Nuffnang

VIDEO : @abbyabadi112 Sebak Melihat Calon Suaminya Atas Pentas



Sayu.....pilu..... bermacam-macam dugaan yang menguji Abby Abadi dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Apatah lagi apabila melihat "calon suaminya" di atas pentas dalam keadaan begitu..... Seorang "Rocker Otai" berstatus "Duda". Siapakah artis lelaki ini yang membuat Abby bersedih?




Kena tengok sampai habis baru dapat tahu siapa artis lelaki yang berstatus "DUDA" tersebut.



read more...

PR1MA : Cara-cara Memohon Perumahan Rakyat 1Malaysia





Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00. Tawaran rumah adalah dari RM100,000 hingga ke RM400,000.

Cara buat permohonan :

1. Semak kriteria kelayakan seperti di bawah :-

Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan  
 pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.

2. Pendaftaran akaun di laman web rasmi PR1MA(Memerlukan email yang sah). Jangan terpedaya dengan laman web yang salah

3.  Cara nak daftar amat mudah. Pertama sekali, pergi ke laman web rasmi PR1MA bahagian pendaftaran. Bila selesai boleh check email anda dan sahkan pendaftaran. Kemudian login menggunakan kata laluan semasa pendaftaran



Pendaftaran PR1MA ini amat mudah sekali dengan nombor KWSP & nombor cukai pendapatan (LHDN) diperlukan. Kalau tiada no dimasukkan, pendaftaran akan gagal. DAN jangan sekali-kali memasukkan nombor palsu semata-mata hendak lengkapkan permohonan, mereka boleh batalkan permohonan anda.

Langkah seterusnya sila isikan maklumat pasangan (kalau ada), tanggungan (kalau ada), maklumat hartanah (kalau ada), maklumat tempat bekerja, pilihan rumah PR1MA berdasarkan jenis hartanah (apartment, rumah teres, bilangan bilik dll.), lokasi pilihan.

Kemudian lengkapkan dokumen sokongan. Setelah mendaftar dan mengisi borang permohonan, tunggu langkah berikutnya

4. Perlu kemukan permohonan untuk tujuan pengundian

5. Pemohon akan di saring melalui proses pengesahan

6. Pemohonan yang sah akan di undi secara rawak

7. No undian pengundi yang berjaya akan disiarkan di laman web PR1MA

8. Pengundi yang berjaya akan dihubungi melalui emel dan SMS

9. PR1MA akan menghubungi pengundi yang berjaya dan memaklumkan perincian perumahan yang disediakan 

Nota:

- Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
- Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut
   turutan cabutan undian.
- Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA
   tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
- Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.

read more...

