Nuffnang

OPS DAULAT : Profil Pengganas Sulu dan Senarai Yang DIBURU!!

Krisiss Pencerobohan Di Lahad Datu pada 12 Februari 2013 telah membongkar beberapa individu yang dikenalpasti sebagai watak-watak utama di sebalik pencerobohan ini samada selaku ketua pengganas Mahupun sebagai talibarut.




Datu Esmail Kiram @ Raja Tua Kesultanan Sulu, 60 seorang suluk daripada Kg. Maimbong Jolo Sulu.

Datu Agbimuddin Datu Kiram @ Datu Puing, 60 merupakan Raja muda Kesultanan Sulu daripada Tubig Indangan, Simunul, Tawi-Tawi. Semasa di Lahad Datu tinggal bersama anak-anaknya Datu Nulbakti Datu Malhimuddin Jamalul Kiram @ Datu Puing di Kg Bilis, Tungku, Lahad Datu.

Agbimuddin @ Datu Puing adalah individu yang bertanggungjawab melatih 1,500 Royal Sulu Force, di Tubig Simunul. Panglima yang bertanggungjawab melatih adalah Jeneral Hadji Musa Abdulla dan Lt. Con. Ernesto Sambas @ Lion of Sulu.

Datu Piah Kiram, 60 seorang Suluk daripada Zamboanga City; pernah berkerja sebagai juruukur tanah di sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu, belum tertangkap dipercayai masih bersembunyi di Semporna.

Amat Malandi @ Mat Bom, 71 bajau sibutu - memberi perlindungan kepada pengganas di Kg Tanduo Felda 17 Sahabat, sehingga meletusnya tembak menembak dengan pasukan keselamtan pada 1 Mac. Mat Bom kini dalam tahanan.

Ali Amat-37 anak Mat Bom yang bertanggungjawab memasukan pengganas ke kg Tanduo. Ali yang memandu Toyota Cygnus dan Toyota Prado mempunyai aktiviti penyelundup dan mencuri buah kelapa sawit daripada ladang Felda.

Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 40 seorang suluk yang tinggal di kg Sri Melur, Bugaya Semporna- telah ditangkap. Bertanggungjawab menyebar berita palsu termasuk pada blog-blog dan media di Filipina.


Senarai Pengganas Sulu Yang Diburu?

 

  1. Jamalul Kiram – Kononnya Sultan Sulu
  2. Agbimudin Kiram – Bekas Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat, Sabah 
  3. Haji Kiram – Tinggal di Sandakan & mempunyai seorang anak yang berkahwin dnegan kakitangan kerajaan
  4. Haji Kaluang – ahli “Majic 8″ komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan pembiayan pencerobohan siri Lahad Datu
  5. Amirbahar (anak kepada Esmail iaitu adik kepada Jamlul Kiram)
  6. Aidani - Penduduk Semporna, berperanan sebagai penjaga senjata api dan dikatakan telah menyimpan senjata api di lokasi rahsia di Semporna
read more...

FAKTA!! KENAPA USTAZ AZIZAN KATA MANIFESTO PR BUKAN JANJI. INI SEBABNYA !! #TolakPR #ManifestoBukanJanji #GE13 #PRU13




INFO RINGKAS, MUDAH DAN PADAT.....
 #TolakPR #ManifestoBukanJanji #GE13 #PRU13







read more...

MASYA ALLAH : Bayi Tanpa Kepala Ditemui Di Sandakan!!!!


SANDAKAN: Mayat seorang bayi perempuan tanpa kepala ditemui terapung di perairan Pulau Nunuyan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata mayat bayi malang yang dipercayai berusia lingkungan tujuh bulan itu ditemui penduduk kampung pada kira-kira 6 petang.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan, untuk dibedah siasat.

Tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, katanya ketika dihubungi di sini.



Gambar Hiasan


Beliau berkata individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.



- MyMetro
read more...

GEMPAR!!! Calon PRU 13 Sanggup Ceraikan Isteri Hanya Untuk BERTANDING!!!

Gelanggang pertarungan PRU 13 secara umumnya telah bermula sebaik sahaja Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman pembubaran Dewan Rakyat setelah mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong. Tika ini tumpuan umum beralih pula kepada SPR menantikan pengumuman bilakah pula jatuhnya tarikh penamaan calon dan hari pengundian, namun di sebalik semua itu ada pihak yang di ambang kecelaruan fikiran menantikan saat tersebut.





Polisi zalim sebegini yang meletakkan hubungan suami isteri bagi menjamin kesetiaan wakil rakyat PAS kepada parti bukanlah perkara baru dan ia sememangnya wujud serta diakui sendiri oleh pemimpin PAS sendiri.



