Nuffnang

ANAK MUDA PENERAJU KEBANGKITAN NEGARA ISLAM

Negara-negara Islam perlu memahami dengan baik kehendak golongan muda dengan cara mengambil tahu dan mengerti perubahan demografi dan teknologi yang menyelubungi dan menjejaskan kehidupan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Beliau berkata dunia Islam sedang mengalami “kebanjiran golongan muda”. Pada 2010, golongan di bawah umur 30 adalah kira-kira 60 peratus populasi di negara-negara yang majoriti penduduknya Islam.
 
“Populasi lebih muda bermakna tenaga kerja lebih banyak. Pelaburan dan modal lebih besar diperlukan untuk memenuhi keperluan kapasiti ini.
 
“Perubahan demografik yang besar boleh memberi impak kepada dasar fiscal untuk beberapa dekad, sepertimana dialami negara-negara “yang mencatatkan kadar kelahiran bayi tinggi”. Daripada segi sosial, impak jangka pendeknya boleh menjadi lebih besar.
 
“Kebanjiran golongan belia telah memperkenalkan tenaga pendam kepada ekonomi dan masyarakat sesebuah negara. Jika dibiarkan, ia boleh menjadi tenaga penyahstabilan,” kata Najib dalam artikel beliau bertajuk ‘The Challenge of Muslim Youth’ (Cabaran Belia Islam) yang diterbitkan dalam New York Times/International Herald Tribune pada Sabtu.
 
Najib berkata perubahan besar sedang berlaku di Timur Tengah dan Afrika Utara.
 
“Masih terlalu awal untuk memuktamadkan puncanya, tetapi saya percaya faktornya adalah serupa: golongan muda dalam masyarakat Islam berdepan masalah kekurangan peluang.
 
Beliau berkata kebangkitan di negara Arab diterajui oleh golongan muda, dipacu teknologi dan disemarakkan oleh keinginan terhadap perubahan politik.
 
Dalam mendambakan sebuah masyarakat terbuka dan kerajaan yang lebih reponsif, beliau berkata golongan muda Arab mempamerkan keinginan terhadap demokrasi. Tetapi mereka juga memperlihatkan rasa kehilangan yang amat ketara – bukan sahaja daripada segi kebebasan peribadi atau politik tetapi juga peluang.
 
Najib berkata pemberontakan yang berlaku adalah disebabkan pengagihan sumber-sumber secara tidak sekata. Bukannya sumber asli atau modal tetapi rakyat.
 
Kurangnya penyertaan golongan muda dalam ekonomi telah mewujudkan keadaan di mana ketegangan boleh memuncak – ketegangan yang disemarakkan oleh kurangnya pembaharuan politik. Dengan pelucutan hak secara politik dan ekonomi, golongan muda mencari kepuasan kengan cara protes,” katanya.
 
Najib juga berkata tekanan-tekanan sebegini bukannya hanya unik di negara-negara Arab; ianya turut dirasai di seluruh denia.
 
“Ramai golongan muda Islam melihat tiada peluang untuk diri mereka dan tidak merasa yang mereka mempunyai kawalan ke atas kehidupan mereka atau peranan untuk masa depan negara mereka.
 
“Sikap pesimis seperti itu membawa kepada enggan melibatkan diri. Kita berisiko kehilangan generasi muda Islam kepada sikap tidak peduli dan ekstremisme,” kata NajiB.
 
Perdana Menteri berkata pada 2010, kadar pengangguran golongan belia di Timur Tengah ialah 25 peratus; di Afrika Utara ialah 24 peratus. Tahap itu amat bahaya. Apabila golongan muda kekurangan peluang, mereka akan menjadi bosan dan tidak keruan.
 
“Kebergantungan merampas maruah mereka; tanpa pegangan ekonomi dalam masyarakat, mereka boleh hilang rasa kekitaan mereka. Ia boleh mendorong mereka bertindak ganas terhadap negara.
 
 
 
 
 
 
“Dari 1970 hingga 2000, lapan daripada 10 negara yang mengalami konflik baharu sivil ialah 60 peratus populasinya adalah berumur bawah 30 tahun,” katanya.
 