Penggunaan Dakwat Kekal Dalam PRU13


Masih Ada Pemilih Keliru Penggunaan Dakwat Kekal



KUALA LUMPUR – Dalam bahang pilihan raya umum ke-13, yang akan diadakan bila-bila masa sahaja, masih ramai rakyat Malaysia keliru dengan maksud penggunaan dakwat kekal yang akan digunakan buat pertama kali.
Pemilih berdaftar yang ditemui penulis secara rambang umumnya menyangka dakwat kekal adalah suatu alat yang akan digunakan bagi menanda kertas undi pada hari pengundian nanti.
Antaranya seorang penjawat awam, Khairunila Khalid, 50, berk au berpendapat penggunaan dakwat kekal itu merujuk dakwat pen yang akan digunakan untuk menanda kertas undi berbanding pensil yang digunakan sebelum ini.
Berkongsi pandangan sama, seorang eksekutif perhubungan pelanggan, Noor Ain Isaak, 26, yang akan mengundi buat pertama kali: “Saya ingat dakwat kekal ini digunakan untuk menanda kertas undi supaya undi itu tidak boleh diubah.”
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika ditemui Bernama baru-baru ini menjelaskan penggunaan dakwat kekal merujuk calitan di atas jari telunjuk tangan kiri pengundi, yang tanpa calitan dakwat berkenaan kertas undi tidak dikeluarkan kepadanya.
Beliau menegaskan pengunaan dakwat kekal adalah satu langkah mengelakkan pengundian berulang seperti yang didakwa sesetengah pihak, bertujuan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan proses pengundian.
“Sebelum ini banyak tohmahan dan fitnah terhadap SPR mendakwa ada pengundi Malaysia mengundi lebih daripada sekali walaupun selama ini tidak pernah dibuktikan.
“Bagaimanapun, SPR ambil tindakan atas syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya) untuk gunakan dakwat kekal ini dicalit pada jari pengundi sebelum kertas undi dikeluarkan,” katanya.
Penggunaan dakwat kekal pada PRU-13 selaras dengan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 yang diwartakan Februari tahun lepas.
Abdul Aziz menegaskan setiap pengundi berdaftar yang mahu mengundi mesti dicalit dakwat kekal sebelum kertas undi diberikan kepada mereka termasuk pengundi awal tetapi tidak melibatkan pengundi pos.
“Kalau tiada jari telunjuk, ada cara lain. Yang penting ada tanda dakwat kekal. Bila dah calit barulah namanya diteriak dan kertas undi diberikan. Kalau kata tak mahu calit, beri macam-macam hujah pun kita tak akan beri kertas undi,” katanya.
Mengulas perkara itu, beliau berkata seseorang pengundi yang masuk ke pusat mengundi mestilah menunjukkan jari-jari tangan yang bersih kepada kerani pengundian bertugas terlebih dahulu sebelum menyerahkan kad pengenalan, dan namanya disebut untuk membolehkan kertas undi dikeluarkan.
“Inilah kali pertama penggunaan dakwat kekal. Kita harap tiada masalah. Kita dah buat latihan dan ia tak makan masa lama kerana dakwat kekal ini cepat kering,” katanya.
Menurut poster SPR, tatacara mencalit dakwat kekal adalah seperti berikut:
* Dakwat kekal dicalitkan pada jari telunjuk kiri pengundi, atau
* Mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri
* Jari telunjuk kanan jika tiada mana-mana jari kiri
* Mana-mana jari kanan jika tiada jari telunjuk kanan, atau
* Dicalit pada hujung lengan kiri jika tiada mana-mana jari.
Memandangkan terdapat dua jenis pengundi iaitu pengundi awal dan pengundi biasa, Abdul Aziz berkata SPR akan menggunakan dua jenis dakwat yang berbeza daripada aspek ketahanannya.
“Bagi pengundi awal, dakwat akan tahan lebih lama. Kita tak mahu tuduhan kata orang yang sama ini akan mengundi lagi sebagai pengundi biasa. Untuk undi biasa, kita ada dakwat kekal berlainan warna.
“Dakwat kekal ini tidak boleh ditiru. SPR akan edarkan ke pusat-pusat pengundian sekali dengan peralatannya seperti berus dan pelapik jari berserta kertas undi dan kotak kertas undi pada petang hari sebelum mengundi,” jelasnya.
Abdul Aziz berkata penggunaan dakwat itu bukan sahaja mendapat kelulusan Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan bagi memastikan tidak menjejaskan kesihatan atau mempunyai kesan sampingan, malah turut mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 11 Jan 2012 memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum adalah harus dan dibenarkan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat itu tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.
Penggunaan dakwat kekal pernah dicadang untuk digunakan pada pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008 tetapi dibatalkan atas nasihat perundangan serta aspek ketenteraman dan keselamatan awam. – BERNAMA

read more...

Pesanan Buat Anwar Ibrahim!!!!


Siapa yang tidak ingat, betapa yakinnya Anwar Ibrahim berjanji pada seluruh dunia, 16 September 2008, PR akan mengambil alih kuasa di Parlimen dan beliau akan 'mengangkat sumpah' sebagai PM ke-7.. Tetapi, itulah Anwar Ibrahim... politiknya penuh dengan angan-angan!

