
BANJIR : Apa Pula Yang Dato Siti Buat Ni?

KUANTAN: Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin turut turun padang bagi meninjau dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di daerah ini.
Bantuan yang dibawa itu merupakan sumbangan daripada Yayasan Nurjiwa dan SimplySiti, antaranya barangan makanan dan keperluan peribadi golongan wanita serta lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan bayi.
"Macam hari ini ramai dah pulang ke rumah, dan mungkin ada ruang dan peluang saya ingat nak singgah satu atau dua tempat lagi.
"(Kemudian) saya ingat kalau lepas ini masih ada lagi mangsa (banjir) di negeri lain saya dan suami mungkin akan pergi (menjenguk), Insya-Allah bergantung kepada keadaan banjir," katanya.
Beliau ditemui pemberita ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Sekolah Menengah Gudang Rasau dan Sekolah Kebangsaan Pandan, di sini hari ini.
Setakat 9 pagi ini seramai 33,952 mangsa banjir masih berada di 141 pusat pemindahan di sembilan buah daerah yang terjejas akibat banjir di Pahang.
Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 27,700 orang di 35 pusat pemindahan.
- SUMBER
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



resepi nasi lemak rendah kalori sarapan sihat meng...

mahathir treats sabah and sarawak as piggybanks sa...

anwar rebukes divisive leaders in sabah who stoke ...

selamat hari ibu buat emak saya semua emak di duni...

filem gayong

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
Sudah la...hehe..
BalasPadam