Mengenai perubahan besar teknologi, Najib berkata 21 tahun dahulu, tidak wujud laman web; hari ini, terdapat lebih setengah bilion. Dalam tempoh singkat, Internet telah membuka banyak peluang yang sebelum ini tidak wujud.
 
Beliau berkata era maklumat mempunyai generasinya sendiri, golongan pengguna digital – mereka yang hanya bergantung kepada dunia siber untuk berhubung.
 
“Mereka mengharapkan maklumat adalah bebas, demokrasi menjadi responsif, komunikasi menjadi global. Mereka mahukan peranan aktif dalam ekonomi digital.
 
Diperkasakan oleh teknologi, golongan muda boleh melahirkan kekecewaan mereka kepada audien global. Ini mempunyai implikasi besar: kemunculan kesedaran baharu mengenai politik antarabangsa,” katanya.
 
Najib berkata dua kuasa ini – demografi dan teknologi – mencorakkan aspirasi golongan muda.
“Dalam peringkat usia menentukan nasib sendiri, mereka mahukan peluang kebebasan. Mereka mahukan pendidikan bertaraf dunia. Dan mereka mahukan kerajaan yang terbuka dan boleh dipercayai.
 
“Cabaran kita ialah menyediakan kebebasan-kebebasan itu tanpa mengorbankan tradisi kita. Tetapi ini hanya boleh berlaku jika kita mempamerkan kepimpinan berwibawa dan komited untuk melakukan perubahan.
 
“Akses kepada pendidikan semakin baik, tetapi ramai golongan belia masih mendapati kelayakan mereka tidak sepadan dengan peluang-peluang yang ada, jadi kita perlu beri tumpuan pada latihan vokasional dan teknikal.
 
“Kita juga perlu terus membuka ekonomi-ekonomi kita: 23 peratus daripada penduduk dunia ialah umat Islam, tetapi 57 anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hanya menguasai 8.3 peratus perdagangan global,” katanya.
 
 
 
 
 
Najib juga berkata pembaharuan struktur perlu dilakukan supaya sektor-sektor swasta menjadi lebih dinamik.
 
“Kita mesti melakukan pembaharuan terhadap perkhidmatan awam dan bersemuka dengan institusi-institusi yang mengekang peluang, meneruskan usaha membanteras rasuah.
 
“Kita juga perlu mengikuti perkembangan perubahan teknologi. Titik permulaan kita ialah dengan memberi perhatian terhadap prinsip asas – autonominya. Ini perlu diberi keutamaan.
 
“Ini bukan bermakna tingkah laku tanpa kawalan, tetapi berdikari. Kita mesti melengkapi golongan belia kita dengan kemahiran untuk berfikir secara kritikal mengenai sumber-sumber, untuk memahami bahawa walaupun maklumat adalah bebas, ia tidak bermakna adalah betul. Tetapi ruang online perlu kekal sebagai wadah di mana pertukaran pandangan secara bebas adalah digalakkan, dalam tradisi wacana terbaik,” katanya.
 
Najib berkata sebagai sebuah negara Islam, Malaysia berdepan banyak cabaran sedemikian.
“Saya percaya kita harus melihat belia kita bukan sebagai satu liability tetapi sebagai aset.
 
“Mereka merupakan sumber yang belum diterokai yang boleh menjadi landasan kepada kejayaan besar. Pembaharuan ekonomi dan politik boleh memberikan golongan muda apa yang mereka harapkan: masa depan dicorakkan oleh peluang, bukan kebergantungan.
 
“Kini tiba masanya untuk merealisasikan kekayaan tersembunyi di negara-negara Islam,” kata Najib.
 
Sumber - Umno Online
read more...

MEDIA BARU PENENTU SOKONGAN GENERASI MUDA

Populariti media baharu seperti Facebook dan Twitter serta ribuan blog berunsur politik yang prokerajaan mampu menjadi pemangkin usaha Barisan Nasional (BN) meraih sokongan muda pada pilihan raya umum ke-13.
 
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata memandangkan golongan muda dilihat lebih mempercayai media baharu berbanding konvensional, medium berkenaan diharap dapat membantu kerajaan menangkis tohmahan yang dilempar pembangkang.
 
