RUGI RM405.73 JUTA : Tiada Pula Yang Nak Menyalak?


Media antarabangsa hari ini melaporkan kerugian besar syarikat penerbangan tambang murah terbesar Asia, AirAsia, yang jatuh sebanyak 7 peratus selepas syarikat itu mencatatkan kerugian bagi tempoh tiga bulan.

Kerugian yang dialami syarikat itu sebanyak RM 405.73 juta berbanding untung bagi tempoh yang sama tahun lalu ini antara lain dikaitkan dengan penyusutan nilai matawang dan faktor-faktor lain, lapor BBC.

Jika sebelum ini, segelintir pihak pembangkang banyak mendedahkan kerugian yang dialami oleh syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), namun tidak melaporkan kerugian sebenar yang dialami Air Asia.

Malah, kerugian MAS sering kali dijadikan perbandingan oleh penyokong dan media pembangkang, lapor sebuah portal.

Menurut portal itu lagi, kedudukan dan segmen MAS adalah berbeza dengan Air Asia. MAS perlu memikirkan tentang masyarakat pedalaman di Sabah dan Sarawak, sedangkan Air Asia tidak begitu terikat dengan tanggungjawab tersebut.

Portal tersebut turut mendakwa, personaliti tertentu melalui Air Asia juga turut mengkritik dan membuat perbandingan tertentu mengenai kerugian yang dihadapi syarikat lain, menerusi Twitter atau Instagram milik mereka.

Apabila Air Asia juga menghadapi situasi yang sama seperti perniagaan lain yang terdedah kepada kerugian (dan keuntungan) namun ia tidak menjadi persoalan dan tidak diperbesarkan oleh segelintir pihak dan pembangkang.

3 ulasan:

  1. Jgn jadi bodoh admin. Air ASIA kalau lingkup pun, bukan ade jaminan kerajaan. Kalau dia bangkrup, bangkrup sorang2. MAS nie de jaminan kerajaan. Sebelum bangkrup, habis duit rakyat di cekau nya.. Belajar ekonomi la sikit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Padanlah Jibby gelar mereka ni blogger bangang.

      Padam
  2. Admin ni bangang,bodoh,tolol,bahalul,bongok,tongong dan yang sewaktu dengannya.Air Asia ni bukannya GLC,MAS ni je under gomen.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....