Alahai Azmin.... Ingatkan power sangat. Last-last jadi balaci DAP jugak. Hampeh! Sejak hampir sebulan yang lalu, kerajaan negeri Selangor dibawah pentadbiran Azmin Ali berada didalam tekanan hebat berikutan desakan dari DAP yang mahu kerajaan Selangor mengiktiraf Parti Amanah Negara (PAN) sebagai parti gabungan DAP dan PKR dalam membentuk Pakatan Harapan serta desakan DAP yang mahu Azmin mengiktiraf kewujudan Pakatan Harapan.
SERANGAN BALAS : Pengganas Sulu Rancang Balas Dendam!!!
Kumpulan pengganas Sulu di selatan Filipina dalam perancangan untuk membuat serangan ‘balas dendam’ di Lahad Datu ekoran kegagalan mereka menawan Sabah pada 2013.
DEMONSTRASI : Petanda Guan Eng Semakin "Tenat" Di Penang
Satu demonstrasi oleh rakyat P.Pinang bagi mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng meletakkan jawatan telah diadakan di Komtar hari ini.
ALAHAI.... TSMY Semakin Meroyan?
Berikutan pemecatan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman dari jawatan dan keahliannya, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan apakah asas kepada pemecatan tersebut.
Menerusi Facebooknya, Muhyiddin Yassin menyatakan perasaan kesal dan turut menimbulkan persoalanan sama ada benar dakwaan Hamidah yang mengatakan pemecatan disebabkan tindakannya menghadiri satu majlis bersama Tun Dr Mahathir Muhammad.
BIADAP DAN BESAR KEPALA : Pengguna ERL Ini Dikecam!!
Seorang pengguna Express Rail Link (ERL) Di Sepang yang dikenali Man Ahmad baru-baru ni ada memuatnaik gambar seorang mamat yang bangang dan biadap letak kaki di kerusi untuk penumpang duduk, walaupun dah ditegur salah seorang pengguna ERL dalam tu gak.
Kasut tu dah kotor dah berjalan seharian kat merata tempat, boleh pulak sesuka hati hati dok angkat letak kat tempat duduk. Satu lagi tak hormat orang lain nak duduk sama!
RUGI RM405.73 JUTA : Tiada Pula Yang Nak Menyalak?
Media antarabangsa hari ini melaporkan kerugian besar syarikat penerbangan tambang murah terbesar Asia, AirAsia, yang jatuh sebanyak 7 peratus selepas syarikat itu mencatatkan kerugian bagi tempoh tiga bulan.
Kerugian yang dialami syarikat itu sebanyak RM 405.73 juta berbanding untung bagi tempoh yang sama tahun lalu ini antara lain dikaitkan dengan penyusutan nilai matawang dan faktor-faktor lain, lapor BBC.
WOW!!! Hamidah Beri Amaran Pada Najib!
Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman memberi amaran kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau yang dipecat kerana didakwa melanggar disiplin parti, meminta Najib yang juga Perdana Menteri supaya tidak terus membakar negara jika tidak mahu diri sendiri terbakar.
BENCI YANG TERAMAT!!! Guan Eng "Dihalau" Balik Melaka?
Sebut sahaja Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pasti sahaja menjadi igauan buat rakyat Pulau Pinang khususnya kaum Melayu... Iyalah, siapa yang tak tahu corak pemerintahan 'kiasu' yang digunakan beliau sebagai Ketua Menteri.
Baru-baru ini dikejutkan dengan keceluparan Guan Eng menghina 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR yang mengambil sikap berkecuali berhubung usul penebusan tanah di negeri itu yang dibentangkan oleh pemimpin pembangkang.
HURU-HARA: Adik Beradik Mendiang Kevin Morais Saling Tuduh-Menuduh
Selepas Charles Morais menggelarnya “penjahat”, Datuk Richard membalas dengan mengatakan abangnya itu sebenarnya “penipu” selepas disiasat kerana mengelak cukai di Amerika Syarikat (AS), 4 tahun lalu.
ROGOL!!! Polis Johor Nafi Dakwaan Media Sosial
JOHOR BAHRU – Polis hari ini menafikan adanya kes cubaan rogol serta pukul ke atas seorang remaja perempuan di Jalan Mawar Biru, Pasir Gudang dekat sini Khamis lepas.
Sebaliknya, kes yang dikatakan rogol dan samun itu merupakan kes mangsa dicederakan oleh warga asing, kata Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Abdul Samad Salleh.
AZWAN ALI KECOH LAGI : Mangsa Terbaru Hospital Swasta!!!
PETALING JAYA: Selebriti Azwan Ali yang terkenal dengan nama Diva AA dalam laman sosial naik angin dengan sebuah hospital swasta di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang menawarkan layanan buruk tetapi mengenakan caj tinggi.
Ketidakpuasan itu dikongsi Azwan dalam laman Instragramnya.
SAH!!! Nurul Izzah Dan Tian Chua Diharamkan Memasuki Sabah!
