ANWAR : ANCAMAN TANGKAPAN TAK TAKUTKAN SAYA!!!

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas, sekiranya tangkapan yang dibuat ke atas beberapa pemimpin Pakatan Rakyat di bawah Akta Hasutan sebagai ‘petanda’ amaran untuk membuatkannya takut, beliau tidak gusar bahkan akan terus berjuang.





“Kalau nak buat penangkapan bagi ‘signal’ (petanda) untuk saya takut? Saya akan tetap akan berjuang,” kata Anwar di ceramah ‘Black 505 di perkarangan Markaz Pas, Kuala Ibai, Kuala Terengganu malam tadi.

Semalam, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Pengerusi NGO Asalkan Bukan Umno (Abu), Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar ditahan secara berasingan dipercayai berhubung himpunan membantah penipuan pilihan raya yang akan berlangsung Sabtu ini.

Anwar menyifatkan kehadiran puluhan ribu di pelbagai ceramah dengan jumlah yang meningkat sebagai bukti keberanian rakyat menentang penipuan sistem pilihan raya yang dijalankan.

Tegas Anwar, tujuh himpunan ‘Suara Rakyat Suara Keramat di Kelana Jaya, Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan, Johor Bahru, Seremban dan Terengganu berlangsung secara aman dan tertib.



.

Justeru katanya, siri himpunan Black 505 di seluruh negara yang menyambut kemuncaknya pada program Suara Rakyat 505 di Padang Timur, Petaling Jaya Sabtu ini akan tetap diteruskan.

“Kerana ini sahaja mesej yang jelas, terutama di kalangan anak-anak muda. Ini pertarungan saudara. Kami hanya pemangkin kecil dalam proses ini.

“Kalau saudara biarkan penipuan berlaku, tidak ada jaminan sama sekali pilihan raya akan datang peraturan dan undang-undang akan berubah. Anak muda harus bangkit. Pertarungan ini menentukan masa depan anak muda,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

“25 haribulan ini kita hadir. Kita tak boleh terima penipuan SPR dan keputusan yang diumumkan. Jangan anggap ini perhimpunan terakhir.

“Kalau kita mula beri ‘signal’ berundur sekiranya berlaku penangkapan, maka berakhir perjuangan dan kita kalah dalam pertarungan ini,” kata Anwar disambut teriakan ‘Reformasi’ ribuan rakyat Terengganu.

Turut hadir himpunan Black 505 Terengganu ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, ahli parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah dan Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

7 ulasan:

  1. KERAJAAN berhak lalukan yang terbaik demi KEAMANAN rakyat jelata.....

    Kerja 80%
    Rancang&Bincang 15%
    Bentang&Penerangan 3%
    Cakap Kosong sekadar hiburan 2%

    ( cukuplah 2% bagi tujuan hiburan , ketenangan jiwa & melepaskan hasrat isi hati )

    BalasPadam
  2. Kami hanya pemangkin kecil dalam prosese ini....kami cetus lepas tu kami lari....

    BalasPadam
  3. Bukankah segala apa yang dilakukannya supaya pihak berkuasa menangkapnya?
    Dengan itu mudahlah Arab Spring dicetuskan!

    BalasPadam
  4. Apa saja yg anwar ckp smuanya auta.mmg dasar peliwat bgitulah jadinya.dia x tahu silent majoriti rakyat trutama melayu melebihi pykg pr.yg meramaikan pykg pr adala kaum cina.klu melayu brstuju agenda kaum cina ni sokongla pr.

    BalasPadam
  5. Yang pegi dengar ceramah 505 semua kena AUTA,lebih baik masuk panggung wayang....santai tengok filem. Relax,air-cond,terhibur dari TERTIPU pegi dengar kelentongan.

    BalasPadam
  6. apasal yang datang ceramah tu tak tnya jam omega ke,cina doll, kenal tak sapa datuk eskay,kalau dia tak jawap macam mana naksokong dia,kita maupemimpin tak tipu punya, bodoh lah yang datang tu

    BalasPadam
  7. Dah sampai masanya anwar ni muhasabah diri..lebih baik mengimarahkan masjid dgn berjemaah,membaca kitab Al Quran..apa lg yg diinginkannya. .brsyukur kpd Tuhan dgn apa yg dianugerahkn kepada diriku dan kluarga ku.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....