Nuffnang

LAGI MANGSA LIWAT TAMPIL BUAT PENGAKUAN

Siapa pula Yuli Arianto? Seorang Budak bernama Yuli Arianto dari Tembilahan, Riau, Indonesia membuat pengakuan terbuka di Facebook bahawa dia juga pernah menjadi mangsa Datuk seri Anwar Ibrahim.
Berita ini telah disampaikan oleh banyak blog pro pembangkang serta pro kerajaan.
Jadi tak tau siapa yang betul tetapi mari baca petikan DIBAWAH:
Kalau buka Facebook Yuli, nampaknya dia menjadi mangsa serangan kurang puas hati rakyat Malaysia yang dipercayai penyokong Anwar selepas membuat pengakuan berkenaan.
HEBAT BETUL PENYOKONG2 GAY TUA NI YA..SAYANG SAMPAI TAK BOLEH DISENTUH LANGSUNG...
read more...

MUTAKHIR : KARNIVAL BELIA KREATIF DIBATALKAN



Karnival Belia Kreatif Bakal Berlangsung
Pada 23-25 Mac 2012
Bertempat Di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil




Sehubungan Dengan Itu Sekretariat Karnival Belia Kreatif (KBK)
Mengalu-alukan Sebarang Idea Dan Cadangan Daripada Para Belia
Mengenai Aktiviti Yang Akan Diadakan Sepanjang Karnival Tersebut
Sekiranya Anda Mempunyai Idea Dan Cadangan Yang Menarik
Bolehlah Dikongsikan .
Hantar Ke Email kbk2012@kbs.gov.my
Hubungi Mereka Di Talian 03-8871 3413
Atau Datang Sendiri Ke Sekretariat KBK 2012 Di Lobi Menara KBS, Presint 4, Putrajaya

BB : Sebab musabab tidak dapat disahkan

read more...

SAFEE SERTAI MUANG THONG UNITED - JUARA THAILAND???



KUALA LUMPUR – Ketika karier Safee Sali di Pelita Jaya masih samar ekoran status Liga Super Indonesia (ISL) yang masih belum mendapat kata putus, juara liga Thailand 2010, Muang Thong United mungkin menjadi pilihan terbaru buat Safee Sali jika mahu meneruskan kariernya di luar negara.

Menurut pengurus peribadi Safee, Zakaria Rahim, dia dihubungi wakil Muang Thong yang cukup berminat mahu mendapatkan penyerang Harimau Malaya itu.
“Kelab Muang Thong ada menyatakan minat untuk mendapatkan Safee cuma ia hanya secara lisan dan belum ada tawaran secara rasmi.

“Sebenarnya perbincangan ini sudah lama berlangsung termasuk mengenai gaji dan nilai kontrak yang akan ditawarkan kepada Safee, cuma ia belum melangkah ke tahap serius.
“Jika mereka mengemukakan tawaran rasmi, saya mahu tengok dahulu bila pintu perpindahan pemain akan dibuka supaya Safee tidak perlu menunggu terlalu lama untuk bermain, ” kata Zakaria ketika dihubungi, semalam.

Musim lalu, Muang Thong menamatkan saingan liga di tempat ketiga dan mara ke saingan suku akhir Piala AFC. Bertambah menarik, Safee mungkin bergandingan dengan bekas bintang Liverpool dan England, Robbie Fowler yang merupakan pengurus, merangkap pemain selain diperkuatkan tiga pemain import dari Ivory Coast.

Liga Thailand membenarkan penggunaan lima pemain import bagi setiap pasukan. Buat masa kini, Muang Thong hanya diperkuatkan empat pemain import dan masih ada satu kekosongan buat bekas pemain Selangor itu jika berminat berhijrah ke sana.
Salah sebuah majalah bola sepak Thailand mendedahkan Muang Thong berminat menjadikan Safee sebagai pengganti bekas pemain Fulham dan Queens Park Rangers (QPR) ,Zesh Rahman dari Pakistan.

Mengenai isu terkini ISL, Zakaria berkata, tiada sebarang keputusan dinyatakan oleh Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) terhadap status beberapa kelab ISL walaupun diberi tempoh sehingga 10 Januari untuk menyertai Liga Perdana Indonesia (IPL).

“Tiada sebarang tindakan oleh PSSI selepas tarikh yang diberikan dan saya yakin kemelut di ISL boleh diselesaikan tanpa menjejaskan karier Safee di Pelita, ” katanya.
 
Sumber-Utusan
read more...

MALAYSIA PENGELUAR KONDOM UTAMA DUNIA???



NEW DELHI 13 Jan. - Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).
MREPC berkata, Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion.

"Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom,” kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama.
Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.

Pengeluar utama Asia — Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia — terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.

Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping. “Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB. Kita menjangka pertumbuhan yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk kondom,” kata Yoke Kiew.

Pengeluar kondom bergantung kepada getah asli kerana lebih 90 peratus daripada sarung kontraseptif itu dibuat menggunakan lateks manakala usus biri-biri adalah satu lagi bahan yang digunakan di dalam industri itu.

Kondom getah yang pertama dikeluarkan pada 1855, yang mempunyai ketebalan tiub dalam tayar basikal tetapi perkembangan teknologi telah menjadikannya lebih murah, ringan nipis dan berpelincir. — BERNAMA
read more...

