Nuffnang

SERAM!! PONTIANAK TENGGEK ATAS ATAP!!

KULIM - Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan 'gangguan' suara mengilai 'perempuan' meminta tolong.

Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja.

Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan.

Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya.




Tempat dan peralatan memuja.



Fatimah (kiri) pernah mengalami peristiwa sama.



Aziz dan Zamri menunjukkan kawasan pemujaan.



Jelmaan perempuan pernah dilihat di sekitar kawasan rumpun buluh.


Cangkung atas bumbung

Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah.

“Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal.

"Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya.

"Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang,” katanya kepada Sinar Harian.

Pengalaman menakutkan

Seorang suri rumah, Fatimah Abdul Ghani yang sudah enam tahun tinggal di kampung itu berkata, lembaga yang dilihat oleh mangsa merupakan puntianak yang sering terbang dan bertenggek di atas pokok dan atap rumah penduduk kampung.

Menurutnya, kejadian itu jarang berlaku dan ia menakutkan bagi mereka yang tidak pernah mengalami kejadian aneh seperti itu.

Katanya, sebelum mengilai, penduduk kampung akan terdengar bunyi orang meminta tolong dari jarak 50 meter di dalam kawasan ladang kelapa sawit di bahagian belakang rumah mereka.

“Saya memang ada terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa dengan nyaring di bahagian hadapan rumah mangsa, bagaimanapun tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana lembaga itu belum pernah masuk ke dalam rumah atau ganggu penduduk kampung.

"Selalunya lembaga yang dikatakan puntianak ini hanya akan berjalan di atas bumbung rumah sebelum terbang ke dalam hutan. Ramai kalangan penduduk di sini yang pernah mengalami pengalaman menakutkan itu,” katanya.

Berlaku lewat malam

Seorang lagi penduduk, Zamri Othman berkata, kejadian aneh itu sering berlaku di kampung itu terutama pada waktu lewat malam, dimana lembaga dimaksudkan itu juga boleh menyerupai penduduk kampung lain dan berjalan berseorangan di tepi jalan.

Menurutnya, tanah yang didiami sekarang ini diwarisi dari keluarganya yang sudah meneroka kawasan itu sejak 100 tahun lalu.

Katanya, suatu ketika dahulu penduduk kampung menggunakan bantuan ilmu ghaib dan ilmu hitam selain menjadikan makhluk halus sebagai hamba.

Selain menjaga kawasan kebun dan ternakan, makhluk ini juga diarahkan untuk melakukan kerja berat seperti mengerjakan bendang dan banyak lagi.

“Apabila zaman berubah, ahli keluarga mereka yang membela atau mengamalkan ilmu hitam ini tidak mahu mewarisi ilmu yang dipelajari oleh nenek moyang mereka dahulu.

"Ini mengakibatkan kebanyakan makhluk halus itu tidak bertuan dan merayau di sekitar kawasan kampung,” katanya.
read more...

Bot Ekspres Karam Di Jeram Berbahaya, Operasi Mencari Disambung Esok


Kelihatan Bangkai Bot Ekspress yang tengelam.


Lokasi bot ekspres dipercayai membawa lebih 200 penumpang yang karam Selasa terkenal kerana mempunyai jeram yang dalam dan berbahaya, kata Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Belaga Liwan Lagang.

Beliau berkata terdapat batu besar di dalam sungai itu di Giam Tukok, iaitu kira-kira 40 minit perjalanan menghilir sungai dari bazar Belaga, dan sehingga malam ini kira-kira 21 penumpang masih hilang.

Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di Belaga, beliau berkata berdasarkan cerita mangsa yang terselamat, satu daripada batu besar di dalam sungai itu mengakibatkan bot ekspres yang sarat muatan itu menjadi senget dan akhirnya karam.

"Saya diberitahu oleh seorang daripada mangsa yang terselamat bahawa pemandu bot sebelum itu cuba mengelak daripada melanggar sebatang balak yang terapung di sungai dan ketika berbuat demikian, bahagian belakang bot itu terlanggar batu besar itu dan mengakibatkannya gagal dikawal serta menjadi senget," katanya.

