LIVE UPDATE : BLACKOUT 505 FROM PJ

11.30 malam : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan ucapan.

10.42 malam : Ucapan daripada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar










10.15 malam : Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga mengambil tempat untuk memberi ucapan.



9.40 malam : Ucapan daripada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli

9.30pm: Orang ramai membanjiri padang Dataran PJ dan CheguBard mengumumkan himpunan malam ini mencatat kehadiran 50,000 orang.

9.20pm: Penyanyi blues, Ito menyanyikan lagu 'Ubah Sekarang' dan orang ramai berdiri melambaikan tangan mengiringi nyanyiannya. br>
9.20 malam : Ketika ini, hujan lebat di lokasi himpunan namun peserta tetap tidak berganjak.

9.16 malam - Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh memberi ucapan aluannya.

9.15 malam : Giliran Dayang Ku Intan memberi ucapan.

9.00 malam : Pemimpin DAP, Ronie Liu memberi ucapan.

8.55 malam : Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sedang berucap.

8.00pm: Hujan renyai-renyai tetapi orang ramai masih tidak berganjak, dan ada yang membuka payung.

7.15pm: Ketua NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, berucap menggesa peserta mengajak rakan-rakan mereka menyertai perhimpunan tersebut.

"Malam ini kita akan bersama 'kereta perisai' Reformasi, Tian Chua dan belum sempat kita telefon untuk jemput dia, dia dah kata nak datang - pejuang rakyat Haris Ibrahim!" umum Chegubard.

Badrul Hisham, yang dipercayai dikehendaki pihak polis kerana didakwa membuat "ucapan berunsur hasutan", berkata penganjur perhimpunan itu berkempen untuk tiga isu:

1. Bahawa semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya meletakkan jawatan;
2. Pilihan raya diadakan semula di kawasan di mana berlaku penipuan; dan,
3. Menubuhkan tribunal rakyat untuk membolehkan orang ramai melaporkan penipuan pilihan raya.

Selepas Badrul Shaharin bercakap, majlis itu ditangguhkan seketika untuk solat maghrib.

7.00 petang : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mula menyampaikan ucapan di pentas utama himpunan. Selain itu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) turut menyampaikan ucapan dan membuat persembahan -SH

6.45 petang : Pelajar jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani turut berucap. Sementara itu, peserta himpunan mula meletakkan kenderaan masing-masing di susur masuk lokasi himpunan

6.40pm: Pengacara majlis, aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee menggesa peserta yang berada di kawasan tengah padang agar tidak merokok demi keselesaan peserta wanita dan golongan lain yang tidak merokok.

6.27pm: Seorang pelawak Leman Raja Lawak dan seniwati Abby Abadi turut muncul di pentas pidato petang ini.

Leman dalam ucapannya mengambil peluang untuk menyindir gaya rambut isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

"Tanya sama Rosmah, kenapa rambut kembang, nanti jawab Rosmah, tupai buat sarang," kata Leman yang menyanyikan lagu 'Tanya Sama Pokok' dengan lirik diubah suai.

6.25pm: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling awal muncul di Dataran Petaling Jaya. 

Menurut Azmin, beliau hadir ke himpunan ini pada sebelah petang kerana akan menghadiri majlis di Batu Caves anjuran ADUN Batu Caves, Amir Shari pada sebelah malam.

Imam masjid yang pernah dipenjarakan kerana membaling selipar kepada hakim, Imam Hoslan dalam ucapannya memberitahu orang ramai isterinya melahirkan anak ke-11 mereka sewaktu beliau dipenjarakan. 

"Jangan takut untuk beranak ramai-ramai tuan-tuan dan puan-puan kerana anak-anak kita yang ramai ini akan menumbangkan semua mereka yang zalim," laung Imam Hoslan disambut sorakan orang ramai.









6.00pm: Peserta telah memenuhi hampir 3 suku padang dengan penganjur perhimpunan sedang menghebahkan kutipan derma.

5.52pm: Keadaan Trafik menghala ke Padang Timur masih terkawal dengan Polis Trafik dilihat mengawal lalulintas.

5.40pm: Kebanyakan peserta memegang sepanduk dan bendera PR di tengah padang. Kedengaran pembesar suara menghebahkan "We, Malaysian citizens, urged Election Comission to be answerable to Parliament. "





5.30PM: Aktivis Pergerakan Pelajar Safwan Anang Akan menjadi Penceramah Pertama Di Atas Pentas

Orang semakin rampai memenuhi padang Amcorp Mall. Sekarang kira-kira 15,000 sudah memenuhi padang dan semakin ramai yang masuk sekarang.

5.24pm: Orang ramai berdiri tegak apabila acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.

5.15pm: Pengerusi majlis memulakan acara dengan mengumumkan tiga tujuan utama untuk mengadakan perhimpunan hari ini:
  • menuntut pemimpin SPR meletak jawatan.
  • menuntut pilihan raya diadakan semula di kawasan yang disyaki berlaku penipuan
  • menyokong tribunal BERSIH untuk menyiasat dakwaan kes penipuan pilihan raya.

Sementara itu, jumlah peserta semakin meningkat - kini dianggarkan 5,000 orang di kawasan padang.

4.45pm: Jumlah peserta meningkat kepada kira-kira 500 orang.









VIDEO : AIR ASIA PEMBOHONG!!! SAMAN JER!! JANGAN SELESAI LUAR MAHKAMAH!!

HANGIN SATU BADAN BEB!! SEDIH BB TENGOK VIDEO INI!! DI MANA PERI-KEMANUSIAAN?? 

SEBAB APA SEMUA INI TERJADI?? KENAPA MEREKA PERLU BERBOHONG??





SEBAB DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA BAGI MEREKA!!


APA PUN BAGI BB

BANGSAT TETAP BANGSAT!!!





TAPI SEMUA JANGAN KELIRU DAN TERSILAP DALAM MEMBUAT PERKIRAAN DAN PERTIMBANGAN OK.

