LIVE UPDATE : BLACKOUT 505 FROM PJ

11.30 malam : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan ucapan.

10.42 malam : Ucapan daripada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar










10.15 malam : Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga mengambil tempat untuk memberi ucapan.



9.40 malam : Ucapan daripada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli

9.30pm: Orang ramai membanjiri padang Dataran PJ dan CheguBard mengumumkan himpunan malam ini mencatat kehadiran 50,000 orang.

9.20pm: Penyanyi blues, Ito menyanyikan lagu 'Ubah Sekarang' dan orang ramai berdiri melambaikan tangan mengiringi nyanyiannya. br>
9.20 malam : Ketika ini, hujan lebat di lokasi himpunan namun peserta tetap tidak berganjak.

9.16 malam - Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh memberi ucapan aluannya.

9.15 malam : Giliran Dayang Ku Intan memberi ucapan.

9.00 malam : Pemimpin DAP, Ronie Liu memberi ucapan.

8.55 malam : Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sedang berucap.

8.00pm: Hujan renyai-renyai tetapi orang ramai masih tidak berganjak, dan ada yang membuka payung.

7.15pm: Ketua NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, berucap menggesa peserta mengajak rakan-rakan mereka menyertai perhimpunan tersebut.

"Malam ini kita akan bersama 'kereta perisai' Reformasi, Tian Chua dan belum sempat kita telefon untuk jemput dia, dia dah kata nak datang - pejuang rakyat Haris Ibrahim!" umum Chegubard.

Badrul Hisham, yang dipercayai dikehendaki pihak polis kerana didakwa membuat "ucapan berunsur hasutan", berkata penganjur perhimpunan itu berkempen untuk tiga isu:

1. Bahawa semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya meletakkan jawatan;
2. Pilihan raya diadakan semula di kawasan di mana berlaku penipuan; dan,
3. Menubuhkan tribunal rakyat untuk membolehkan orang ramai melaporkan penipuan pilihan raya.

Selepas Badrul Shaharin bercakap, majlis itu ditangguhkan seketika untuk solat maghrib.

7.00 petang : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mula menyampaikan ucapan di pentas utama himpunan. Selain itu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) turut menyampaikan ucapan dan membuat persembahan -SH

6.45 petang : Pelajar jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani turut berucap. Sementara itu, peserta himpunan mula meletakkan kenderaan masing-masing di susur masuk lokasi himpunan

6.40pm: Pengacara majlis, aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee menggesa peserta yang berada di kawasan tengah padang agar tidak merokok demi keselesaan peserta wanita dan golongan lain yang tidak merokok.

6.27pm: Seorang pelawak Leman Raja Lawak dan seniwati Abby Abadi turut muncul di pentas pidato petang ini.

Leman dalam ucapannya mengambil peluang untuk menyindir gaya rambut isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

"Tanya sama Rosmah, kenapa rambut kembang, nanti jawab Rosmah, tupai buat sarang," kata Leman yang menyanyikan lagu 'Tanya Sama Pokok' dengan lirik diubah suai.

6.25pm: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling awal muncul di Dataran Petaling Jaya. 

Menurut Azmin, beliau hadir ke himpunan ini pada sebelah petang kerana akan menghadiri majlis di Batu Caves anjuran ADUN Batu Caves, Amir Shari pada sebelah malam.

Imam masjid yang pernah dipenjarakan kerana membaling selipar kepada hakim, Imam Hoslan dalam ucapannya memberitahu orang ramai isterinya melahirkan anak ke-11 mereka sewaktu beliau dipenjarakan. 

"Jangan takut untuk beranak ramai-ramai tuan-tuan dan puan-puan kerana anak-anak kita yang ramai ini akan menumbangkan semua mereka yang zalim," laung Imam Hoslan disambut sorakan orang ramai.









6.00pm: Peserta telah memenuhi hampir 3 suku padang dengan penganjur perhimpunan sedang menghebahkan kutipan derma.

5.52pm: Keadaan Trafik menghala ke Padang Timur masih terkawal dengan Polis Trafik dilihat mengawal lalulintas.

5.40pm: Kebanyakan peserta memegang sepanduk dan bendera PR di tengah padang. Kedengaran pembesar suara menghebahkan "We, Malaysian citizens, urged Election Comission to be answerable to Parliament. "





5.30PM: Aktivis Pergerakan Pelajar Safwan Anang Akan menjadi Penceramah Pertama Di Atas Pentas

Orang semakin rampai memenuhi padang Amcorp Mall. Sekarang kira-kira 15,000 sudah memenuhi padang dan semakin ramai yang masuk sekarang.

5.24pm: Orang ramai berdiri tegak apabila acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.

5.15pm: Pengerusi majlis memulakan acara dengan mengumumkan tiga tujuan utama untuk mengadakan perhimpunan hari ini:
  • menuntut pemimpin SPR meletak jawatan.
  • menuntut pilihan raya diadakan semula di kawasan yang disyaki berlaku penipuan
  • menyokong tribunal BERSIH untuk menyiasat dakwaan kes penipuan pilihan raya.

Sementara itu, jumlah peserta semakin meningkat - kini dianggarkan 5,000 orang di kawasan padang.

4.45pm: Jumlah peserta meningkat kepada kira-kira 500 orang.









6 ulasan:

  1. Kalau diadakan gerai-gerai jualan...
    kan lagi baik....Orang melayu boleh berniaga...
    Menambah pendapatan dihujung minggu....

    Gerai-Gerai jualan yang ada tu...berdaftar ke TIDAK....? Kot-Kot nanti MPPJ datang rampas pulak.....

    Banyak orang muda berniaga sekarang ni di Putrajaya...Rugi Kalau Tak Ke sana....

    BalasPadam
  2. Keputusan pilihanraya dah diwartakan so apa lagi jom lah buat bantahan...... dengan bukti yg kukuh walaupon spr tu dibayangi bn dgn suara rakyat kita boleh plus kita tambah lagi dgn penundi hanto or mat bangla yg banyak dicekup lelagi di gelang patah...... pelik masa hari undi sikit punya kecoh tapi bile pr menang digelang patah senyap terus......

    BalasPadam
  3. Saya biasa jadi ejen, kerani undi dan Ketua tempat mengundi dari PRU6 hinggalah PRU13. Tidak ada sebarang keraguan perjalanan pengundian, pengiraan undi hinggalah penjumlahan undi setiap saluran berjalan dengan lancar. Kenapakah masih ada yang kata ada penipuan padahal setiap saluran ada ejen calon. Tunjukkan penipuan itu dengan bukti bukan dengan demontrasi jalanan. Rasanya ini bukan sebab SPR. Tetapi sebenarnya ada unsur lain yang mendorong puak-puak ni nak berdemontarasi dengan SPR sebagai kambing hitamnya.

    BalasPadam
  4. 2 la sy tanya kawan2 yg jd kerani mengundi...memang agen pembangkang sentiasa ada pada setiap masa sehingga kotak undi diserahkan....mcm mana plk blh berlaku penipuan. sudah2 lah pengaruh rakyat & belia2 membenci pemerintah sekrg, belajar terima hakikat bahawa sudah ditakdirkan, allah 2 maha kuasa & mengetahui atas apa yg berlaku. Yg baik itu dr allah & yg x baik 2 dr diri kita sendiri. Berhentilah dr bt huru hara.

    BalasPadam
  5. INNNNNNNI..SEMUUUUUAAAA..POYOOOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....