Liwan, yang juga Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Sarawak, berkata beliau secara kebetulan sedang menaiki helikopter melintasi kawasan itu dari Sungai Asap, Belaga, apabila ternampak bot ekspres itu mula karam.

Beliau kemudian meminta juruterbang untuk mendaratkan helikopter itu di kawasan berdekatan tempat kejadian sebelum mengelolakan penduduk kampung dari dua rumah panjang di kawasan itu untuk menyelamatkan kira-kira 30 penumpang dan pada masa sama ada antara penumpang terbabit berjaya berenang menyelamatkan diri.

Keseluruhannya, polis Belaga mengesahkan 181 penumpang terselamat dalam tragedi itu dan menurut Liwan, antara mereka adalah kanak-kanak.

"Menurut kiraan saya terdapat lebih daripada 10 kanak-kanak yang menaiki bot itu memandangkan mereka mengikut keluarga masing-masing untuk cuti Gawai," katanya.

Liwan, yang berada kira-kira tiga jam bersama mangsa yang terselamat, memberitahu Bernama beliau akan bermalam di Belaga dan terus membantu pihak berkuasa yang berkenaan dalam operasi mencari dan menyelamat.

Setakat 8 malam ini, Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau, gagal dihubungi untuk mengesahkan sama ada operasi itu dihentikan malam ini.

Dalam perkembangan lain, Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot ekspres karam di Sungai Rajang dekat Belaga hari ini akan disambung awal pagi Rabu, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata sehingga 9.30 malam Selasa, polis mengesahkan 181 terselamat manakala 23 penumpang lagi dipercayai masih hilang dalam kemalangan itu selepas bot ekspres yang sarat muatan itu terhempas ke batu dan tenggelam di Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira empat jam perjalanan menghilir sungai dari Sibu.

"Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota polis dan agensi lain yang berkaitan dihentikan pada 6 petang kerana keadaan gelap," katanya kepada Bernama di Kuching.

Berdasarkan siasatan awal, beliau berkata polis percaya bot itu terlebih muatan membawa lebih 200 penumpang untuk pulang menyambut Hari Gawai.

Identiti mereka yang hilang masih samar kerana belum ada jumlah rasmi penumpang memandangkan pengusaha bot ekspres itu dipercayai tidak menyimpan senarai penumpang, katanya.

- BERNAMA
read more...

TERKINI!! TIAN CHUA DITAHAN SEMULA!!




Tian Chua baru sahaja ditahan oleh pihak polis, sumber dipetik dari laman twiter beliau sebentar tadi.




waran tangkap Tian Chua sumber dari twiter beliau


Sebelum itu Aktivis PAS Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim telah ditahan semula pada petang tadi selepas empat hari mereka dibebaskan .

Penahanan mereka mungkin mengikut dibawah Akta Hasutan.
read more...

TERKINI!!! SAFWAN ANANG, HARRIS DAN TAMRIN DITAHAN POLIS!!




TERKINI dari Peguam Gobind Singh : 


Harris Ibrahim dan Tamrin Ghafar ditangkap semula. Dibawa ke balai Dang Wangi. Dato' Tamrin Tun Ghafar, ditahan semula jam 7 petang tadi di rumah beliau di Ampang oleh sepasukan anggota polis seperti dimaklumkan oleh jiran dan kawan baik beliau, Dato' Omar sebentar tadi.

Saya telah maklumkan kepada Lawyer Hanipa Maidin dan Zamri untuk tujuan membebaskan beliau. Sms dari Zamri, ada Lawyer yg telah bergegas ke Balai Polis Dang Wangi untuk tujuan tersebut.




DARI LOKASI BERBEZA

Sementara itu Safwan Anang ditangkap lebih kurang jam 7 malam tadi di kediaman beliau di Sungai Buloh dan sekarang dibawa ke IPD Dang wangi dipercayai ditahan kerana ceramahnya di Himpunan 505 di Amcorp Mall Sabtu lepas....



AMEKKAU!!! JANGAN KASI LEPAS LAGI!!!!

Kita tunggu pengesahan dari PDRM OK
read more...

KEBAJIKAN PENUMPANG AIR ASIA : Menteri Dah Bersuara!!!



SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menasihati syarikat penerbangan murah AirAsia agar mengutamakan soal kebajikan penumpang menerusi perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.

