NAJIB RAZAK : Dari Pengecut Ke Diktator?



Najib lembik! Najib takde telor! Najib tidak sekeras mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad! Dan entah macam-macam lagi yang kita dengar kutukan dan hinaan yang dilontarkan kepada Perdana Menteri. Banyak sangat. 

Tapi tarikh 10 Disember 2015 akan terpahat dalam sejarah UMNO seperti mana yang ditulis di sebuah portal Pro UMNO di bawah ini :
ASALNYA penulis kecewa bila Majlis Tertinggi (MT) UMNO sendiri buat keputusan untuk tidak memecat Muhyiddin Yassin. Sedetik di hati penulis, memang cari bala simpan orang macam ini lama-lama.
Tapi langsung penulis tak terfikir bahawa keputusan tak memecat tu bukan saja-saja dibuat, tapi ada strategi lain di belakangnya. Pecat seteru politik ini rupanya kerja yang terlalu senang, kenapa nak bagi dia senang ye tak?
Lagi dari itu, pecat ini silap-silap boleh bagi simpati dan peluang untuk dia kenakan kepimpinan lebih teruk lagi.  Mungkin Datuk Seri Najib Tun Razak belajar dari kesilapan Mahathir mengendalikan pemecatan Anwar dulu.
Kenapa tak dibiarkan saja dia duduk saf depan tu sementara Najib boleh guna peluang memberi ucapan dasar untuk hentam dan kerjakan dia cukup-cukup secara berdepan.  Tak mainlah kutuk belakang-belakang macam pondan balik petang.
Yang disentuh Najib pun bukan batang tubuhnya, tapi jawatannya. Nama pun tak ingin nak sebut.
Begitulah halus dan berhati-hati permainan politik Najib, ibarat mengulit ayam lah, kulit biar terlerai, daging jangan rosak.  Tapi semua orang yang mendengar ucapan itu dapat rasa siapa yang terkena, yang terkena pun rasa lebih lagi, di depan semua perwakilan pulak tu. Paling pedih, di depan controller sendiri, Mahathir.
Ini semua patut jadi pengajaran, Najib bukan calang-calang orang. Walaupun leluhurnya bangsawan UMNO tapi permainan politik UMNOnya sama setaraf dengan orang yang dibawah-bawah ini pun, malah boleh jadi keras lagi kalau tak hati-hati.
Tak hairan, baru saja beberapa bulan Najib dipanggil pengecut, hari ini dah ada orang panggil Najib diktator. SUMBER


Dalam suasana politik sekarang, berlembut terhadap musuh sering kali dianggap sebagai lemah, lihat sahaja fitnah yang bertali-arus yang telah dilemparkan bukan sahaja ke atas batang tubuh DS Najib malah terhadap isteri dan keluarganya ianya X pernah reda.


Jika dahulu serangan datang dari luar tetapi kini apabila kedudukan pembangkang kelihatan berpecah dan agak lemah, sesetengah pemimpin2 Umno juga sedang cuba untuk menangguk dia air yang keroh.




Harapan penulis agar DS Najib tabah di dalam menghadapi badai yang melanda...Apa pun beliau perlu lebih tegas di dalam menghadapi kemelut yang melanda dan jangan teragak2 dalam mengambil tindakan dan mengenali siapa kawan dan siapa lawan.


Jangan teragak2...untuk menyaman mereka yang memfitnah beliau ataupun di dalam mengambil tindakan terhadap musuh2 di dalam selimut.


Tetapi sebagai seorang "putera raja" yg berhati lembut dan mulia, boleh kah beliau bertindak sebagaimana Tun Mahathir "menyingkirkan' musuh2 politiknya dari luar dan dalam Umno selama lebih dua dekat??




Mudah2an sahaja situasi semasa menjadi "pengajaran" yang berguna buat DS Najib.

2 ulasan:

  1. Tapi dia masih x bercakap benar, jujur dan melanggar undang-undang negara dalam isu 2.6 Billion tu kan...

    BalasPadam
  2. Kalau betul gentle kasi fairlah game.Najib ko bagi berucap TSMY mulut ko kasi tutup.Itu namanya BACUL.Apa najib buat bukan bagi susah ahli umno saja,Tapi satu tanah malaya.Kau ingat satu isu saja najib punya hal?berlambakkk..Kes yang melibatkan nyawa manusia ko ingt orang boleh lupa sesuka hati?Sudahhhlahhhh...sampai bila umno patut duduk bawah pemimpin yang BACUL?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....