YANG BANGSAT BUKAN AIR ASIA!!

YANG BANGSAT DI SINI MEREKA-MEREKA YANG BERKEPENTINGAN DAN BERKUASA DI AIR ASIA!!

KENA INGAT TU!!

SO, BB HARAP SANGAT-SANGAT....

KERAJAAN PERLU MELIHAT DAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA DALAM ISU INI.


JANGAN KERANA INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU BERSTATUS "SUPER DUPER VVIP"
ISU INI DIPANDANG REMEH!!


KERAJAAN PERLU INGAT!!!

SATU PERKARA!!


SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!!

BERTINDAKLAH SEBELUM TERLAMBAT!!!


LIVE!!! CLASH OF THE LEGEND NOW!!!!

Tiada K-Pop, Tiada J-Pop.... Tapi Malam Ini... Putrajaya Digegarkan Oleh Artis-Artis Otai "LEGEND" tanah air..




Siapa??

M. Nasir
Awie Wings
Amy Search
Nash
Ramlee Sarip
Hattan
Mus May
Yantzen
Joey BPR


Nak Layan??? Klik WR Live TV Di Atas...

Phewiit......Layannnn...

WAJIB BACA!!! Seksyen 4 Akta Hasutan. Saper Yang Bebal?




Section 4 Akta Hasutan jelas ... 

... anyone who “does or attempts to do, or makes any preparation to do, or conspires with any person to do” an act with seditious tendency, such as uttering seditious words, or printing, publishing or importing seditious literature, is guilty of sedition.

It is also a crime to possess a seditious publication without a “lawful excuse”.

The act defines sedition itself as anything which “when applied or used in respect of any act, speech, words, publication or other thing qualifies the act, speech, words, publication or other thing as having a seditious tendency”.

Under section 3(1), those acts defined as having a seditious tendency are acts with a tendency:

(a) to bring into hatred or contempt or to excite disaffection against any Ruler or against any Government; 

(b) to excite the subjects of the Ruler or the inhabitants of any territory governed by any government to attempt to procure in the territory of the Ruler or governed by the Government, the alteration, otherwise than by lawful means, of any matter as by law established; 

(c) to bring into hatred or contempt or to excite disaffection against the administration of justice in Malaysia or in any State; 

(d) to raise discontent or disaffection amongst the subjects of the Yang di-Pertuan Agong or of the Ruler of any State or amongst the inhabitants of Malaysia or of any State; 

(e) to promote feelings of ill-will and hostility between different races or classes of the population of Malaysia; or 

(f) to question any matter, right, status, position, privilege, sovereignty or prerogative established or protected by the provisions of part III of the Federal constitution or Article 152, 153 or 181 of the Federal Constitution. 

Ianya begitu jelas apabila Cauvanis Cina dalam DAP, NGO penyokong PKR dan kumpulan sisipan PAS bermain politik benci terhadap pihak berkuasa, menghina orang Melayu dan menimbulkan isu sensitif terhadap Melayu (yang meliputi kedudukan dan kuasa raja-raja Melayu dan Islam).

Akibatnya akan membawa kesan negatif dan reaksi pertembungan yang dahsyat.

Kat mana yang Magistret Norashikin Sahat tak faham mengenai apa-apa yang disebut oleh ketiga-tiga badigol Tian CHua, Tamrin Ghaffar dan Harris Ibrahim?


Berikut Harris Ibrahim yang begitu jelas seditous di 45:00


Tamrin di 7:40 dan Tian Chua di 21:25 yang menjustifikasikan mengambil langkah undang-undang ditangkah sendiri secara vigilante, berikut:

Berikut Kit Siang ..



Chan Man Him pula ...




Macam-macam pihak nak salahkan polis lah dan ada nak salahkan DPP lah ...

Isunya kenapa magistet tak guna kuasa untuk ambil kira jaga kepentingan keselamatan dan kesejahteraan orang awam dan rakyat teramai? 

Hak asasi seorang untuk lakukan huru hara dan kecuhkan negara boleh diutamakan melebihi keselamatan rakyat jelata?

Magistret berkuasa tapi kenapa tak diguna kuasa tersebut. Takut? Tak tahu? Kalau tak tahu, kenapa terima tawaran jadi magistret? Pasal ramai orang muda tergila nak naik pangkat tak kira dan lihat kebolehan sendiri.

Magistret berpandangan sempit dan tak ambil perkiraan lebih besar. Dia lihat kes hanya dari kes itu secara "stand alone."

Jika ini yang dilakukan magistret, ini bermakna rakyat teramai dan orang awam di GALAKKAN OLEH MAHKAMAH supaya melaksanakan undang secara sendiri demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan sendiri. 

MAHKAMAH JADI PENGHALANG untuk polis menjalankan tugas dan diperlecehkan siasatan oleh puak-puak sial ini.

MAHKAMAH MENGHAMPAKAN usaha pendakwa untuk memastikan proses undang dihormati. 

Itukah yang Mahkamah mahu?

- SUMBER

@KhairyKJ "SMASH" Akhbar Antarabangsa!! SEBAB??

Pelantikan beberapa menteri kabinet yang baru nampak "bersesuaian" dengan portfolio masing-masing. Beberapa menteri ketika ini cukup lantang menyuarakan pandangan dan mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mana - mana pihak yang berniat memporak-porandakan Negara.

Berikut adalah surat terbuka yang dikeluarkan kepada sebuah media antarabangsa, The Economist bagi pihak kerajaan Malaysia bagi memberikan maklum balas berhubung liputan berita media terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.






TUAN - Pilihan raya umum Malaysia telah berlangsung aman dengan catatan keluar mengundi terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah negara ini.

Proses pilihan raya ini turut dipantau oleh badan bukan kerajaan (NGO) bebas yang telah menggesa semua pihak untuk menerima keputusan lalu.