Pihak yang dimaksudkan itu bukannya bakal calon malah bukan juga pimpinan politik parti tetapi mereka adalah sekumpulan kaum hawa berstatus isteri dan ibu kepada anak-anaknya. Mereka dilanda gelisah, debaran tak keruan dan kebimbangan kerana inilah saat paling sukar bila mana terpaksa menerima hakikat suami masing-masing yang mewakili PAS dalam PRU 13 kelak akan mengangkat sumpah baiah talak tiga. 

Setiap calon PAS wajib mengikuti syarat ini demi mengikat kesetiaan mereka kepada parti sekaligus kelak di kemudian hari tiada seorang pun akan melompat keluar dari PAS. Baiah talak tiga maksudnya jika sumpah dilanggar maka terputuslah hubungan suami isteri di dunia dan akhirat, si isteri akan menjanda dan anak-anak pula bakal kesedihan dilanda duka hilang sebuah keluarga bahagia. Bertahun-tahun menjalin hubungan mesra suami isteri dikurniakan anak-anak yang lincah bergurau senda bagaikan sia-sia sebaik sahaja sumpah baiah talak tiga jaminan kesetiaan kepada PAS dilafazkan. Ia satu bentuk paksaan dalam rela tapi itulah hakikat syaratnya jika mahu menjadi calon PAS dalam pilihan raya. 

Andai tidak sanggup menerima syarat bersedia menceraikan isteri dengan talak tiga, jangan sesekali berangan untuk menjadi calon PAS. Demikian murahnya kesetiaan seorang isteri kepada suami pada nilaian PAS sehingga sanggup dijadikan pertaruhan demi keutamaan parti. Baiah talak tiga ini bukannya lagi satu rahsia dalam PAS setelah ianya diakui sendiri oleh pemimpin PAS mengenai kewujudannya demi menjaga kepentingan politik kepartian PAS meskipun hubungan suami isteri dijadikan sandaran dan gadaiannya. 

Bagi PAS soal parti lebih utama, hukum hakam agama boleh sahaja mereka manipulasi untuk kepentingan parti, sama seperti mana para pimpinannya sering memanipulasi soal pahala dan dosa, syurga dan neraka untuk mengumpan sokongan keduniaan. Sedangkan kesucian kalimah Allah S.W.T PAS sanggup biarkan tergadai demi memenuhi tuntutan DAP sebagaimana dipersetujui secara bersama oleh PR, apa sangatlah menggadaikan hubungan suami isteri para calonnya demi kepentingan PAS, bukan begitu?


#Najib4PM #Vote4BN #GE13 #PRU13 #Transformasi #BNBagus
  #BetterNation @razaliibrahim  @shaberyc @hishammuddinh2O @NajibRazak
read more...

OPS DAULAT VIDEO : MENGAPA GGK KOMANDO DIKATAKAN TERBAIK DARI YANG TERBAIK!!!








"Datangmu Tidak Diundang, Jika Ragu Sila Pulang"

Eksklusif.... Video yang jarang-jarang dapat kita tonton!!! Gua Tabik SPRING pada anggota komando GGK ni. 





#ESSZONE #OpsDaulat #PeaceSabah #LahadDatu #Semporna



read more...

POLITIK KITA : Tak Kira Apa, Jangan Sampai Jadi BEGINI!!!

Politik Oh Politik!!!

Hormatilah Kawan-kawan Kita Walaupun Berbeza Fahaman Dan Pendapat. Insya Allah Hidup Kita Sentiasa Ceria Selalu..... Dan Dihormati Kawan Serta Lawan.

Ingat!! Bahasa Melambangkan Keperibadian Individu Tersebut.




#Najib4PM #Vote4BN #GE13 #PRU13 #Transformasi #BNBagus 
  #BetterNation @razaliibrahim @hishammuddinh2O @NajibRazak


Jangan Sampai Begini!!!!







Hanya ini Pesanan Dari BB




Dan Akhir Sekali



read more...

OPS DAULAT MUTAKHIR !! Datuk Seri Clarence Luing Karl @ Muhammad Khali Ditahan



LAHAD DATU 4 April – Polis telah menahan seorang lelaki yang bergelar ‘Datuk Seri’ bagi membantu siasatan berhubung kes pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, suspek yang dikenali sebagai Datuk Seri Clarence Luing Karl @ Muhammad Khali itu ditahan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu pada pukul 10.30 malam.
Sumber-Utusan
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top