ALAHAI.... TSMY Semakin Meroyan?


Berikutan pemecatan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman dari jawatan dan keahliannya, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan apakah asas kepada pemecatan tersebut.

Menerusi Facebooknya, Muhyiddin Yassin menyatakan perasaan kesal dan turut menimbulkan persoalanan sama ada benar dakwaan Hamidah yang mengatakan pemecatan disebabkan tindakannya menghadiri satu majlis bersama Tun Dr Mahathir Muhammad.

"Yang menimbulkan persoalan ialah asas dan proses pemecatan beliau daripada parti. Berdasarkan kenyataan Dato' Hamidah, pertuduhan ke atas beliau adalah kerana beliau menghadiri satu majlis bersama YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad. Tun Dr Mahathir adalah bekas Presiden UMNO dan masih merupakan ahli UMNO.", kata beliau.

Selain itu, Muhyiddin juga turut menyatakan perasaan bimbangnya terhadap perkara-perkara pelik yang berlaku di dalam UMNO.

"Saya bimbang beberapa perkara pelik yang berlaku di dalam UMNO sejak kebelakangan ini membayangkan semakin terhakisnya sikap bertanggungjawab, adil dan beramanah dalam kalangan sesetengah pemimpin parti.", kata beliau di dalam kenyataan tersebut. 

Perkongsian penuh dari FB Muhyiddin Yassin

Saya berasa amat kesal dan dukacita dengan cara pemecatan YBhg Dato' Hamidah Osman daripada UMNO. Sebagai bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian, Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia dan Exco Kerajaan Negeri Perak, beliau tentunya telah banyak berjasa kepada UMNO dan kerajaan.

Yang menimbulkan persoalan ialah asas dan proses pemecatan beliau daripada parti. Berdasarkan kenyataan Dato' Hamidah, pertuduhan ke atas beliau adalah kerana beliau menghadiri satu majlis bersama YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad. Tun Dr Mahathir adalah bekas Presiden UMNO dan masih merupakan ahli UMNO.

Saya ingin bertanya, adakah menghadiri satu majlis bersama bekas Presiden UMNO, yang turut dihadiri oleh ramai pemimpin dan ahli UMNO yang lain, merupakan satu kesalahan disiplin? Jika ia adalah satu kesalahan disiplin, maka saya rasa ramailah ahli UMNO yang terpaksa dilucutkan keahlian mereka dan tinggallah UMNO sebagai parti yang semakin kehilangan ahli dan penyokong.

Dato' Hamidah juga menyatakan bahawa beliau tidak pernah dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO. Justeru, adakah cara pemecatan Dato' Hamidah mematuhi kehendak Perlembagaan UMNO dan prinsip 'due process of law'? Saya tidak fikir pemecatan seseorang ahli boleh dibuat dengan hanya menghantar surat tunjuk sebab tanpa memanggil ahli yang berkenaan membela diri.

Ada pihak yang berhujah MT boleh memecat seorang ahli tanpa perlu dihadapkan ke Lembaga Disiplin sepertimana yang berlaku dalam kes pemecatan keahlian YBhg Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Mereka ini tidak tahu sejarah. Lembaga Disiplin hanya diwujudkan selepas Pindaan Perlembagaan UMNO pada tahun 2000, iaitu dua tahun selepas Anwar dipecat daripada parti.

Selaku Pengerusi JK Pindaan Perlembagaan UMNO pada waktu itu, saya telah mengusulkan supaya satu Lembaga Disiplin yang bebas dan terdiri daripada ahli-ahli yang tidak berkepentingan dalam parti diwujudkan. Tujuannya ialah supaya sebarang keputusan yang diambil oleh Lembaga Disiplin tidak berat sebelah, `without fear or favour', adil, telus dan pihak yang diadili akan dapat menerima keputusan yang dijatuhkan keatasnya.

Jika benar dakwaan Dato' Hamidah bahawa beliau tidak pernah dipanggil oleh Lembaga Disiplin untuk membela diri, maka tindakan memecat beliau daripada parti adalah jelas bercanggah dengan semangat Perlembagaan UMNO. Selain itu, pemecatan keahlian di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO juga seharusnya menjadi pilihan terakhir terhadap seseorang ahli jika beliau telah melakukan satu kesalahan besar yang melanggar Perlembagaan UMNO dan Tataetika Ahli UMNO.

Saya sedar sebagai Ahli MT, saya terikat dengan sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh MT. Cuma adalah menjadi kewajipan saya untuk menyatakan pandangan saya mengenai sesuatu perkara yang dilihat bercanggah dengan kehendak Perlembagaan parti.

Saya bimbang beberapa perkara pelik yang berlaku di dalam UMNO sejak kebelakangan ini membayangkan semakin terhakisnya sikap bertanggungjawab, adil dan beramanah dalam kalangan sesetengah pemimpin parti.

Kepada segelintir mereka ini, saya ingin berpesan. Ingatlah, UMNO bukan parti milik mana-mana individu. UMNO adalah parti milik seluruh umat Melayu! Jangan dihiris hati orang Melayu dengan tindakan tidak amanah dan tidak bertanggungjawab anda semua!

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TImbalan Presiden UMNO





Muhyiddin Perlu Bersyukur Tidak Dibuang

Kalau ikut cakap-cakap orang politik, Muhyiddin Yassin menyimpan kuku, tunggu peluang sempana perhimpunan Agung UMNO yang akan datang sebelum nak dedah semua rasa tidak puas hatinya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seterusnya menjawab persoalan kenapa Muhyiddin jarang bersuara tentang isu 1MDB yang dikatakan jadi punca utama dia dipecat pada hujung Julai lepas - selain kegemaran Muhyiddin bercakap depan crowd yang ramai untuk dapat kepuasan maksimum kutuk Perdana Menteri.

Dia dikatakan tunggu peluang bercakap atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden membuka mesyuarat sayap-sayap dalam PAU 2015. Rancangan ini rasanya dah dapat dihidu awal dan atas sebab itulah ketua-ketua sayap mahu mereka sendiri yang buka mesyuarat, bukan Muhyiddin.

Apa pun, cakap pasal 1MDB, tak pasti apa lagi tentang syarikat tersebut yang Muhyiddin tidak puas hati sebab nampaknya semua berjalan ikut perancangan. 

Penjualan Edra baru-baru ini mengurangkan hutang dan liabiliti 1MDB sebanyak RM 18 bllion lagi seterusnya menafikan dakwaan Muhyiddin dan Mahathir bahawa RM 42 billion telah hilang begitu saja.

Mungkin ada cerita lain tapi kalau ada sekalipun maksudnya 1MDB hanya alasan, yang sebenarnya memang Muhyiddin nak tengok Najib jatuh.

Bagaimanapun, Muhyiddin sepatutnya bersyukur kerana masih lagi Timbalan Presiden UMNO. Kalau ikut segala kerosakan yang dia dah buat, Muhyiddin sepatutnya dibuang bersama-sama dengan Hamidah Osman 3 hari lepas.

Setakat tak dibenar rasmi mesyuarat sayap ni kira kecik sangat.

3 ulasan:

  1. Aku dah meluat dengan muhyiddin, berok kepada mamak kerala....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku lagi meluat tengok najib,dah macam penyamun tarbus..

      Padam
    2. Tapi penyamun sebenar wang rakyat ialah kroni2 Tun. Siapa yg sokong Tun maknanya sokong kroni. Ini x boleh jadi. Malaysia bukan mereka saja yg punya tetapi 30 juta rakyat yg punya dan mereka ada hak dibela, bukannya WTL dan Berjaya Group yg perlu dibela.

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....