Namun, berbeza dengan laporan anda yang bertajuk("Tawdry victory", 11 May 2013) dan tuduhan oleh pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehingga kini tidak satu pun bukti untuk menyokong apa-apa tuntutan penipuan pilihan raya atau luar aturan.

Dakwaan yang mengatakan terdapat warga asing yang telah dibayar sebagai "pengundi hantu" telah dibuktikan palsu apabila tidak ada satu pun kes yang direkodkan pada hari mengundi.

Semua kertas undi telah disemak dan dikira di hadapan wakil-wakil dari semua parti yang bertanding. Jika terdapat mana-mana bukti penipuan, pihak kerajaan menggalakkan parti yang berkaitan untuk memfailkan petisyen di mahkamah bagi membolehkan proses pengadilan dilakukan.

Bagaimanapun, Anwar menolak untuk menerima keputusan pilihan raya kerana mempunyai cita-cita peribadi sepanjang hayat beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

Timbalan Presiden parti beliau sendiri dan rakan-rakan perundangan beliau turut telah menggesa beliau menerima keputusan itu.

Mereka telahpun mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua-ketua kerajaan negeri di mana mereka menang.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah tampil ke hadapan untuk perdamaian nasional.

Beliau akan mengutamakan pembaharuan utama yang dijanjikan sebelum pilihan raya untuk memastikan Malaysia menjadi negara dibangunkan menjelang 2020 seiring dengan amalan demokrasi matang dan liberal.

Khairy Jamaluddin
Menteri Belia dan Sukan
Putrajaya, Malaysia

ASTAGHFIRULLAH!! REMAJA 15 TAHUN RELA "DIJAMAH" 6 LELAKI, BAPA DAKWA DIROGOL!!

IPOH - Seorang gadis berusia 15 tahun merelakan tubuhnya 'diratah' sekumpulan enam lelaki dalam kejadian yang berlaku di Taman Pancaran Siputih, Pusing, dekat sini, antara Isnin dan Selasa lalu.

Pelajar sebuah sekolah menengah di Simpang Pulai, di sini, mendakwa melakukan hubungan seks bergilir-gilir dengan enam orang lelaki antara jam 11 malam Isnin lalu sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya.

Malah, gadis terbabit turut mengakui dia melakukan hubungan seks secara rela dan tiada unsur paksaan daripada lelaki terbabit.



Gambar Hiasan


Ketua Polis Daerah Baru Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya ada menerima laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Pusing berhubung insiden tersebut.

Menurutnya, mengikut laporan, bapa mangsa menerima panggilan telefon daripada kakaknya pada pagi itu memaklumkan anak perempuannya tidak pulang ke rumah selepas keluar awal pagi 28 Januari lalu.

Katanya, menurut pekerja swasta berusia 44 tahun itu, dia yang bimbang akan keselamatan anak perempuannya, bertindak mencari di sekitar kampung.

“Bagaimanapun, mangsa pulang ke rumah lebih kurang jam 7 malam hari yang sama dan kemudian menceritakan kepada bapanya yang dia telah melakukan hubungan seks dengan dua lelaki di sebuah rumah di Pusing.

“Selepas mendengar cerita tersebut, bapa mangsa membawa anak perempuannya itu membuat laporan berhubung kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Shaharon berkata, siasatan awal mendapati mangsa menyelinap keluar dari rumahnya di Kampung Kepayang, di sini kira-kira jam 1 pagi pada Isnin lalu dan mengikuti salah seorang suspek yang membawanya ke sebuah rumah di Taman Siputih Pancaran, Pusing.

“Mengikut keterangan mangsa, dia mendakwa melakukan hubungan seks secara rela tanpa paksaan secara bergilir-gilir dengan enam orang suspek antara jam 11 malam sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya,” ujarnya.

Berikutan itu, beliau berkata, anggotanya menjejaki keenam-enam suspek dan tangkapan pertama dilakukan ke atas lima lelaki berusia antara 20 hingga 24 tahun di sebuah rumah di Taman Siputih, Pusing pada jam 1.30 pagi 29 Januari lalu.

“Sewaktu serbuan dijalankan ke rumah terbabit kesemua suspek didapati sedang tidur. Empat daripada suspek berasal dari Siputih manakala seorang lagi dari Ipoh.

“Seorang lagi suspek ditahan pada jam 8.13 malam di rumahnya di Siputih pada hari yang sama. Kesemua suspek bekerja sebagai operator pengeluaran kilang dan buruh kasar.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta sebat.

“Mangsa kini ditempatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

“Kami percaya kes ini dianggap selesai dengan tertangkapnya keenam-enam suspek terbabit,” katanya.

VIDEO : AKSI X-STREM DI FESTIVAL BELIA #FBP13

ANDA BERANI? ANDA PEMINAT X-STREM?

JANGAN LEPASKAN PELUANG DENGAN XTIVITI YANG DISEDIAKAN.

SELAMAT MENONTON DAN SELAMAT MECUBA!!






PUTRAJAYA: Sinonim dengan gaya hidup belia masa kini yang gemar melakukan aktiviti lasak, beberapa acara sukan lasak dilihat menjadi tarikan utama pengunjung untuk hadir pada Festival Belia Putrajaya 2013.

Festival yang berlangsung selama empat hari, 23 hingga 26 Mei ini bertujuan membuka peluang kepada belia untuk melihat dan mencuba beberapa aktiviti sukan lasak selain memperkenalkannya ke persada tanah air.

Penggemar sukan lasak, Muhammad Syahmi Norman, 27, ditemui berkata, aktiviti sukan lasak atau lebih dikenali sebagai sukan ekstrem kini bagaikan gelombang yang membawa satu transformasi kepada gaya hidup rakyat Malaysia.

Tambahnya, sejajar dengan perkembangan anak muda yang mahukan sesuatu yang baru dan mencabar menjadikan aktiviti ini antara pilihan golongan tersebut.