Sekali lagi, menjadi 'Raja Propaganda' menggunakan media luar,BloombergNews, Anwar Ibrahim 'menjaja' PR akan mengambil alih kuasa selepas PRU-13 dengan janji ‘smooth and peaceful transition’.

Apa mimpi Anwar Ibrahim begitu yakin 'menjaja' pelaksanaan 'smooth and peaceful transition' ini?

Selangor - isunya terlalu banyak dan sudah diketahui umum! Isu keangkuhan untuk bekerjasama dengan SYABAS sehingga rakyat merana ketiadaan air, isu ibu tunggal dan warga emas yang 'ditipu' bantuan, isu bantuan persekolahan pra-sekolah yang tidak diserah-serah. Ditambah lagi, isu dalaman, apabila anak muda, Rafizi Ramli dipinggirkan, 'anak derhaka', YB Azmin Ali yang ditatang dan YB Tan Sri Khalid sudah tidak lagi sehaluan, kepimpinan negeri yang sudah celaru!





Di mana asasnya rakyat Selangor masih 'sudi' mengundi kepimpinan anda, Anwar Ibrahim?

Kedah - isunya sudah melarat-melarat. Terbaru, ADUN dan Ahli-ahli PAS Kedah dengan jujurnya melahirkan rasa ketidakpuashatian terhadap YB MB Kedah, Datuk Seri Azizan atas ketidakmampuan mentadbir sehingga menampakkan kelemahan PR & PAS di Kedah. Seperkara lagi, gelombang 'Depa nak tukaq dah' dan kempen maya #SaveKedah semakin mendapat perhatian rakyat Kedah.

Apa pula rasional Anwar Ibrahim, masyarakat Kedah masih ingin mengundi pakatan anda?

Kelantan - Gelombang Merah sudah terlalu kuat. Logo 'T' (TUKAR) semakin mendapat tempat di hati masyarakat Kelantan. Sudah bertahun lamanya, keperluan pembangunan dan kemajuan rakyat Kelantan dinafikan sehingga menyebabkan hampir setengah juta rakyatnya terpaksa berhijrah. Selain itu, kebergantungan kepada kudrat veteran untuk terus memimpin negeri adalah bukti 'ketamakan kuasa' PAS dan PR. Ketahuilah, pada ketika PR masih bergantung kepada pimpinan lama, BN sudah rancak melakukan transformasi politik membariskan pimpinan-pimpinan segar!

Sedarkan Anwar Ibrahim yang rakyat Kelantan punya kuasa untuk Ubah?

WP Kuala Lumpur - Kegigihan ahli-ahli BN Kuala Lumpur membantu rakyat KL menyelesaikan isu-isu perbandaran sehingga menyebabkan salah seorang wakil rakyat PR, anakanda Anwar Ibrahim, Nurul Izzah melenting. Pemahaman mudah anak muda itu, untuk menilai siapa buat kerja maka diajaknya berdebat! Andai semudah itu tafsiran seorang pemimpin, punahlah masa depan anak bangsa kita!

Tidakkah Anwar Ibrahim melihat kelonggaran jentera PR di Kuala Lumpur?

Pulau Pinang - Kerajaan negeri pimpinan DAP telah mencatatkan defisit sebanyak RM120 juta pada 2012 dan unjuran defisit sebanyak RM260 juta pada tahun 2013. Isu defisit ini menjadi 'senjata kuat' untuk membuktikan betapa kerajaan DAP lemah dalam pentadbiran negeri. Tidak cukup dengan itu, isu perbalahan antara Ketua Menteri dan Timbalannya seringkali menjadi bualan. Juga, isu-isu rakyat terutamanya Melayu dan India yang 'dihalau' dari premis perniagaan mahupun kediaman mengakibatkan kebanyakan rakyat sudah serik dengan PR!

Sudahkah Anwar Ibrahim mendengar rakaman majoriti rakyat Pulau Pinang melaungkan ‘Are you ready for BN?’ … ‘YESSS!!!’

