STATUS PEGAWAI KONTRAK : Ini Jawapan Ketua Setiausaha Negara


Semalam antara topik panas di kalangan kakitangan awam pastinya status pekerja kontrak yang dilaporkan di sebuah portal bakal ditamatkan sepenuhnya pada Disember tahun ini.
Dalam keadaan sekarang, keputusan sebegini pastinya menimbulkan keresahan dan cakap-cakap yang tidak elok terhadap kerajaan. Namun, keresahan itu telah dinafikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.


Beliau berkata kerajaan tidak berhasrat untuk menamatkan khidmat kakitangan kontrak tahun ini.

"Berita itu adalah kenyataan palsu dan fitnah daripada individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak berautoriti," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Memetik kenyataan sumber, portal itu berkata maklumat itu diperoleh daripada satu mesyuarat awal pagi Isnin. - BERNAMA

Tinjauan di portal tersebut dan beberapa portal lain yang telah memuatnaik artikel berkaitan nampaknya masih mengekalkan posting masing-masing. Inilah bahayanya kelajuan informasi di media sosial yang tidak dapat ditapis dan disahkan terlebih dahulu kebenarannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....