“Sukan lasak memerlukan keberanian dan daya tahan fizikal yang tinggi di samping menggambarkan tahap kemampuan pemikiran sesebuah komuniti dan tentunya golongan ini tidak mahu ketinggalan,” ujarnya.

Bagi pengunjung, Mohammad Rozaidi Zulkifli, 22, berkata festival sebegini memudahkan para penggemar sukan lasak mendapatkan pelbagai maklumat.

“Misalnya maklumat berkaitan sukan rock climbing. Ramai yang tidak tahu sukan ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental serta memerlukan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.”

“Pengunjung akan diberi informasi menarik berkaitan aktiviti tersebut. Sekurang-kurangnya, mereka yang tidak menggemari sukan ini akan teruja lalu turut sama menyertai setelah tahu cara-cara dan cabaran getir yang dilalui,” katanya.

Antara aktiviti lasak yang menjadi tumpuan ramai pengunjung seperti scuba pool, rock climbing, paint ball, motor cross, trike cycle, orbing ball dan scuba pool.

Selain itu, sebuah kolam binaan turut dibina untuk latihan skuba yang dijangka dapat menarik minat lebih ramai pengunjung.

- SUMBER







AMEKKAU!! SUSPEK HINA SULTAN TERENGGANU DITAHAN!!

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berjaya mengesan suspek yang menghina DYMM Sultan Terengganu di laman Facebooknya. Dengan kerjasama Polis, suspek berkenaan telah ditahan untuk disoal siasat.




Jika didapati bersalah, dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

SKMM memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan yang berunsur menghina terutamanya institusi DiRaja Malaysia.

"Undang-undang negara berkuatkuasa tidak kira di mana-mana, baik di luar mahupun di dalam talian. Jenayah tetap jenayah, walaupun di dalam media sosial," kata Pengerusi SKMM, Dato' Mohamed Sharil Tarmizi.





"Pengguna media sosial perlu sedar bahawa mereka tidak sekebal seperti yang disangkakan. Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai supaya berhati-hati dan bersikap lebih bertanggungjawab semasa berkomunikasi di alam maya. Sesiapa yang melanggar lunas undang undang akan dibawa ke muka pengadilan," tambah Dato' Sharil. - Bernama

TERKINI!! 2 LAGI PEMIMPIN PR AKAN DIDAKWA!!

Nampaknya, propaganda Pakatan Pembangkang dengan demo-demo haram post-PRU13 mereka bakal terbantut dan tidak menjadi apabila lebih ramai lagi yang didakwa dan dipanggil pihak polis.




Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su dijangka akan didakwa Isnin depan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) berkaitan satu perhimpunan selepas pilihan raya di Ipoh dua minggu lalu. 

Selain Su, Setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria juga telah dipanggil oleh pihak polis untuk hadir pada hari Isnin untuk didakwa di bawah undang-undang yang sama di Mahkamah Sesyen Ipoh pada hari yang sama. 

Ketika dihubungi, pemimpin DAP itu mengesahkan perkara itu, dan menurutnya, pegawai penyiasat kes itu telah memintanya hadir di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 27 Mei. 

Su berkata beliau akan didakwa mengikut Seksyen 9 (1) APA kerana didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis sebelum mengadakan perhimpunan itu pada 9 Mei di Ipoh seterusnya Lebih ramai lagi yang berdepan dengan tindakan undang-undang dek kebebalan mereka tidak mahu hormat kepada undang-undang.

Tambahan pula, rakyat Malaysia sudah muak dengan propaganda pakatan pembangkang dan lakonan Anwar Ibrahim yang berjanji akan undur diri daripada politik jika gagal menawan Putra Jaya.

BACA LAGI : KLIK SINI

AIR ASIA : SEMAKIN HARI SEMAKIN BANGSAT!!! KES TERBARU DIDEDAHKAN!!!



Sekumpulan jemaah umrah kecewa apabila syarikat penerbangan murah AirAsia X didakwa membatalkan jadual penerbangan untuk kembali ke tanah air atas alasan ‘sebab komersial’.

Penumpang yang mewakili kumpulan umrah tersebut, Mansor Abu Bakar berkata, kejadian itu berlaku semasa keluarganya seramai 11 orang menunaikan umrah dengan menaiki AirAsia X pada 30 Mac dan sepatutnya pulang pada 13 April lalu.

”Kami sepatutnya pulang 13 April lalu tetapi dimaklumkan penerbangan itu telah dibatalkan dan ditawarkan dua pilihan iaitu sama ada balik awal pada 9 April atau lebih lewat pada 16 April,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan masalah kepadanya dan 10 lagi ahli keluarganya termasuk seorang yang uzur selain dua bayi, masing-masingnya berusia tiga bulan dan dua tahun.

”Pembatalan itu juga hanya dimaklumkan melalui e-mel yang dikeluarkan atas nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran Osman-Rani dan alasan pembatalan ialah ‘sebab komersial’, tanpa penjelasan lanjut yang dilihat tidak munasabah.

”Nasib baik saya dapat menyemak e-mel, jika mereka yang tidak ada kemudahan internet bagaimana?,” katanya.

Menurutnya, tawaran AirAsia X itu juga menimbulkan masalah kepada mereka iaitu sama ada mahu menanggung kerugian atau terpaksa menambah lagi kos berada di tanah suci itu.

“Jika balik penerbangan awal, bermakna kami rugi dari segi bayaran hotel dan makanan yang telah dibayar awal-awal lagi kepada pihak di Mekah dan jika balik pada 16 April pula, kami terpaksa bayar lebih untuk hotel dan makanan selama empat hari tiga malam,” katanya.

Sabtu lalu, AirAsia juga menjadi kritikan ramai ekoran insiden malang menimpa seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, dan bayinya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan yang dilarang kakitangan AirAsia menaiki pesawat AK 1455 di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam.

