Nuffnang

TU DIA!!! KEBANGKITAN ANAK MUDA DI SELANGOR, MAJLIS BELIA TERLIBAT?

Inilah yang dinamakan Kerajaan Rakyat...syabas...syabas.


Mari kita ikuti kenyataan media yang dikeluarkan oleh Majlis Belia Selangor ini yang gua petik daripada Kita Gempur.Com


KENYATAAN  MEDIA MAJLIS BELIA SELANGOR ISU KENAIKAN KADAR SEWA KOMPLEKS BELIA SELANGOR KEPADA MBS 

1) Majlis Belia Selangor (MBS) yang mewakilli semua persatuan belia di negeri Selangor kesal dan kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor di bawah syarikat milik Menteri Besar Selangor (Perbadanan) iaitu MSNS HOLDINGS SDN BHD yang mengenakan kadar sewa yang begitu tinggi kepada MBS untuk menyewa dan menjalankan aktiviti di Kompleks Belia. 

2) Tersergam indah di seksyen 7 Shah Alam, Bangunan Kompleks Belia ini telah dibina pada tahun 2001 oleh Kerajaan Negeri ketika itu. Bangunan serta dewan besar  Raja Muda Musa telah terbina atas dasar keperihatinan, pengiktirafan dan wawasan pemerintahan kerajaan negeri akan peranan persatuan-persatuan belia di dalam negeri Selangor. Menjunjung Merapat sembah, sukacita kami maklumkan, penaung kami ialah DYTM Raja Muda Selangor Darul Ehsan, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu melihat aktiviti belia di negeri ini digerakkan secara aktif dengan terbinannya kompleks ini. 

3) MBS telah menghuni bangunan kompleks ini dari awal tahun 2001 sehinggalah sekarang. Sebelum tahun 2008, MBS beroperasi di lantai empat dan lima tanpa dikenakan sebarang bayaran sewaan. Akan tetapi setelah kepimpinan kerajaan negeri beralih kuasa, untuk pertama kalinya pihak pengurusan bangunan yang di bawah penyeliaan Setiausaha Kerajaan Negeri telah mula mengenakan sewaan kepada kami dengan kadar RMXXXXX sebulan termasuk elektrik dan air pada untuk searas tingkat. Tanpa belas kasihan, pihak pengurusan seakan memekakkan telinga mereka menolak rayuan kami agar tidak dikenakan sewa bulanan. Dengan rasa pilu kami terpaksa merela dan melepaskan penggunaan tingkat aras 4 kerana tidak mampu membayar sewa yang dikenakan dan hanya beroperasi di aras 5 sahaja. 

4) Sekali lagi kami dikejutkan apabila syarikat pengurusan sekali lagi pada awal 2012 telah menaikkan sewa kepada RM5,280 + RM900 (penggunaan elektrik, air dan sinking fund) dan deposit sebanyak RM10,560 (sewa 2 bulan) yang ditetapkan. MBS adalah persatuan belia, bukan syarikat perniagaan. Daripada mana kami hendak mendapatkan sewa sedangkan kami sendiri tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap. 

5) Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, kami teraniaya. Slogan Selangor Negeri Kebajikan dan perutusan “Tabung Warisan Anak Selangor” atau TAWAS oleh Menteri Besar Selangor, “Saya dan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor terus berusaha mengutamakan kebajikan dan kualiti hidup rakyat Negeri Selangor tanpa mengira keturunan, bangsa, agama mahupun dukungan politik”, hanyalah retorik untuk meraih sokongan rakyat. 

6) MBS dianak tirikan oleh kerajaan negeri. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Persoalannya sekarang mengapakah Kerajaan Negeri masih menutup telinga dan tidak mendengar permasalahan kami. Sudah terlalu banyak permohonan pengurangan berkenaan sewaan kami ajukan kepada pihak pengurusan tetapi tidak diendahkan. 

7) Sejak dari tahun 2008, kerajaan negeri tidak pernah satu sen pun menghulurkan bantuan kewangan kepada MBS mahupun kepada persatuan-persatuan belia di bawah payung MBS. Mengapakah peruntukan kewangan hanya diagihkan kepada pengerak belia tempatan (PeBT), Rakan Muda PBT dan Generasi Idaman Selangor (GeMS)? Di manakan ketulusan dan keikhlasan kerajaan negeri memegang amanah yang suatu masa dahulu melaungkan, “Mewujudkan kerajaan beramanah, adil, bersih dan berkebajikan”? 

8) Jika kerajaan negeri betul-betul serius mahu melestarikan persatuan-persatuan belia dan belia di Selangor khususnya, mereka tidak akan mengenakan kos sewa yang tinggi kepada MBS untuk menyewa di bangunan ini dan menggunakan prasarana yang dibina untuk kemudahan belia di negeri ini. Justeru kami mendesak kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mempertimbangkan semua kadar sewa tersebut. Atau tukar sahaja nama kompleks ini kepada kompleks perniagaan jika kerajaan negeri benar-benar mahu memikirkan keuntungan daripada memikirkan aktiviti belia di negeri ini digerakkan. 

