Nuffnang

MUHARRAM : Ketahui Amalan-Amalan Sunat Di Dalamnya




Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya. 
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X. 
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram): 

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”





DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


read more...

APA YG KO DAPAT? : POLIS Tahan Suspek Tumbuk Wanita UMNO Di PRK Sg Limau!!!



YAN: Seorang lelaki yang terlibat dalam kes tumbuk seorang Anggota Jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Batu di hadapan Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka di sini pagi Isnin, ditahan polis kira-kira enam jam selepas kejadian itu.

Suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan di sekitar kawasan Ulu Sedaka pada pukul 3.30 petang dan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pihak polis menggiatkan usaha menjejaki lelaki tersebut setelah menerima laporan mangsa kira-kira pukul 11 pagi.

"Setelah siasatan dijalankan, polis berpuas hati dan membebaskan (suspek) dengan jaminan polis. Namun kita ada hak memanggil semula suspek pada bila-bila masa sahaja jika perlu bagi meneruskan siasatan," katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Daerah Yan pada Isnin.

Pagi Isnin, Norsidah Abu Bakar yang juga Ketua Wanita Cawangan Bandar Baru Sentul (1C) mendakwa ditumbuk penyokong PAS ketika merayu undi di hadapan sekolah itu.





Menyentuh mengenai jumlah laporan polis dari tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 23 Oktober lepas hingga pengundian ditutup 5 petang Isnin, katanya sebanyak 155 laporan polis telah dibuat.

"Pelbagai kes dilaporkan namun semua bukanlah melibatkan kes yang berat," katanya.

Ketika ditanya mengenai sama ada isteri bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah tampil membuat laporan polis mengenai adanya pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan namanya, Ahmad berkata tiada sebarang laporan diterima setakat ini.

Katanya, pada Isnin polis hanya menerima dua laporan iaitu kejadian tumbuk dan kes mencabut bendera parti.

PRK DUN Sungai Limau pada Isnin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan Mohd Azam Abd Samat dari PAS dengan Mohd Azam Memenanginya dngan majoriti 1,084.- BERNAMA
read more...

KELUAR PKR : TAMPARAN BUAT ANWAR DI SABAH!!




Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Jeremmy Malajad pada Isnin mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Jeremmy yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah berkata perkara itu berkuat kuasa pada Isnin.

Beliau yang disertai oleh kira-kira 50 bekas pemimpin PKR Kadamaian berkata demikian dalam sidang media, di sini.

Menurutnya keputusan beliau keluar daripada PKR adalah bagi memenuhi harapan rakyat di kawasannya yang mahukan pembangunan.

"Sebagai wakil rakyat yang baru dipilih oleh rakyat, saya sedar tentang harapan tinggi rakyat di kawasan yang saya wakili untuk melihat perubahan dalam bidang pembangunan khususnya kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, klinik desa dan banyak lagi pembangunan luar bandar yang menjadi isu semasa yang sentiasa dilaung-laungkan masyarakat Kadamaian," katanya.

Jeremmy berkata, kejayaan BN menangani pelbagai isu yang dibangkitkan di negeri itu semasa pilihan raya umum ke-13 membuatkan beliau meneliti semula kedudukannya sebagai wakil rakyat PKR.

"Saya sudah berjanji untuk menjadi wakil rakyat terbaik dalam memberi sumbangan dan khidmat yang diperlukan oleh rakyat, dan saya percaya rakyat di Sabah semakin yakin dengan pendekatan dan kesungguhan kerajaan BN dalam menyelesaikan isu berbangkit," katanya.

Sambil menyatakan komitmennya tidak berubah dalam membantu rakyat di kawasannya, Jeremmy berkata beliau mahu terlibat secara langsung bagi merealisasikan pelbagai program transformasi yang dilaksana oleh kerajaan BN.

Dalam pilihan raya umum lepas, Jeremmy memperoleh 5,877 undi berbanding penyandang Timbon@Herbert Langadan daripada BN yang menerima 4,988 undi dalam pertandingan empat penjuru. 

Sebelum ini, Ketiadaan dua pemimpin PKR Sabah pada pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hujung minggu lalu sekali lagi bagai mengiyakan bahawa kedua-dua pemimpin itu tidak berpuas hati dengan parti itu.

Kedua-dua Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) ini - Jailani Hamdan (Matunggong) dan rakan sejawatannya, Jeremy KOTA KINABALU: Ketiadaan dua pemimpin PKR Sabah pada pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hujung minggu lalu sekali lagi bagai mengiyakan bahawa kedua-dua pemimpin itu tidak berpuas hati dengan parti itu.

