Nuffnang

Remaja Dibelasah Akibat Cemburu


MIRI – Malang menimpa seorang remaja apabila dia cedera di kepala dan kaki selepas dibelasah dengan tali pinggang oleh lima lelaki dalam kejadian yang dipercayai bermotifkan cemburu di Taman Dataran Kipas di sini Isnin lalu.

Kejadian pukul 6 petang itu berlaku apabila jurujual berusia 17 tahun tersebut didatangi seorang lelaki mengatakan seseorang ingin bertemunya di taman tersebut.



SEORANG remaja menunjukkan kecederaan yang dialaminya selepas dibelasah lima lelaki di Taman Dataran Kipas, Kuching Isnin lalu.

Difahamkan, mangsa dibelasah selepas didakwa keluar dengan teman wanita salah seorang suspek.

Sumber berkata, sebaik tiba di situ, mangsa terus dibelasah oleh lima lelaki berusia dalam lingkungan 20-an.

“Mangsa cuba lari namun gagal selepas dikepung oleh kumpulan samseng tersebut yang membelasahnya dengan tali pinggang.

“Suspek kemudian melarikan diri selepas perbuatan mereka disedari oleh orang ramai yang datang membantu apabila terdengar jeritan meminta tolong daripada mangsa,” katanya ketika dihubungi semalam.

read more...

CEMAS : 260 PEKERJA OCBC BANK BERTEMPIARAN SELAMATKAN DIRI


Kuala Lumpur: Seramai 260 kakitangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad di Jalan Kasturi, di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas sebuah bilik di bahagian bawah tanah bank itu musnah dalam kebakaran, semalam.

Dalam kejadian 8.15 pagi itu, seorang kakitangan bank berkenaan mengesan asap dari sebuah bilik di bahagian bawah tanah yang digunakan untuk penyimpanan dokumen sebelum asap mula memenuhi ruang lobi bank itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.24 pagi sebelum tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Hang Tuah, Pudu dan Chow Kit dengan kekuatan 30 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran dipercayai bermula dari bilik penyimpanan berkenaan mengakibatkan 10 peratus dokumen pelanggan hangus terbakar.



ANGGOTA bomba menjalakan kerja di bangunan bank terbabit.


“Bagaimanapun, kebakaran berjaya dikawal dalam masa 45 minit sebelum ia merebak ke aras lain tanpa sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

read more...

Gandingan KJ Dan M. Saravanan Akan "Meremajakan" KBS

KUALA LUMPUR - Gandingan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk M. Saravanan dalam menerajui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mampu 'meremajakan' kementerian itu selain melonjak pencapaian sukan negara ke tahap lebih tinggi, kata pentadbir dan kepimpinan badan-badan sukan tempatan. 

Keyakinan itu disuarakan mereka berikutan pengumuman senarai Kabinet Persekutuan hari ini yang menyaksikan Khairy, 37, yang juga Ketua Pemuda Umno, dinamakan sebagai menteri manakala Saravanan, 45, bekas timbalan menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, menjadi timbalannya di KBS. 




"Khairy berpengalaman luas dalam bidang sukan dan selalu berdampingan dengan golongan belia.

"Saya berharap beliau dapat menggunakan kelebihan ini untuk membantu Majlis Sukan Negara (MSN) melaksana dan menambah baik program pembangunan sukan negara," kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong. 

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, ketokohan dan kebolehan Khairy akan memberi kelebihan kepada sukan tanah air. 

"Kami akan menyokong serta memberi kerjasama penuh kepada beliau dalam setiap program yang bakal dianjurkan KBS nanti," katanya. 





Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pelantikan Khairy yang juga bekas naib presiden badan induk bola sepak kebangsaan itu, mampu meningkatkan lagi kerjasama yang sedia terjalin. 

"Kita berharap Khairy dapat memberi sokongan lebih baik dalam merancakkan lagi pembangunan bola sepak negara terutama di peringkat akar umbi," katanya. 

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar berkata, gandingan orang lama dan baharu dalam kementerian itu akan mendorong sukan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. 

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Shapawi Ismail pula berpendapat, Khairy mempunyai banyak idea bernas yang dapat diketengahkan untuk menjadikan sukan negara lebih cemerlang. 

- Bernama
read more...

KEPALA BESAR : Deritanya Siapa Yang Tahu

BUKIT MERTAJAM – Ketika kanak-kanak seusianya riang bermain, Muhammad Adnan Azlan, 4, hanya terlantar di rumah kerana menghidap penyakit kepala besar atau hydrocephalus sejak dilahirkan.