Sekian,

Terima Kasih. 

Badrul Hisham Badrudin
Timbalan Presiden

MAKLUMAT BERKAITAN DI KITA GEMPUR.COM
read more...

PROGRAM ISTIMEWA UNTUK ANAK MUDA DI TANJUNG KARANG


Karnival Mesra Belia kembali lagi!!!


Selepas Sabak Bernam, kali ini nampaknya pihak Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Selangor akan menganjurkan Karnival Mesra Belia Tangjung Karang pada 30 Mac hingga 1 April 2012.

Karnival ini akan diadakan di Kompleks Kejuruteraan Pertanian Tanjung Karang dengan pelbagai pengisian program-program menarik khusus untuk anak muda.

Kepada anak-anak muda di Tanjung Karang dan kawasan sekitarnya, jangan lepaskan peluang keemasan ini yang julung-julung kalinya diadakan di sini.

Aktiviti dan pelbagai pertandingan menarik seperti Battle of The Band, klinik muzik, persembahan artis terkenal, paramotor, wall climbing, pameran dan banyak lagi.
read more...

SEKITAR KARNIVAL MESRA BELIA 1FELDA 1MALAYSIA LUBUK MERBAU, KEDAH

Penganjuran karnival ini  telah dapat merapatkan jurang antara golongan belia dengan pemimpin setempat. Ia juga menjadi salah satu platform untuk menarik minat warga felda khususnya dari golongan belia untuk bersama-sama merealisasikan dasar-dasar negara sepertimana yang di war-warkan Perdana Menteri Malaysia, “ Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan”.




Kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Y.Brs. Tuan Borhan bin Dolah pada Karnival Mesra Belia 1 Felda 1 Malaysia di Felda Lubuk Merbau, Pendang telah menyemarakkan lagi sambutan karnival yang berlangsung baru-baru ini.

Tomahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak bahawa kepimpinan Negara tidak turun padang dan tidak memberi perhatian kepada belia felda khususnya di peringkat akar umbi dapat disangkal.
Program yang berlangsung selama dua hari ini bermula pada 22 - 23 Mac yang lalu turut dimeriahkan dengan pelbagai bentuk pameran untuk tatapan warga felda antaranya dari pihak ASTRO sendiri, CELCOM, Jenama Sukan MIZI, PERODUA, POS MALAYSIA, AL-JABBAR, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Cawangan Jitra, Jabatan Kesihatan dan Tekun.

Selain daripada pelbagai pameran menarik yang disediakan, agensi-agensi ini turut menyediakan pelbagai promosi hebat buat warga felda di sini.
“Promosi yang berterusan di setiap lokasi terpilih mampu menarik lebih ramai lagi individu untuk hadir ke Putrajaya bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012 Mei ini bagi mencapai sasaran dua juta belia sepertimana yang diharapkan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abd. Razak” tegas Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Y.Brs. Tuan Borhan bin Dolah.

Kemeriahan karnival pada kali ini telah disemarakkan lagi dengan kemunculan artis-artis hebat Malaysia dalam suasana konsert yang cukup gamat, antaranya artis lagenda negara, Jay Jay, dan bintang-bintang Akademi Fantasia seperti Yazer, Idayu, Azri dan Farina.

Selain itu, turut diadakan pertandingan karaoke, sukaneka, Larian 1 Belia 1 Felda, senamrobik, pertandingan Futsal, Pertunjukan Layang-Layang Persembahan Wayang Kulit dan yang paling menarik perhatian adalah Pertunjukan Muay Thai yang mana merupakan sukan yang sinonim bagi masyarakat di sini.

Diharapkan program seumpama ini dapat memberi peluang dan pendedahan buat warga felda dan belia ke arah memperkukuhkan jatidiri dengan semangat patriotism dan cintakan negara seterusnya dapat menjadi tunjang kemajuan negara pada masa akan datang - KBS


Semak Jadual Karnival di tempat anda. Klik sini.
read more...

ANWAR : KEBANGKITAN ANAK MUDA DI AMPANG





Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Ampang diketuai Safarizul Mustafa bersama beberapa NGO sekitar Ampang telah mengadakan satu demostrasi aman bagi membantah dan menolak kehadiran Anwar Ibrahim yang merupakan penyokong kuat Israel dan kehadiran Mohamad Sabu (Mat Sabu) yang juga penyokong kuat komunis daripada datang dan membuat fitnah di bumi Ampang.





Kehadiran kira-kira 400 anak muda Ampang merupakan kebangkitan anak muda khususnya di Ampang untuk menolak Anwar Ibrahim.


