DIPECAT : Reaksi Ketua Penerangan Wanita UMNO


Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, beliau hanya tahu dipecat UMNO menerusi televisyen.

Katanya, beliau belum menerima apa-apa surat daripada parti yang memaklumkan telah dipecat.

Sehubungan itu, bekas Ketua Wanita Bahagian Gopeng itu enggan mengulas lanjut pemecatannya itu sehingga sidang media pada Jumaat ini.

“Saya tak nak komen dahulu. Saya akan buat sidang media (mengenai pemecatan) di Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Setakat ini saya dengar dekat TV,” katanya ketika dihubungi.

Keputusan memecat Hamidah itu diumumkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Hamidah, bekas Exco Kerajaan Perak didapati bersalah kerana melanggar disiplin parti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....