Tambah Mansor, AsiaAsia X juga tidak memberikan sebarang pampasan ekoran pembatalan itu kerana perkara tersebut dikatakan terkandung dalam terma dan syarat pembelian tiket dan jika mereka ada membeli insurans disuruh membuat tuntutan dengan syarikat berkenaan.

”Kami sekeluarga telah merayu kepada AirAsia X untuk memberi ganti rugi untuk hotel tetapi tidak dihiraukan langsung.

”Saya terpaksa mengeluarkan kira-kira RM15,000 untuk menampung kos penginapan dan perbelanjaan bagi hari yang terpaksa ditambah,” katanya.

- SUMBER

Kenapa KJ Gembira Dan Teruja Pada Festival Belia 2013 Kali Ini #FBP13


PUTRAJAYA 24 Mei - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melahirkan rasa gembira terhadap sokongan dan penyertaan golongan belia sempena Festival Belia Putrajaya 2013, yang masuk hari kedua.

Beliau meminta golongan belia memanfaatkan pelbagai peluang yang disediakan pada festival itu.

"Masuk hari kedua ini, saya melihat sambutannya cukup baik. Belia kita begitu bertenaga. Kita mahu gunakan tenaga belia ini dengan cara yang baik untuk kepentingan dan pembangunan negara," katanya kepada pemberita hari ini.

Korang tengok la sendiri... tanpa K-POP, Tanpa J-POP masih ramai yang mengunjungi booth2 dan aktiviti2yang dianjurkan.












CHINA PRESS PERTIKAI BLACKOUT 505, TEMPELAK ANWAR!!




AKHBAR China Press bertarikh 21 Mei 2013 memaparkan tulisan penulis, Bi Feng melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai yang mempersoalkan tujuan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih terus mengadakan perhimpunan haram.

Hari ke-10 selepas pilihan raya umum (PRU), walaupun ramai orang terpaksa menunggu lima tahun lagi untuk diadakan PRU berikutnya, tidak boleh dinafikan ramai lagi yang diganggu perhimpunan hitam Anwar yang seolah-olah masih mengharapkan keajaiban berlaku.

Memang benar, jika dapat melakukan keajaiban, penulis juga mengharapkan ia boleh berlaku tetapi melihat pihak yang datang itu dari jauh, ada yang datang dari Singapura ke Kuala Lumpur untuk menghadiri perhimpunan itu, apa yang boleh penulis katakan, kami amat kecewa!

Walaupun tidak mendengar sendiri ucapan Anwar tetapi reaksi orang yang hadir berkata, ucapan itu lebih hebat daripada Datuk Seri Najib Tun Razak. Adakah kerana itu penulis rasa kesal dan kecewa?

Perhimpunan hitam tersebut disudahi dengan aman. Adakah ini menunjukkan rakyat tidak puas hati ataupun telah setuju dengan keputusan PRU itu? Mereka menghadiri perhimpunan, mengharapkan pemimpin mereka (Anwar) mengaturkan hala tuju dan memberi arahan seterusnya supaya dapat ke pejabat Perdana Menteri untuk memecat Najib ataupun ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengemukakan satu persatu bukti undi tidak adil dan menuntut diadakan PRU sekali lagi.

Apa yang menyedihkan, perkara itu langsung tidak berlaku. Di mana Anwar? Mungkin sedang menunggu supaya penyokong-penyokongnya hilang akal untuk menimbulkan bantahan di jalanan, mencetuskan huru-hara selepas mendengar ceramah hasutan beliau?

Namun, adakah semua rakyat mahu singkirkan kerajaan yang baharu ini? Dengan adanya bukti-bukti yang jelas, kami minta rakyat bertenang supaya pakatan pembangkang mudah melangkah masuk ke Putrajaya, bukannya untuk memimpin rakyat menyingkirkan kerajaan sedia ada kerana itu bermakna beliau (Anwar) seorang pemimpin pengkhianat negara. Dengan itu penulis hanya mahu berkata, itu (huru-hara) besar kemungkinan boleh berlaku.

Anwar mengadakan sidang akhbar memberitahu beliau ada bukti kukuh pelaksanaan PRU ke-13 tidak adil dan tidak sah tetapi beliau tidak menyerahkan bukti-bukti itu ke mahkamah, sebaliknya menjelajah ke seluruh negara adakan ceramah perhimpunan hitam.

Walaupun isi kandungan ceramah itu mempunyai ketaksuban yang kuat, jika kita fikirkan dan halusi, Anwar hanya menghentam kesilapan pihak lawan.

Walaupun ia seperti benar tetapi isinya tiada beza dengan pengkritik-pengkritik lain. Kelihatan Anwar akan boleh berkuasa tetapi jika diteliti ia tidak berbeza dengan seekor ‘belut’. Walaupun tidak dapat kedudukan itu, beliau hanya mahu lakukan sesuatu kerana disebabkan terdesak.

Penulis berharap kita dapat meredakan keadaan. Jika Anwar anggap rayuan ini masih belum matang untuk dikemukakan, penulis juga ternanti-nanti saat rayuan boleh dibuat dalam tempoh 21 hari, tidak sampai satu minggu sahaja lagi. Adakah di tangan Anwar benar ada bukti-bukti kukuh? Bila pula masanya beliau akan kemukakan bukti-bukti itu?

Jika hanya mahu menembak peluru merata-rata tempat untuk menghangatkan keadaan, penulis hanya mahu memberitahu semua bahawa perhimpunan yang dilakukan itu memang perhimpunan haram!

Tetapi, kepada begitu ramai pengikut-pengikutnya yang masih taksub dengan penyakit dakyahnya di musim PRU, adakah mereka berfikiran waras untuk menerimanya? Sepatutnya kita juga kena fikirkan, adakah beliau orang yang paling layak menjadi ketua di sesebuah negara? - UTUSAN

MISTIK!! #FBP13 Di Putrajaya "DIGANGGU" 96 Jenis Hantu

Ada yang mempercayai...ada yang tidak. Malah ada pula yang menjadikan "HANTU" sebagai sumber rezeki. Festival Belia Putrajaya 2013... Tapi bagi yang lemah semangat...berhati-hati beb!!