Lokasi:
Sekitar bangunan UMNO Ampang & Jalan Masuk Ke Taman Kosas, Ampang

Masa & Tarikh:
27 Mac 2012, 10 malam


Lagi gambar2 menarik di Sahabat Gunung
read more...

RASULULLAH SAW IKTIRAF ANAK MUDA DENGAN JAWATAN TERTINGGI

Ada satu artikel yang menarik untuk dikongsi bersama pembaca sekalian. Ia berkaitan pengiktirafan serta keberanian Nabi Muhamad SAW yang memberikan kepercayaan dan pengiktirafan kepada seorang anak muda yang baru berusia 18 tahun untuk memimpin peperangan.




Bayangkan! Mentadbir peperangan bukan seperti mentadbir perniagaan. Ini soal hidup dan mati. Ini soal maruah dan perjuangan.

Namun, Rasulullah SAW telah memberikan kepercayaan itu kepada Usamah ibn Zaid,  anak kepada pasangan dua orang sahabat Nabi iaitu Zaid ibn Harithah dan Barakah.

Suara Generasi Baru ada butirannya.

Maka, telah sampai masanya anak muda diberi ruang dan peluang untuk bersama-sama kerajaan khususnya di bidang-bidang utama dan penting pembangunan negara. Sudah masanya juga orang muda di"iktiraf" dengan sewajarnya. Bukan lagi sekadar menempel atau memenuhi ruang dan pengisian program.

Masanya telah tiba......
read more...

PRU 13 DAN ANAK MUDA

Dato’ Sri Mohd Najib telah pun memberikan beberapa ‘hint’ ketika menghadiri program-program rakyat tentang kebarangkalian PRU13. Malah ramai menjangkakan, PRU13 akan tiba tak lama lagi. Semua pihak kini telah pun membuat langkah-langkah sepatutnya sebagai persediaan menghadapi PRU13. Ada yang beranggapan PRU13 kali ini, semua pihak seolah-olah fokus kepada golongan anak muda. Adakah ianya benar? dan apakah harapan serta kehendak anak muda kita pada PRU13?



Gambar Hiasan


Sepanjang 1-2 tahun kebelakangan ini,kita dapat lihat begitu banyak program-program anjuran kerajaan terutama dari Kementerian Belia & Sukan (KBS) begitu banyak hinggakan dianjurkan ke seluruh negara dari sekecil-kecil program hingga lah ke program mega. Apa yang kita nak lihat, bukan dari sudut penganjuran namun penglibatan orang muda di dalam program ini. Tak guna kita buat program Tapi sambutannya kurang mengalakkan ibarat bertepuk sebelah tangan.

Bila bebicara soal penglibatan, sambutan dan respond dari golongan belia atau orang muda nie, memang di luar jangkaan! Kita lihat sahaja program anjuran pemuda BN, penganjuran BN Youth Job Fair sangat di luar jangkaan dengan kehadiran ribuan orang muda terutama lepasan universiti datang untuk mencari peluang pekerjaan. Rata-rata mereka terutama golongan Melayu lebih merujuk dan yakin dengan penganjuran oleh Pemuda BN berbanding Jobstreet.com.



Gambar Hiasan


Peluang untuk mereka dilihat cerah pada penganjuran ini malah penganjurannya diadakan ke seluruh Malaysia! Bukan hanya di Lembah Klang sahaja. Orang muda melihat, kepentingan mereka dijaga bukan hanya yangg tinggal di lembah Klang sahaja malah Pemuda BN tetap membela nasib mereka walau di mana mereka berada.

Aspek ini penting bagi menentukan pilihan orang muda ketika PRU13 nanti. Bantuan oleh Pemuda BN amat diperlukan apatah lagi dengan penganjuran program yang penting dalam langkah pertama orang muda ke alam kerjaya. Sudah la Kerajaan sediakan pelbagai peluang pekerjaan melalui sektor kerajaan dan swasta, Pemuda BN pula bantu golongan muda untuk dapatkan pekerjaan.

Baca lagi di Suara Generasi Baru


read more...

BAPAKKU FM - RADIO INTERNET TERBAIK BAWAKAN KARNIVAL MESRA BELIA LIVE

JOM KENGKAWAN.. TEMUI ARTIS-ARTIS POPULAR, SEPERTI MAWI, BLACK , JINBARA & RAMAI LAGI...!





PALING PENTING BRO Isma Halil Hamzah SEBAGAI PENGACARA MAJLIS (MC) & KREW2 BapakkuFM TURUT SERTA ADA DI PROGRAM ..KARNIVAL MESRA BELIA 1 MALAYSIA!!!! JOM..!!!


31 MAC & 1 APRIL 2012
TANJUNG KARANG, SELANGOR.

DENGAR ONLINE BAPAKKU FM 
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top