Nuffnang

PELIK TAPI BENAR : TUPAI UNGU DITEMUI




SEEKOR tupai berwarna ungu yang diperangkap Percy Emert dan isterinya Connie di taman milik mereka di negeri Pennsylvania.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seekor tupai ungu yang dijerat sepasang suami isteri di AS mencetuskan sensasi di internet berhubung persoalan bagaimana haiwan tersebut mendapat warna pelik itu.

"Kami pun tidak tahu. Namun, ia benar-benar berwarna ungu. Ada orang mendakwa kami mencelup warna tersebut tetapi secara jujur, kami menemui tupai ini dan ia ungu," kata Percy Emert yang menemui mamalia berkenaan bersama isterinya, Connie.

Kata mereka, tupai itu memasuki perangkap pada Ahad lalu. Menurut laman web accuweather.com, pasangan berkenaan memasang perangkap di taman milik mereka di negeri Pennsylvania bagi melindungi burung peliharaan daripada haiwan pemangsa.

Mengulas tentang fenomena tersebut, seorang ahli meteorologi AS, Dan Kottlowski berkata: "Tupai jantan itu mungkin telah terjatuh ke dalam cat ungu."

Namun, pendapat tersebut disangkal oleh seorang komentator lain yang memberikan penjelasan lebih saintifik.

"Warna ungu itu merupakan sebatian bromida yang dilihat pada spesies moluska dan jarang didapati pada haiwan darat.

"Tupai tersebut memiliki terlalu banyak bromida dalam sistem badan, berkemungkinan besar kerana ia meminum air daripada sumber air dicemari bromida. Ini bermakna alam sekitar kita sudah tercemar dan ramai orang akan mendapat barah pundi kencing kelak," katanya.

kredit : kosmo.com.my
read more...

GHAIRAH : 61 REMAJA DITAHAN NIKMATI TARIAN TIANG

KUALA LUMPUR – Seramai 61 remaja yang sedang berseronok menyaksikan aksi panas penari-penari tiang adalah antara yang ditahan dalam serbuan Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan P. Ramlee di sini, awal pagi tadi.





Pusat hiburan  itu menggunakan khidmat penari tiang bagi menarik ramai pelanggan termasuk mereka bawah umur.

Kelab malam ini dipercayai baru beroperasi empat minggu menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita hanya memakai coli serta seluar dalam mempamerkan aksi ghairah kepada para pengunjung saban malam.

"Pelanggan akan dihiburkan dengan tarian ghairah di atas pentas,  penari itu akan melakukan aksi panas dan memanjat tiang setinggi kira-kira tiga meter, mereka akan melakukan persembahan kira-kira 15 minit pada jam 10.45, 11.45 malam dan 1.30 pagi, " kata Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mat Isa.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi sekitar jam 1 pagi tadi.





Azman berkata, polis memeriksa hampir 217 pengunjung di premis tersebut dan turut menahan enam penari tiang wanita warga tempatan.“Kita juga dapati pusat hiburan itu tidak mempunyai lesen perniagaan sah atau permit pusat hiburan.

"Semua remaja itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan sebelum penjaga atau ibu bapa mereka dihubungi bagi mengambil semua mereka," katanya.

Sumber : Sinar Harian
read more...

ZIANA MAHU ANUAR KAHWIN

Rasanya dah terlalu lama berita perkahwinan penyanyi sensasi Anuar Zain dinantikan oleh ramai pihak. Namun sehingga ke hari ini tiada sebarang tanda yang menunjukkan Anuar bakal menamatkan zaman bujangnya.




Kakak kepada penyanyi lelaki bersuara merdu ini, Ziana Zain turut menyatakan hasratnya untuk melihat Anuar mendirikan rumahtangga memandangkan umur Anuar kini sudahpun mencecah 42 tahun. Bagi Ziana, dalam umur begitu Anuar perlu memikirkan soal jodohnya.
Menurut Ziana;

“Sebagai kakak saya ingin melihat adik saya walaupun saya tidak bertanya hal tu kerana bimbang persoalan itu agak sentitif.”
Ziana sendiri tidak kisah siapakah calon adik iparnya asalkan wanita itu dapat membahagiakan adiknya . Beliau juga menafikan bahawa adiknya cerewet dalam memilih pasangan dan turut berkongsi bahawa Anuar suka wanita yang bijak untuk dijadikan suri hidupnya .

