Nuffnang

30 BULAN PENJARA BUAT PEMIMPIN HINDRAF P. UTHAYAKUMAR





Pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) P Uthayakumar dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan selepas didapati bersalah membuat kenyataan hasutan pada 2007.

Beliau didakwa memuatkan bahan hasutan dalam surat yang ditulis antara 15 November hingga 8 Disember 2007 kepada perdana menteri British ketika itu Gordon Brown, yang mendakwa terdapat pembersihan etnik India miskin di Malaysia. 

Dia juga memuatkannya di laman web Police Watch yang tidak lagi beroperasi.

Pada Isnin, Uthayakumar menolak untuk menyambung pembelaannya atas alasan bahawa keadaan kes itu tidak membenarkannya untuk meneruskannya. Dia juga enggan membuat penghujahannya pagi ini.

Kes itu dikendalikan oleh Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.


read more...

PHEWITT!! Amy Search BANTAI Anwar Dalam Instagram!!



Instagram Amy Search...

read more...

DUSTA DAN FITNAH!! HARAKAH DIKECAM PEMBACANYA SENDIRI!!




Harakah dan PAS berbangga kerana kononnya mereka turut berjaya mengesan bukti warga Bangladesh yang jadi pengundi hantu dengan memaparkan gambar diatas di Facebook mereka. 

Sebagai pejuang daulah islamiah, PAS dan Harakah tidak sedikit pun rasa bersalah menuduh masyarakat Orang Asli sebagai pengundi hantu atau Bangla. Ini juga menunjukkan mereka sanggup menghina masyarakat Orang Asli secara keterlaluan, hanya berdasarkan warna kulit.

Dibawah ini adalah komenter serta teguran dari penyokong PAS terhadap fitnah melampau yang dibuat Harakah.





- SUMBER



BB : HARAMKAH!! KAH...KAH..KAH... FITNAH DAN DUSTA MAINAN MEREKA JUGA RUPANYA!!! ADA KELUAR PENATIAN ATAU RALAT TAK?

KAH..KAH...KAH...
read more...

SEORANG KRITIKAL, SEORANG TERBUNUH!! NASIB PENDAKI MALAYSIA DI EVEREST


NEW DELHI, Keadaan cuaca buruk telah mengendalakan misi menyelamat dua pendaki Malaysia, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal dan seorang lagi disahkan meninggal dunia.

"Proses membawa keluar mereka sedang diusahakan tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk memindahkan jenazah pendaki muda itu manakala seorang lagi dalam keadaan kritikal," kata seorang pegawai Malaysia di Kathmandu, Nepal.

Pendaki yang meninggal dunia ialah Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, kakitangan Perbadanan Putrajaya.



Gambar Hiasan


Kedua-dua pendaki mengalami penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness) semasa dalam perjalanan ke kem pangkalan Gunung Everest dan seorang meninggal dunia pada 5 petang (waktu Nepal) pada Isnin, katanya kepada Bernama ketika dihubungi Selasa.

"Pintu keluar terdekat ialah Lapangan Terbang Lukla. Kami perlu tunggu sehingga keadaan cuaca bertambah baik sebelum kami boleh membawa balik jenazah dan rakyat Malaysia yang sakit teruk ke Kathmandu."

Lapangan Terbang Tenzing-Hillary, juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Lukla, adalah sebuah lapangan terbang kecil di bandar Lukla, di Khumbu, daerah Solukhumbu, zon Sagarmatha, timur Nepal.

"Proses menghantar mereka pulang ke Malaysia hanya boleh dilakukan sebaik mereka berada di Kathmandu," kata pegawai itu.



-- BERNAMA
read more...

CEDERA!! KETUA BALAI DITEMBAK KETIKA BERCUTI



ALOR SETAR – Ketua Balai Polis Senai, Johor cedera ditembak ketika cuba menghalang dua penjenayah melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di Batu 4, Jalan Kuala Sungai di sini petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, Inspektor Zuwairi Ramli, 30, cedera di tapak tangan kanan dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Semasa kejadian, pegawai polis yang sedang bercuti bersama keluarganya itu dalam perjalanan pulang ke Johor selepas menghantar rombongan pengantin ke Pulau Langkawi.

Zuwairi dikatakan turun dari kereta dan menuju ke kedai tersebut selepas beliau berasa curiga melihat dua lelaki berada di dalam premis berkenaan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, Zuwairi yang berjalan menuju ke kedai itu terus ditembak oleh salah seorang penjenayah yang ketika kejadian mahu meninggalkan kedai emas tersebut. - KOSMO!

read more...

PENGHINAAN YDP AGONG : KENYATAAN RASMI PDRM


TAHNIAH PDRM YG JLNKAN TUGAS DGN PANTAS !
TANGKAP KEEMPAT2 SEKALI HUMBAN DLM LOKAP !
BARU YG LAIN ADA PERASAN TAKUT DAN HORMAT KEPADA UNDANG2 KITA




Sorang sudah....  4 bakal menyusul...


Keempat-empat individu itu dicari setelah memuat-naik komen yang didakwa mempunyai unsur menghina Yang di-Pertuan Agong pada salah satu status Facebook milik wanita terbabit.

Difahamkan, suspek wanita itu ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 pada pukul 9.30 pagi ini di sekitar Ampang.

Semoga apa yang berlaku ini jadi pengajaran pada mereka-mereka yang rasa diri tu hebat sangat dengan ada nya kes-kes seperti ini dapatlah menjadi ikhtibar agar dalam berpolitik jangan sampai buat benda2 yang menyalahi Undang-undang Negara sehinggakan Nasihat Agong yang mahu kita bersatu pun nak ditentang sedar2lah Parti yang anda sokong tu yang Untung anda dapat apa ??? dapat masok lokap jadi berpolitiklah dengan bijaksana dan hasanah nescaya cahaya kebenaran itu akan terserlah.

Seperkara yang harus di ingat ianya bukan sahaja tentang apa yang rakyat mahu lihat dan rungutan kebanyakkan darinya tetapi turut melibatkan maruah serta kredibiliti institusi keselamatan negara khususnya mereka-mereka yang bertanggungjawab.

Jangan berlembut dengan mereka yang terang dan jelas melakukan kesalahan !!! Ini soal maruah bangsa dan agama !!

Psst BUKTI jelas dan terang apa perlunya beliau di lepaskan ???


BB : KALI NI TAKDER SAPER2 KER NAK SKODENG INFO PASAL 4 SUSPECT DI ATAS??
read more...

VIDEO : KAITAN PENGHINA AGONG DENGAN BLACKOUT 505


BONGKAR (VIDEO)! Siapa Melissa Gooi Yang Sebenarnya Didedah! @PDRMsia

Kebetulan Atau Memang Dirancang?




Tu Dia!Selak punya selak, akhirnya terbongkar juga siapa sebenarnya Melissa Gooi yang menghina YDP Agong tempohari. Dunia ini kecil dan tak lari kemana. Selain sebagai Pengurus Pemasaran di Lancome (Loreal Malaysia), Melissa Gooi pernah berlakon dalam satu cereka pendek "JinnyboyTV's Video bertajuk Abunden?! bersama teman lelakinya Alan Lok.






Manakala pengendali tapak laman sesawang Youtube JinnyboyTV's Video dikenali sebagai Dan Khoo yang juga individu yang sama mengupload video blackout pada 5 Mei 2013 tempohari. Saling berkait rapat antara mereka., maka tidak hairanlah apa yang berlaku..



Alan Lok dengan Bapa Rasis Malaysia





Apa lagi? Pihak polis boleh ambil tindakan sekaligus!


read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top