14,000 Pelajar Terjejas Akibat AirAsia X Henti Laluan London


LONDON 13 Jan. - Keputusan AirAsia X untuk menghentikan laluan Kuala Lumpur-Londonnya mulai 30 Mac dijangka memberi kesan kepada lebih 14,000 pelajar Malaysia yang meneruskan pengajian mereka di United Kingdom (UK).

Sejak memulakan laluan itu pada bulan Mac 2009, syarikat penerbangan jarak jauh tambang rendah ini telah menjadi pilihan ramai kepada mereka yang mahu kembali ke tanah air dari UK memandangkan tambangnya yang amat berpatutan dan disertai dengan perkhidmatan yang baik.

Pengerusi United Kingdom dan Majlis Eire Pelajar-pelajar Malaysia, Ahmad Syawal Hafriz Abdullah berkata, pemberhentian ke atas laluan ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai pilihan penerbangan yang sedikit.

"Kebanyakan kami memang tidak sabar-sabar untuk menyertai keluarga dan mereka yang tercinta terutamanya pada musim-musim perayaan,” kata beliau kepada Bernama.
Pelajar tahun dua di London School of Economics berkata, beliau berharap AirAsia X akan menarik balik penggantungan ini dan menyambung semula penerbangannya ke London secepat mungkin.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini, Datuk Zakaria Sulong berkata, ketibaan rakyat Malaysia telah meningkat ekoran pengenalan AirAsia X ke UK. "Ini termasuklah pelajar Malaysia di UK yang mahu pulang ke tanah air. Tiada alternatif penerbangan tambang rendah dari Kuala Lumpur. Pergerakan antara kedua-dua negara akan terjejas oleh penutupan ini,” kata beliau.

Selain London, AirAsia X turut mengumumkan pada hari Khamis yang ia akan menggantungkan penerbangan ke Paris pada 31 Mac dan Mumbai dan New Delhi pada 31 Januari.

Menurut AirAsia X, sebab di sebalik penggantungan ini ialah kerana pelaksanaan skim perdagangan emisi dan duti penumpang udara di UK, yang semakin meningkat di United Kingdom dan akan dinaikkan sekali lagi pada April.

Sebab lain ialah kebimbangan terhadap peruntukan dan dipengaruhi pula oleh situasi tidak menentu ekonomi global dan harga bahan bakar jet yang melambung meskipun AirAsia X mencatatkan faktor beban melebihi 80 peratus untuk penerbangan London dan Parisnya pada tahun 2011. — BERNAMA
read more...

HAJAT LIN DAN TAK KESAMPAIAN



HASRAT Lin Dan untuk memalukan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei di laman sendiri pada Terbuka Malaysia, terbantut selepas tewas kepada pemain tidak ternama Denmark pada pusingan kedua, semalam.

Tumpas mengejut di tangan Jan O Jorgensen, Lin Dan bagaikan hilang tum­puan pada set kedua seterusnya terbawa-bawa ke set ketiga, meskipun beraksi baik di set pertama sebelum tewas dalam tempoh 58 minit, 14-21, 21-15, 21-15.

Lin Dan bagaimanapun enggan ditemuramah media bertugas, sebaliknya terus berlalu ke bilik persalinan, tetapi sempat menyapa seterunya Chong Wei selepas sidang media pemain nombor satu dunia itu, semalam.

Chong Wei terkejut apabila dikhabarkan Lin Dan tewas pada sidang medianya selepas perlawanan berakhir.

“Mungkin tahun ini bukan tuah Lin Dan. Sama seperti tahun lalu, saya juga kurang bernasib baik, sebaliknya Lin Dan menunjukkan peningkatan sepanjang 2011.

“Dia manusia, saya juga manusia, masing-masing punya kelemahan dan kelebihan,”katanya, semalam.

Di pusingan kedua, turun selaku pili­han utama, Chong Wei mudah mengatasi pemain Jepun, Kazushi Yamada di set pertama untuk menang 21-8.

Namun, dikejutkan di set kedua, apabila ketinggalan jauh 4-12 sebelum kembali bangkit merapatkan kedudukan untuk terikat 15-15, seterusnya menang 21-18.

Suku akhir hari ini, Chong Wei akan bertemu sahabat baiknya Taufik Hidayat dari Indonesia dan beliau berharap tidak melakukan kesilapan serta hilang fokus seperti perlawanan set kedua semalam.

Sementara itu, pemain wanita negara, Tee Jing Yi tewas mudah ke atas pemain Jerman, Juliane Schenk dalam masa 34 minit dengan catatan 18-21, 6-21.

Sumber  : Sinar Harian

BB : Suka dalam duka. Dalam kegembiraan dengan kekalahan Lin Dan ini, kita kena renung kembali apakah kita telah bersedia sekiranya Dato' Lee Chong Wei tiba-tiba ditimpa kecederaan dan mengalami situasi yang sama seperti yang dialami oleh bekas perseorangan utama negara iaitu Wong Choon Han?
read more...

VIDEO DAHLIA TECK BUAT SURPRISE BIRTHDAY PARTY UNTUK APEK (KHAIRUL FAHMI)



Bertuah betul ler jadi orang popular ni....isk...isk..



Apa-apa pun, Selamat Hari Lahir Apek. Semoga kecemerlangan dan kehebatan di gawang gol semakin teserlah.

Sanatul Halwah Ya Jamil
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top