RAHSIA LIBATKAN PEMIMPIN BESAR NEGARA : AG Bidas Adik Kevin Morais!!!


Dakwaan pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais ada kaitan dengan kertas pertuduhan yang sedang beliau siapkan terhadap “pegawai tinggi kerajaan” adalah berlebihan, kata Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali hari ini.


Apandi menegaskan kenyataannya sebelum ini yang Kevin tidak pernah terlibat dengan penyiasatan ke atas 1Malaysian Development Berhad (1MDB) yang juga melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Apa yang didakwa adik mendiang Kevin adalah berlebihan. Kevin tidak pernah terlibat dengan penyiasatan ke atas 1MDB,” katanya. 

“Sebenarnya, bila dia dipindahkan balik ke Pejabat Peguam Negara pada Julai 2014, tidak ada laporan tentang 1MDB lagi,” katanya.

Dalam sidang medianya semalam, adik Kevin, Charles Morais mendakwa pembunuhan abangnya itu ada kaitan dengan kertas pertuduhan sedang disiapkan mendiang yang melibatkan “pegawai tinggi kerajaan”.

Charles berkata, Kevin bercerita kepada beliau mengenainya semasa bertugas di Jabatan Peguam Negara.

Katanya, dakwaan draf kertas pertuduhan yang disebarkan Sarawak Report terhadap Najib mempunyai tandatangan Kevin di atasnya.

2 ulasan:

  1. terbaca dalam blog Helen Ang “So Kevin Morais who died earlySeptember sent the pen drive to the USA only in October? Maybe guna kapal arang #husnuzonkepalabutoh— Capt Rahmat (@CaptRahmat) November 25, 2015 …kalau betul pen drive tu dihantar guna kapal arang, rakyat Malaysia memang patut percaya hundred percent..pasal “initial” macam tu, budak sekolah rendah pun biasa buat bila report card mereka menunjukkan penurunan atau memang tak sempat nak bagi ibu bapa sain...tapi satu blog tu dah siap siasatan, bicara dan jatuh hukum sekaligus..

    BalasPadam
  2. sebagai peringatan “Dalam satu perbualan WhatsApp dengan Clare Rewcastle-Brown pada 19 Mac 2015 lalu, KayTat didakwa menulis (terjemahan): "Artikel anda seolah-olah menggambarkan anda ingin menjatuhkan PM... Kami dituduh bekerjasama dengan anda dengan tujuan menggulingkan PM…Rewcastle-Brown didakwa menjawab: “Saya yang menulis berita ini, bukan anda… Penuhi komitmen anda dan saya akan pergi tanpa memberitahu sesiapa." Beliau kemudian menyebut "mungkin kita telah mengubah hala tuju sebuah negara"…Mesejnya pada Jun lalu berbunyi: "Kami merancang satu lagi pendedahan sebelum pilihan raya negeri (Sarawak). Saya akan meraikannya apabila Najib tumbang. Saya sudah mendapat beritanya menerusi orang Anwar. Saya menggunakan Dr Mahathir untuk mendapatkan sumber maklumat lain."

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....