NFC Corp : Salleh Dibebas Dan Dilepaskan Mahkamah

 

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa, melepas dan membebaskan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail daripada tuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta.

Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, untuk melepas dan membebaskan Mohamad Salleh mengikut Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah.

Pada 12 Mac 2012, Mohamad Salleh didakwa melakukan pecah amanah RM9,758,140 untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium dan memindahkan RM40 juta ke dalam akaun syarikat National Meat And Livestock Corporation Sdn Bhd pada 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....