U-TURN : Siapakah Gerangan Yang Dimaksudkan? Mengapa?


Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 masuk hari ke-2. Pelbagai cadangan telah dibahas oleh semua perwakilan yang terlibat.

Banyak isu rakyat sama ada di bandar dan luar bandar yang lebih meluas dibincangkan dan diangkat telah dibahaskan didalam ucapan setiap perwakilan.

Kehadiran ahli-ahli UMNO di PWTC juga semakin menunjukkan peningkatan yang drastik. Laluan di lobi PWTC bersebelahan layar besar juga sesak. Penulis perlu mengambil masa 3-7 minit untuk melepasi kepadatan hadirin yang hadir.

Ramai dikalangan mereka yang hadir pada PAU kali ini berdebar sebelum ucapan dasar Presiden semalam dimana mereka melihat senario semasa parti.

Namun selepas sahaja ucapan dasar Presiden semalam, rata-rata mereka cukup berpuas hati dengan ucapan dan penjelasan serta ikrar dari YAB Presiden Parti untuk terus memacu UMNO dengan jayanya pada PRU14.

Suka atau tidak, ucapan dasar semalam telah mematikan niat jahat/negatif beberapa pihak untuk melakukan perkara-perkara yang tidak sewajarnya sepanjang berlangsungnya PAU.

Apa yang menarik, ada sumber yang memberitahu, beberapa pembahas sayap parti yang lantang mengkritik Presiden kelmarin, sudah mula “U-Turn” dengan kembali menyatakan sokongan kepada pucuk pimpinan parti.

Selain pada itu, Gerakan Gabungan Ketua-Ketua Cawangan Malaysia juga dilihat sudah lumpuh pergerakan mereka. Semalam kononnya dijangka 300 orang Ketua Cawangan UMNO akan mengadakan sidang media bersama Tun Mahathir di Muzium Islam, namun malangnya kehadiran Ketua Cawangan tidak sampai 30 orang.

Dimana gerakan kononnya 5 ribu Ketua Cawangan dari 21 ribu Ketua Cawangan akan hadir demo menuntut Presiden meletakkan jawatan di PWTC?

Benarkah wujudnya 5 ribu Ketua Cawangan tersebut atau ianya hanya strategi politik murahan mereka yang berhaluan kiri di dalam parti?

UMNO perlu lebih berani untuk selesaikan kemelut ini. Segala kekotoran yang wujud didalam parti harus segera dibersihkan supaya kotoran tersebut tidak merebak ke tempat yang lain.

Ucapan Penggulungan Esok.

Debaran sekali lagi menanti seluruh perwakilan dan ahli UMNO seluruh negara. Dikhabarkan ada kejutan besar esok.

Apakah kejutan tersebut? Sama-sama kita nantikan esok.

Masih ada segelintir penyokong TS Muhyiddin tidak berpuas hati dengan keputusan larangan berucap. Mungkin mereka lupa bahawa keputusan larangan bukan kepada Timbalan Presiden sahaja, tetapi kepada Naib-Naib Presiden serta Majlis Tertinggi (MT) dimana keputusan tersebut dibuat secara konsensus.

Jika TS Muhyiddin punyai kekuatan, kenapa “orang” TS Muhyiddin didalam MT.........BACA LAGI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....