“Saya berharap blogger yang selama ini menyokong kita di alam maya akan terus membuat penerangan mengenai sesuatu isu, sekali gus dapat membantu kerajaan memberi penerangan kepada masyarakat mengenai sesuatu perkara buruk yang cuba ditohmah oleh pembangkang.
 
 
 
 
 
“Ini penting kerana golongan muda lebih banyak mengikuti perkembangan politik tanah air melalui media baharu,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bersama lebih 200 blogger di sini, malam tadi.
 
Pada majlis tersebut, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, merasmikan ‘Kelab Tok Pa’ di laman sosial Twitter sebagai wadah baharu untuk mendekati dan mendengar masalah rakyat dengan lebih menyeluruh.
 
Mustapa berkata laman sosial, terutama Facebook banyak membantu beliau menjalankan tugas dengan lebih berkesan kerana dapat “mendengar” aduan secara terus daripada rakyat, sekali gus dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin.
 
“Kalau tak ada laman sosial ini, saya tak tahu apa yang berlaku. Dengan adanya maklum balas secara terus daripada rakyat kita dapat membuat pembetulan terhadap beberapa masalah dan kekurangan kita.
 
“Kita yakin laman sosial dan media baharu ini termasuk sistem pesanan khidmat ringkas (SMS) sebagai satu kaedah kreatif untuk memberi maklumat yang tepat dengan cara yang cepat kepada masyarakat,” katanya.
 
Mustapa juga berkata pemilihan calon BN sedang disemak oleh pimpinan tertinggi parti untuk menentukan siapa yang layak dan menepati kriteria ‘calon boleh menang’.
 
Katanya pimpinan tertinggi parti juga tidak lagi melihat kepada anggota yang berjawatan dalam parti, tetapi memilih calon berdasarkan siapa yang disukai rakyat bagi memastikan BN terus meneraju negara dan merampas semula Kelantan.
read more...

AIR MINERAL "SUPER POWER" HANYA DI ICT, SHAH ALAM

Pergh!!!! PR terus MENINDAS rakyat demi mencapai matlamat Selangor Negeri Maju. Pe citer ni Beb??? Air mineral 1500 ml lebih mahal dari harga 1 Liter RON 97??? Malah, harga air ini lebih mahal daripada harga air mineral yang dijual di Genting (RM3.00). Boleh tahan lagi la pasal nak ke Genting perlu mendaki gunung yang tinggi. Tapi nak ke ICT tak tau la pula gunung apa yang nak didaki??





Sudah  la parking kereta kena RM10.00, tak berturap dan berdebu. Ni nak minum air mineral pun sampai kena RM5.00. Huh!!! Apa yang ISTIMEWA nya air mineral di Restauran Al Rawsha ni??? Mungkin ada air azimat kot??






Kata KERAjaan Rakyat, takkan perkara-perkara macam ni pun korang tak amik kesah beb??? Nak buat DEMO gak ker? Atau nak suruh rakyat BOIKOT???


read more...

AKTRES PANAS JULIA PEREZ AKHIRNYA INSAF?

HAH!! Julia Perez insaf?? Sungguh, BB langsung tidak mengenali siapa Julia Perez ni sebenarnya. Sehinggalah isu pertengkaran Julia dan Zed Zaidi (Presiden SENIMAN) berikutan isu permit kerja dan cemuhan Julia sendiri terhadap mutu drama di Malaysia.
 
 
 
 


Ada yang mengatakan Julia Perez ini sehebat Maria Ozawa, pelakon aksi panas dari negara matahari terbit, tetapi BB tak tahu la pula akan kebenaran dakwaan ini. Pun begitu, adalah tidak wajar rasanya artis luar seperti Julia ini memperlekehkan kualiti drama atau filem di negara ini secara terbuka seperti ini.
 