Sumber : Rentak Artis
read more...

HOMOSEKSUAL : PENAFIAN AMRAN SERTA ULASAN HARUN SANI DAN FATHUL BARI




SECARA fitrah, setiap manusia ada rangsangan seksual dan secara normal manusia tertarik kepada jantina berlainan jenis. Gangguan seksual di luar fitrah adalah tidak normal dan manusia perlu berusaha untuk menjauhinya, malah mengikis perasaan sedemikian.



Kecenderungan sedemikian adalah satu penyakit. Ia berupa ketagihan atau kegilaan yang sukar dibendung manusia yang tunduk kepada nafsu dan bukannya ajaran Islam.

Dengan sebab itu, agama merawatnya melalui bentuk hukuman berat apabila didapati bersalah dalam hubungan songsang seperti hukuman rotan sama dengan kesalahan zina.

Selain itu, individu itu sendiri perlu mengubahnya. Kelakuan songsang sukar untuk dibuktikan dan disabitkan kesalahan. Bagaimanapun, keadaan dunia sekarang sudah berubah apabila manusia mulai mengakui terbabit dalam kelakuan songsang secara terbuka.

Mungkin apa yang berlaku di zaman Nabi Luth kembali menyerang masyarakat sekarang. Sebenarnya, budaya homoseksual akan menghancurkan diri dan masyarakat manusia seperti yang pernah terjadi di zaman Nabi Luth.





Mereka yang terbabit itu sudah merosakkan diri dan jiwa pasangannya. Daripada seorang lelaki yang berjiwa kental dan perkasa ia menjadi lemah lebih-lebih lagi pasangannya yang sudah menjadi ‘effeminate’ (lelaki lembut yang mempunyai peribadi seorang wanita).

Perkara utama yang perlu anda lakukan ialah bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, iaitu berazam tidak mengulangi tabiat buruk itu.

Ia membabitkan perubahan dalaman termasuk dalam persoalan membina akhlak mulia dan baik. Antara akhlak dan nilai utama yang perlu ditanam dalam diri seseorang ialah nilai kebijaksanaan berdasarkan ilmu, nilai berani, menjaga maruah diri dan adil.

Mempunyai akhlak dan peribadi berdasarkan empat nilai utama itu, seseorang dapat menjaga diri, masyarakat dan negara. Ini ditambah dengan nilai keagamaan seperti patuh kepada perintah Allah.

Sebenarnya, kebebasan manusia secara sepenuhnya (al-bara’ah al-asliyyah) sudah dibatalkan (nasakh) dalam Islam apabila setiap individu Muslim perlu beribadat hanya kepada Allah dan perlu mematuhi perintah-Nya.

Apabila setiap Muslim memahami perkara itu, segala larangan Allah dapat dipatuhi tanpa banyak alasan. Seterusnya kita mesti ingat bahawa kehidupan di dunia bukannya kekal dan setiap orang akan kembali kepada Allah.

Segala kewajipan dan larangan yang dikenakan ke atas manusia akan disoal di akhirat nanti. Dengan adanya perasaan takut kepada Allah, ingat kepada mati dan hari akhirat seseorang dapat mengelak daripada terjebak melakukan aktiviti songsang.
read more...

RTC : PELUANG UNTUK ORANG MUDA JANA EKONOMI





IPOH, 17 Feb (Bernama) -- Kira-kira empat dekad lalu, kebanyakan kampung di seluruh negara dalam keadaan serba kekurangan dari segi kemudahan asas.

Penduduk kampung mendapatkan bekalan air daripada perigi atau sungai, bergantung kepada pelita minyak tanah atau "lampu ayam" sebagai sumber cahaya waktu malam, menggunakan kayu api untuk memasak, jalan masih tanah merah, jauh sekali untuk memiliki barang mewah seperti televisyen.

