Nuffnang

Akibat Diburu Nga Kor Ming, Ranking Pisau.net Melonjak Tinggi

Riuh rendah kem Nga Kor Ming sebelum ini yang cuba mengesan identiti pemilik blog Pisau.net sehingga menawarkan RM1,000 kepada sesiapa yang boleh mendedahkan identiti pemilik blog tersebut.

Baca artikel sebelum ini. Klik Sini.

Namun, dalam kes ini nampaknya Pisau.net yang lebih untung nampaknya. Sebab gua rasa kesan daripada publisiti tidak diminta itu, ranking Pisau.net telah melonjak ke ranking KEDUA Blog Pro Kerajaan seperti mana yang dikeluarkan oleh Portal Suara Generasi Baru.




Ranking Penuh :  Klik Sini


Anyway, TAHNIAH BRO
read more...

Panasss... Sensasi : Video Mahasiswa UUM Yang Memalukan

Hmm.... Inilah Akibat Anwar dan Ambiga menjadi Idola, seorang mahasiswa UUM telah tampil kononnya memperjuangkan "Human Right". Boleh buat apa saja yang dia suka...... Miss Bawani.....



Memang tak kenang dek untung beb!!! Beginikah Mahasiswa Yang Kita nak lahirkan. Bertuahnya kita di bumi merdeka yang aman dan damai ini. Mahukah kita hidup dalam keadaan demontrasi dan rusuhan seperti di negara-negara lain. 





read more...

MAZA BAKAL SERTAI AZHAR IDRUS BERTANDING DALAM #PRU13 ATAS TIKET PAS???

Isu MAZA bakal menyertai PAS dan bertanding pada #PRU13 telah berkumandang sejak dua menjak ni. MAZA yang kita kenal agak lantang dalam sesuatu isu agama dan kadang-kadang bertentangan dengan fahaman Ahlul Sunnah Wal Jama'ah didapati mesra dengan UAI pada satu majlis.




Sama ada kebetulan atau memang dirancang, wallahu 'alam. BB tak tahu. So, Persoalan di atas hanya dapat dijawab apabila sampai masanya nanti.
read more...

Luasnya Tanah Kepada DAP Mampu Diberi Kepada 1000 Rakyat Kelantan

Sehingga saat ini rakyat Kelantan masih bingung dan tercari-cari apa rasionalnya sehingga mendorong Kerajaan Pas Kelantan meluluskan pemilikan tanah pajakan seluas 10,526 ekar di Gua Musang kepada pemimpin Cina DAP dari Perak.

Rakyat pribumi sendiri masih dibelenggu masalah hak milik tanah sekalipun sudah berpuluh tahun membanting tulang meneroka kawasan berkenaan demi sesuap nasi, alih-alih Cina DAP dari luar pula yang sakan meraih laba keuntungan sehingga tahun 2092.

Untuk baki selama 79 tahun lagi dari sekarang hak milik pajakan tanah tersebut terus menjadi milik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min melalui syarikat swasta Upaya Padu sdn Bhd yang baru mereka ambil alih baru-baru ini.
 
 


 
 
Soalnya kenapa dan apa jasa pemimpin DAP Perak itu kepada negeri ini sehinggakan keutamaan pajakan tanah yang luas mata memandang itu hanya dinikmati oleh mereka? Sedangkan sekelumit manfaat daripada mereka untuk menambah baik taraf kehidupan rakyat marhaen negeri ini langsung tak kelihatan.

Padahal bukannya tidak ada syarikat berwibawa dan individu usahawan berkaliber yang terdiri daripada anak Melayu Kelantan yang jika diberi peluang seperti itu tentu sahaja akan memanfaatkannya demi kebaikan negeri dan anak watan sendiri.

Kedua-dua pemimpin DAP Perak itu pula bukannya memiliki latar belakang sebagai usahawan genuine yang berjaya, sebaliknya sekadar pemimpin politik.

Kalau pun Pas begitu terhutang budi mahu membalas jasa dek kerana sokongan DAP kepada perlantikan pemimpin Pas Perak, Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tidak berapa lama dulu, bukan begini caranya.

Cukup-cukuplah beribu ekar tanah di Perak diluluskan hak milik tanah 999 tanah di sana kepada Cina-Cina DAP, buat apa lagi di beri habuan tanah pajakan berpuluh tahun di Kelantan untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin DAP pula.

Dengan keluasan 10,526 ekar tanah di Kelantan itu yang hampir menyamai luas Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya.

