Nuffnang

Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba : Najib Razak

KUALA LUMPUR 1 Dis. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sekali lagi memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan diadakan tidak lama lagi.

Najib, yang juga Presiden UMNO dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini, mengingatkan semua anggota parti supaya ‘merapatkan saf, menyalakan jamung dan menggigit sekuatnya perjuangan dengan geraham kita’ bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba.

“Bingkaslah orang-orang UMNO, kita turun ke medan bakti,” katanya sambil melaungkan Hidup UMNO yang disambut gemuruh 2,711 perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Najib dalam amanatnya kepada perwakilan pada Selasa lepas mahu pimpinan parti di peringkat bahagian dan akar umbi bekerja secara luar biasa bagi menghadapi PRU-13 akan datang.

Perdana Menteri juga berpesan supaya para wakil bahagian parti jangan mengambil mudah PRU-13 kerana cabarannya pasti luar biasa dan yang paling getir bakal dihadapi oleh parti politik terbesar negara itu. — Bernama
read more...

Bekwoh Anak Kelate: Manifestasi Sikap Generasi Muda

Portal Suara Generasi Baru dalam sudut pandangnya memberi liputan terhadap Program Bekwoh Anak Kelate yang telah diadakan di Bukit Jalil, baru-baru ini.


Kebanyakan hadirin yang terdiri dari kalangan muda mudi seakan sehati dan sejiwa apabila ramai di antara mereka berpakaian warna merah seakan merestui kempen “Gelombang Merah” yang dipelopori oleh UMNO Kelantan dalam misi mereka mendapatkan kembali Kelantan daripada Pas.
Kemeriahan majlis perjumpaan anak-anak Kelate ini bukan saja di akui ramai khalayak yang hadir malah ia turut di akui oleh Dato’ Shabery Chik secara terbuka turut mengakui seakan merasai denyut nadi gelombang merah tersebut.

“Saya terkejut ketika melangkah masuk ke stadium sebentar tadi kerana melihat stadium penuh dengan warna merah”. – Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek

“Perhimpunan ini cukup bersejarah dan saya berasa cukup gembira kerana bukan sahaja ramai yang datang malah cukup bersemangat”.

“Kerajaan berterima kasih kepada anak-anak muda. Mereka jelas mahukan perubahan dan kita akan sedaya upaya memperjuangkan kepentingan rakyat Kelantan”. – Dato’ Seri Mustapa Mohamed

Sejarah yang tercatat di “Majlis Bekwoh Anak-Anak Kelate” ini telah membuktikan rakyat Kelantan terutama sekali generasi muda juga tidak bermasalah untuk berubah sikap & tidak juga kekok untuk menukar ‘darah hijau’ kepada ‘darah merah’  demi masa depan negeri tumpah darah sendiri.

Kehadiran ramai anak muda Kelantan di majlis anjuran UMNO ini boleh diumpamakan sebagai satu manifestasi keyakinan & harapan terhadap UMNO terutama sekali dalam menyelesaikan beberapa permasalahan yang menyelubungi Kelantan ketika ini.

Berita lanjut di http://www.suaragenerasibaru.com/?p=3741
read more...

KJ, GAN PING SIEW, SAIFUDDIN DAN P. KAMALANATHAN BERENTAP

KUALA LUMPUR: Seramai empat Yang Berhormat (YB) beraksi lincah berentap bersama belia di Pertandingan Bola Keranjang secara 3 on 3 iaitu YBsCanJump di Berjaya Times Square pada 19 November 2011 yang lalu.

Mereka adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu, Ahli Parlimen Temerloh, Dato’ Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan.
 
Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Tuan Gan Ping Sieu, aktiviti sukan merupakan medium terbaik dalam menyatupadukan rakyat dan membuktikan sukan bola keranjang adalah milik semua, bukannya milik kaum tertentu sahaja.
 
Tambah beliau lagi, idea penganjuran pertandingan tersebut timbul di Twitter dan mendapat maklumbalas daripada Dato’ Saifuddin dan Khairy Jamaluddin yang berminat untuk menyertai begitu juga dengan P. Kalamanathan.
 
Pertandingan yang berlangsung selama sehari itu menarik hampir 32 pasukan di sekitar Lembah Klang dan Selangor yang terdiri daripada golongan belia untuk menyertai bagi merebut trofi kemenangan.
 
Penganjuran pertandingan tersebut diadakan bagi membuktikan kesungguhan kerajaan amnya dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) khususnya dalam membudayakan sukan dalam kehidupan seharian tanpa mengira umur, kaum mahupun agama.
 
P. Kalamanathan berharap aktiviti sebegini dapat diteruskan bagi sukan-sukan lain dan melibatkan lebih ramai YB akan turut serta dan pada masa yang sama meluangkan masa bersama belia melalui aktiviti yang menyihatkan.
read more...

PEMIMPIN GAGAL PERLU BERUNDUR

KUALA LUMPUR – Pemimpin persatuan sukan yang gagal membawa sebarang perubahan diminta berundur secara sukarela bagi memberi laluan kepada orang lain yang benar-benar layak dan berwibawa.

Tanpa mahu menuding jari kepda mana-mana persatuan sukan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pemimpin berkenaan perlu bermuhasabah diri dan merenung ke dalam dirinya sendiri bagi mencari kesilapan yang telah dilakukan selama ini.

“Saya tiada kuasa untuk bubar persatuan tetapi kalau sesebuah persatuan itu diterajui pemimpin yang terlalu lama memegang jawatan dalam persatuan dan dia gagal memberikan yang terbaik.