Semua itu kini tinggal sejarah. Terima kasih kepada kerajaan yang menyedari suasana itu perlu berubah untuk rakyat menikmati sebuah kehidupan yang lebih baik dan selesa.

Usaha transformasi masyarakat luar bandar itu dimulakan oleh perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein yang membawa masuk pelbagai kemudahan asas, peluang pendidikan yang lebih luas, menempatkan penduduk luar bandar ke pembangunan tanah rancangan dan memperkenalkan dasar-dasar yang memastikan tiada siapa pun tercicir daripada pembangunan arus perdana.

Walaupun banyak kemajuan telah dicapai, dengan taraf kehidupan penduduk meningkat, usaha membantu dan memajukan penduduk luar bandar masih diteruskan dan kali ini anak allahyarham Tun Razak, Datuk Seri Najib, perdana menteri keenam, menerajui usaha itu.






Untuk mendekati dan membantu masyarakat luar bandar, Najib percaya Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang dicadangkan oleh Malaysian Blue Ocean Strategy Institute (MBOSI) akan membawa kesan yang diharapkan.

PLATFORM LONJAK EKONOMI

Inisiatif menubuhkan RTC di bawah teras Strategi Lautan Biru Kebangsaan 4 atau National Blue Ocean Strategy 4 (NBOS4) bermatlamat untuk menjadi penghubung masyarakat luar bandar dengan aktiviti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi bagi mewujudkan impak ekonomi dan pendapatan berganda.

RTC Gopeng yang terletak di Terminal Agribisnes Negara (Teman) juga dijangka mengimbangi kepesatan pembangunan di bandar dan wilayah yang lain.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal ketika mengadakan perjumpaan dengan Ketua-ketua Kampung negeri Perak di RTC Gopeng berkata pusat itu akan menjadi perintis kepada semua RTC yang akan dibuka di seluruh negara.

"RTC akan menjadi nadi kepada peningkatan pendapatan serta aktiviti ekonomi luar bandar. RTC antaranya dapat meningkatkan mata pencarian, produk luar bandar dapat dipasarkan dan dalam tempoh yang panjang, ia dapat dieksport," katanya.

Beliau berkata KKLW dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah dua kementerian yang menerajui pelaksanaan program di bawah RTC di samping mendapat kerjasama kementerian lain seperti Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan.

RTC juga adalah pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pertanian, perbankan dan insurans, khidmat nasihat perniagaan, latihan dan kemahiran, penjagaan kesihatan dan ruang niaga.

RTC Gopeng dan RTC di Wakaf Che Yeh, Kelantan yang sudah beroperasi akan juga berperanan sebagai platform bagi golongan muda luar bandar untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan melatih diri dalam bidang kemahiran tertentu.

KERJASAMA PIHAK SWASTA

Ketua Setiausaha KKLW Datuk Ibrahim Mohamad berkata RTC Gopeng diwujudkan khusus demi kemudahan semua penduduk dalam lingkungan 100km dari pusat berkenaan.

RTC Gopeng ialah hentian setempat bagi hampir semua jabatan yang berurusan dengan orang ramai seperti -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), YAPEIM, Yayasan Tekun, Pos Malaysia, Klinik Kesihatan dan Agro Bank.

Pusat itu juga menyediakan perkhidmatan swasta seperti Kontena Nasional yang menawarkan kemudahan logistik pemasaran produk.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Ahmad Ishak pada taklimatnya awal Februari lepas, menarik perhatian bahawa pihak swasta juga memainkan peranan dalam usaha merancakkan semua aktiviti RTC Gopeng.

Hipermarket borong akan beroperasi di premis itu yang mana ia bekerjasama dengan usahawan tani bagi mengedar hasil pertanian ke seluruh rangkaian pasarannya di negara ini.

"Jalinan kerjasama swasta, rakyat dan jentera kerajaan sememangnya dapat memajukan negara, di mana kesan limpahannya merangkumi penduduk di Perak, Pahang (Cameron Highlands), Kelantan (Lojing) dan Selangor (Sabak Bernam).

