AIR ASIA : SEMAKIN HARI SEMAKIN BANGSAT!!! KES TERBARU DIDEDAHKAN!!!



Sekumpulan jemaah umrah kecewa apabila syarikat penerbangan murah AirAsia X didakwa membatalkan jadual penerbangan untuk kembali ke tanah air atas alasan ‘sebab komersial’.

Penumpang yang mewakili kumpulan umrah tersebut, Mansor Abu Bakar berkata, kejadian itu berlaku semasa keluarganya seramai 11 orang menunaikan umrah dengan menaiki AirAsia X pada 30 Mac dan sepatutnya pulang pada 13 April lalu.

”Kami sepatutnya pulang 13 April lalu tetapi dimaklumkan penerbangan itu telah dibatalkan dan ditawarkan dua pilihan iaitu sama ada balik awal pada 9 April atau lebih lewat pada 16 April,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan masalah kepadanya dan 10 lagi ahli keluarganya termasuk seorang yang uzur selain dua bayi, masing-masingnya berusia tiga bulan dan dua tahun.

”Pembatalan itu juga hanya dimaklumkan melalui e-mel yang dikeluarkan atas nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran Osman-Rani dan alasan pembatalan ialah ‘sebab komersial’, tanpa penjelasan lanjut yang dilihat tidak munasabah.

”Nasib baik saya dapat menyemak e-mel, jika mereka yang tidak ada kemudahan internet bagaimana?,” katanya.

Menurutnya, tawaran AirAsia X itu juga menimbulkan masalah kepada mereka iaitu sama ada mahu menanggung kerugian atau terpaksa menambah lagi kos berada di tanah suci itu.

“Jika balik penerbangan awal, bermakna kami rugi dari segi bayaran hotel dan makanan yang telah dibayar awal-awal lagi kepada pihak di Mekah dan jika balik pada 16 April pula, kami terpaksa bayar lebih untuk hotel dan makanan selama empat hari tiga malam,” katanya.

Sabtu lalu, AirAsia juga menjadi kritikan ramai ekoran insiden malang menimpa seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, dan bayinya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan yang dilarang kakitangan AirAsia menaiki pesawat AK 1455 di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam.

Tambah Mansor, AsiaAsia X juga tidak memberikan sebarang pampasan ekoran pembatalan itu kerana perkara tersebut dikatakan terkandung dalam terma dan syarat pembelian tiket dan jika mereka ada membeli insurans disuruh membuat tuntutan dengan syarikat berkenaan.

”Kami sekeluarga telah merayu kepada AirAsia X untuk memberi ganti rugi untuk hotel tetapi tidak dihiraukan langsung.

”Saya terpaksa mengeluarkan kira-kira RM15,000 untuk menampung kos penginapan dan perbelanjaan bagi hari yang terpaksa ditambah,” katanya.

- SUMBER

8 ulasan:

  1. dari mula sampai sekarang air asia memang pesawat pukimak.. dan barisan pekerja memang jenis puki2 murah! perasan cam front cover penthouse magazine! low class!

    BalasPadam
  2. Bubarkan air asia,naik tarafkn mas.....

    BalasPadam
  3. tak boleh bubarkan airasia kerana mereka syarikat berdaftar. kita boleh kutuk, boikot dan memalukan airasia sebagaimana dia memalukan kita semua. boikot habis-habisan!!

    BalasPadam
  4. Aku tak pernah guna khidmat mereka...

    BalasPadam
  5. Cakap tak pakai otak. Kalau tak ada AirAsia korang semua tak naik kapal terbang

    BalasPadam
  6. turunkan tambang mas mcm airasia barulah ada cerita. kalau sekadar ckp buat apa. ingat org nak naik sgtkah airasia kalau mas mampu buat mcm airasia buat. mas tu utk org kaya ja.....apa buatlah kalau kita yg miskin2 ni terpaksalah nai airasia....

    BalasPadam
  7. LAKNATKU KEATAS AIRASIA SELAMA-LAMANYA. Satu satu syarikat dari 100 syarikat yang paling bangsat, celaka, haram kat malaysia ni. Tuih.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....