LAPAR : Mana Lebih Bijak? Smartphone Atau Siswazah?


Sejak akhir-akhir ini, isu kononnya pelajar universiti di negara kita menghadapi masalah kewangan hingga mengakibatkan kelaparan melampau telah membuat ramai yang melatah, meloncat tidak tentu hala. Selagi boleh komen, dikomen lagi semahunya…

Walau pun kes yang membabitkan adik Atikah di UKM telahpun diperjelaskan tentang kisah sebenar dirinya yang menghidap gastrik sejak di tingkatan satu lagi, masih lagi ramai pihak yang suka memperbesarkan sesuatu yang boleh dianggap ‘manja’ hingga ke tahap ‘mengada-ngada’.

Benarkah ada pelajar kita yang kelaparan di universiti? Jika ditanya pada penulis, penulis setuju ada yang mengikat perut berlapar kerana penulis dulu pun begitu ketika menuntut di universiti. Tapi kalau sampai ke tahap ‘pecah usus’, penulis ingatkan pihak yang menjaja cerita itu bahawa rakyat Malaysia tidak sebodoh itu…

Sejak tercetus isu tersebut, penulis melihat ramai bekas-bekas graduan di zaman 70’an, 80’an dan 90’an yang terpanggil menulis komen mengenai isu tersebut. Terkekeh-kekeh penulis membaca, terkenangkan pengalaman kami ketika bergelar siswa-siswi dulu.


Namun rata-ratanya memang menghentam kebobrokan pihak yang ‘lebih-lebih’ dalam mensensasikan cerita dalam ‘agenda’ meraih simpati masyarakat di Malaysia. Teruk juga adik-adik siswa-siswi kita dihentam abang kakak graduan kita…

Pada pandangan ringkas penulis, benar ada pelajar yang lapar di kampus atau kolej kerana ia merupakan asam garam sebagai pelajar. Ada pelajar yang miskin, tapi tidak lapar pun. Tapi ada pelajar yang kaya, tapi selalu mengadu lapar di tengah malam. Itu biasa…

Tapi kalau dicerita ada pelajar yang kebuluran, penulis cuma beritahu pihak tersebut bahawa Malaysia bukan Gambia, Mauritania, Malawi, Namibia atau Zimbabwe. Pernah tengok siswa-siswi yang kurus kering macam penduduk benua Afrika yang kebuluran?


Percaya atau tidak, realitinya para pelajar universiti kini jauh lebih mewah dengan pelbagai bantuan, pinjaman (tandatangan ‘agreement’, tapi tak mahu bayar), bantuan ‘FaMa’ (father and mother) dan banyak lagi kemudahan yang diberikan.

Adik-adik kita di universiti di era ini juga rata-ratanya memiliki telefon pintar siap berdata internet, komputer riba yang ‘up to date’ dan lain-lain gajet. Ada yang bermotorsikal besar dan ada yang bermotorsikal ‘kapcai’. Paling jelas, pelajar universiti di zaman ini selalu berebut parkir kereta dengan pensyarah, kan?

Terbaru, mengenangkan ada adik-adik kita yang ‘kebuluran’ di universiti, ada pihak yang datang memanjakan mereka dengan nasi lengkap dengan minuman beratus-ratus bungkus. Maka berduyun-duyunlah pelajar yang datang beratur bagaikan gelandangan mendapatkan bantuan yang penulis panggil Makanan Pelajar IPT ‘Kebuluran’ (BMPIK) itu…

Menariknya, merujuk pada insiden pelajar beratur mendapatkan makanan itu, ada pula pihak di luar sana yang mengatakan senario itu membuktikan pelajar IPT ‘kebuluran’. Pada pandangan penulis, senario itu bukan menunjukkan pelajar kita kebuluran atau lapar. Ia menunjukkan kita semua suka makan ‘free’…

Sebenarnya, isu pelajar lapar di universiti bukanlah satu isu. Malah ia merupakan satu kebiasaan atau aturan hidup dari Allah SWT yang menentukan rezeki hambaNya. Kadangkala, ia merupakan satu ujian yang sengaja diberikan kepada bakal-bakal pemimpin akan datang itu supaya kenal erti susah payah dalam kehidupan rakyat marhain…

Penulis ingin menyarankan pada adik-adik di IPT supaya jangan bertindak bodoh dengan mencetus viral tentang sesuatu yang mampu menzahirkan kebodohan mereka di khalayak masyarakat Malaysia seperti ini lagi di masa akan datang. Mungkin hanya segelintir yang begitu, namun kerana ‘nila setitik, boleh rosak susu sebelanga’, bukan?

Berhentilah jadi ‘mengada-ngada’. Adik-adik boleh bermanja, cuma jangan melampau ke tahap ‘mengada-ngada’. Ketahanan mental dan fizikal di alam kampus adalah sesuatu yang perlu. Jangan ditanya kenapa ia perlu kerana adik-adik akan tahu selepas masuk di alam kerjaya nanti.

Paling utama, jangan mudah terpengaruh dengan retorik luaran buat masa ini. Fokus pada pelajaran dan jangan terikut-ikut dengan ‘lifestyle’ yang menggila di luar sana. Itu bukan standard siswa-siswi yang sebenar…

Penulis kecewa juga apabila ramai yang melihat siswa-siswi termasuk yang bergelar graduan di alaf baru ini sebagai kurang berkualiti. Walaupun pahit untuk ditelan, penulis terpaksa bersetuju dengan pandangan tersebut kerana ia memang benar. Walau tidak semua, namun hampir lebih dari separuhnya begitu.

