Nuffnang

MESTI TONTON : DAGING BABI VS AIR ZAM ZAM

Eee....patutlah Islam mengharamkan babi.





Ini pula keajaiban air zam-zam....




BB : Allah Maha Mengetahui
read more...

BONGKAR : THE UNSPINNERS DEDAH PUTARBELIT MALAYSIAKINI

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof hanya menerangkan cara-cara negara lain mensyaratkan warga mereka untuk membolehkan mengundi secara pos tetapi Malaysiakini sudah menuduh SPR nak tetapkan pembayaran cukai sebagai syarat untuk warga Malaysia di seberang laut mengundi cara pos.

Tan Sri Aziz ada menjelas dan menerangkan dalam laporan Utusan Malaysia. Klik sini.

"Ada sesetengah negara lain menetapkan syarat seseorang warganegaranya yang tinggal di luar negara dalam tempoh lima tahun dibenarkan mengundi secara pos jika mereka ada pulang ke negara asal dalam tempoh berkenaan. Ada juga negara yang menetapkan syarat empat tahun.

"Mengenai warganegara tidak membayar cukai tidak boleh mengundi secara pos, saya merujuk contoh di Amerika Syarikat (AS) iaitu pengundi pos di negara itu adalah terdiri daripada pembayar cukai," katanya.




Adakah Malaysiakini ingat membenarkan mengundi pos boleh main sebarang saja? Amerika, Britain dan lain-lain demokrasi impian mereka pun mengenakan syarat. Kenapa tidak pula Malaysia.

Satu perkara pokok yang perlu ditanya juga. Dasar kita adalah undian adalah berdasarkan kawasan penginapan dan akan dititik beratkan oleh SPR mengundi mengikut alamat IC.


BB : Biasa la, putar belit mainan mereka.
read more...

PELUANG MEMENANGI RM 20,000

Rebutlah peluang keemasan ini......




Bukan baucar, bukan bantuan RM 100, bukan RM 500, Tapi tunai RM 20,000.

Satu lagi pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia.

Anugerah Perdana Belia Negara


Borang, syarat penyertaan dan kriteria pemarkahan boleh diperolehi di sini

BB : Wow...RM 20,000 tu beb. Terima kasih kerana mengiktiraf dan menghargai perjuangan aktivis belia. Dengar khabar PM sendiri akan menyampaikan anugerah ini di Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya. Ayuh...kita isi borang ramai-ramai.
read more...

TUN DAIM : BN PERLU DEKATI ORANG MUDA

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata Barisan Nasional (BN) perlu mengambil inisiatif untuk mendekati golongan muda dalam menarik minat mereka kepada gabungan parti itu.




Bekas Bendahari Umno selama 17 tahun itu berkata parti komponen BN juga mesti meluangkan masa untuk mempengaruhi golongan muda menerusi program, dasar dan polisi yang dijalankan kerajaan.

"Jika kita libatkan orang muda secara intelektual, mereka akan faham (perjuangan BN)," katanya pada majlis Tun Daim Bersama BN Lembah Pantai di sini Jumaat malam.

Turut hadir ialah Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Daim juga berkata kerajaan mesti mempunyai dasar ekonomi yang kukuh dan polisi yang boleh diterima oleh rakyat dalam usaha menarik mereka memilih parti yang memerintah negara.

Beliau turut meminta kerajaan supaya menyelesaikan isu yang berbangkit seperti kontroversi berkaitan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) untuk mengelakannya daripada dipolitikkan oleh pihak pembangkang.

BB: Kuasa pengundi muda bakal menentukan senario politik negara
read more...

1.2 JUTA ORANG MUDA MELAYU BELUM DAFTAR PENGUNDI

Menurut Undang-undang di Malaysia, rakyat yang berumur 21 tahun ke atas adalah layak mengundi dalam pilihan raya dengan syarat mereka telah mendaftar sebagai pemilih. Statistik penduduk terkini menunjukkan sejumlah 16.1 juta rakyat Malaysia adalah berusia 21 tahun ke atas. Dan daripada jumlah itu, hanya 12.4 juta sahaja yang mendaftar sebagai pengundi. Ini bermakna, terdapat seramai 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi masih belum mendaftar sebagai pemilih.



