Nuffnang

Kehangatan Mula Terasa... Belia? Anak Muda? Tak Chill La Kalau Tak Tahu #FBP13

Kemeriahan Dan Kehangatan Festival Belia Putrajaya 2013 #FBP13Semakin Terasa...

Jom Layan Video Ini....





Anda Belia???

Buktikan BEB!!!









Banyak lagi BEB!!! MACAM-MACAM ADA!!
read more...

HASUTAN : KERIS BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP MALAYSIAKINI

Kelab Warisan Malaysia (Keris) Khamis membuat laporan polis terhadap portal Malaysiakini.com yang menyiar dan menyebarkan ucapan seorang panel dalam satu forum tertutup 12 Mei lepas.





Presidennya Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang juga seorang peguam percaya penyiaran artikel bertajuk 'Pengkhianatan orang Cina itu benar' dalam portal berkenaan semalam berniat untuk menghasut.

"Malaysiakini pada pukul 1.43 petang semalam telah memuatnaik berita itu dalam versi Bahasa Melayu dan Inggeris.

"Berita-berita itu adalah berkaitan transkrip ucapan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah dalam forum bertajuk 'Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah', katanya selepas membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi di sini Khamis.

Beliau percaya berita itu boleh terjumlah kepada satu kesalahan di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948 kerana Malaysiakini telah bertindak menyebarkan suatu ucapan pada majlis tertutup dan tidak diniatkan oleh penganjur atau pengucapnya untuk disebar secara meluas kepada pengetahuan umum.



Mohd Khairul dalam pada itu menegaskan bahawa ucapan Mohd Noor pada forum berkenaan yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara adalah berbentuk konstruktif mengikut peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, sesuai dengan kedudukan dan kepakaran beliau selaku bekas hakim Mahkamah Rayuan.

"Ucapan beliau itu tidak seharusnya digelar sebagai rasis kerana beliau hanya bercakap tentang peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan," katanya.

- BERNAMA
read more...

SUKA...SUKA..SUKA.. KDN Rampas Tabloid Suara Keadilan, Harakah, The Rocket!!

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 2,540 akhbar tabloid pembangkang dalam operasi di seluruh negara semalam kerana melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.




KDN dalam kenyataan hari ini berkata sebanyak 1,408 tabloid Suara Keadilan, 1,062 tabloid Harakah dan 70 tabloid The Rocket dirampas.

Rampasan itu dibuat setelah KDN mendapati pihak tabloid berkenaan gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan di bawah akta itu iaitu kesalahan untuk mencetak, mengimport, menerbit akhbar tanpa permit dan tidak mematuhi syarat-syarat permit iaitu untuk edaran ahli sahaja seperti yang ditetapkan KDN.



Kementerian Dalam Negeri


"Operasi penguatkuasaan ini dijalankan di premis-premis yang menjual tabloid di seluruh negara pada 22 Mei dengan mengambil kira tindakan pemantauan dan teguran yang telah dilakukan oleh KDN sebelum ini," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata operasi akan dilakukan secara berterusan bertujuan menguatkuasakan undang-undang di bawah akta. 

- BERNAMA
read more...

AMEKK KAU!!! PEROGOL GANAS KENA 11 TAHUN PENJARA 3 SEBATAN



Kota Bharu - Perbuatan jahat seorang pemuda merogol gadis yang dikenali melalui laman sosial dua tahun lalu berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. 

Mohamad Najibullah Razali, 20, yang turut bertindak ganas apabila menampar dan menolak mangsa ke tanah sebelum melakukan perbuatan keji itu di di jatuhi hukuman itu selepas Hakim Mohd. Yusuff Yunus berpuas hati dengan pongakuan bersalah tertuduh. 

Lelaki dari Semerak, Pasir Puteh itu didakwa merogol mangsa di dalam semak di Cherang Ruku pada 2 Disember 2011, antara pukul 10 malam hingga 1 pagi mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. 

Mohamad Najibullah kini ditahan di Sekolah Henry Gurney, Melaka selepas didapati bersalah atas kesalahan mencuri motosikal dan melupus barang curi sebelum ini.

Menurut fakta kes, sebelum kejadian, mangsa yang baru habis bekerja di sebuah pasar raya telah diajak keluar oleh tertuduh. Mereka berkenalan di sebuah laman sosial. Tertuduh kemudian telah membawa mangsa menghala ke Pasir Puteh dengan menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback sebelum pergi ke kawasan semak di Cherang Ruku untuk merogol gadis itu. Tertuduh juga telah menampar dan menolak mangsa ke atas tanah selepas mendapati gadis itu melawan.

Sumber: Kosmo



read more...

MENGUNDI 2 KALI? INI JAWAPAN SPR. NASIB LA BEB!!!



SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan seseorang itu tidak akan terlepas daripada undang-undang jika didapati melakukan perbuatan tertentu untuk kepentingan mana-mana parti politik.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan seorang pemuda dari Kuantan yang mengaku keluar mengundi dua kali semata-mata mahu mempertikaikan sistem pilihan raya yang berlangsung 5 Mei lepas.