Nah! Rasakan natijah akibat kebiadapan dan ketelanjuran sendiri. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua akhirnya secara sah telah diharamkan memasuki Sabah.
PECAH TEMBELANG : Perangai Kuku Besi Guan Eng Dibongkar Lagi!!!
Selepas lebih setahun ‘mendiamkan diri’ bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Iszuree Ibrahim yang dipecat Kerajaan DAP Pulau Pinang pada tahun lalu, akhirnya mendedahkan punca sebenar beliau disingkir daripada jawatan itu.
RAHSIA LIBATKAN PEMIMPIN BESAR NEGARA : AG Bidas Adik Kevin Morais!!!
Dakwaan pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais ada kaitan dengan kertas pertuduhan yang sedang beliau siapkan terhadap “pegawai tinggi kerajaan” adalah berlebihan, kata Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali hari ini.
PENGKHIANAT : Nurul Izzah Saman KPN Dan Menteri
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Ia kerana Khalid dan Ismail Sabri mengaitkan beliau dengan perbuatan khianat kepada negara ekoran pertemuannya dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III, Jacel H Kiram.
HINA ISLAM : 4 Keping Gambar Ditemui Dalam Labtop Alvin - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu diberitahu bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menemui tiga keping gambar dengan kapsyen “Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising) dalam komputer riba milik blogger kontroversi, Alvin Tan.
Mukhriz Akur Dengan Keputusan MT UMNO
“Ini adalah satu cadangan dikemukakan ketua sayap dan diterima Ahli Majlis Tertinggi.
“Agaknya ini merupakan satu kelainan berbanding kelaziman yang diamalkan parti sebelum ini iaitu mesyuarat sayap dirasmikan Timbalan Presiden UMNO,” kata Mukhriz dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini hari ini.
TIADA UCAPAN : Muhyiddin Dakwa Tiada Siapa Yang Boleh Mendiamkannya
Timbalan Presden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menghormati keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti semalam yang memutuskan beliau tidak dibenarkan merasmikan persidangan sayap-sayap parti sebagaimana lazimnya.
Namun katanya, dalam sebuah negara yang bebas dan merdeka, tiada siapa yang boleh mendiamkannya.
TAMPARAN BUAT GUAN ENG!!! Pemimpin Kanan DAP Letak Jawatan!!!
Kepimpinan Lim Guan Eng terus menerima tamparan. Sekiranya sebelum ini kita masih boleh menerima kerana tentangan dan penolakan terhadap Guan Eng datang daripada PAS atau PKR, namun kali ini ia datang dari pemimpin DAP sendiri.
ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu hari ini mengumumkan menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang berkuatkuasa Isnin, 23 November lalu.
VIRAL : Menu "Scissors Salad" Di Parlimen Jadi Bualan!!!
Ketika pengguna media sosial mempermainkan gambar yang menunjukkan kesilapan penggunaan bahasa Inggeris dalam menu majlis makan malam kakitangan Parlimen, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee kesal ia berlaku dalam institusi sepenting Parlimen.
JANGAN MENYIBUK!!! Amaran PAS Selangor Buat Guan Eng
Setiausaha Pas Selangor Mohd Khairuddin Othman memberi amaran keras kepada DAP supaya tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan PKR Selangor dengan mendesak Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali untuk mengisytihar Selangor sebagai kerajaan Pakatan Harapan (PH).
DIPECAT : Reaksi Ketua Penerangan Wanita UMNO
Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, beliau hanya tahu dipecat UMNO menerusi televisyen.
Katanya, beliau belum menerima apa-apa surat daripada parti yang memaklumkan telah dipecat.
SUAPAN : Inspektor Ditahan Buat Kali Kedua - SPRM
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan kali kedua oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dikatakan menerima suapan sebanyak RM10,000 daripada seorang individu berkaitan satu kes curi kenderaan.
VIRAL : Warga Maya Bantu "Pulangkan" Gaji Farah
Seorang ‘hamba Allah’ berjaya memulangkan gaji kepada seorang wanita yang tercicirkannya berikutan posting di Facebook, yang menyaksikan perangai sebenar warga maya di negara ini.
Walaupun ada pengguna internet yang membantu mengesan wanita itu, tidak kurang juga yang berpura-pura mengaku tunai itu milik mereka.
ALVIN Semakin "Tenat", Tiada Duit Untuk Bayar Peguam?
Kah..kah..kah.... padan muka lu. Tak lama lagi sampai la waran tangkap. Lu mau lari mana lagi lor? Lu punya duit bikin itu video shit dah habis ke? Or.... lu punya video sula talak laku aaa?
SERANGAN BALAS!!! Guan Eng Meroyan - Naib Ketua Dewan Pemuda PAS
“PAS amat jelas dan faham akan tahap meroyan Guan Eng yang dilihat masih kecewa kerana impiannya untuk melihat Presiden PAS dijatuhkan dalam muktamar lalu melalui rakan-rakan politiknya dalam Parti Amanah Negara sekarang telah menemui kegagalan,” kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin.