Sekiranya Kerajaan Pas Kelantan mengikut kaedah penganugerahan hak milik tanah mengikut acuan FELDA bermakna sekitar 1,000 buah keluarga bakal beroleh manfaat berupa tanah seluas 10 ekar tiap-tiap keluarga.

Tapi disebabkan kepentingan politik dan dikaburi puncak kuasa yang tidak pasti, akhirnya tanah yang merupakan amanah rakyat itu hanya memberi manfaat kepada beberapa kerat politikus dan kroni pemimpin DAP dalam syarikat itu sahaja.

Lebih menyakitkan hati rakyat bila mana hasil bumi Kelantan berupa kayu kayan balak yang nilainya berjuta-juta ringgit terus mengalir ke tangan orang lain.

Bagaikan mengulangi sejarah air mata rakyat di awal dekad 1960-an dan 1970-an dulu di mana hasil bumi negeri di lebih 300,000 ekar tanah menjadi habuan sebuah syarikat milik Cina Singapura juga melalui kaedah pajakan tanah.

Patutlah lebih 90% para peneroka FELDA di serata tanah rancangan seluruh negara begitu alergik dengan Pas, tentunya berkait rapat dengan kebimbangan yang hak milik tanah mereka bakal tergadai atau dipajak kepada Cina DAP atau Cina SIngapura seandainya Pas diberi muka memijak sesuka hati wilayah yang mereka pertahankan.

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh sahaja mengugut rakyat dengan ancaman tindakan undang-undang dan saman misalnya dalam usaha untuk menutup kebenaran, namun rakyat tidaklah bodoh untuk terus berdiam diri membiarkan saja harta benda negeri dan hasil buminya terus mengalir ke tangan DAP.

Dari Timur ke Barat, dari Utara ke Selatan Kelantan di setiap jajahan negeri ini ada sahaja suara-suara anak Kelantan yang bangkit menuntut jawapan konkrit. Kenapa, mengapa dan untuk apa tanah Kelantan dibiarkan menjadi milik DAP?

Rakyat Kelantan menanti jawapan hari demi hari, namun yang ada cuma jawapan bersimpang siur daripada Kerajaan Negeri yang terus berbelit sambil menegakkan benang yang basah.

Jika beginilah gaya Pas memerintah negeri, sikit-sikit pajak tanah, sikit-sikit tebang balak yang sebahagian besar hasilnya hanya menguntungkan segelintir manusia haprak sahaja, usahlah menangis tak berlagu bila PRU 13 tiba kelak rakyat bangkit membuang Pas jauh terperosok ke dalam longkang.


"Cukup-cukuplah beribu ekar tanah di Perak diluluskan hak milik tanah 999 tanah di sana kepada Cina-Cina DAP, buat apa lagi di beri habuan tanah pajakan berpuluh tahun di Kelantan untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin DAP pula"
 

read more...

Pelawak Mana Pinjam Duit Ibu Tunggal Untuk Ceramah Politik??

“Tuduhan dilemparkan ke atas saya adalah fitnah semata-mata,” kata seorang pelawak menjawab tuduhan seorang ibu tunggal yang mendakwanya melarikan diri selepas meminjam kira-kira RM7,000 sejak tiga bulan lalu.

Harian Metro kelmarin melaporkan seorang pelawak tanah air didakwa menghilangkan diri selepas meminjam RM7,000 daripada seorang wanita untuk ‘berceramah politik’ namun gagal melangsaikan bayaran itu.
 
Gambar Hiasan

 
Laporan berkata, wanita itu turut mendakwa pelawak berkenaan gagal melangsaikan dua bayaran tempahan hotel pada 30 September dan 20 Oktober, pinjaman RM4,500 membaiki kereta, bayaran cagaran telefon sebanyak RM780 dan memperbaharui cukai jalan RM1,500.

Menurut pelawak terbabit, tuduhan itu tidak berasas sama sekali kerana setiap dua minggu dia membuat bayaran walaupun sedikit.

“Saya akui meminjam daripada wanita itu RM4,500 pada 21 September lalu tetapi perjanjian mulut mengatakan setiap minggu saya dikehendaki membayar antara RM400 sehingga RM600.


“Wanita itu pernah mengatakan sekiranya saya ada wang, bayar, kalau tiada simpan dulu. Setakat hari ini (semalam) saya sudah menjelaskan beberapa kali dan baki hutang hanyalah antara RM4,000 sehingga RM5,000,” katanya memaklumkan hasil ceramah diterimanya adalah RM200 setiap minggu.