 
 
 
Sudah la menantikan "SHOT" filem di negara kita, dah tu kutuk pula. Kalau kena cara dan tempatnya, BB rasa tidaklah sampai Zed Zaidi ni melenting. Dan bagi pandangan peribadi BB, Zed Zaidi harus diberikan pujian di atas teguran beliau kepada Julia. Baru la sesuai dengan jawatan sebagai Presiden SENIMAN. Ulasan Zed Zaidi KLIK SINI
 
 
 
 
 
 
 
 
Sememangnya si Julia Perez ini penuh dengan kontroversi.  Jupe yang merupakan nama glamer Julia telah melukis tatu “Hayya ‘alal falah” di belakang tubuhnya. Kalimat ini adalah salah satu ayat di dalam seruan azan yang membawa maksud "marilah menuju kemenangan".
 
 
 
 
 
Dalam melihat kontroversi terbaru ini, BB terfikir adakah ini merupakan cara penerbit filem untuk mendapatkan "PUBLISTI MELUAS" secara murahan??
 
 
Wanita bertubuh seksi yang kerap disapa Julia Perez ini lahir di Jakarta, 15 Julai 1980. Beliau adalah anak kepada Angkasa Jaya dan Sri Wulansih. Namanya dikenal di industri hiburan sebagai pelakon dan penyanyi dangdut.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Semakin parah apabila kurniaan Illahi disalahguna dan dipersendakan...... Huh!! Na'uzubillah...
read more...

AES : 4 Kamera tumbang di Perak

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengesan empat kejadian vandalisme ke atas kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada tujuh yang dipasang di beberapa lokasi, antara Oktober dan November lepas.
 
 
 
 
 
Pengarah JPJ Perak, Ramli Awg Seberang berkata ia melibatkan kamera yang dipasang di KM 205.6 berhampiran Kamunting dan KM 373.2 di Slim River, kedua-duanya di Lebuh Raya Utara-Selatan yang disembur cat merah dan dipercayai ditumbangkan. 
 
Beliau berkata sebuah lagi kamera di Jalan Pasir Putih di Ipoh juga dipercayai ditumbangkan dan sebuah lagi di Sungkai disembur cat hitam.
 
"Kita kategorikan semua kes ini sebagai kes vandalisme berat," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai AES kepada jabatan dan agensi kerajaan, pihak media dan badan bukan kerajaan di Ipoh hari ini. 
 
Ramli Awg berkata pihak syarikat penyedia AES telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan menambah setakat ini tiada tangkapan dibuat terhadap pihak yang dipercayai sengaja melakukan perbuatan berkenaan. 
 
Beliau berkata syarikat penyedia perkhidmatan menanggung kos penyelenggaraan atau baik pulih AES yang mengalami kerosakan atau bermasalah. Katanya pusat kawalan AES di Kuala Lumpur akan mengesan kes vandalisme yang berlaku. 
 
"Bagi kes vandalisme, syarikat penyedia akan membuat laporan polis pada hari yang sama kejadian berlaku. Kes vandalisme ini susah hendak dielakkan, kadang-kadang pada waktu siang, kamera AES berada dalam keadaan baik, tapi esok pagi sudah tumbang atau disembur cat," katanya. 
 
Ramli Awg berkata JPJ Perak akan meneruskan program penerangan mengenai AES kepada orang ramai yang dimulakan pada 5 Disember lepas. - Bernama
read more...

HADIS PALSU : PENDUSTAAN BESAR TERHADAP MUHAMMAD SAW

Sesiapa yang mencipta, mengguna dan menyebarkan hadis “palsu” dianggap telah melakukan pendustaan besar terhadap Nabi Muhammad SAW.
 
“Jika mereka ini berniat jahat, ia boleh menyebabkan umat Islam hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap agama mereka,” kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha kepada Bernama.
 
Sambil melahirkan rasa bimbang terhadap penggunaan hadis palsu yang kini menular di Internet, beliau berkata ia boleh menyebabkan umat Islam beramal dengan suatu syariat yang salah kerana hadis berkenaan tidak berlandaskan sumber rujukan yang diperakui kesahihannya.
 
 
 
 
 
 
Othman berkata, mereka yang terlibat menggunakan hadis daif dan palsu disebarkan melalui blog atau laman sosial peribadi ini, kebanyakannya tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai hadis.
 