PUTRAJAYA — Antara yang menarik perhatian pengunjung di Festival Belia kali ini adalah Rumah Hantu. Rumah Hantu ini telah menjadi perbualan yang hangat bagi setiap pengunjung yang berkunjung ke sini. Berani atau tidak anda harus merasainya sendiri bersama rakan-rakan. Dalam pemerhatian penulis, ramai pengunjung yang menjerit ketakutan tidak kira lelaki atau perempuan.




Bermacam-macam jenis hantu, tidak kurang dari 96 jenis hantu yang selalunya menjadi buah mulut penduduk kampung ada di sini. Dengan bayaran semurah rm5.00 sahaja anda boleh merasai ketakutan yang tidak pernah anda rasai di mana-mana tempat sebelum ini.

Untuk merasai sendiri pengalaman dikejar hantu anda harus datang ke rumah hantu ini yang terletak di sebelah bangunan kementerian kewangan.





BEBAS!!! Tian Chua, Thamrin Tun Ghafar Dan Harris Ibrahim Diarah Dibebaskan




Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Penyelaras NGO Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim dan aktivis Pas, Tamrin Ghafar dibebaskan hari ini.

Menurut twiitter peguam Afiq M Noor, majistret Norashikin Sahat memutuskan permohonan reman polis ke atas Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin ditolak sera-merta.

Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) 13 Mei lalu.

Mereka ditahan oleh pihak berkuasa di pelbagai tempat petang semalam.




Tian Chua, Thamrin Tun Ghafar dan Harris Ibrahim ditahan di beberapa lokasi yang berbeza semalam. Sementara Tian Chua ditahan di Lapangan Terbang Tambang Murah LCCT, kerana menuju ke suatu destinasi yang tidak dijelaskan.

ANWAR : ANCAMAN TANGKAPAN TAK TAKUTKAN SAYA!!!

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas, sekiranya tangkapan yang dibuat ke atas beberapa pemimpin Pakatan Rakyat di bawah Akta Hasutan sebagai ‘petanda’ amaran untuk membuatkannya takut, beliau tidak gusar bahkan akan terus berjuang.





“Kalau nak buat penangkapan bagi ‘signal’ (petanda) untuk saya takut? Saya akan tetap akan berjuang,” kata Anwar di ceramah ‘Black 505 di perkarangan Markaz Pas, Kuala Ibai, Kuala Terengganu malam tadi.

Semalam, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Pengerusi NGO Asalkan Bukan Umno (Abu), Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar ditahan secara berasingan dipercayai berhubung himpunan membantah penipuan pilihan raya yang akan berlangsung Sabtu ini.

Anwar menyifatkan kehadiran puluhan ribu di pelbagai ceramah dengan jumlah yang meningkat sebagai bukti keberanian rakyat menentang penipuan sistem pilihan raya yang dijalankan.

Tegas Anwar, tujuh himpunan ‘Suara Rakyat Suara Keramat di Kelana Jaya, Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan, Johor Bahru, Seremban dan Terengganu berlangsung secara aman dan tertib.



.

Justeru katanya, siri himpunan Black 505 di seluruh negara yang menyambut kemuncaknya pada program Suara Rakyat 505 di Padang Timur, Petaling Jaya Sabtu ini akan tetap diteruskan.

“Kerana ini sahaja mesej yang jelas, terutama di kalangan anak-anak muda. Ini pertarungan saudara. Kami hanya pemangkin kecil dalam proses ini.

“Kalau saudara biarkan penipuan berlaku, tidak ada jaminan sama sekali pilihan raya akan datang peraturan dan undang-undang akan berubah. Anak muda harus bangkit. Pertarungan ini menentukan masa depan anak muda,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

“25 haribulan ini kita hadir. Kita tak boleh terima penipuan SPR dan keputusan yang diumumkan. Jangan anggap ini perhimpunan terakhir.

“Kalau kita mula beri ‘signal’ berundur sekiranya berlaku penangkapan, maka berakhir perjuangan dan kita kalah dalam pertarungan ini,” kata Anwar disambut teriakan ‘Reformasi’ ribuan rakyat Terengganu.

Turut hadir himpunan Black 505 Terengganu ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, ahli parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah dan Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

VIDEO : LAIN MACAM JER KENYATAAN ADAM ADLI NI!! APA PASAL??


Nampak benar riak penat dan tertekan di wajahnya.
Apakah beliau "TERKESAN" dengan tempoh tahanan selama 5 hari yang dikenakan ke atasnya?

Jom kita lihat video Si Adam Adli ini....







Lain macam je nada percakapan mamat ni..
Adakah dia telah sedar bahawa perjuangannya selama ini songsang setelah 5 hari di dalan siasatan? 

Ataupun hanya lakonan belaka untuk mengaburi pihak berkuasa.
Apa yang nyata, hentikanlah kerja sia-sia ini..

Terimalah seadanya dengan redha..





KEPADA ANAK MUDA DI LUAR SANA....

FIKIR-FIKIRKANLAH INSAN DAN KELUARGA TERSAYANG ANDA SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN SAMADA MENYERTAI PERHIMPUNAN 505 ATAU TIDAK!!

SALAH LANGKAH!! PENYAMUN MATI DITEMBAK MANGSANYA!!



PETALING JAYA - Hajat seorang penyamun melarikan sebuah kereta Perodua Myvi berakhir selepas suspek mati ditembak pemiliknya yang merupakan seorang anggota polis berpangkat koperal.

Dalam kejadian sebelum jam 4 pagi tadi di hadapan Bank CIMB Damansara Utama itu, suspek yang bersenjatakan pisau pemotong daging meminta anggota polis itu menyerahkan telefon bimbit, wang tunai dan kunci kereta.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, suspek yang memakai topi keledar terlebih dahulu meletakkan parang dileher anggota polis berkenaan yang ketika itu mahu mendepositkan wang ke dalam mesin.