Katanya, berikutan kekurangan pendapatan, kadangkala dia terlewat membayar balik pinjaman namun memaklumkan perkara itu kepada wanita berkenaan.

“Kerana lambat dua hari, saya diugut untuk dimalukan walaupun sebelum ini dia memahami keadaan saya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Selain itu, menurutnya, tuduhan mengatakan dia gagal membuat bayaran selepas makan di kedai wanita itu serta melunaskan bayaran hotel ditempah tidak tepat kerana sebelum ini ibu tunggal itu mengatakan dia mahu belanja.
read more...

KRONOLOGI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #HKR112 #KL112

Gambar dan Info Terkini Dari #HKR112 #KL112





Terkini @ 4.55 pm

Diakhiri dengan Nyanyian Negaraku




Bacaan Doa Oleh TG. Nik Aziz







Update @ 4.45 pm

Deklarasi Oleh Saipudin Nasution






Update @ 4.16 pm



DS Anwar Ibrahim

- 1645 salam dari Anwar
- Anwar "MERDEKA" , Pengunjung "RAKYAT"
- Saya Akan Jerit Merdeka (7 kali), saudara semua sambut dengan RAKYAT
- Akhir sekali, saya tabik hormat dan salute kepada rakyat semua lynas, royalti, ungu, hijau, oren
- Rakyat akan bangkit mengubah sejarah Malaysia
- SPR jangan tipu lagi, kalau tipu PRU13, rakyat bangkit tumbang kamu
- Tentukan mutu kesihatan, pendidikan dan kekayaan kita bertambah
- Kita akan angkatkan mutu bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain Cina, India, kadazan
- Kita akan turunkan harga minyak
- kita akan mansuhkan PTPTN
- Kita akan mansuhkan AES
- TV3 bodoh kerana melaporkan kegagalan HKR ini
- Tahniah dan terima kasih kepada polis kerana mula merasai kehadiran kerajaan baru yang akan datang
- Berilah peluang suara rakyat menjadi suara keramat mentadbir kerajaan
- Saya rasa, saya tahu, saya selami kesengsaraan rakyat
- Rakyat Bangkit kerana kesedaran mereka
- RM190 juta Wang Haram



** update setakat jam 1600.

1. Dalam Stadium Merdeka - 32,000
2. Luar stadium merdeka dan kawasan sekitar - 3,000


Jumlah keseluruhan - 35,000

Semasa Hj. Hadi berucap sebentar tadi kelihatan ada peserta mula beredar dr stadium. Peserta di luar stadium juga tlh mula beredar


Update @ 4.15 pm

kutipan derma kali kedua digerakkan oleh MC

Update @ 3.45 pm



Haji Hadi Awang


- Takbir!!
- Kita UBahh sekarang
- Mari kita istiharkan kemerdekaan kita yang KEDUA
- P. Pinang kita dapat keluarkan daripada kepeningan BN
- Kedah kita memerintah dengan hasil bendang sahaja tapi masih aman
- Perak Ditumbangkan secara Rasuah
- Di Perak, BN melanggar dan merampas hak rakyat semasa PAS memerintah
- Buku Jingga yang mahu hapuskan tol bukan cakap kosong
- PAS Melahirkan anak-anak Kelantan yang Bijak, Mahir, Kaya
- Islam Agama Persekutuan, Hak beragama bangsa lain
- Kita Bertindak di atas Resolusi PR
- Hari ini kita tubuhkan satu gagasan bersama Pakatan
- Kerajaan PAS ditumbangkan di Terengganu dan Kelantan
- PAS Wajib bersama rakan-rakan yang dizalimi (PKR,DAP) untuk menentang kezaliman BN


Update @ 3.35 pm



Lim Guan Eng Mengambil Giliran Memberi Ucapan di #HKR112 #KL112


- Kita mulakan coutdown merdekakan Malaysia dari tarikh ini
- Kita Pastikan Lynas ditutup
- Kita tumbangkan Barisan Nasional
- Akan merdekakan rakyat Malaysia daripada rasuah
- Tangan Kanan beri BR1M Tangan Kiri Ambil AES 
- Smartphone tak berguna kalau tiada internet
- Pemberian Komputer Percuma tak Berguna kalau tiada Internet
- Akan Pasang Wifi Percuma di Semua Tempat Awam
- Lebih kurang 40,000 yang di dalam stadium


Update @ 3.25 pm


Mat Sabu Sedang Berucap dan Melancarkan Tabung #HKR112 #KL112

- mengucapkan terima kasih kpd ngo dan rakyat kerana hadir ke perhimpunan
- menyeru hadirin supaya perhimpunan ini bermula dan berakhir dengan aman tanpa kekecohan
- jangan merosakkan harta awam
- melancarkan kutipan derma dan mengumumkan jumlah kutipan derma semasa di kedah sebanyak RM300 ribu dan meminta peserta menderma melebihi 500 ribu dalam HKR.
- menyatakan rakyat malaysia di Melbourne, Auckland, Canbera dan Abu dabi.