Ibunya, Rashidah Abdul Rahim, 29, berkata, penyakit itu mula dikesan ketika Muhammad Adnan masih dalam kandungan dan doktor pernah memaklumkan mengenai risiko yang bakal dihadapi anaknya.




RASHIDAH melihat keadaan Muhammad Adnan yang menghidap penyakit kepala besar di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.

“Disebabkan terlalu sayangkan kandungan ketika itu, saya dan suami, Azlan Shaik Daud, 29, tetap dengan keputusan untuk melahirkannya melalui pembedahan.

“Ketika dilahirkan berat kepala anak kami itu ialah 3.6 kilogram (kg) dan kini mencecah 5.9 kg,” ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Taman Impian Indah di sini semalam.

Menurut Rashidah, anak bongsu daripada tiga adik beradik itu telah enam kali menjalani pembedahan membuang lebihan cecair di kepalanya tetapi ia terpaksa dihentikan sejak dua tahun lalu ekoran masalah kewangan.

read more...

MELAYU SOSIALIS PEROSAK BANGSA!! Itulah Hishamudin Rais Dan Haris Ibrahim

Kedua-dua individu ini merupakan manusia tidak beragama yang cuba menyesatkan umat Islam, terutama sekali golongan muda yang tidak terlatih keimanan mereka dengan fahaman ANYTHING BUT UMNO, SOSIALISME dan radikal.

Hishamuddin Rais dan Haris Ibrahim, kedua-duanya sudah terlalu lama selesa sehinggakan mereka menganggap diri mereka lebih atas dari undang-undang Malaysia. Kedua-duanya tidak pernah peduli dengan undang-undang negara, bahkan Haris Ibrahim yang juga merupakan seorang peguam, beranggapan dia lebih bijak daripada semua orang.




Mungkin kerana selama ini selesa dengan ketiadaan tindakan yang lebih tegas bagi menangani kekacauan yang cuba mereka cetuskan, apatah lagi kedua-dua ekor beruk tidak berekor itu menganggap mereka lebih pandai dan lebih hebat berbanding orang lain di Malaysia, beruk tidak berekor bernama Hishamuddin Rais dan Haris Ibrahim merancang untuk melakukan rusuhan dan demonstrasi dari semasa ke semasa.

Pertukaran Ketua Polis Negara dan Timbalannya, serta Menteri Dalam Negeri yang baru, diharapkan dapat menangani kedua-dua ekor beruk tidak berekor yang kerja mereka tidak lain dan tidak bukan, hanyalah mendapat upah daripada Anwar Ibrahim untuk mencetuskan kekacauan agar Anwar Ibrahim tidak berhadapan dengan tali gantung untuk kes Lahad Datu.

18 Mei telah dijadualkan oleh kedua-dua ekor beruk tidak berekor itu untuk memulakan kekacauan. Anwar Ibrahim pula telah menjanjikan, dalam tempoh 3 bulan, kerajaan Najib Abdul Razak akan jatuh dan berjaya digulingkan. Bahkan Anwar Ibrahim sudah pun meminta pertolongan daripada Barrack Obama agar Presiden Amerika Syarikat itu masuk campur dan membolehkannya menjadi Perdana Menteri, sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara melibatkan campurtangan Amerika Syarikat.

Barrack Obama telah pun mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional dan mengucapkan tahniah kepada Najib Abdul Razak menerusi satu panggilan telefon mengejut.

Anwar Ibrahim hidup kerana beruk-beruk tidak berekor seperti Hishamuddin Rais dan Haris Ibrahim. Spesies beruk tidak berekor seperti Hishamuddin Rais dan Haris Ibrahim cukup ramai dan hampir kesemua mereka berada di dalam PKR.

Justeru, bagi mengelakkan beruk-beruk tidak berekor itu terlepas kandang dan mula merosakkan negara ini, satu tindakan tegas perlu diambil. Sekurang-kurangnya dapat menyekat ideologi beruk tidak berekor yang cuba dipopuarkan oleh Hishamuddin Rais dan Haris Ibrahim.


Lihat lah Video Ini






read more...

KABINET : LEBIH RAMAI WAKIL DARI SABAH DAN SARAWAK




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menamakan lebih ramai wakil Sabah dan Sarawak dalam barisan Kabinet baharu, yang menyaksi enam orang dari setiap negeri dilantik menteri penuh manakala empat lagi masing-masing sebagai timbalan menteri.

Jumlah itu meningkat daripada hanya tujuh wakil Sarawak dan empat wakil Sabah dalam senarai menteri dan timbalan menteri sebelum berlangsungnya pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei.

