
MACAM TAK PERCAYA!! Nazri TIBAI Adik Angkatnya NAMEWEE!!

PADANG RENGAS 3 Ogos - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mohamed Nazri Aziz membidas penyanyi rap, Wee Meng Chee atau Namewee kerana memaki-hamun pelbagai pihak berhubung penangguhan filem The New Village dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube Khamis lalu.
Dengan nada tegas, beliau mengingatkan Namewee bahawa dia tinggal di sebuah negara berbilang kaum yang penuh dengan sensitiviti yang perlu dihormati.
"Saya pun hendak hentam dia habis-habisan. Dia budak yang tidak tahu sejarah, budak yang bodoh, berhingus dan tidak faham tentang sejarah negara kita. Hidup dalam sebuah negara berbilang kaum, kita harus mengambil kira sensitiviti dalam negara.
"Dia kena ingat, polis dan angkatan tentera telah membela negara kita. Jangan esok kalau apa-apa berlaku kepada dia, polis tidak mahu ambil tindakan, dia marah pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri Peringkat Parlimen Padang Rengas di sini hari ini.
Namewee dalam video terbarunya berjudul 017 Double Standard dan berdurasi selama lima minit 23 saat, mempersoalkan tindakan kerajaan menggantung tayangan filem The New Village untuk dinilai oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Mohamed Nazri juga berkata, beliau tidak akan mempertahankan Namewee lagi selepas ini sekiranya lelaki tersebut sudah melampau.
"Kita manusia, mesti tahu menghormati pandangan dan sensitiviti orang. Apa untung kamu buat macam itu, nanti penumbuk naik ke muka cari polis juga," ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



we re in business as usual says sapura energy

aktivis saran bekukan aset penceroboh haram musang...

anwar abang jo to finalise key principles for petr...

casa en la laguna by a4estudio a sculptural retrea...

the tragicomedy of parti keluarga rakyat

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
Baguehla kalu kau dah sedar Nazri!dulu bela sangat sibudak kurang ajar ni...nah la ni dah makin kurang ajar! jangan cakap saja tangkap dan lokapkan kalu dah memaki hamun,kenapa takut sangat pd dia ni tapi kalu orang Melayu...lambat sikit dah cepat2 kena tahannn..... nasib Melayu,Melayu..
BalasPadamnazri takut nanti kalah undi umno
BalasPadam