Menurut beliau, bimbang dicederakan mangsa yang ketika itu berpakaian biasa menyerahkan barangan berharga seperti yang diminta oleh suspek.

“Anggota polis terbabit cuba menghalang suspek melarikan keretanya dengan memperkenal diri sebagai anggota polis, namun suspek meluru mahu menyerangnya dengan pisau menyebabkan mangsa melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai tepat pada bahagian badan dan kepalanya,” katanya.

Menurutnya siasatan lanjut mendapat lelaki berusia 43 tahun itu mempunyai rekod pernah ditahan polis beberapa kali kerana terlibat dalam kes pecah rumah, dadah dan curi kereta.

Jelas Arjunaidi, manakala mangsa berusia 34 tahun yang bertugas di Balai Polis Kampung Baru Subang itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan samun.

Mayat kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

- SINAR

EKSKLUSIF : KISAH "APOT" ANGGOTA VAT 69 SEBELUM DAN SELEPAS BERSARA. MESTI BACA!!

''Jangan sia-siakan pengorbanan saya serta rakan-rakan yang telah lama bersara. Dulu kami terpaksa berlapar dalam hutan, makanan dicatu, tak cukup tidur dan tinggalkan anak bini berbulan-bulan, nyawa pula di hujung peluru, semuanya semata-mata nak tengok rakyat jelata dapat hidup aman".


Sebuah jam tangan dirampas daripada anggota komunis dan beberapa pingat sebagai kenangan untuk simpanan Apot.

SATU ketika dulu, namanya begitu harum hingga menjadi sebutan ramai terutama oleh pasukan keselamatan. Bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Apot A/K Saad umpama pembawa tuah dalam setiap operasi menjejak dan memerangi pengganas komunis.




Jika ada pasukan keselamatan yang gagal mengesan, menjejaki atau menggempur lokasi komunis, tapi Apot pasti boleh. Itulah antara kata-kata harapan bila menggambarkan siapa Apot ini yang diakui sebagai penjejak atau treker belantara.

Kebolehan Apot yang dianggap 'pakar' penjejak menyebabkan Orang Asli dari kaum Semai ini digeruni pengganas komunis. Kebolehannya bukan sahaja dapat menghidu dan mengesan jejak musuh walaupun sudah berminggu, malah beliau juga tahu membezakan antara jejak manusia dan haiwan.

Jika ada pengganas komunis cuba mengelirukan jejak dari dikesan pasukan keselamatan, namun Apot dapat membuka semula jejak tersebut. Hutan belantara Selangor, Pahang, Kelantan dan Perak yang begitu tegar dengan aktiviti komunis dan jerangkap samar, menjadi kawasan permainan Apot.

Kebolehan Apot ketika tahun-tahun 1970-an, 1980-an dan 1990-an telah mengharumkan nama PDRM dan juga unit elit jabatan itu, 69 Komando atau VAT 69.

Kemahiran menjadi penjejak dimiliki Apot itu turut diserapkan kepada pasukan tentera dan komando negara asing seperti dari New Zealand dan Australia.

Karier Apot dalam PDRM bermula sebagai anggota Senoi Praaq sebelum beralih ke VAT 69 pada 1970. Sebagai anggota Senoi Praaq, beliau dianggap antara kalangan perintis Orang Asli di negara ini yang berjuang menentang komunis.

Negara ketika itu memang memerlukan peranan Orang Asli bagi menentang komunis yang menjalankan peperangan ala gerila. Kerana tekun dengan tugasannya sebagai penjejak, Apot mempunyai rekod peribadi, berjaya menembak mati lima pengganas komunis dan terlibat dalam 15 pertempuran.

Ini tidak termasuk tugas-tugasan lain di mana beliau mendahului mengesan jejak sebelum diserahkan kepada penjejak lain. Namun, semua kebanggaan itu hanya tinggal kenangan bagi Apot yang kini berusia 62 tahun selepas bersara dari VAT 69 dengan pangkat Sarjan Mejar.

Mungkinkah hanya rakan-rakan seperjuangan Apot sahaja yang mengetahui pengorbanan dilakukan oleh beliau selama ini untuk negara? Yang pasti, kini Apot hanya menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebagai penoreh getah di kawasan kebun. Agak terkejut apabila diberitahu, kebun getah itu pula bukan milik beliau sebaliknya ia diteroka di tanah rizab Orang Asli.

''Itu bukan tanah saya. Saya terokai sejak lama dulu. Kami Orang Asli banyak teroka tanah untuk mencari rezeki. Saya menoreh untuk tambah pendapatan. Kalau tidak, sumber pendapatan saya hanyalah dari pencen polis ,'' katanya ketika memulakan perbualan dengan Utusan Malaysia.

Sambil merenung jauh, beliau terdiam sejenak apabila penulis mengajukan pertanyaan lain. Seolah-olah sukar untuk beliau menceritakan perjalanan hidupnya semasa menjadi penjejak dalam VAT 69 dan juga selepas bersara.

Namun penulis dapat melihat matanya perlahan-lahan berair, menandakan jauh di sudut hati pasti beliau tertanya-tanya apakah cerita yang hendak disampaikan mengenai pengorbanannya selama ini kepada negara dihargai.

''Sekarang saya dah jadi penoreh getah, pukul 6.30 atau 7 pagi dah keluar rumah untuk pergi menoreh. Dalam gelap, saya gunakan lampu suluh. Kalau dari jauh nampak seperti cahaya lampu sedang bergerak.

"Bila teringatkan masa operasi dulu, saya juga sering melihat penoreh getah dengan lampu suluh di kepala. Yang nampak hanya cahaya lampu bergerak dan kita tahu mereka adalah penoreh getah,'' katanya yang dilahirkan di Kampung Lata Kinjang, Chenderiang, Perak.

