Nuffnang

APA NAK JADI!! Budak 11 Tahun Mangsa Keganasan Politik!!





Dalam insiden ini penyokong PAS telah menendang budak umur 11 tahun di Felda Teloi Timur. Ia berlaku pada April 22hb lepas semasa kanak-kanak ini, adik Mohamad Ismadinel bin Samsudin pulang daripada solat isyak di Masjid Felda Teloi Timur.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia melalui pos PAS yang ketika sedang mengadakan ceramah yang diturut disertai calon PAS N24 Jeneri serta konvoi pemuda dengan seramai lebih kurang 300 biji motosikal dari luar kaw. felda. 

Ismadinel telah ditahan oleh penyokong PAS dan ditanya dia sokong PAS atau BN. Sebaik dia jawab BN, Ismadinel disepak sehingga jatuh ke dalam parit. Dia mengalami kecederaan di bahagian kaki dan kini masih demam.

Khabarnya laporan polis telah dibuat dan seorang telah ditahan untuk membantu  siasatan.
read more...

LETUPAN : 3 SUSPEK DITAHAN POLIS DI NIBONG TEBAL




NIBONG TEBAL - Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes letupan di kawasan ceramah berhampiran bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal, di sini Rabu malam.

Jurucakap Pilihan Raya Polis Kontinjen Negeri, ACP Roslee Chik berkata ketiga-tiga lelaki terbabit yang berusia antara 25 dan 41 tahun itu masing-masing ditangkap di George Town, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal.

"Hasil risikan dan keterangan saksi, polis pada mulanya menahan dua lelaki di Seberang Perai sebelum menahan suspek ketiga di George Town bagi membantu siasatan.

"Polis masih menyiasat kaitan suspek dengan parti-parti politik dan seorang yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah berkaitan kes bahan letupan," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Katanya mereka ditahan direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimun tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Roslee berkata polis juga telah mengenal pasti beberapa suspek lain dan sedang mengesan mereka untuk membantu siasatan.

Pada masa yang sama beliau mengulangi nasihat agar parti-parti politik yang hendak menganjurkan ceramah memohon permit polis terlebih dahulu supaya polis dapat membantu dan mengawal keselamatan di kawasan ceramah itu.

"Orang ramai juga tidak perlu risau dengan keselamatan kerana polis mempunyai kekuatan dan anggota yang mencukupi untuk mengawal keamanan di negeri ini," katanya.

Semalam, polis mengesahkan bahan letupan yang digunakan dalam insiden malam Selasa itu ialah Alat Letupan Rekaan (IED) dan percaya ia adalah perbuatan terancang oleh sekumpulan profesional.

Dalam kejadian pukul 10.15 malam itu, seorang petugas keselamatan berusia 35 tahun cedera di kaki kanan terkena serpihan sampah akibat letupan berkenaan.

Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang.

- BERNAMA
read more...

VIDEO : KARPAL TERSUNGKUR MENYEMBAH BUMI!!

Adakah ini suatu petanda? Atau satu bala?? Seperti telah "DISUSUN" untuk "MENUNJUKKAN" sesuatu yang tersirat kepada kita. Selepas Dato Seri Azizan, TG Nik Aziz dan Kini Karpal Singh.

Wallahu ' alam...



Anwar Ibrahim dan Stopa harus bertaubat..



read more...

OPS DAULAT : 35 Pengganas Kiram Ditembak Mati

Pasukan keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas Kiram dalam satu pertempuran sengit di Pulau Sibutu di negara jiran itu Sabtu lalu, ketika kumpulan tersebut merancangstrategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi mengganggu kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut sumber, dalam pertempuran lewat malam itu, dua daripada kira-kira 200 anggota pasukan keselamatan Filipina yang terlibat dalam serangan tersebut turut terbunuh.




"Dengan kejayaan itu, satu lagi usaha pencerobohan pengganas Kiram yang diketuai pemimpin kanannya, Kalling Amirul untuk masuk ke negara ini berjaya digagalkan dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina.

"Dalam serangan berkenaan, Kalling dilaporkan terbunuh. Pasukan keselamatan turut merampas lebih 20 laras senjata api M16 dan rifel Garand," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sumber itu seterusnya berkata, rancangan kumpulan pengganas tersebut untuk menceroboh perairan pantai timur Sabah dipercayai bertujuan merencatkan kelancaran proses pilihan raya yang sedang berlangsung.

"Walaupun ancaman daripada pengganas ada tetapi kawalan keselamatan akan diperketatkan dari semasa ke semasa malah operasi-operasi membanteras akan terus mendapat kerjasama daripada kerajaan negara berkenaan.

"Oleh itu, keselamatan penduduk khususnya di Lahad Datu dan Semporna adalah terjamin dan hari membuang undi juga diyakini akan berjalan lancar," katanya.

Dalam pada itu, tambah sumber tersebut, pasukan marin Filipina turut mencatat kejayaan dengan penahanan tujuh daripada 18 pengganas Kiram selepas menahan sebuah bot di Pulau Sipangkut, Filipina semasa dipercayai dalam perjalanan ke Kampung Tanduo, Sabah.

"11 pengganas itu walau bagaimanapun berjaya melarikan diri," ujarnya.

