Nuffnang

MUTAKHIR : Bekas Tahanan SOSMA OPS DAULAT Umum Bertamding PRU13





Beliau baru dibebaskan dari tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) berhubung pencerobohan bersenjata di Lahad Datu itu berkata, keputusannya untuk bertanding adalah satu cita-cita yang telah lama terpendam.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Muhammad Ridzwan berkata, sebagai anak tempatan di Perai, beliau kecewa dengan bekas wakil rakyatnya, Dr P. Ramasamy yang mengabaikan pembangunan dan masyarakat di kawasan itu.

Katanya, beliau berpendapat telah tiba masanya pemilih kawasan DUN Perai mempunyai seorang wakil rakyat bebas yang dapat membela dan memperjuangkan nasib mereka.

"Yang ada (di Perai) hanya dua pusat beli belah Giant. Selain itu banyak lot kedai dibiar kosong. Perkembangan ekonomi setempat juga sangat perlahan mungkin kerana wakil rakyat di situ (Dr. Ramasamy) sibuk dengan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Menteri II," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang malam tadi.

Muhammad Ridzwan, 47, yang ditahan selama 17 hari di bawah SOSMA dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam tanpa bicara selepas didapati tidak bersalah petang semalam.

Mengulas penahanannya, beliau berkata polis memberi kerjasama yang baik dan beliau telah memberi segala keterangan bagi membantu siasatan. - Bernama
read more...

Mereka Bercakaran Kerana Nepotisme Dan Kronisme Yang Parah!!

Semakin hampir PRU13, PR dikatakan semakin berperang sesama sendiri berikutan pemilihan calon yang tidak memuaskan hati penyokong-penyokong mereka.

Pemerhati berpendapat isu ini timbul kerana parti-parti dalam Pakatan Rakyat mengamalkan nepotisme dan kronisme yang kronik – tidak menghairankan kerana ketua umum Pakatan sendiri berperangai begitu.

Dipercayai terdapat lebih kurang 20 kawasan parlimen & DUN yang mana pemilihan calon membawa masalah kepada Pakatan Rakyat di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang, Selangor dan Pulau Pinang.



Proses pemilihan calon PAS kali ini nampak kelam kabut dan berkucar 'wak yah' sedikit. Banyak senget dan congik cadungnya. Rasa tidak puas hati timbul di mana-mana sahaja. Setengah ada yang bertindak menutup pos atau mengancam untuk tidak bekerja sekiranya calon-calon pilihan mereka tidak diangkat sebagai calon. Paling menggerikan ada yang membuat pengakuan akan bertindak keluar parti kalau keadaan tidak diubah.

Perkara ini sebenarnya biasa. Kekalutan pemilihan calon ini sudah menjadi lumrah. Setiap kali pilihan raya, situasi ini akan berlaku. Saya berpengalaman mengenai perkara ini sejak tahun 1978 lagi. Ia bukan saja setakat bertegang leher, tetapi ada yang sampai bertumbuk, memaki hamun dan sebagainya kerana tidak berpuas hati dengan calon.

Itu tidak menjadi masalah dan memberi kesan besar kepada parti. Seorang pejuang dan 'pemerhati' yang tulen akan mengangkat bendera juga akhirnya setelah gelora kemarahan sejuk. Namun sebelum panasnya sampai 100 celcius, zarah-zarah dan kumin-kumin air akan panas meloncat-loncat (mendidih) ke atas.

Kenapakah proses pemilihan calon kali ini menjadi kecoh dan berkucar wak yah? Jawabnya tidak ada sebab lain melainkan kerana berlaku unsur-unsur kronisme dan nepotisme di dalam membuat pemilihan dan penyaringan calon. Ia ditambah dengan sikap munafik mereka yang menjadi anggota pemilih calon; cakap depan lain dan cakap belakang lain. Sikap tidak berterus terang kononnya untuk ambil hati tidak betul dalam hal ini dan inilah menyebabkan timbul kekalutan.

Contohnya ada seorang ahli pemilih calon (Timbalan Pesuruhjaya) menjanji akan membuat penilaian adil, berjanji untuk merujuk atau memaklumkan kepada Tokguru, tetapi ia mungkir. Bukan saja maklumat sebenar disembunyikan kepada tokguru, tetapi Tokguru tidak diberitahu langsung. Tokguru hanya dijadikan rubber stamp, cop sahaja tanpa memaklumkan kepadanya. Apakah kerja seperti ini betul mengikut keadan Islam?