Daripada 10 wakil Sabah, enam adalah dari UMNO, dua Parti Bersatu Sabah (PBS), masing-masing satu dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

Antara yang dilantik ialah Tan Sri Joseph Kurup (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Anifah Aman (Menteri Luar) dan Datuk Seri Maximus Ongkili (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) manakala timbalan menteri ialah Mary Yap (Kementerian Pelajaran) dan Datuk Abdul Rahim Bakri (Kementerian Pertahanan).

Tujuh wakil Sarawak pula adalah dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), dua wakil Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan seorang daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Antara yang dilantik ialah Datuk Seri Idris Jala (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya) manakala timbalan menteri ialah Datuk Joseph Salang (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan) serta Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Kementerian Dalam Negeri).

Sementara itu, seorang ahli akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Teo Kok Seong berkata pelantikan sebilangan besar menteri dan timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak adalah wajar bagi membolehkan mereka memain peranan penting dalam kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata pelantikan itu merupakan ganjaran daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kesetiaan dan sokongan kedua-dua negeri kepada parti.

"Saya berpendapat kedua-dua negeri diberi ganjaran sewajarnya kali ini atas sokongan mereka selama ini kepada BN. Ia benar-benar satu langkah yang positif dan bijak oleh Perdana Menteri, selain mencerminkan pengiktirafan untuk pengundi," katanya kepada Bernama.

Sabah dan Sarawak sentiasa dianggap sebagai deposit tetap Barisan Nasional yang menyumbang sejumlah besar kerusi Parlimen kepada parti gabungan itu.

Daripada 133 kerusi yang dimenangi Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13, 22 adalah dari Sabah manakala Sarawak menyumbang 25 kerusi.

Teo berkata pelantikan itu juga mampu mempertingkat integrasi nasional dan memperkukuh perpaduan di kalangan rakyat negara ini.

Sementara itu, wakil wanita dalam barisan Kabinet kekal tujuh orang dengan dua daripadanya dilantik menteri penuh manakala lima lagi sebagai timbalan menteri.

Seramai empat wakil MIC juga menganggotai kepimpinan negara dengan dua menteri dan dua timbalan menteri, kekal seperti komposisi sebelum ini.

Tiada wakil parti MCA dan Gerakan yang memutuskan tidak akan menganggotai Kabinet. Sebelum ini MCA mempunyai 10 wakil manakala Gerakan tiga.

Parti Progresif Penduduk (PPP) masih kekal dengan seorang wakil.

Barisan Kabinet Kerajaan Malaysia 2013 yang diumum Najib mempunyai 24 kementerian yang memperuntukkan 30 jawatan menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri dan 27 jawatan timbalan menteri.

Ia juga merangkumi lima Senator baharu yang akan dilantik selain seorang Senator sedia ada.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lepas, Barisan Nasional memperoleh 133 daripada 222 kerusi Parlimen dan membolehkannya membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

- BERNAMA
read more...

MENTERI KABINET : KEJUTAN DARI SARAWAK!!



KUCHING: Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum enggan menerima pelantikan beliau sebagai timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan dalam Kabinet Persekutuan yang baru.

Presiden PRS Tan Sri Dr James Masing telah cuba memujuk Salang menerima jawatan itu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan barisan Kabinet pada pukul 5 petang Rabu tetapi ia sia-sia.

"Saya cuba sedaya upaya untuk memujuknya. Salang adalah seorang yang berprinsip.

"Apabila beliau berkata tidak, tidak. Saya fikir beliau mungkin tidak berpuas hati dengan barisan Kabinet itu," katanya kepada The Star, Rabu.

Salang ketika dihubungi berkata: "Tidak, tidak saya tidak berpuas hati dengan pelantikan saya sebagai timbalan menteri.

"Jika saya perlu memilih antara menjadi timbalan menteri dan keluarga saya, saya memilih keluarga saya.

"Melainkan jika ia adalah jawatan yang lebih tinggi atau jawatan menteri penuh saya mungkin juga perlu mempertimbangkannya.

"Sekarang saya rasa yang terbaik ialah memberi laluan kepada orang lain untuk jawatan timbalan menteri."

Majlis Tertinggi PRS akan bermesyuarat esok untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan dengan jawatan yang dikosongkan oleh Salang.

Dalam Kabinet sebelumnya, Salang merupakan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan.

Masing juga mendedahkan bahawa Datuk Joseph Entulu Belaun, timbalan presiden PRS, pada mulanya enggan menerima pelantikan beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi akhirnya mengalah. sumber: Mstar
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top