Menterinya, Datuk Hasan Malek memberitahu, syarikat penerbangan tidak perlu mengejar keuntungan semata-mata sebaliknya memperbaiki kualiti perkhidmatan dan meletakkan kepentingan pelanggan mereka sebagai keutamaan.

``Mereka (AirAsia) wajib menjaga semua pelanggan dalam semua aspek kerana mereka membayar produk syarikat ini yang menawarkan servis perkhidmatan.

``Maka AirAsia tidak sepatutnya bersikap `lepas tangan' semata-mata ingin mengejar keuntungan berbilion ringgit sehingga sanggup melupakan soal kebajikan pelanggan terutamanya yang berada dalam kesulitan,'' katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, di Wisma Negeri di sini hari ini. - KOSMO!
read more...

DIKEMASKINI : TRAGEDI BOT KARAM DI BELAGA, KAPIT, SARAWAK


DIKEMASKINI


8:00pm



Penduduk Sekitar Rumah panjang membantu mencari dan menyelamat.


Beliau berkata pihak berkuasa percaya kira-kira 20 penumpang masih hilang, selepas temu bual dengan ahli keluarga dan mangsa.

Menurut beliau, bot ekspres, yang mempunyai kapasiti 74 penumpang, mungkin telah memukul batu sebelum ia tenggelam. Satu lagi pasukan polis dan paramedik dari Kapit dijangka tiba di Belaga sekitar pukul 7 malam.



Kelihatan Bangkai Bot Ekspress yang tengelam.


7:15PM : 2 Mayat dijumpai termasuk seorang wanita mengandung sebentar tadi .


Gerakkan carian besar-besaran dan operasi menyelamat yang melibatkan Jabatan dan sukarelawan dari Belaga, Kapit dan Bintulu dan Sibu polis, Bomba dan Penyelamat telah dilancarkan.

"Yang terselamat berkata, kejadian itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari kawasan hulu Sungai Balui, tidak jauh dari Empangan Bakun, di Kapit. Mereka adalah kira-kira sejam dari bandar Belaga apabila bot mereka karam."Ia tidak jelas berapa ramai orang yang berada di atas kapal. 

Menurut mangsa, terdapat sekurang-kurangnya seratus penumpang di atas kapal dengan ramai daripada mereka duduk di atas bumbung bot.

Anggota Parlimen Hulu Rajang Wilson Ugak Kumbong dan anggota Dewan Undangan Negeri Belaga Liwan Lagang dalam perjalanan ke tempat kejadian.


6:10pm

Pihak polis mengesahkan bahawa 181 penumpang telah terselamat dalam insiden sebuah bot ekspres karam dalam perjalanan dari Belaga menuju ke Kapit pagi tadi.

Pada pukul 5 petang, ketua polis daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata 23 lagi masih hilang.

"Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan,"

Semua mangsa yang diselamatkan ditempatkan di dua rumah panjang berhampiran, Uma Panjang Tanjung dan Uma Panjang Dari.

Beliau berkata siasatan awal menunjukkan punca kemalangan tersebut adalah akibat terlebih muatan dan terlanggar batu di bahagian belakang.

Laporan lain menyebut usaha mencari dan menyelamat diteruskan dengan bantuan penduduk dari dua buah rumah panjang berhampiran.

Pasukan polis bersama-sama anggota paramedik juga dilaporkan mula bergerak ke tempat kejadian dan dijangka akan tiba kira-kira jam tujuh petang nanti.




4:00pm





Antara mangsa yang selamat berenang ke tebingan sungai. Kini usaha mencari mangsa yang hilang masih giat diusahakan. Laporan tak rasmi seramai 181 orang terselamat, 21 orang meninggal dan salah seorang daripadanya adalah seorang perempuan yang mengandung.



3:04 pm

Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan negeri, Liwan Lagang merupakan antara saksi terawal tragedi bot ekspres yang karam di Belaga, Sarawak pagi ini.

Liwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga berkata, bot yang karam dipercayai terlanggar batu itu dikesan beliau pada pukul 9.47 pagi ini.

"Sewaktu itu saya berada dalam helikopter untuk ke Kuching dan nampak ada bot yang karam, saya arahkan juruterbang untuk mendarat di kawasan berhampiran.