Unsur kronisme di dalam hal ini sangat jelas sehinggakan ia tidak boleh ditutup lagi. Unsur kronisme ini menyebabkan PAS menjadi seperti syarikat anak beranak - syarikat sendirian berhad dan bukan syarikat berhad. Maka itu pemilihan calon dibuat di kalangan anak beranak, waris warah dan ipar duai, biras dan besan sahaja.

Sesiapa yang berseorang diri, hatta bekerja kuat didalam parti dan mendapat sokongan dari peringkat kawasan, cawangan akan ditinggal begitu saja bagaikan tunggul kayu kalau ia tidak ada hubungan diplomatik dengan individu yang memilih calon. Kuatlah 'setara mana' mereka tidak akan dipilih dan dia ajak berjemak berkira.


Baca Lagi : KLIK SINI
read more...

VIDEO : KONFRONTASI BEKAS TENTERA DENGAN PENGUATKUASA DBKL!!


Selain PDRM, pihak yang akan "PANAS" sepanjang tempoh PRU 13 ini adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Video ini menunjukkan pihak penguatkuasa DBKL yang terpaksa berkonfrantasi dengan pihak dari parti politik dalam menjalankan tugas mereka.

Mari kita letakkan diri kita ditempat penguatkuasa-penguatkuasa ini. 





Peristiwa Ini Berlaku pada 14/4/2013 di Bulatan Ara Kiri, Bangsar Lucky Garden.

Apa Pun Syabas Kepada Penguatkuasa-penguatkuasa Ini Yang Tenang Dalam Menjawab Persoalan-persoalan Mereka.

Apa Pula Pandangan Anda??
read more...

BREAKING NEWS!!! Kit Siang Dedah Kerjasama Polis Dan Tentera Bantu DAP!!


GEMPAR!!! Benarkah apa yang dimaklumkan oleh Lim Kit Siang Ini? Mana mungkin pasukan keselamatan seperti SB dan Kor Risik Tentera bekerjasama dengan parti pembangkang seperti yang didakwa Kit Siang ini.


Penyokong Pakatan Rakyat begitu teruja dengan maklumat risikan Bukit Aman (polis) dan tentera diperolehi Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menunjukkan Pakatan Rakyat bakal menang di 145 kerusi parlimen berbanding 77 bagi pihak BN.
Kit Siang dalam blognya menulis:-
According to this estimate, PR will win 145 parliamentary seats compared to 77 for Barisan Nasional – or a majority of 68 seats.
Sebaik membaca sendiri laporan dalam blog tersebut, persoalan yang bermain di minda kami ialah,sejak bila pula Pakatan Rakyat percaya dengan laporan dari polis dan tentera?  Perisikan tentera itu mungkin boleh dipertimbangkan sedikit, tapi polis?
Bukan rahsia, polis dan Pakatan Rakyat adalah 2 nama yang bertentangan antara satu sama lain.  Umum pun tahu polis sentiasa menjadi pelindung barisan depan untuk kerajaan Barisan Nasional.  Pakatan Rakyat sendiri siang dan malam berusaha mencemarkan imej polis, terbaru dalam isu keganasan polis semasa menyuraikan Bersih 3.0, April tahun lepas.
Justeru, agak tidak logik polis bekerjasama dengan Pakatan Rakyat, apatah lagi Kit Siang untuk menyalurkan maklumat yang betul.
Kami cuma bimbang, Kit Siang sengaja didendangkan dengan maklumat palsu yang konon memetik sumber perisikan polis, atau paling tidak, polis sendiri sengaja mencipta maklumat tersebut untuk memperdayakan Pakatan Rakyat.
Lagipun jumlah itu agak berbeza dengan maklumat yang dikutip sumber-sumber dalam Pakatan Rakyat sendiri.  Laman ini yakin Kit Siang faham apa yang kami maksudkan.  Kami yakin Pakatan Rakyat mempunyai peluang untuk menang, tapi bukan dengan perbezaan kerusi yang begitu besar seperti itu.
Maklumat seperti ini dibimbangi akan melekakan penyokong Pakatan Rakyat.  Kalau kita terlalu percaya dengan angka-angka tersebut, ada kemungkinan gerak kerja di peringkat akar umbi akan menjadi lemah kerana masing-masing percaya akan menang besar – merujuk kepada maklumat dari perisikan polis dan tentera ini.
Hakikatnya, kita sendiri tahu sehingga ke saat ini pun, masih banyak lagi kerusi-kerusi Parlimen dan DUN Pakatan Rakyat yang belum diputuskan, terutama di negeri-negeri seperti Negeri Sembilan, Terengganu dan lain-lain.Malah kami mendengar, pada hari penamaan calon nanti pun akan berlaku juga perubahan di sana sini.
BB : KITA TUNGGU ULASAN PDRM DAN ATM
read more...

