkan mengikut SOP sedia ada yang telus. 

"Tidak ada sebarang peruntukan yang disalurkan terus kepada Adun-Adun BN secara peribadi dan kerajaan negeri baru nak buat garis panduan, kenapa perlu buat SOP untuk Adun-Adun BN?" katanya.

YB Kasturi Pattoo ni sebenarnya nak "SMASH" TOKONG GUAN ENG KER???

Hehehe....
read more...

KESIAN!!! Akibat Mak Bapak Pentingkan Harta Dunia??






Budak ini baru darjah dua, sesi persekolahan dah tamat pukul 6.40pm, stakat pukul 8.00 pm, parent dia tak dtg ambik lagi, menurut kata pak guard india ini perkara biasa, malah ada kes yg lebih teruk drp budak ini, sampai pukul 10.00 pm pun tak ada siapa yg ambil dia.

Mujur pak guard ini seorang yg jujur dan amanah, stakat ini semua kes parent ambik lewat belum ada masalah,tapi sampai bila nak biar mcm ni? agaknya nak suruh cikgu hantar kot...atau mungkin kementerian perlu perkenalkan sistem online e-hantor murid balik rumah. - SUMBER

Penulis dah tak tahu nak cakap apa lagi. Sedih bro... Betul mencari nafkah tugas ketua keluarga dan tambah-tambah kalau hidup di kotaraya atau di bandar-bandar besar. Tapi nasib anak-anak kita sebagai pewaris dan masa depan serta keselamatan mereka juga perlu diutamakan.

Maaflah, bukannya penulis minta sesuatu yang tidak diingini berlaku. Bayangkan kalau......

Macam-macam boleh berlaku beb!!

Nau'uzubillah.

read more...

TIDAK GENTAR!!! 9 VS 1 - Fathul Bari Sedia Bahas Enakmen Anti Syiah!!





Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya menyahut cabaran untuk bersemuka dengan sembilan Adun Pas Kedah bagi membahaskan isu enakmen anti Syiah.

Beliau sedia berhadapan dengan pembangkang bagi menjelaskan isu itu walaupun dengan ‘sembilan lawan satu’.

“Saya boleh bersemuka dengan mereka dan saya sedia terima jemputan itu. Mereka boleh menulis surat dan menelefon saya untuk memaklumkan mengenai perkara itu terlebih dahulu.

“Kalau boleh, berilah saya cadangan beberapa tarikh untuk saya lihat mana yang sesuai supaya hasrat itu dapat direalisasikan.”

Fathul Bari bersetuju bersemuka dengan Adun Pas kerana ingin memastikan enakmen itu yang sudah diluluskan dapat diperkasakan lagi di Kedah.

“Saya bukan nak babitkan Pas mahupun mana-mana pihak, tapi dalam soal Syiah ini kita perlu bersama melangkaui sempadan politik,” katanya.

Semalam, Adun Pas mempelawa Fathul Bari bersemuka berikutan penulisannya di dalam akhbar ini, baru-baru ini berhubung sembilan Adun Pas menolak enakmen anti Syiah yang dibentangkan di Dun Kedah disifatkan tidak bertepatan dengan situasi sebenar.

Menurut laporan itu, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa berkata, Fathul Bari boleh bercakap mengenai isu Syiah dibincangkan dalam masyarakat, tetapi tidak boleh mengaitkan Adun Pas membantah undang-undang itu.

Untuk itu, Mohd Nasir yang juga Setiausaha Adun PR Kedah akan menulis surat untuk mengadakan perbincangan dengannya - SUMBER
read more...

NAIK HARGA!!! Menteri - Jangan Makan Produk KIMBALL!!




Terkini......Sos Thai, Cili dan Tomato Kimball akan dinaikkan harga bermula 1 Disember 2013. Berikut adalah notis yang dikeluarkan oleh Campbell Soup bertarikh 28 Oktober 2013 yang memberikan butiran terperinci senarai produk dan harga baru masing-masing.

Selamat Berbelanja...Hahaha....




Maka Si Menteri Yang Berkaitan Pula Akan Berkata-Kata, Wahai Rakyat Serta Warga Malaysia Yang Dikasihi......

Jauhilah Sos Serta barangan keluaran Kimball kerana anda semua mempunyai pelbagai pilihan lain yang ada di pasaran, boleh buat sos sendiri ATAU yang terbaik sekali JANGAN MAKAN SOS!!

Hahaha.....

Ketika ini memikirkan kemana perginya skuad sukarelawan pemantau harga yang diwujudkan dan peranan yang dimainkan.
read more...

APA KES? Ust. Kazim Elias "PERLI" Anwar Ibrahim!!!





SENYUM...SENYUM...SENYUM.... Tak Perlu Kata Apa-Apa...


Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara dari politik walaupun pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya. Lantas beliau tidak menghiraukan janji awalnya akan bersara jika tidak dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Kah..Kah...Kah...

Sebagai seorang pemimpin, Anwar sepatutnya mengotakan kata-kata dan janjinya untuk bersara dari dunia politik tanahair dengan menjadi pensyarah, dan bukannya cuba untuk menafikan kekalahannya itu dengan menghasut rakyat dan menyalah pihak lain.

Tapi Anwar tidak mahu bersara kerana mendakwa Pakatan Pembangkang menang dalam PRU ke 13 baru-baru ini dengan melemparkan tuduhan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengatakan SPR tidak telus dan sebagainya.

Ada pepatah pujangga yang mengatakan, sekiranya kita tidak dapat apa yang kita mahu, maka bersyukurkan dengan apa yang kita ada pada hari ini. Sepatutnya Anwar begitu. Jika beliau gagal ke Putrajaya, Anwar tidak sepatutnya kecewa sebaliknya perlu bergembira kerana beliau masih lagi ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang.

Setiap dari kita kena berusaha. Selepas berusaha, sekiranya Allah mentakdirkan kegagalan pada kita, maka kita sebagai orang Islam perlulah menerimanya dan reda dengan keputusan itu. Pastinya setiap kejadian itu ada hikmahnya dan begitu juga dengan kekalahan pakatan ada hikmahnya.

Anwar Oh Anwar...
read more...

SEBARKAN!!! Lakaran Imej Pembunuh Pegawai Kanan JAIP @PDRM


Lakaran wajah suspek


KUANTAN: Polis Pahang hari ini mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abd Malek, Ahad lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.

"Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya pada sidang media sebentar tadi - BH
read more...

SEBARKAN!! Wajah Dalang Pembunuhan Pegawai AmBank!!! @PDRM






Joemar (nama samaran)

Ada lagi Sorang rupanya!!




Untuk maklumat semua. Pihak polis sedang memburu suspek yang bekerjasama dengan pembunuh pegawai bank itu. Nama suspek ialah joemar yang dipercayai membekalkan kad pengenalan palsu kepada suspek.



Pump Gun yang digunakan dalam kejadian rompakan dan menembak mati pegawai AmBank, Norazita Abu Talib ditemui di dalam longkang di USJ Sentral iaitu 500 meter dari lokasi kejadian


read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top