Update @ 2.45 pm





VIDEO #KL112 #HKR112: Suasana di sekitar Central Market




#KL112 #HKR112 1445: Stadium Merdeka telah dipenuhi oleh seramai lebih kurang 50,000 peserta HKR.


Keadaan di Masjid Negara semakin beransur lengang.


Update @ 2.35 pm



suasana dlm stadium merdeka


lebih ramai yg melihat daripada bersolat. ker dah buat jamak takyah



Update @ 2.15 pm


#KL112 #HKR112 1414: Seramai lebih kurang 50,000 peserta bersama peminpim HKR telah berada di dalam Stadium Merdeka dan seramai lebih kurang 7,000 peserta berada di luar kawasan stadium.





VIDEO #KL112 #HKR112: Suasana di sekitar KLCC dan penugasan anggota PDRM.



#KL112 #HKR112 1414: Keadaan trafik di hadapan Masjid Negara.


#KL112 #HKR112 1410: Peserta dari Masjid Negara mula memasuki Jalan Kinabalu utk ke Stadium Merdeka



            #KL112 HKR112 1406: Peserta di Masjid Negara mula bergerak ke Stadium Merdeka.





Update @ 1.35 pm



Dr masjid negara ke stadium




@abby_abadi112 meroyan




Kak Wan TAK Sudi Datang Dgn Anwar sbb ni perhimpunan utk Shamsidar...!!



Update @ 1.20 pm








update setakat jam 1300.

1. Masjid Negara - 3000
2. Pasar Seni - 100
3. UM- 20
4. KLCC- 0
5. Brickfields- 1730
6. Jln Sultan- 3000
7. Dataran Merdeka  - 0
8. KSS Kg. Baru - 0
9. Stadium Merdeka & kwsn persekitaran - 8300
10. lain2 kawasan - 3850
Jumlah keseluruhan - 20,000
Antara pemimpin yg tlh hadir - MAT SABU, NURUL IZZAH, TIAN CHUA, AZMIN ALI, CHEGU BAD, Dato MAFUZ OMAR, Datuk Seri NIZAR JAMALUDDIN, Dr. MICHAEL JEYAKUMAR, ELIZABETH WONG.

Kumpulan2 masih bergerak ke Stadium secara berperingkat..

















update jam 1150.


Jam 1148 mula bergerak dari KSS dengan laungan Reformasi....






Jam 1145 bacaan doa untuk jatuhkan rejim oleh Nor Azizi.
Jam 1135 di depan pintu utama KSS seramai lebih kurang 300 ahli SAMM diketuai oleh Cikgu Bad berkumpul. 
Jam 1135 di depan pintu utama KSS seramai lebih kurang 300 ahli SAMM diketuai oleh Cikgu Bad berkumpul. Ucapan  Khalid Isthmath kita tunjukkan marah kita kepada BN secara aman dan bergerak ke Stadium Merdeka secara aman untuk tumbangkan rejim yang korup, menyatakan pagi ni van dan bas Polis telah bawa ramai Polis berpakaian HKR untuk provok perhimpunan...kita tangkap mereka minta pengenalan. 










Jam 1050 terkesan 11 buah bas dari Pantai Timur parking di depan HKL dengan kekuatan l/kurang 500 orang bergerak perlahan ke Stadium Merdeka.




Jam 0950 - Sejumlah l/kurang 500 orang (30% warga emas/ 50% belia & 20% remaja) berkedudukan statik berpakaian semua warna HKR.

HKR 112 - Point Kelab Sultan Sulaiman (KSS) & sekitar Masjid Kg Baru 












Laporan awal








Lagi berita dan info terkini di Portal Suara Generasi Baru

read more...

Kenyataan Media @PDRM bagi #HKR112 #KL112


#KL112 #HKR112: Kenyataan Media oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi



Tiada sebarang perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Tiada apa-apa tangkapan. Perhimpunan dihadiri sekitar 40 hingga 45 ribu orang
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top