Erti kata mudahnya, di negeri-negeri pimpinan ‘Pakatan Rapuh’ pun sudah lemah dan di ambang kejatuhan, negeri-negeri pimpinan BN sentiasa tetap utuh dan ampuh bersama untuk ‘TOLAK PAKATAN RAKYAT’

Pesanan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim, 

1Malaysia mendoakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janji 'smooth and peaceful transition' apabila Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan WP Kuala Lumpur KEMBALI KE PIMPINAN BN selepas PRU-13 ini!

Jangan sekadar untuk mengalih isu tumpuan rakyat daripada masalah dalaman DAP-PKR di Johor dan perselisihan pendapat Kalimah Allah sehingga terpaksa menjaja cerita di media antarabangsa.

Tidak usah lagi memperdaya, kerana rakyat sudah tidak percaya!
read more...

KEPUTUSAN EUROPA LEAGUE LIVERPOOL 3 - 1 ZENIT ST PETERSBURG



2 gol jaringan Luis Suarez di Anfield masih gagal membantu The Reds untuk meneruskan saingan ke peringkat yang seterusnya.

Liverpool dengan kenangan menakjubkan kebangkitan di Istanbul pada Final Liga Juara-Juara menentang AC Milan dikejutkan dengan jaringan pendahuluan oleh Hulk pada minit ke 19 yang membuatkan Anfield tergamam seketika

Namun, Luis Suarez menyamakan kedudukan pada minit ke 27, diikuti Allen minit 43 yang menghidupkan kembali suasana dan sorakan di Anfield.

Dengan persembahan bersemangat, separuh masa kedua menyaksikan Liverpool terus mengasak kubu Zenith dan Suarez menjaringkan gol ketiga bagi Liverpool seterusnya menyamakan agregat 3-3 menerusi sepakan percuma yang melencong cantik ke penjuru kiri pintu gol.

Serangan bertali arus dari Liverpool itu bagaimanapun gagal menghasilkan gol kemenangan yang dicari-cari kerana Zenith berkelebihan gol di tempat lawan. Nasib juga tidak menyebelahi Liverpool apabila dua kali bola mengenai tangan pemain Zenith di dalam kotak penalti tetapi tidak dilihat oleh pengadil perlawanan.