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menyatakan bahawa dua juta daripada 3.7 juta yang belum mendaftar itu terdiri daripada orang-orang Melayu. Daripada dua juta orang Melayu yang belum mendaftar itu, 60 peratus terdiri daripada golongan yang berumur di bawah 40 tahun. Menurut Wan Ahmad lagi, 3.7 juta adalah angka yang besar. Jumlah pengundi sebesar itu mampu mempertahankan atau menjatuhkan sesuatu kerajaan. Mengapa ramai yang tidak mendaftar sebagai pengundi? Melihatkan angka yang besar sebanyak 3.7 juta rakyat Malaysia belum mendaftar sebagai pengundi, pasti ada masalahnya.

Adakah kerana sistem untuk mendaftar sebagai pengundi terlalu rumit di Malaysia? Mungkinkah ramai yang tidak tahu di mana untuk mendaftar? Apakah Malaysia memerlukan satu sistem pendaftaran pengundi secara automatik supaya rakyat yang berumur 21 tahun ke atas secara automatiknya menjadi pengundi? Parti-parti politik dan NGO yang dilantik sebagai Penolong Pendaftar kepada SPR bagi mendaftarkan pengundi tidak begitu agressif bekerja? Adalah lebih baik, badan-badan akademik melakukan kajian atau survey untuk mencari jawapan kepada permasalahan ini. Pilihan raya umum (PRU) ke 13 boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang.



Daripada 12 PRU, hanya dua kali mereka hilang penguasaan majoriti 2/3 di parlimen iaitu dalam PRU 1969 dan PRU 2008. PRU 1969 melahirkan sejarah berdarah 13 Mei. Tragedi 13 Mei menyebabkan Tun Razak melakukan penjenamaan semula Perikatan menjadi BN. Penjenamaan semula memberikan kemenagan besar kepada BN. Apatah lagi apabila parti pembangkang seperti PAS dan Gerakan menyertai gabungan politik tersebut. PAS kemudiannya keluar dari BN. PRU 2008 menyebabkan Tun Abdullah Badawi turun dari takhta lebih awal. Abdullah disalahkan kerana BN hilang penguasaan majoriti 2/3 di parlimen dan beberapa negeri tumbang kepada PR. Datuk Seri Najib Razak naik sebagai perdana menteri pada tahun 2009 dalam keadaan BN lemah.

Persamaan di antara Najib dan arwah ayahnya adalah kedua-dua mereka mengambil alih kepimpinan negara pada ketika parti mereka tidak begitu kuat. Perbezaannya pula adalah Tun Razak lebih radikal. Menjenamakan semula Perikatan menjadi BN. Membawa masuk Tun Dr Mahathir yang dipecat oleh Tunku Abdul Rahman kembali kepada Umno. Sementara Najib belum begitu berjaya meyakinkan Umno untuk bersamanya dalam gagasan 1Malaysia yang diperkenalkannya. Program transformasinya “disabotaj” secara terang-terangan oleh “golongan garis keras” dalam Umno. PRU 13 dikatakan akan menjadi “ibu segala pilihan raya” di Malaysia. 




PR begitu bersemangat mahu mengambil alih kuasa manakala BN terlalu yakin Malaysia masih di bawah mereka. Gagasan 1Malaysia dan transformasi politik, ekonomi dan sosial Najib dikatakan memikat majoriti rakyat Malaysia. Pakatan pula yakin mampu menawan Putrajaya. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkali-kali mengulangi kenyataan bahawa BN akan tumbang dalam PRU 13. Apabila melihat angka 3.7 juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi, kedua-dua BN dan PR tidak dilihat serius untuk mencapai cita-cita mereka. BN sekurang-kurangnya mempunyai seluruh jentera kerajaan bersama mereka. Sabah dan Sarawak pula dikatakan masih menjadi “fix deposit” kepada parti yang memerintah semenjak merdeka itu.