LAPAN INISIATIF UTAMA RTC

RTC menggerakkan lapan inisiatif utamanya yang telah digariskan iaitu pertama bergerak sebagai penyedia peluang latihan berterusan kepada masyarakat luar bandar di RTC dan kawasan sekitarnya dengan matlamat menambah pengetahuan, kemahiran dan keupayaan masyarakat luar bandar untuk meningkatkan pendapatan, peluang pekerjaan serta taraf hidup.

Latihan keusahawanan, motivasi, pembungkusan, penjenamaan, persembahan produk, pengurusan makanan ternakan, teknik fertigasi dan kemahiran elektronik turut ditawarkan.

RTC turut menjadi tempat Kios Informasi 1Malaysia yang merupakan pusat maklumat setempat yang menggabungkan informasi dan perkhidmatan yang ditawarkan pelbagai kementerian.

RTC juga menjadi platform kepada sektor pertanian bernilai tinggi dan membangunkan usahawan dalam bidang pemprosesan makanan untuk pasaran tempatan dan global.

Pusat ini juga menyediakan kemudahan perkhidmatan pembiayaan mikro kredit di bawah pemantauan Kementerian Kewangan.

KARNIVAL RTC GOPENG

Sempena perasmian RTC Gopeng oleh Perdana Menteri pada Sabtu, 18 Feb, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mengadakan Karnival RTC.

Pengarah Fama negeri Perak Basri Jasmo berkata program itu bertujuan memperkenalkan RTC sebagai pusat pengumpulan dan pemasaran hasil dan produk pertanian dari luar bandar.

Sebanyak 15 agensi kerajaan akan membuka kaunter mereka sepanjang karnival itu mulai 10 pagi hingga 5 petang. Antaranya ialah Polis Diraja Malaysia yang mengadakan pameran kenderaan, senjata, sejarah dan kerjaya, pertunjukan unit udara, forensik serta pameran pemusnah bom.

Orang ramai berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dirancang sempena karnival RTC Gopeng itu seperti pameran, jualan produk, pertandingan hiasan, persembahan seni pertahankan diri, seminar keusahawanan, pertandingan futsal dan pameran kerjaya.

-- BERNAMA
read more...

KOTAKAN JANJI : BELIA SELANGOR BANGKIT TUNTUT JANJI KERAJAAN

SHAH ALAM, 17 Feb- Golongan belia dari semua peringkat persatuan belia di negeri Selangor mahukan dan menggesa Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyelesaikan isu bekalan air bersih di negeri Selangor dengan segera. Timbalan Pengerusi Majlis Belia Selangor, Badrul Hisham Badrudin berkata, dari laporan media cetak dan elektronik difahamkan sudah banyak kali kedua-dua pihak telah bermesyuarat akan tetapi gagal membuat sebarang keputusan.

 




”Semalam EXCO Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar telah memaklumkan bahawa Kerajaan Selangor akan menggunakan kaedah proses pengambilan air mentah dari bekas-bekas lombong, pengambilan dan penapisan air sungai, penggunaan air hujan dan air mentah dari takungan hujan.


“Sebelum ini perbincangan kedua pihak gagal kerana Kerajaan Negeri Selangor menangguhkan kelulusan berhubung 3 perkara berikut iaitu pengambilan balik tanah hak milik, penggunaan tanah rizab hutan simpan dan kelulusan arahan pembangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pelaksanaan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor telah berjalan mengikut jadual yang dirancang, namun pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 telah mengalami kelewatan yang sangat kritikal,“ ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online. Tegas beliau persoalannya sekarang mengapakah Kerajaan Negeri masih berdegil tidak mahu memberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat sebaliknya mereka telah mencadangkan perkara yang lain pula.