Ketika kanak-kanak lagi Apot sudah mengikuti bapanya masuk ke hutan untuk memburu dan mencari hasil-hasil hutan. Apabila berusia 17 tahun, beliau pergi memburu bersendirian.

Perjalanan hidupnya sebagai kaum Semai dan sering memburu seorang diri membolehkan dia mengenali keadaan hutan belantara. Semasa berada di tingkatan tiga, Apot berhenti sekolah.

Pada tahun 1968, beliau menyertai pasukan Senoi Praaq. Antara pengalaman menarik dilalui ialah semasa operasi sekitar kawasan Bentong, Pahang pada tahun 1980-an.

Dalam operasi itu, Apot bersama dua platun anggota dan pegawai melibatkan 24 orang ditugaskan untuk mengesan jejak musuh. Setelah enam hari menjejak seluruh kawasan belantara di situ tanpa sebarang kesan, akhirnya mereka bersiap sedia untuk pulang.

"Ketika berehat makan, saya tinjau seorang diri sekitar kawasan tempat kami berkumpul. Saya terkejut apabila mendapati kesan tanah dari tapak kasut. Dari perhatian saya, ia mungkin sudah dua atau tiga hari lalu. Saya maklumkan kepada pegawai, namun tiada reaksi darinya mengatakan ia benar-benar kesan tapak komunis.

''Kerana tak puas hati, saya terus tinjau kawasan tersebut dan semasa melalui sebuah permatang, saya melihat terdapat geseran pada sebatang pokok kayu. Saya percaya ia kesan dari tali senjata api atau tali beg yang terkena pokok berkenaan,'' katanya.

Apot kemudian memanggil seorang lagi rakan Orang Asli yang juga menjadi penjejak dalam pasukan berkenaan. Setelah yakin, Apot memaklumkan sekali lagi kepada pegawainya dan ini menyebabkan platun berkenaan meneruskan operasi menjejak.

''Kami kemudian menemui penempatan komunis yang telah ditinggalkan, ini menguatkan lagi bahawa kawasan di situ terdapat pengganas komunis,'' katanya.

Keesokannya kira-kira pukul 3 pagi, setelah bermalam di sebuah puncak bukit, pasukan tersebut melihat pergerakan lampu-lampu suluh dipercayai para penoreh getah. Namun, mereka tidak dapat pastikan sama ada mereka itu pengganas komunis atau orang awam.

''Kami terpaksa tunggu sehingga hari cerah. Kemudian kami lihat terdapat kepulan asap dari bukit bersebelahan. Kami kemudian mara ke puncak berkenaan sehingga 50 meter ke penempatan sasaran dan melihat terdapat lelaki bersenjata. Kami kemudian rapat lagi sehingga 20 meter sebelum melakukan serang hendap,'' kata Apot.

Pertempuran lebih 30 minit itu menyebabkan lapan pengganas termasuk tiga wanita berjaya ditumpaskan. ''Inilah pertempuran hebat yang pernah saya lalui selain 14 pertempuran lain,'' katanya.

Menjawab pertanyaan, Apot berkata, dia berpegang kepada prinsip jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas sebagai penjejak. Baginya, peranan penjejak amat penting kerana bakal menentukan sama ada pasukan keselamatan dapat melakukan serang hendap atau diserang hendap oleh musuh.

''Kalau penjejak gagal atau dikelirukan ekoran tipu muslihat komunis, maka pasukan keselamatan akan diserang hendap. Kita pun tahu, berapa banyak pasukan keselamatan diserang hendap komunis hingga mengorbankan banyak nyawa.

''Bagi saya, jujur menjalankan tugas tanpa memikirkan habuan dan ikhlas dalam setiap pekerjaan. Ini penting dalam memastikan rakan sepasukan tidak menjadi mangsa serangan hendap.

''Kalau kita temui sesuatu jejak, lalu jejak itu kemudian hilang, maka hendaklah ia dicari sehingga dapat menemui kesan baru. Yang penting jangan putus asa,'' katanya.

Pengalaman bertempur di hutan belantara banyak mengajar beliau mengenai kehidupan dan kesetiaan. Sesuatu yang menarik, sepanjang kariernya, belum pernah platun disertai Apot menjadi mangsa serangan hendap.

Sebelum bersara, Apot pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) tapi hanya rakan-rakan rapat sahaja mengunjungi beliau. Sejak itu terlintas di fikiran beliau, adakah jasanya selama ini hanya sekadar mencurahkan air di daun keladi.

Bagi Apot, beliau tidak sekali-kali kecewa setelah bersara walaupun tiada anugerah atau gelaran tertinggi diberikan kepadanya.

Cerita-cerita mengenai pengorbanan serta keberanian beliau kini hanya dikisahkan kepada tujuh orang cucunya yang sering berkunjung ke rumahnya di Kampar, Perak. Kisah-kisah kebolehan sebagai penjejak itu sedikit sebanyak dapat mengubat hatinya apabila diceritakan kepada cucu-cucunya itu.

''Apabila cucu-cucu saya datang, mereka minta saya ceritakan pengalaman semasa menentang komunis dalam hutan. Masa itulah saya merasa puas hati kerana masih ada insan yang sudi mendengar kisah-kisah silam saya,'' katanya.

Menjawab pertanyaan penulis, beliau berkata: ''Hanya beberapa pingat sahaja diberikan sebagai mengenang jasanya. Tapi bukan SP (Setia Pahlawan) atau PGB (Pingat Gagah Berani). Tapi saya tidak berkecil hati kerana saya selama ini dapat menjaga keselamatan negara,'' katanya.

Bagi Apot, beliau hanya meminta rakan-rakan dalam pasukan keselamatan dan juga masyarakat supaya dapat terus memastikan keamanan negara terpelihara.

''Saya tidak minta balasan tanah, pangkat, gelaran atau habuan wang ringgit...memadai kenangkan pengorbanan ini,'' katanya mengakhiri perbualan.

Sumber Arkib : 19/02/2011 Utusan Malaysia