VIRAL : Menu "Scissors Salad" Di Parlimen Jadi Bualan!!!


Ketika pengguna media sosial mempermainkan gambar yang menunjukkan kesilapan penggunaan bahasa Inggeris dalam menu majlis makan malam kakitangan Parlimen, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee kesal ia berlaku dalam institusi sepenting Parlimen.


Gambar menu yang sepatutnya bertulis “Caesar Salad” tetapi ditulis “Scissor Salad” kini menjadi viral di laman sosial.

Ia berlaku ketika kelemahan dalam penggunaan Bahasa Inggeris dalam pelbagai sektor kini menjadi perdebatan di kalangan rakyat negara ini.

Kiandee dalam tulisan Facebooknya menulis mengenai isu yang sedang viral di media sosial mengenai majlis makan malam di Parlimen yang menghidangkan "scissors salad".

"Saya kebetulan hadir di majlis tersebut... Saya sahkan tiada gunting dalam salad berkenaan tetapi "caesar salad" yang biasa.

"Walaupun ini satu kesilapan yang melucukan oleh katerer, tetapi sebagai sebuah institusi yang penting, kakitangan Parlimen haruslah lebih berhati-hati agar kesilapan seperti ini tidak berlaku di masa akan datang. Hmm.. scissors salad!" tulis Kiandee.

Menu yang sama juga mempunyai kesilapan di mana "Creme Brulee" ditulis sebagai "Cream Brule".

Sementara itu, melalui Twitter, pelbagai pihak turut berjenaka tentang kesilapan salad ini dengan @kinashakinah bertanya, "Pebenda scissors salad ni".

Pizza Hut pula mengambil kesempatan mempromosikan menu mereka, "Kami tidak ada Scissor Salad, tetapi kami ada Caesar Salad #ohmyenglish #caesarsalad".

@prasys pula menulis, "Scissors salad, sesuai untuk vegetarian dan juga ianya halal".

"Scissors Salad? Hahahaa... Caesar tentu terkejut," kata tweet @encis. – 25 November, 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....