"Saya minta bantuan penduduk setempat untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat dan semua mangsa yang selamat ditempatkan di sebuah rumah panjang berhampiran," katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan angka mangsa yang terselamat dalam kejadian berkenaan.





Difahamkan satu tragedi berlaku melibatkan bot ekspres yang karam di Belaga. Menurut sumber, bot malang berkenaan membawa penumpang yang melebihi sehingga mengakibatkan bot tersebut terbalik.

Jumlah mangsa belum ditentukan dan belum ada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Difahamkan YB Liwan berada di tempat kejadian masa ini.

BB akan membawa perkembangan terbaru dari semasa ke semasa.

Pegawai Daerah Belaga mengesahkan bot ekspress itu karam 1 jam selepas berlepas dari Jeti Belaga pada jam 8.00 pagi.

Ketika ini dilaporkan sekitar 100 penumpangang menggunakan bot ekspress tersebut.




TRAGIC: The overloaded express boat is seen at the Belaga jetty moments before its departure.

read more...

VIDEO: POYO!! BERLAKON PENGSAN SELEPAS LANGGAR ANGGOTA POLIS!!!

BUKTI VIDEO ! PEMIMPIN PEMBANGKANG BERLAKON PENGSAN DIKASARI POLIS !!

Di bawah adalah video aksi bodoh S.Jayathas, ahli Biro Politik PKR, yang berlakon dengan berpura-pura pengsan selepas mendakwa dia ditolak oleh anggota polis. 

Kejadian berlaku di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira pukul 11 pagi untuk membuat laporan mengenai kematian seorang tahanan dalam lokap polis baru-baru ini.



Polis tak buat apa-apa pun tapi Jayathas meluru kepada mereka 



Tahu-tahu aja sudah tersungkur 'pengsan' walau pun hanya beberapa saat. 

Bagaimanapun, kira-kira setengah jam kemudian, berlaku pertengkaran antara Jayathas dengan beberapa anggota polis yang bertugas apabila dia enggan meninggalkan kawasan IPD itu. 

Jayathas yang merupakan bekas Ketua Penerangan Hindraf tiba-tiba dilihat menjatuhkan diri sebaik sahaja dia cuba meluru melepasi beberapa anggota yang berkawal di pekarangan IPD itu. 

Lihat video aksi bodoh Jayathas :



Video aksi pura-pura ahli PKR


Dia dalam keadaan terbaring terlentang sambil tangan kirinya memegang kepingan dokumen 'pengsan' untuk beberapa saat.

Bagaimanapun, ahli PKR itu kembali 'tersedar' apabila polis ingin menghubungi ambulans dan bangun sambil menuduh anggota polis menolaknya.




Lakonan bodoh ahli politik PKR 

Jayathas yang datang bersama ahli keluarga tahanan kes tembak di Bandar Tun Razak, N. Dharmendran dan sekumpulan kira-kira 30 orang memenuhi pekarangan IPD untuk membuat laporan itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, ketika keluarga N. Dharmendran sedang membuat laporan, Jayathas dilihat keluar masuk balai beberapa kali tanpa tujuan. 

"Memandangkan ruang di kaunter dalam balai sudah dipenuhi ramai orang, dia kemudian diminta meninggalkan kawasan itu oleh anggota polis namun dia tetap berkeras untuk masuk. 

"Walaupun sudah dihalang oleh anggota bertugas, dia tetap berdegil dan bertindak menolak polis sebelum berpura-pura jatuh dan pengsan. 

"Apabila polis menawarkan untuk menghubungi ambulans, dia terus bangun dan sempat memaki polis," katanya ketika dihubungi. 

Tambah Zainuddin, pihaknya akan mendakwa Jayathas mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan bagi menakut-nakutkan penjawat awam untuk menjalankan tugas. - UM

Nampaknya, Pakatan pembangkang memang sengaja mahu menjatuhkan imej baik pihak polis selain daripada kehakiman dan Suruhanjaya Pilihanraya. 

Itu pun Anwar dengan tanpa malunya mahu berbohong mengatakan 95% pihak polis menyokong beliau dan Pakatan Pembangkang! BACA SINI



read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top