“Ini adalah satu cadangan dikemukakan ketua sayap dan diterima Ahli Majlis Tertinggi.
“Agaknya ini merupakan satu kelainan berbanding kelaziman yang diamalkan parti sebelum ini iaitu mesyuarat sayap dirasmikan Timbalan Presiden UMNO,” kata Mukhriz dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini hari ini.
Keputusan yang menetapkan bahawa ketua sayap parti bertanggungjawab untuk merasmikan mesyuarat masing-masing pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 tidak boleh dibantah para perwakilan.
Menteri Besar kedah itu berkata, ini kerana kelainan yang cuba dibawa parti tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
Semalam MT UMNO memutuskan bahawa ketiga-tiga mesyuarat sayap akan dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing.
Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, kerajaan negeri akan memanggil pihak terlibat untuk memberi penjelasan ekoran teguran Laporan Audit Negara 2014 Siri Ketiga terhadap Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) berhubung pengurusan tanah wakaf yang lemah.
Katanya, perkara sama juga akan dilakukan terhadap Kolej Universiti Insaniah Sdn. Bhd. disebabkan prestasi kewangan bagi 2012 hingga 2014 yang tidak memuaskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....