“Ada pula yang tidak dapat membezakan antara kata-kata sahabat atau hukamak(cendekiawan) dengan hadis Nabi. Mereka menganggap semua itu sama sahaja daripada segi statusnya,” katanya.
 
Othman berkata, hukum mengguna dan menyebarkan hadis palsu adalah haram disamping bererti suatu pengkhianatan kepada syariat Islam itu sendiri.
 
Beliau berkata, jika hendak menyebarkan sesuatu hadis kepada umum, sama ada melalui media cetak, media eletronik atau media baru, ia mestilah terlebih dahulu merujuk kepada mereka yang arif tentang hadis atau daripada sumber yang muktabar.
 
Kesalahan menyebarkan hadis palsu boleh dikenakan tindakan mengikut pelbagai seksyen seperti mencerca agama dan penerbitan agama bertentangan dengan hukum syarak.
 
Kesalahan ini terletak di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan, Seksyen 13 (1).
 
Othman berkata, tindakan boleh juga diambil mengikut Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri.
 
Memandangkan kesalahan ini dilakukan di alam siber, pihak berkuasa agama negeri perlu mendapat kerjasama daripada pihak yang mempunyai bidang kuasa dan kepakaran khususnya Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), katanya.
 
Othman berkata, penyebaran seumpama itu akan memberi kesan yang besar kerana ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja di serata tempat.
 
“Perbuatan ini seolah-olah menyebarkan fitnah dan pendustaan terhadap Rasulullah SAW kepada seluruh umat manusia dan merosakkan aqidah umat Islam dan kewibawaan nas-nas syarak itu sendiri,” katanya.
 
Beliau berkata, berdasarkan penelitian Jakim, masih banyak kes yang berbentuk menghina Islam dan Rasulullah SAW yang dibuat secara terang-terangan, namun ia sentiasa dipantau - UMNO ONLINE
read more...

BAHAYA!!! PAS GUNA "TAHALUF SIYASI" PERTAHANKAN HUDUD

KUALA LUMPUR 10 Dis – Pendakwah Bebas Ustaz Toharudin Yaakob percaya Pas selama-lamanya akan menggunakan konsep ‘Tahaluf Siyasi’ sebagai kaedah mempertahankan diri apabila bercakap soal Hudud.
 
 
Menurut beliau sampai bila-bila pun mereka akan menggunakan kaedah sedemikian kerana apa yang penting bagi mereka hari ini adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) bersama sekutunya di dalam pakatan pembangkang.
 
 
“Cakaplah apa sekalipun…desaklah bagaimana pun dan cabarlah apa sekalipun mereka akan tetap menggunakan kaedah sedemikian kerana banyak kali diperhatikan itulah cara mereka mengelakkan diri.
 
 
“Sebab itulah saya boleh buat kesimpulan ‘Tahaluf Siyasi’ adalah kaedah mereka mempertahankan diri dalam usaha memastikan sokongan akar umbi tidak beralih arah dan tidak mempertikaikan segala apa jua usaha mereka bersama DAP dan PKR,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
 
 
Beliau seterusnya menegaskan DAP dan PKR tentunya tidak sependapat dengan Pas dalam soal Hudud itu.
 
 
“Jika kedua-dua bersetuju tentulah ada di dalam Buku Jingga…Sungguh pun ini isu lama dan banyak telah diperkatakan ramai namun penjelasan sehingga ke hari ini masih lagi terus kabur dan kelam.
 
 
“Bukankah ‘tahaluf siyasi’ bersama DAP dan PKR yang diketengahkan…Percayalah pusing-pusing ikut mana sekalipun yang akan keluar ‘tahaluf siyasi’. Namun persoalah yang boleh ditimbulkan sampai bila mereka akan terus dengan sikap sedemikian,” katanya.
 
 
 
 
 
 
Wakil UMNO Kelantan, Ustaz Mohd. Afandi Yusoff pada Persidangan Agung UMNO baru-baru ini mencabar Pas agar meletakkan hudud sebagai salah satu manifesto pakatan pembangkang selian meletakkan perkara itu dalam Buku Jingga. - Media UMNO
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top