Kedua-dua Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) ini - Jailani Hamdan (Matunggong) dan rakan sejawatannya, Jeremy Malajad @ Malazad (Kadamaian), dikatakan berada di ambang untuk meninggalkan PKR.

Ketika dihubungi, Jailani memberitahu 'The Star', "Saya belum mencapai tahap itu lagi. Walau bagaimanapun saya tidak menolak kemungkinan meninggalkan parti."

Jailani berkata, beliau dan Jeremy tidak menghadiri mesyuarat perhubungan PKR Sabah dengan Anwar pada Sabtu (1 Oktober) kerana mereka melihat tidak ada gunanya untuk mereka menghadirinya.

"Kami tidak boleh bekerja dengan ketua PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin lagi," katanya, Isnin.

Beliau berkata, Anwar dan Lajim telah mengabaikan panggilan berulang mereka untuk mendapatkan wakil yang lebih baik untuk masyarakat Kadazandusun - Rungus dalam barisan kepimpinan negeri.

Khususnya, Jailani berkata, mereka telah meminta jawatan timbalan pengerusi PKR diisi wakil Kadazandusun - Rungus seperti mana yang dijanjikan Lajim tetapi kemudiannya melantik Adun Api-Api, Christina Liew.

"Saya tidak menentang sesiapa tetapi terdapat tiga Adun dan ahli Parlimen daripada masyarakat Kadazandusun - Rungus dalam PKR. Apa yang kita minta adalah keadilan," katanya.

Beliau berkata sebagai ketua PKR Sabah, Lajim sengaja mengenepikan pemimpin Kadazandusun dan Rungus.

Beliau berkata, Anwar juga telah menamakan Lajim sebagai ketua pembangkang di Sabah tanpa berunding dengan Adun PKR dan DAP dengan sebaiknya.

Jailani berkata, ramai di kalangan Adun PKR dan DAP tidak memihak kepada Lajim yang menjadi ketua pembangkang.

"Malah di peringkat awal perbincangan nama Lajim tidak disuarakan tetapi tiba-tiba beliau dinamakan sebagai ketua pembangkang," katanya. @ Malazad (Kadamaian), dikatakan berada di ambang untuk meninggalkan PKR.


Ketika dihubungi, Jailani memberitahu, "Saya belum mencapai tahap itu lagi. Walau bagaimanapun saya tidak menolak kemungkinan meninggalkan parti."

Jailani berkata, beliau dan Jeremy tidak menghadiri mesyuarat perhubungan PKR Sabah dengan Anwar pada Sabtu (1 Oktober) kerana mereka melihat tidak ada gunanya untuk mereka menghadirinya.

"Kami tidak boleh bekerja dengan ketua PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin lagi," katanya, Isnin.

Beliau berkata, Anwar dan Lajim telah mengabaikan panggilan berulang mereka untuk mendapatkan wakil yang lebih baik untuk masyarakat Kadazandusun - Rungus dalam barisan kepimpinan negeri.

Khususnya, Jailani berkata, mereka telah meminta jawatan timbalan pengerusi PKR diisi wakil Kadazandusun - Rungus seperti mana yang dijanjikan Lajim tetapi kemudiannya melantik Adun Api-Api, Christina Liew.

"Saya tidak menentang sesiapa tetapi terdapat tiga Adun dan ahli Parlimen daripada masyarakat Kadazandusun - Rungus dalam PKR. Apa yang kita minta adalah keadilan," katanya.

Beliau berkata sebagai ketua PKR Sabah, Lajim sengaja mengenepikan pemimpin Kadazan dusun dan Rungus.

Beliau berkata, Anwar juga telah menamakan Lajim sebagai ketua pembangkang di Sabah tanpa berunding dengan Adun PKR dan DAP dengan sebaiknya.

Jailani berkata, ramai di kalangan Adun PKR dan DAP tidak memihak kepada Lajim yang menjadi ketua pembangkang.

"Malah di peringkat awal perbincangan nama Lajim tidak disuarakan tetapi tiba-tiba beliau dinamakan sebagai ketua pembangkang," katanya.
read more...

KEPUTUSAN TERKINI PRK N20 : SUNGAI LIMAU KEKAL MILIK PAS

Keputusan Terkini PRK N20 Dun Sungai Limau

Sehingga jam 8.30 mlm :

50 peti undi telah selesai dikira dengan baki 9 dalam proses pengiraan.