“Bukankah cadangan mereka ini juga memerlukan jumlah kewangan yang besar menggunakan duit rakyat Selangor? Bukankan anak syarikat negeri Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) yang dipilih untuk meneraju pemindahan air mentah ini kroni kepada kerajaan negeri? Apakah jaminan Kerajaan Negeri Selangor tidak akan memilih syarikat perunding dari luar untuk membuat kerja-kerja ini seperti yang berlaku di Pulau Pinang di mana syarikat perunding luar dari Singapura yang dilaporkan menjadi perunding untuk membina rumah kos rendah?


“Jika Kerajaan Negeri betul-betul serius dengan permasalahan air di Selangor mengapakah baru sekarang dicadangkan perkara di atas, sepatutnya dari 2008 lagi. Adakah Kerajaan Negeri baru Yakin bahawa tahun 2014 Lembah Kelang termasuk Selangor tidak akan mengalami masalah air, maka cadangan-cadangan ini diunjurkan sekarang. Berapa lamakan cadangan-cadangan ini dapat direalisasikan? Berapakah jumlah kos yang akan dibelanjakan duit rakyat Selangor?,“ ujarnya lagi.


Unjuran yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menunjukkan bahawa permintaan bekalan air terawat pada tahun 2011 di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka meningkat kepada 4,631 juta liter sehari, iaitu melebihi keupayaan pembekalan sebanyak 4,431 juta liter sehari dengan defisit bekalan sebanyak 200 juta liter sehari. Menjelang akhir tahun 2014 pula, defisit bekalan dijangkakan meningkat kepada 703 juta liter sehari dengan permintaan bekalan air terawat dijangkakan meningkat kepada 5,349 juta liter sehari berbanding keupayaan pembekalan sebanyak 4,646 juta liter sehari.


“Kami juga kesal dengan sikap Kerajaan Negeri Selangor kerana memandang rendah kredibiliti, keupayaan dan profesionalisme pegawai-pegawai kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang mempunyai kemahiran dalam membuat penyelidikan dan laporan berkenaan permasalahan air ini. “Oleh itu, kami mendesak agar Kerajaan Negeri Selangor tidak lagi berdolak dalih, menuding jari dan menghenti mempolitikkan isu air di Selangor ini. Kami tidak yakin dengan janji Kerajaan Negeri Selangor kerana janji pilih raya dahulu pun masih tidak tertunai lagi, apatah lagi isu besar seperti ini dapat diselesaikan,“ ujarnya yang juga Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Selangor. -MediaUMNO
read more...

PELUANG ORANG MUDA BERSAMA TUN MAHATHIR

Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan satu program bicara minda bersama pemimpin tercinta kita iaitu YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad atau lebih dikenali sebagai Che Det. Beliau merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang berkhidmat paling lama iaitu selama 22 tahun dan beliau akan berkongsi segala pengalaman bersama anda semua terutama dalam bidang kepimpinan.





Maklumat program adalah seperti berikut:
TARIKH : 24 FEBRUARI 2012 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN TUN DR. ISMAIL, PWTC, KUALA LUMPUR
MASA : 8.30 PAGI – 1.00 PETANG

PAKAIAN : FORMAL

Untuk menyertai program ini sila lengkapkan maklumat berikut:
  1. Lengkapkan borang kehadiran di dalam link berikut: Borang Kehadiran
  2. Sila sahkan kehadiran anda di laman jemputan facebook di link berikut : Laman Jemputan
Untuk maklumat lanjut sila hubunggi pegawai berikut:
 
 
CIK NURUL ADIBAH – 017-4191190
EN. MOD NADZRI – 013-3479063 / modnadzri@kbs.gov.my
EN.ASRUL – 03-88713294 / asrulabu@kbs.gov.my
CIK MARCELLA – 012-6746640 / marcella@kbs.gov.my
 
 
SILA SAHKAN PENYERTAAN ANDA SEBELUM 21 FEBRUARI 2012.
 
 
Kepada semua yang menjadikan beliau sebagai Idola dan Ikon dalam hidup anda, pasti tidak mahu melepaskan peluang duduk dan bersama-sama menjana minda untuk menjadi seseorang dan mungkin pemimpin yang lebih baik di masa hadapan. Penyertaan adalah TERHAD kepada 1000 orang sahaja.





read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top