Bagi Pakatan yang ingin mengambil alih kuasa, bukankah pendaftaran pengundi baru secara agressif penting bagi merealisasikan cita-cita? Apatah lagi dua juta pengundi yang belum mendaftar terdiri dari orang-orang Melayu. 60 peratus dari dua juta itu berumur di bawah 40 tahun. Nak ke Putrajaya, kena kerja keras. Pakatan kini mempunyai sokongan yang kuat daripada masyarakat Cina. Masyarakat Melayu di pendalaman majoritinya masih bersama BN. Peluang untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu muda adalah mendaftarkan mereka sebagai pengundi secara agressif. Lihat bagaimana Parti Demokrat menghantar Barack Obama ke Rumah Putih. Bukankah pendaftaran pengundi baru menjadi strategi utama mereka?

Program seperti ceramah umum yang dihadiri ribuan orang terbukti tidak banyak membantu dalam kemenangan pilihan raya. Ianya lebih kepada “masturbasi politik” kerana kebiasaannya dihadiri oleh penyokong-penyokong tegar. Jika jumlah kehadiran dalam ceramah dan komen-komen di internet dijadikan ukuran kekuatan sesuatu parti politik, tidak hairanlah mengapa BN menang dalam semua PRU yang dipertandingkan di negara ini.
Sumber : Malaysiakini


BB : Mana dia jentera pendaftar ni? Depa dok buat apa? Lena ka? Sedangkan senarai nama semua dah ada di JPN. Boleh buat pemutihan apa. Kalau di luar negara kita ada rekod dengan Imigresen. Kalau dah meninggal pun kita ada rekod. Yang dalam parti pulak dok buat apa? Buat kerja main cincai aja... Bukan susah, jaga kawasan sendiri, jaga bahagian sendiri. Pastikan semua jentera berfungsi. Kalau setakat jaga kroni sendiri, jangan harap la... Orang sekarang dak celik segala-galanya. Jangan dok ingat korang dah ada jawatan kat bahagian/ cawangan tu kira dah hebat. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang menjaga kebajikan rakyatnya tanpa mengira fahaman politik...

read more...

TONTON VIDEO LUCAH : 3 MENTERI LETAK JAWATAN

Tiga orang menteri di selatan India mengambil tindakan meletak jawatan, semalam, selepas didakwa menonton filem lucah semasa perhimpunan dewan rakyat.

Ketiga-tiga menteri daripada parti pemerintah Bharatiya Janata itu dirakam stesen televisyen tempatan sedang menonton filem lucah di telefon bimbit masing-masing, kelmarin, semasa menteri lain sedang membincangkan rang undang-undang.

Namun, dakwaan itu ditolak seorang daripada mereka yang mendakwa sedang menonton klip video di sebuah parti untuk tujuan perbincangan dan bukannya filem lucah.



“Kami meletak jawatan kerana tidak mahu memalukan parti dan tidak mahu memberi peluang kepada pembangkang untuk menganggu perjalanan perhimpunan dewan rakyat,” menurut Menteri Koperasi, Laxman Savadi kepada pemberita.


Rakaman televisyen menunjukkan ketiga-tiga menteri itu menonton video seorang wanita menari, membuka baju dan melakukan aksi seksual.
 
--SINAR HARIAN--
 
BB : Baru tengok video lucah, di Malaysia yang terlibat terus pun masih relaks dan masih bercita-cita nak jadi pemimpin no 1. Hmmm......mana yang lebih berintergriti ni
 
read more...

HARIMAU MUDA BAHAM GOMBAK UNITED 2-0

Harimau Muda bermula baik untuk musim baru S-League 2012 setelah berjaya menewaskan Gombak United 2-0 di Stadium Jalan Besar. Perlawanan yang dilangsungkan malam Khamis tersebut hanya disaksikan kira-kira 300 orang penonton dari kedua-dua belah negara.




Harimau Muda beraksi di S-League sebagai salah satu perancangan penukaran pasukan sama seperti Lions XII yang beraksi di Liga Super Malaysia. Thamil Arasu membuka jaringan perlawanan setelah berjaya menolak kemas ke gawang gol Gombak United pada minit ke-15.

Pada separuh masa kedua, Harimau Muda menggandakan jaringan menerusi Wan Zaharulnizam pada minit ke-81.

Lihat gol-gol yang dijaringkan klik sini

BB : Tahniah dan kekalkan momentum ini. Auuummmm.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top