"Saya rasa budak ini, kalau dia cuba nak buat laporan polis itu untuk tujuan politik, dia akan hadapi kesan-kesannya.

"Saya harap polis siasat perkara ini secara menyeluruh dan beri satu hasil penyiasatan yang begitu menyeluruh dan rapi kerana benda ini menjadi satu kes siasatan yang menarik bagi SPR. Kita pun nak tengok hasil siasatan macam mana," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Jelas Wan Ahmad lagi, SPR akan menunggu hasil siasatan pihak polis berkenaan laporan pemuda itu, malah beliau sendiri menyifatkan hal ini sesuatu yang 'menarik'.

Walaupun pemuda berkenaan telah membuat laporan polis yang mendakwa SPR tidak telus dalam menjalankan tugas semasa hari mengundi, namun tegas Wan Ahmad, perbuatan pemuda tersebut jelas menunjukkan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.

"Pertama orang itu sendiri membuat kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya iaitu pergi mengundi dua kali dan kedua bawa keluar kertas undi dari tempat mengundi. Ini menarik. Kita tengok (hasil) siasatan. Dan seterusnya masuk akal ke kalau orang tu dah mengundi nama dia dah dipotong oleh kerani SPR dan ejen parti yang berada dalam itu kerana nama dia disebut dengan IC dan diteriak, dah dipotong lepas tu dia pula (datang) masuk mengundi sekali lagi. 

"Sejauh mana kesahihan cerita dia itu satu persoalan. Bagi orang yang tak faham teknikal kerja (SPR) orang seronok dengar cerita dia macam mana mengundi 2 kali. Tapi orang tak sedar yang dia cerita mungkin cerita rekaan yang tak benar," katanya.

Mengulas lanjut, Wan Omar berkata, perbuatan 'tidak masuk akal' pemuda berkenaan dipertikai kerana warganegara yang telah mengundi pada hari tersebut telah dipotong nama mereka daripada daftar pemilih, selain polis dan petugas SPR berkawal di tempat mengundi dan setiap saluran agar tiada kertas atau bahan terlarang dibawa keluar.

"Kita sendiri akan memastikan budak macam ini tak terlepas daripada undang-undang. Kalau dia sebelum ini diperalatkan oleh mana-mana parti politik konon nak malukan SPR, tanpa disedari budak ini telah meletakkan diri dalam risiko salah dari segi undang-undang," katanya lagi.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan Mohd Fadhli Khaharruddin, 23 mengaku keluar mengundi dua kali atas alasan mahu membuktikan ketelusan sistem pilihan raya walaupun menggunakan dakwat kekal.

Beliau dilaporkan mengundi pada kali pertama pada jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan keluar mengundi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama selepas mendakwa dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh.

Fadhli bagaimanapun tidak membuang undi kali kedua itu, sebaliknya menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai dakwaan bukti kelemahan SPR, selain terus membuat laporan polis.
read more...

MUTAKHIR!! TIAN CHUA DAN HARRIS IBRAHIM DITAHAN POLIS!

Ini Berita yang baru diterima. Akhbar The Star Melaporkan Bahawa Tian Chua dan Harris Ibrahim ditahan pihak polis.

Tian Chua menurut laman twitternya menyatakan beliau ditahan di LCCT ketika melalui pemeriksaan keselamatan.







Keratan Akhbar The Star Online



BB : Sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi PDRM

read more...

TERKINI : Adam Adli Diikat Jamin RM5,000 Dengan Seorang Penjamin

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 terhadap Adam Adli Abdul Halim dengan seorang penjamin.




Hakim Norsharidah Awang memutuskan demikian setelah aktivis mahasiswa itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan melalui ucapannya pada 13 Mei lalu. 

Mahkamah juga membuat keputusan kes tersebut akan disebut semula pada 2 Julai depan. 

Adam, 24, dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya. 

Beliau diwakili peguam S Ambiga. 




Pagi tadi, lebih 50 orang penyokong aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim hadir di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini, pagi ini bagi memberi sokongan kepada Adam yang akan didakwa di bawah Akta Hasutan. 

Adam telah ditahan di bawah Seksyen 4(1) C Akta Hasutan dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan di Bangsar Utama pada 18 Mei lalu berhubung ucapan beliau pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor 13 Mei lalu.




Adam, 24, disiasat kerana ucapannya pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor 13 Mei lalu. 

Turut hadir peguam N. Surendran, S Ambiga dan juga bapa Adam, Abdul Halim Abdul Hamid. 

Pada awalnya keadaan menjadi sedikit kecoh apabila penyokong-penyokong Adam Adli menyerbu pihak polis untuk memasuki pekarangan lobi mahkamah. 




Namun keadaan kembali reda apabila perbincangan dilakukan antara penyokong dengan pihak polis.



read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top