VIDEO : DIBOGELKAN Pembantu Peribadi, Teresa Kok Digugurkan Dari Calon PRU 13 DAP!

DAP secara mengejut hari ini mengumumkan pengguguran EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok, daripada mempertahankan kerusi DUN Kinrara. Sehingga semalam tiada tanda-tanda Teresa akan digugurkan oleh DAP. Malah Teresa dianggap antara tunggak utama DAP Selangor memandangkan beliau exco kanan kerajaan.





Semalam beberapa blog memainkan video wawancara bekas pembantunya yang membuat beberapa tuduhan membabitkan penyalahgunaan wang kutipan derma untuk ibu tunggal di Kinrara.


Tindakan pengunduran Teresa daripada kerusi Kinrara mencetuskan tanda tanya bahawa beliau melarikan diri daripada tuduhan tersebut dan ingin mencuci tangan dalam pelbagai isu membabitkan dirinya di Kinrara. 




Ini Lah Video Yang Membuatkan Keputusan Menggugurkan Theresa Kok diambil.





Pengundi Seputeh dan Kinrara mesti lihat video ini. Ini adalah pendedahan oleh bekas pembantu peribadi Theresa Kok tentang salahlaku korupsi dan fitnah yang dilakukan. Jika ini bohong dan fitnah, kenapa sampai sekarang Theresa Kok masih tidak saman bekas pembantunya???

"Teresa Kok bantu dia orang tubuhkan satu ibu tunggal dan selalu Teresa Kok minta donation bantu ini ibu tunggal.

Dia ada suruh saya pergi Sabah, err minta donation dekat Sabahan. Dia minta RM5,000, itu Sabahan dengar ibu tunggal nak bantu dia bagi RM10,000 cash!

Sampai Teresa punya office, dia bagi cash RM10,000. Kerana saya percaya dia seorang MP (ahli parlimen). Tapi kerana sikit hari kita ada hal tak ngam, dia cakap saya gunakan DAP punya nama pergi angkat donation (derma). Itu satu FITNAH!

Itu Ibu Tunggal ada member, cakap sama saya. Dalam itu masa saya dapat itu punya donation, langsung satu sen pun tak dapat. Apabila saya pergi MSCC buat laporan, Teresa Kok bawa itu semua ibu tunggal katakan saya ada fitnah dia. Dia keluarkan satu surat katakan mahu saya minta maaf dan mahu saman saya RM10 juta. 

Sampai hari ini sudah bulan 8 2012 sampai sekarang saya tak terima apa-apa lawyer punya surat. Jangan pergi percaya itu cakap bohong, cakap manis punya.

Selangor, dulu punya pasar malam satu tahun bayar itu lesen baru RM48 saja. Sudah tukar kerajaan, kalau you pergi lima tempat tak sama, you mahu dapat lima lesen, satu lesen RM50, itu lima lesen RM250 lagi tambah RM48 itu satu tahun punya lesen. Ini dikatakan bantu rakyat kah? 

Tiap-tiap tahun bagi RM48, sekarang mahu bagi RM298. Kita berniaga saja. Itu MPAJ adalah kontrol dengan dia orang. Dulu, kalau you renovate itu you punya kedai, belum start berniaga, dia bagi saman RM3,000 saja. Dia boleh kurangkan 50%, RM1,500.

Sudah tukar kerajaan, saman harga RM12,500!

Ok, dia boleh kurang tapi dia mahu caj hingga RM5,000. Kalau you nak berniaga, nak angkat lesen, dapat ini macam punya cara. You punya fees sudah naik berapa percent?

Ini bukan bantu rakyat! Ini samun rakyat! 

Janganlah pilih ini macam negeri kerajaan. 

Sekarang saya ada sini, bagi satu mesej kepada Teresa Kok, silakan hantar surat lawyer kepada saya, saya tak takut. Biarlah datang, pergi mahkamah tengok siapa yang betul dan salah." - Malaysia News

read more...

AMEK KAU!!! : Pemandu Teksi Di Penjara 48 Tahun, 11 Sebatan

Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling memohon hukuman berat dikenakan terhadap Saravanan kerana mengambil kesempatan terhadap penumpangnya.

"Perbuatan tertuduh menjejaskan imej pemandu teksi di Malaysia serta menjejaskan imej keselamatan negara di kalangan rakyat tempatan dan pelancong," katanya.