Pada 19 April lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan cubaan kumpulan pengganas Kiram yang dibantu Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) untuk menyusup masuk ke perairan pantai timur Sabah bagi mengganggu kelancaran proses PRU-13.

Kumpulan pengganas bersenjata itu dikatakan merancang masuk ke negara ini pada waktu malam dan akan bergerak dalam beberapa kumpulan kecil ke daerah Sandakan, Beluran dan Kinabatangan bagi mengelak dikesan.

Walau bagaimanapun, usaha pengganas itu gagal setelah PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diarahkan untuk mengetatkan kawalan keselamatan di Sabah terutama menjelang hari penamaan calon dan pengundian.



read more...

SUDAH AJAL!! REMAJA 15 Tahun Maut Dihempap Traktor




Keadaan mangsa yang maut akibat dihempap traktor.


ALOR PONGSU - Tindakan seorang remaja berusia 15 tahun menggunakan ‘laluan pintas’ untuk pergi ke ladang kelapa sawit milik bapa saudaranya dengan menaiki traktor memakan diri setelah maut ditimpa jentera terbabit di kawasan projek pembinaan persimpangan jalan bertingkat di sini, pagi semalam.

Mangsa, Muhammad Safuan Shahrudin, 15, yang merupakan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Pongsu, ditemui maut di lokasi kejadian kira-kira jam 10.15 pagi setelah ditimpa jentera traktor pengangkut buah kelapa sawit yang terbalik.

Jentera traktor dinaiki mangsa dikatakan terbalik dan menimpa kepala mangsa setelah mangsa dikatakan cuba mendaki lereng bukit yang terbentuk akibat tambakan tanah projek pembinaan setinggi lima meter.




Bapa saudara mangsa, Shahrom Mat Kassim, 52, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, dia sedang membeli minyak untuk kegunaan jentera itu sebelum menerima panggilan telefon daripada salah seorang pekerja kontraktor yang menyaksikan kejadian kemalangan membabitkan anak saudaranya itu.

“Setiba di lokasi kejadian, saya mendapati keadaan mangsa begitu menyedihkan dengan tayar hadapan traktor betul-betul berada di atas kepalanya.

“Kecederaan parah di kepala menyebabkan anak saudara saya menghembuskan nafasnya yang terakhir dan kehilangannya amat dirasai memandangkan arwah rapat dengan saya,” katanya sewaktu ditemui media di lokasi kejadian semalam.

Shahrom berkata, dia turut terkilan menyuruh anak saudaranya pergi ke ladang kelapa sawit di Matang Pasir terlebih dahulu, memandangkan keputusan itu menyebabkan arwah mengambil laluan di luar kebiasaan secara tiba-tiba.

“Bagaimanapun, saya menganggap segala-galanya sudah suratan takdir dan kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah.

“Kini tiada lagi panggilan ‘ayah’ yang sering digunakan untuk memanggil saya dan kami sekeluarga akan merindui kelibat arwah,” katanya.

Kejadian ini turut mendapat perhatian calon Barisan Nasional (BN) Dun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat dan calon PKR, Rosli Ibrahim apabila kedua-duanya sempat meluangkan masa hadir ke lokasi kejadian untuk menziarahi mangsa dan keluarganya.

- SINAR
read more...

VIDEO : KISAH PEMUDA DARI SABAH

read more...

MENGHASUT!! Seorang Kartunis Ditahan Polis


Lukisan itu seolah-olah menuduh kerajaan bersifat perkauman terhadap penduduk minoriti Melayu, kata peguamnya, Choo Zheng Xi Leslie Chew, 37, dibebaskan dengan ikat jamin selepas ditangkap Jumaat lalu, dua hari selepas satu laporan dibuat mengenai lukisan kartunnya.





Karikatur berkenaan menggambarkan seorang ahli politik berucap di depan khalayak ramai dan memuji bakat ekspatriat dari India, China dan Serani. Satu karektor di khalayak ramai bertanya:


“Mengapa tidak disebut bakat Melayu?” sementara karektor lain menjawab : “Celaka! Kerajaan perkauman.” 


Jurucakap Pejabat Peguam Negara berkata: “Perkara itu kini dalam siasatan polis.” Chew sering memuatnaik karikatur politik yang berkait dengan keadaan semasa di Singapura dalam Facebooknya yang mempunyai 21,000 pengikut.

Karektor dalam karikaturnya biasanya menyerupai ahli politik tempatan walaupun kenyataan penafian dalam lamannya itu berkata ‘ia hanya rekaan semata-mata dengan karektor rekaan yang berdasarkan pada keadaan rekaan di sebuah negara rekaan. Chew berkata, dia ‘terkejut’ kerana ditahan polis tetapi akan terus melukis kartun walaupun ketika disiasat kerana polis tidak mengenakan sebarang sekatan, 

“Saya ingin menghiburkan peminat saya. Komik itu hanya untuk lawak,” kata Chew yang tidak mempunyai pekerjaan dan menyara kehidupannya dengan sumbangan daripada pembaca online.

 Singapura mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang dilihat mencetuskan ketegangan antara kaum. Jika didapati bersalah, dia berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM12,000 atau kedua-duanya. - AFP
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top