PANASSS!! Perwakilan Perak Kena Booo Pertikai Tun M #PAU2015


Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kecoh apabila perwakilan dari Perak memberi ucapan dalam nada mempertikaikan perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad‎ dalam Umno.

Kekecohan bermula apabila Datuk Hamzah Mohd Kassim ‎berkata kejayaan Umno hari ini bukan kerana insan yang bernama Mahathir.

"Bukan kerana insan bernama Mahathir...," katanya sambil disambut 'boo' oleh para perwakilan lain dalam Dewan, sebentaar tadi.

Bagi menenangkan keadaan Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, "ubah muka surat dan baca topik lain."

"Yang berlalu biarlah berlalu, yang penting kita pandang ke hadapan," katanya.

Keadaan kembali tenang selepas Hamzah tidak lagi berbicara mengenai isu tersebut.

Perhimpunan Agung Umno 2015 yang masuk hari kedua hari ini, diteruskan dengan menyambung semula sesi perbahasan usul ucapan dasar Presiden Umno,‎ Datuk Seri Najib Tun Razak.

Cukup-cukuplah membodek tu..... Bukan tidak boleh tegur Tun M tapi janganlah kata beliau tak ada jasa dan sumbangan. Kita harus menerima realiti sejarah. Cuma yang banyak jasa pun bukan maksum dan harus dipatuhi setiap masa.

Jika dengar ucapan perasmian Presiden tentulah pembahas usul faham garis sempadan perbahasan, "Jangan nafi jasa pemimpin lain tapi perlu sokong pemimpin hari ini."

Belajar dari orang lama macam TS Musa Sheikh Fadzir atau Ustaz Kamal Saidin. Perbahasan UMNO bukan macam bergaduh di Facebook.

4 ulasan:

  1. Yalah NAJIB yang paling banyak berjasa, sebab tu Penderma
    Erab bernama ALADDIN masukkan Rm2.67 BILLION ke dalam akaun
    dia. Belia UMNO tak kisah dari mana datangnya duit, yang penting
    Najib penuhkan tembolok kamu..........HEHEHE kan gitu....????

    BalasPadam
  2. Kah kah kah

    Anjing lgbt dapigs 1233ptg dari Dr.Mim dah mai sini dah....

    Ko kerja overtime ke, Jing...menghasut buat taik all over the place?

    Ulang2....'Najib undur', 'Tolak Najib','2.6 (sekarang 2.67b), 1mbd, 'ganti Najib',

    Tu je la yang mampu anjing lgbt dapigs lakukan....pejuang keyboard menghasut ala cinapek rba..kan, Jing?

    BalasPadam
  3. KIHKIHKIH...........Ko mabok todi ke jang......????

    BalasPadam
  4. https://www.malaysiakini.com/news/323074

    TSMY telah buat kenyataan rasmi selepas ucapan DSN.

    Kedua-dua pihak ada tugas. Ini benar.

    Saya perhatikan beberapa blog pro Najib tidak siarkan teks Timbalan Presiden ini.

    Kalau DSN yakin yang benar akan timbul juga begitu juga TSMY.



    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....