NFC Corp : Salleh Dibebas Dan Dilepaskan Mahkamah
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa, melepas dan membebaskan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail daripada tuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta.
PENJUALAN EDRA : Rasionalisasi Di Sebalik Tindakan 1MDB
1. Edra Global Energy Berhad (Edra), anak syarikat milik 1MDB bukanlah dijual dengan harga RM9.83 billion sahaja kepada China General Nuclear Power Corp (CGN Group) RM9.83 billion hanyalah melibatkan transaksi tunai. CGN Group dalam membeli semua aset Edra perlu mengambilalih kesemua hutang syarikat berkenaan sebanyak RM8 billion. Transaksi sebenarnya adalah RM9.83 billion tunai campur RM8 billion tunai berjumlah RM18 billion.
AMAT MEMALUKAN : Pegawai Kanan MITI Bergelar Tan Sri Hina Kerajaan Di Program Antarabangsa?
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di hadapan hadirin termasuk duta-duta asing pada sebuah majlis.
Maria Tay di posting FB nya berkata pegawai bergelar Tan Sri itu menyifatkan Najib dan menteri di kementerian seperti ‘lembu yang tidak berguna dan tiada kemampuan’.
DALANG : Tian Chua Nak Saman Zahid?
Tian Chua mengancam mengambil tindakan undang-undang jika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menarik semula tuduhan yang mendakwa dia menjadi dalang pertemuan Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram.
DALANG : Zahid Dedah Individu Terlibat Susun Pertemuan Izzah-Jacel
Lagi sekali pemimpin Melayu diperkotak-katikkan oleh rakan-rakan mereka dalam PR. Selepas kita melihat ahli PKR menangis di DUN Pulau Pinang dek permainan Guang Eng, terbaru Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan percaturan pemimpin kaum Cina PKR pula yang "membuli" pemimpin melayu dalam parti itu..
1MDB : Kenyataan Tegas Dari SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi menegaskan tidak menyiasat syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
WOW!!! Kemelut DAP VS PKR Berjangkit Ke PAHANG!!!
Nampaknya kemelut PR kini semakin parah. Ahli-ahlinya tanpa selindung mempersoalkan kredibiliti masing-masing tanpa sembunyi lagi. Terbaru, mantan Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Kuantan, YB Puan Hajah Fuziah Salleh menyokong pendirian yang diambil oleh lima ADUN parti itu dari Pulau Pinang yang berkecuali dalam proses pengundian usul dikemukakan pembangkang pada sidang DUN, Jumaat lalu.
BOM JANGKA : Pemuda DAP Persoal Kepimpinan Azmin Ali!!
“Saya ingin menyatakan kekecewaan terhadap kerajaan Selangor kerana tidak mengiktiraf penubuhan Pakatan Harapan walaupun penubuhannya direstui Presiden PKR,” kata Ketua DAPSY, Teo Kok Seong ketika berucap merasmikan Kongres DAPSY 2015 pada Ahad.
SERANGAN NEKAD : Polis Sabah Siasat "Orang Dalam"
“Ia berpunca daripada pihak dalaman sendiri. Kita bakal ambil tindakan sewajarnya tidak kira sama ada dia orang awam, pegawai atau anggota PDRM sendiri,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian Online.
Polis telah mengenal pasti pihak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat mengenai terdapat ancaman pengebom berani mati di negeri Sabah.
DERHAKA!!! KPN Kecewa - Siasat Nurul Izzah Di Bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan!!!
"Sebagai ketua pasukan polis, saya kecewa dengan tindakan dia. Daripada gambar itu, ia tidak kelihatan seperti satu kebetulan. Ia gambar aksi,”
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Izzah boleh disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana menderhaka.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar boleh didakwa atas tuduh menderhaka susulan tersebarnya gambar dia bersama Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram dalam satu majlis pada 9 November lalu.
UNSUR BABI? Downy Malaysia Dan JAKIM Perjelas Kedudukan
JENAMA pelembut pakaian, Downy Malaysia menafikan dakwaan bahawa produknya mengandungi unsur babi seperti yang tersebar di laman sosial, baru-baru ini.
Downy menerusi satu kenyataan di laman Facebook hari ini berkata, formula produk yang dijual di negara ini tidak sama dengan produk yang dikeluarkan di Amerika Syarikat (AS).
PANASSS!!! Pemimpin PAN Diserang Anak Pemimpin PAS!
Adoiii..... Ini benar-benar memalukan. Bapa kepada Ketua Amanah Marang Miqdad Zakaria, Zakaria Abdul Rahman memberitahu seorang pemuda yang juga anak seorang pimpinan PAS Terengganu datang ke rumahnya di perkarangan Masjid Rusila dan menjerit dengan sekuat hati dengan mengatakan perkataan 'munafik'.
Ketika Parti Amanah Negara (Amanah) meningkat popular, pemimpin akar umbinya di kubu kuat PAS di Terengganu mendakwa diserang anak pemimpin parti Islam itu.