“Maka saya berpandangan lebih baik dia bermuhasabah diri dan tanya pada diri sendiri sama dia masih mampu untuk menjadi peneraju persatuan sukan berkenaan atau pun tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat keluarga pegawai Majlis Sukan Negara (MSN), Allahyarham Harun Osman yang meninggal dunia di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II di Palembang akibat serangan jantung pada 9 November lalu. Turut serta pada lawatan itu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong mengiringi Ahmad Shabery yang turut menyampaikan sumbangan peribadinya kepada balu Allahyarham, Khadijah Salim, 50, di kediamannya di Bukit Jalil.

Allahyarham Haron atau mudah disapa rakan-rakannya sebagai Cikgu Haron adalah pegawai MSN menghembuskan nafas terakhirnya ketika bertugas menunggu ketibaan atlet negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin Palembang 9 November lalu. Jenazahnya di bawa ke tanah air untuk disemadikan di kampungnya di Alor Setar, Kedah keesokkan harinya.
Dato’ Sri Ahmad Shabery kemudiannya menyampaikan sumbangan peribadi kepada Khadijah dan berharap agar beliau serta keluarganya sentiasa bersabar dengan ujian ini .

Menurut Ahmad Shabery, pengunduran secara sukarela pemimpin terlibat sekurang-kurangnya membuka peluang kepada orang lain untuk menyuntik idea baru yang mungkin mampu menaikkan kembali acara sukan berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai kekalahan 0-2 skuad Harimau Muda kepada Syria, kelmarin dalam kelayakan Sukan Olimpik 2012, beliau meminta kepada para penyokong agar tidak terlalu cepat mencari kesilapan pasukan muda negara itu.

“Selain faktor keletihan, perlu diingat pasukan ini masih muda dan merupakan satu-satunya skuad di Asia Tenggara yang berjaya menempatkan diri dalam 12 pasukan terbaik Asia bagi kelayakan Olimpik,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap, penyokong dapat memberi mereka masa dan ruang bagi membentuk sebuah pasukan masa depan yang mantap.

Sumber-Utusan
read more...

TINDAKAN AIM MEMALUKAN YUNA DAN ANUAR ZAIN

 

KUALA LUMPUR: “Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia agak memalukan,” kata penyanyi Anuar Zain yang dinobatkan pemenang baru kategori Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) selepas berlaku kesilapan di pihak penganjur.

Pengumuman dan penyerahan anugerah untuk lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar itu berlangsung pada sidang akhbar khas Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur AIM18 di sini, semalam.

Lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim memenangi kategori Lagu Pop Terbaik ketika AIM18 berlangsung 12 November lalu dan pada malam penganugerahan yang sama, Yuna diumumkan pemenang kategori Lagu Terbaik melalui lagu ciptaannya, Penakut.

Bagaimanapun, semalam Harian Metro menyiarkan pengakuan Yuna bahawa anugerah itu ditarik balik oleh pihak penganjur atas alasan kesilapan teknikal dan RIM turut membuat sidang media rasmi mengenainya semalam menyebabkan anugerah itu kini berpindah tangan kepada lagu nyanyian Anuar.
Anuar berkata, dia menerima anugerah yang diberikan kepadanya kerana menghormati keputusan penganjur, namun pada masa sama menegaskan artis yang terbabit dalam isu kesilapan itu ibarat menjadi mangsa.

------------------------------------------------------

Manusia memang tidak lari dari melakukan kesilapan. Persoalannya, bagaimana Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) boleh melakukan kesilapan sebegini? Bukan niat penulis untuk menghentam RIM, tetapi kalau anugerah yang berprestij seperti ini pun boleh diambil mudah, bayangkan kerja-kerja dan tugas yang dilakukan oleh RIM dalam mengangkat industri muzik negara? Mujurlah Yuna seorang yang baik hati dan amat profesional. Bayangkan sekiranya perkara ini berlaku di Hollywood. Pasti tindakan tegas seperti saman malu akan diambil oleh penyanyi ke atas penganjur.

Kepada RIM, tepuk dada tanya selera.



read more...

KELAYAKAN OLIMPIK 2012 : Malaysia U 23 VS Syria U 23


“MAIN di tempat sendiri tetapi kita umpama pasukan lawan. Syria sudah sampai di sini sejak Ahad sedangkan kita baru tiba pagi tadi (semalam).” Demikian luahan jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee (kanan) menjelang aksi kedua Kelayakan Olimpik 2012 menentang Syria di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini – hanya dua hari selepas menewaskan Indonesia pada final Sukan SEA di Jakarta, malam kelmarin.

Walau apa jua rintangan, perjuangan harus diteruskan. Kepada skuad Harimau Muda, seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada, sokongan dan doa mereka berSATU mengiringi setiap langkahan anda. Berjuanglah seperti sang harimau, semakin ganas apabila dilukai..
read more...

ONG KIM SWEE : KAMI DI BELAKANGMU


"MEREKA tidak menghormati kamu, mereka tak hormat bendera kita, mereka tak hormat Raja kita dan mereka tak hormat ibu bapa kita. Kalau kamu benarkan ini terjadi, maka kamu adalah pengecut. Kamu sebagai rakyat Malaysia mesti ajar mereka.

“Kita berjaya tewaskan mereka bukan sekali tapi dua kali di hadapan penyokong fanatik mereka. Kita tunjukkan pada mereka macam mana nak lakukannya.”UTUSAN
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top