NIKAH LAGI? Abby Jawab Kontroversi Kahwini Guru Mengaji!!!



Baru-baru ini nama Abby Abadi kembali hangat diperkatakan ramai pabila tindakan wanita ini sendiri yang memuatnaik gambar dengan kapsyen yang mengundang persoalan bahawa dia kini bagaikan sudah mempunyai teman istimewa di hati.

Malah dia didakwa sudah bernikah dengan jejaka bergelar ustaz itu yang dikenali sebagai Khairul Azli.

"Gosip 'pernikahan' itu tidak seperti yang digembar gemburkan. Pernikahan itu suatu benda yang baik. Tiada sebab untuk saya rahsiakan (jika ia benar-benar sudah berlangsung),” katanya sperti yang dilaporan Harian Metro.

Menurut Abby, lelaki yang sudah dikenali sejak lebih empat tahun itu adalah guru mengaji Al-Quran kepadanya dan juga anak-anak.

Sebelum ini, kisah hubungan Abby dengan Khairul Azli sudah mencuri tumpuan selepas Abby disahkan bercerai.

“Pening hendak jawab mesej (ucapan) tahniah yang mengatakan saya sudah bernikah. Senang gila (sangat) orang percayakan gosip sedangkan benda itu (pernikahan) tiadalah. Sekali lagi saya ulang, buat masa ini tiada”

“Bila saya jawab tidak (bernikah) di dalam mesej ada pula yang kata saya hendak merahsiakannya. Aduhai, rahsiakan untuk apa? (Hakikatnya) memang tiada. Belum sampai jodoh lagi,” katanya sambil memberitahu bahawa jika sudah ada jodoh, pasti dia akan berkongsikan perkara tersebut.

Artikel dan gambar terdahulu :


WOW!!! GAMBAR : Abby Abady Bernikah Lagi?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....