Minute by minute


PostA valiant display from the Reds is not enough as they go out of the Europa League on away goals to Zenit St Petersburg.
93FULL-TIME
91And another...
91Corner to Liverpool...
90Three minutes added on.
90Heading into stoppage time now - still a chance for the Reds...
85Five minutes plus added time left...
83Substitution: Milan Rodic for Sergey Semak:
83Substitution: Raheem Sterling for Stewart Downing:
82Zenit see it away.
81Free-kick to Liverpool on the right flank. Gerrard to deliver...
81Hulk tries another free-kick from distance - high and wide this time.
80Rodgers is having a lengthy chat with Raheem Sterling.
8010 minutes remaining...
78Zenit are just defending now, it's all happening at the Kop End. Agger nods a header from a corner wide.
76Shelvey almost got it! A very lucky break fell to the midfielder, who smashed it first time but found the side-netting only.
7515 minutes left to score one goal...
74The Reds have to be careful, though. First Reina has to make an excellent low stop to keep out Hulk, then Anyukov sees a long-ranger deflected behind.
72Enrique has been superb and he attacks again, delivering into the middle - where Malafeev can only punch to Gerrard. The skipper volleys at an awkward angle and his effort is blocked out for a corner.
70Suarez again gets the opportunity and he goes low to the left but Malafeev is down to parry it away.
69Liverpool break forward and Assaidi hurdles two challenges before being felled. Another free-kick within range...
67Hearts in mouths there... Hulk smacks a dipping free-kick towards goal and it looks close but not close enough.
66First Booking: Jonjo Shelvey:
65Fantastic covering defending by Enrique to stop Hulk on the counter-attack. Vital.
63The Reds just need one more to qualify.
60Substitution: Oussama Assaidi for Jordan Henderson:
60Substitution: Jonjo Shelvey for Joe Allen:
59But it's Suarez who takes and scores an important goal in every sense - his 25th of the season. What a beautiful curler.
59GOAL! Luis Suarez:
58Meanwhile, the Reds have another set-piece in a dangerous area. Gerrard over it.
57Both are definitely coming on in the next few minutes.
55Looks like Jonjo Shelvey will be introduced soon. Assaidi also warming up.
53Gerrard plays a sublime ball to Enrique on the left and Suarez is so close to breaking clear but Zenit avert the danger.
52The Kop is screaming their team forward...
50The referee denies the Reds what seemed a certain penalty due to handball and Suarez’s subsequent attempt is deflected wide.
49Enrique almost finds Downing with a cross but the wide-man is blocked out.
47Agger has the first effort in earnest - over.
46SECOND HALF
45Substitution: Viktor Fayzulin for Miguel Danny:
45Substitution: Domenico Criscito for Nicolas Lombaerts:
45The teams are coming back out...
45@carlmarkham: Hope Henderson asks for DVD at the end so he can replay that pass to critics as example of where his talent lies. Technically inch-perfect.
45@arturpetrosyan: Seems like Zenit will play left back Criscito in the centre. Liverpool's chances are rising.
45That was a superb half of football. Terrific spirit from the home side after going behind to Zenit and Brendan Rodgers' side now have every chance in the second half.
45HALF-TIME
44Lombaerts was hurt badly during the goal and may have to go off.
44Anfield has erupted.
43Fasten your seatbelt! Enrique plays a one-two with Henderson, picks out Allen perfectly and the Welshman nods past Malafeev after seeing his first strike saved,
43GOAL! Joe Allen:
40Enrique supports the attack and flicks past his marker to deliver a cross. But it's too strong to set up Downing on the other side.
38Gerrard looks through the middle for Suarez but the Uruguayan is ruled offside.
35Speculative effort by Anyukov now - right side of the post for Liverpool again.
34He may be diminutive but Danny is a massive threat. He controls a cross-field pass expertly and volleys towards Reina’s near post. Wide.
31Almost a second mistake for the hosts as Reina miskicks a bouncing backpass but we're fortunate on this occasion. Hulk then drills wide.
27Game on now! From the free-kick, Suarez steps up to smash an unstoppable effort past Malafeev.
27GOAL! Luis Suarez:
26First Booking: Igor Denisov:
26Terrific chance here...
24That's what we need... Daniel Agger picks the ball up deep and dribbles to the edge of the Zenit box - where he draws a desperate foul.
20The Reds now need four goals here.
19Disaster for Liverpool and it's Hulk again. The Brazilian capitalises on a short Carragher backpass and slots home past Reina for 1-0.
19GOAL! Hulk:
18Suarez unhappy with a rough challenge by Igor Denisov in midfield. Free-kick.
16First slight lull in the match at the moment.
13@Petermcdowall10: That was loudest I've heard Anfield in a LONG time #shivers
12@dani37pacheco: Come on you reds!!!!
11Gerrard stands over a free-kick within shooting range and the skipper does shoot - well over the bar.
10Good centre by Stewart Downing causes a scramble in the Zenit area which is eventually cleared.
9Jamie Carragher denies Danny - who timed a run nicely into the box - with a shield out of play.
7Great play by Jordan Henderson, winning possession with a crunching tackle. But the midfielder hit a weak shot at Malafeev.
6Space for Danny down the right flank - the Portuguese hits a cross-shot which is simple for Pepe Reina to collect.
4Suarez nearly glides beyond Neto on the left but the defender makes an excellent challenge.
3Enrique then pings a lovely ball over the top to Luis Suarez, who almost delivers the perfect control but sees the ball run to Malafeev.
1Axel Witsel tries to raid forward early for the visitors but is thwarted by Jose Enrique.
1We're underway...
1KICK-OFF






read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top