Menurut laporan tidak rasmi, pada jam 7.30 malam tadi, calon PAS menang dengan majoriti 1,084 undi.




* peratus pengundi muda yang keluar mengundi meningkat dari 9,123 kepada 11,311 (16.95 %) dari jumlah pengundi muda berdaftar 12,902 orang.

* faktor "PAS TULI" di kubu kuat mereka nampaknya mempengaruhi keputusan PRK N20 Kali ini walaupun pengundi muda menampakkan peningkatan sokongan
read more...

NAIK LAGI!!! 600 Ribu Penjawat Awam Bakal Terima Kenaikan Gaji





PUTRAJAYA 1 Nov. - Lebih 600,000 penjawat awam akan mendapat faedah perkhidmatan baharu berikutan langkah kerajaan melaksanakan penambahbaikan kepada 81 skim perkhidmatan awam sedia ada.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, antara faedahnya ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan penggabungan serta pindaan nama beberapa skim perkhidmatan.

“Serentak itu, 613,782 penyandang skim perkhidmatan awam terbabit akan diberikan surat tawaran melalui jabatan masing-masing dalam bulan ini.

“Mereka diberikan tempoh selama sebulan selepas menerima surat tawaran itu untuk membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Langkah penambahbaikan itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2014 di Parlimen pada bulan lalu.

Berikutan penambahbaikan itu, kerajaan berjaya mengurangkan bilangan skim perkhidmatan sedia ada daripada 274 kepada 249 mulai 1 Januari depan. Mohamad Zabidi berkata, JPA akan memaklumkan pelaksanaan tersebut kepada Ketua Setiausaha kementerian dan ketua jabatan yang berkaitan dalam tempoh terdekat ini.

“Kita juga akan mengadakan perjumpaan dengan semua bahagian sumber manusia kementerian dan jabatan untuk menerangkan langkah penambahbaikan itu," katanya.
read more...

BERAKHIR SUDAH : Pusat Mengundi PRK Sg Limau DITUTUP!!




YAN: Kesemua 17 pusat mengundi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau ditutup pada 5 petang Isnin setelah dibuka sejak 8 pagi.

Pusat mengundi itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Buloh; SK Sungai Dedap; Sekolah Menengah Agama Nahdzah; SK Bukit Besar; SK Simpang Tiga Sungai Daun; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Aik Min; SK Haji Kassim Jasin; SK Sungai Daun Tengah; SK Sungai Limau; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Limau; SK Sungai Kering; SK Ulu Sedaka; SMK Batu 17, Padang Lumat; SK Padang Lumat; SJKC Pei Hwa Batu 17, Gurun; SK Dulang dan SMK Dulang.

Proses pengundian pada Isnin yang mulanya berjalan lancar turut dicemari beberapa insiden provokasi membabitkan perang mulut antara penyokong kedua-dua parti yang bertanding iaitu Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Malah Ketua Wanita cawangan Bandar Baru Sentul (1C), Kuala Lumpur Norsidah Abu Bakar dilaporkan ditumbuk penyokong PAS ketika merayu undi di hadapan Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka di sini, Isnin.

Sementara itu, jalan-jalan di sekitar kawasan Sungai Limau turut sesak dipenuhi kenderaan pengundi serta penyokong BN dan PAS sejak pagi tadi, dan telah menyebabkan pengundi mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di sini, dan keputusan rasmi dijadual diketahui seawal 9 malam.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samat.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang merupakan wakil rakyat kawasan itu sejak 1995.

Dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas, Azizan menang dengan majoriti 2,774 undi dalam pertandingan empat penjuru. - BERNAMA
read more...

VIDEO DAN GAMBAR : LihatLah Sikap Melampau Peraih Undi PAS. MEMALUKAN ISLAM JE!!!





Politik damai yang digunakan oleh penduduk di Sungai Limau akhirnya tercemar apabila terjadinya beberapa kes tumbuk menumbuk di kawasan berhampiran pusat mengundi. 

Kes pertama di Ulu Sedaka apabila jentera Wanita UMNO bernama Kak Shida ditampar dan ditumbuk sebanyak 3 kali oleh jentera Pas semasa merayu undi.

Kes kedua di Sekolah Kebangsaan Dulang apabila seorang pemuda yang memakai baju biru telah halang untuk mengundi dan dikepung. Terjadinya tolak menolak dan tumbuk menumbuk, akhirnya dileraikan oleh polis yang menjaga dikawasan terbabit.






Video pemuda tempatan di sekat dari membuang undi, provokasi melampau dari jentera luar untuk menghalang pemuda UMNO.



read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top