Justeru itu, demi menjaga status siswa dan siswi, demi status bergelar graduan terpelajar dan jurusan ilmu masing-masing, pastikan adik-adik semua mencapai standard kualiti yang sebenar sebagaimana yang diharapkan.

Bukan apa. Dengan segala kemudahan dan pelbagai bantuan di zaman ini yang diperoleh pelajar di zaman ini, sepatutnya adik-adik semua jauh lebih berkualiti berbanding kami. Namun malang, bukan saja gagal mencapai tahap itu, hendak kalahkan standard kami pun kalian masih gagal…

Ayuh, buktikan kebolehan adik-adik. Kami semua bukan mahu menjatuhkan adik-adik. Namun teguran dan kritikan seperti ini wajar dilihat dari sudut yang lebih terbuka, matang dan positif dengan tujuan membina. Jadi, berubahlah kerana perjalanan kalian masih panjang… (SUMBER)


LEBIH SUDU DARI KUAH

Dalam pada itu, ramai juga mengkategorikan kisah ini sebenarnya hanyalah kisah yang “lebih sudu dari kuah” kerana memperlihatkan pelajar universiti tidak cerdik.

Masing-masing mengambil jurusan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda dan sesetengahnya ada yang melanjutkan pengajian dalam Diploma. Dalam setiap jurusan, pasti ada subjek berkaitan dengan pengurusan tidak kiralah, pengurusan masa, kewangan mahupun pengurusan diri.

Tidakkah mereka mengamalkan apa yang dipelajari untuk pandai menguruskan diri di kampus?

Sejak mula masuk ke universiti, sepanjang minggu orientasi pihak universiti sudah pun memaklumkan bahawa kebajikan dan hal ehwal pelajar diuruskan oleh biasanya satu jabatan khas iaitu Hal Ehwal Pelajar. Jika ada sebarang masalah, sepatutnya mereka boleh terus mengadu masalah mereka kepada jabatan berkenaan.

Bagaimanapun, ada yang dikatakan menyendiri dan berlapar di surau kerana enggan melihat makanan yang dimakan oleh pelajar lain kerana akan sedih kerana ketiadaan duit.


Ada bukti lagi…. hasil pemerhatian, kebanyakan semua pelajar yang bermasalah duit ini semua menggunakan telefon pintar sebagai cara berkomunikasi dengan keluarga dan juga rakan-rakan.

Bagaimanapun, mereka ada pula wang untuk membeli tambah nilai internet secara harian yang biasanya berharga RM5 untuk memastikan pelan data mereka tidak luput dan boleh terus berbual dengan rakan dan teman lelaki dengan telefon pintar.

Lagi satu, mereka banyak menghabiskan wang belanja yang diberikan ibu bapa dengan membeli gajet seperti Power Bank serta aksesori telefon bimbit untuk bersaing dengan rakan-rakan.

Jika mereka mengadu ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar atau HEP secara ringkasnya, pihak universiti pastinya akan bertindak segera sekiranya pelajar berkenaan memang berasal dari keluarga miskin. Soalnya, mereka ini sebenarnya takut jika mengadu nanti kantoi ke mana perbelanjaan yang sepatutnya digunakan membiayai pembelajaran tetapi dibelanjakan ke mana. (SUMBER)

4 ulasan:

  1. Panjang nye ko ulas.... budak2 ni at least berusaha cari duit dan makan dengan cara yang baik dari jadi mcm ko... dapat duit pasal kipas orang besar... ko seribu kali hampeh dari budak2 ni... dasar blogger keparat penjahanam bangsa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang lagi hampeh, ialah org macam ko tanpa nama 10:30, viral2kan isu-isu yg sebenarnya boleh settle, bukannya bertindak jadikan semua isu dipolitikkan mcm macai seangkatan ko!

      Padam
  2. pelajar ipt ini adalah pemimpin generasi masa depan. ketika di ini, mereka diuji melalui peperiksaan, daya fikir daya tahan, fizikal, mental, kreativiti dan sebagainya. tapi nampaknya mereka gagal. jd faham2lah kualiti pemimpin yg akan dilahirkan ini. adakah mereka ini yg kita harapkan? generasi 'lembik' ini akan sentiasa mnta disuap. persoalannya smpi bila kita akan menyuap mereka dgn segala kesenangan dan kemewahan tanpa berusaha?

    BalasPadam
  3. Kalau siswa siswi bijak.....biar mereka guna hphone biasa2 je....janji senang menghubung keluarga cuma yang penting mereka perlu ada laptop atau komputer untuk memudahkan membuat kertas kerja....wifi pula pihak universiiti perlu pastikan ianya mantap dan laju.....ini tidak budak2 ni yang dari keluarga biasa biasa terperangkap dengan persekitaran mereka...kawan ada hphone baru....dia pun nak....kawan ada tudung baru..dia pun nak...kawan ada macm2 semua nak ditiru....ini semua berlaku pada anak saudara saya...tapi saya pesan nak semua tu..cari sendiri...jangan langsung tak makan cukup...Alhamdulillah...anak saudara saya cari kerja part time...jaga kiosk kat pusat beli belah bila ada masa...bila cuti panjang ajar tuisyen....sekarang dah sambung master...masih kerja sambilan

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....