Sebut sahaja nama Wak Doyok tentu sekali ramai yang mengenali ikon fesyen tersebut, terutama sekali anak-anak muda yang acah-acah hipster di luar sana. Walaupun diminati ramai tidak bermakna beliau kebal daripada kontroversi.
Terbaru, tindakan beliau yang memberikan komen berbaur lucah di salah satu foto milik Kilafairy di Instagram telah dikecam hebat oleh pengikut aktres tersebut.
Apabila Kilafairy memuat naik gambar yang memaparkan susuk tubuhnya dari pandangan belakang, ia telah mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak termasuk Wak Doyok yang seakan terangsang ketika melihatnya. Malah, Kilafairy juga telah menegur komen Wak Doyok.
Sering memberi nasihat dan memuat naik status berbentuk Islamik, ramai mengkritik perbuatan Wak Doyok dan menggelarkan beliau seorang yang gila seks. Inilah kata orang merecik tak kena tempat. Tak pasal-pasal imej baik Wak Doyok tercemar. Diharap Wak Doyok dapat menahan recikannya lain kali.
Mungkin tindakan Kilafairy memuat naik foto itu ada salahnya, tetapi sebagai ikon fesyen dan duta bagi pelbagai produk, Wak Doyok harus berhati-hati dalam memberikan komen. Meskipun Wak Doyok diluar mempunyai minda yang terbuka dalam sesuatu perkara, jangan sangka semua benda yang anda lakukan itu adalah betul . Tidak perlu sehingga memberikan komen 18SX.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....