Seorang pemandu teksi dijatuhi hukuman penjara berjumlah 48 tahun dan 11 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melakukan seks oral dan merompak dua penumpangnya di dalam teksi tiga tahun lepas.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap dua pertuduhan seks oral dan dua pertuduhan merompak yang dihadapi M.Saravanan, 30.

Bagi setiap pertuduhan melakukan seks oral, dia dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lima sebatan dan penjara 15 tahun dan empat sebatan manakala bagi setiap pertuduhan merompak, hukuman penjara lapan tahun, satu sebatan dan sembilan tahun, satu sebatan.

Bagaimanapun, Saravanan hanya perlu menjalani hukuman penjara 16 tahun sahaja selepas Emelia Kaswati memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh tangkap 16 Jun 2011.

Beliau turut memerintahkan tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas tamat menjalani hukuman penjara itu.

Pada 5 April lepas, tertuduh dipenjara 12 tahun dan dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan termasuk mencabul dan menyamun penumpangnya.

Dia kini dipenjarakan di Penjara Kajang.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Saravanan didakwa melakukan seks oral terhadap wanita berusia 29 tahun dan merompak wang tunai RM350, dua telefon bimbit dan seutas rantai emas putih milik wanita itu di dalam sebuah teksi di Jalan Metro Pudu 2, Fraser Business Park di sini antara 1.50 pagi dan 3 pagi pada 19 Julai lepas.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didakwa melakukan seks oral terhadap wanita berusia 27 tahun dan merompak wang tunai RM1,700, komputer riba, telefon bimbit dan kamera milik wanita itu di dalam sebuah teksi di sebuah kawasan berdekatan Jalan Sultan Salahuddin, Off Jalan Mahameru di sini antara 7.30 malam dan 9 malam pada 9 Julai 2010.

Bagi pertuduhan melakukan seks oral, dia didakwa mengikut Seksyen 377c Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan manakala bagi pertuduhan merompak mengikut Seksyen 372 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda dan sebat.

- Bernama
read more...

Rahsia Kenapa TG Nik Aziz Masih Bertanding PRU13 TERBONGKAR!!

Sekarang terjawablah sudah apa yang tersirat di sebalik kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang sebelum ini beberapa kali menyatakan kesungguhannya untuk bertanding pilihan raya sehingga akhir hayatnya. 




Ia tidak hanya berlegar pada sifat kemaruk Nik Aziz pada kuasa dunia seakan mahu bertongkat langit sampai mati, sebaliknya mempunyai maksud lain juga melibatkan kepentingan darah dagingnya sendiri. Apa lagi kalau bukan untuk memastikan anak lelaki kesayangannya, Nik Abduh yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat benar-benar terjamin kedudukan dan tempat selamat untuknya sebagai calon rasmi PAS dalam PRU-13. 

Bagi Nik Aziz legasinya perlu diteruskan untuk itu walau dalam keadaan sakit dan sering jatuh pitam keletihan hatta nyawa di hujung kerongkong pun akan digagahkan jua bertanding dalam PRU-13. Tanpa pengaruh Nik Aziz sukar untuk Nik Abduh mendapat tempat dalam parti apatah lagi diangkat mewakili PAS dalam PRU-13, tapi memandangkan batang tubuh Nik Aziz masih menguasai PAS maka mudahlah mencipta ruang untuknya melakar masa depan politik. 




Mengikut pengumuman rasmi PAS, Nik Abduh akan diletakkan di Parlimen Pasir Mas meskipun sebelum ini anak MB Kelantan itu sudah disahkan tempatnya di Parlimen Rantau Panjang, sebuah kawasan selamat kerana ia merupakan kubu kuat PAS. 

Kawasan Parlimen lain termasuk Pasir Mas langsung ditolaknya mentah-mentah malah kurang disenangi Nik Aziz sendiri kerana tahu ia berisiko tinggi dalam keadaan semarak Gelombang Merah sedang menghakis pengaruh PAS tika ini. Tapi senario berubah dan tak semena-mena timbul semula kejantanan Nik Abduh untuk beradu nasib di Pasir Mas setelah wujud kemungkinan pertarungan tiga penjuru di situ melibatkan calon BN, Che Johan Che Pa dan calon Bebas, Ibrahim Ali. 





Berbunga riang hati Nik Abduh sama seperti ayahandanya, Nik Aziz yang kelegaan kerana menjangkakan kerusi Pasir Mas hampir pasti milik putera politiknya. Jangan terkejut, selepas ini kempen PAS akan banyak tertumpu di Pasir Mas demi memastikan kemenangan Nik Abduh.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top