VIDEO : Wanita Diragut Di Stesen Minyak

PERNAHKAH anda terfikir yang anda berisiko besar untuk diragut sewaktu membayar untuk mengisi minyak di luar kaunter stesen?

Secara logiknya, berada di luar kenderaan dengan memakai barang kemas dan memegang dompet sememangnya mengundang kehadiran para peragut.





Video yang kami kongsikan ini merupakan contoh kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak yang tidak diketahui lokasinya.

Seorang wanita yang sedang berada di luar kaunter tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki berhelmet yang kemudiannya meragut rantai yang dipakainya.

Wanita tersebut dilihat cuba melawan, namun mujurlah peragut tersebut tidak bersenjata.

Dia kemudiannya melarikan diri dengan membonceng motosikal yang ditunggang rakannya.

Meskipun kejadian ragut sudah menjadi lumrah di negara ini, sekurang-kurangnya video ini dapat mengingatkan kita supaya sentiasa berwaspada dalam apa jua keadaan. - SUMBER


RAKAN MUDA Medium Perkasa Anak Muda

PUTRAJAYA, 6 FEBRUARI 2014 - Rakan Muda akan terus menjadi medium yang efektif bagi memperkasa golongan muda dengan memberi penekanan kepada aspek pembangunan modal insan seperti patriotism, kesukarelaan, bermoral serta bertanggungjawab.




Program yang diperkenalkan sejak 29 Oktober 1994 yang menetapkan misinya untuk melahirkan potensi tertinggi generasi muda supaya berupaya mendukung matlamat pembangunan negara melalui sembilan gaya hidup yang mengadunkan elemen-elemen Pembangunan Minda, Pembangunan Kemahiran, Pembangunan Rohani, Pembangunan Kemasyarakatan dan Kecergasan Fizikal.

Menteri Belia Dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin melalui maklum balas yang diterima melalui laman facebooknya menyatakan bahawa ramai yang mahukan agar program Rakan Muda diteruskan dengan memberikan nilai tambah serta gaya hidup yang dapat memberikan kesan langsung kepada pembangunan remaja dan belia di Negara ini.




Katanya, Bahagian Rakan Muda akan diberi tanggungjawab yang besar untuk merencanakan program-program yang sesuai dengan citarasa serta keperluan golongan muda disamping menjadikan program ini sebagai satu program yang mempunyai keunikan dan sebuah jenama yang universal.

Encik Khairy Jamaluddin berkata, program yang berusia 20 tahun ini mempunyai kekuatan serta pendekatan yang sesuai dengan kehendak golongan muda dan wajar diterus serta diperkasa dengan diberikan nilai tambah yang sesuai.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Mesra Bulan Februari Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Serbaguna Podium B, Menara KBS di sini hari ini.

Program Rakan Muda yang melalui lima fasa pelaksanaannya berkembang sehingga menjadi satu institusi sosial yang penting dan diiktiraf oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa.

BREAKING NEWS!!! DUN Sarawak Akan Dibubar Dalam Masa Terdekat?




Pengunduran Taib Mahmud: Taklimat keselamatan dijangka di pejabat Ketua Menteri Isnin

Kuching: Spekulasi pengunduran Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak kini beralih kepada kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak lebih awal daripada tempoh tamat penggal pada April 2016. 

Ini berikutan satu taklimat mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 oleh pasukan keselamatan, termasuk polis akan diadakan di Pejabat Ketua Menteri, di Kuching pada Isnin ini.



ANALISIS RINGKAS PRN SARAWAK KE 10

  1. Keputusan rasmi PRN Sarawak ialah BN telah menang 55 kerusi, Pakatan 15 (PKR 3 DAP 12) Bebas 1 kerusi.
  2. BN terpaksa menerima hakikat pembangkang mendapat dua kali ganda kerusi berbanding dulu. Meskipun masih berjaya meraih 2/3 undi untuk mandat yang kuat mentadbir negeri.
  3. Faktor utama kejatuhan jumlah kerusi kepada pembangkang ialah fitnah berterusan pembangkang terhadap Ketua Menteri yang dibuat secara berterusan.
  4. Kegagalan mengemukakan hujah mengkritik kepimpinan Ketua Menteri menyebabkan pembangkang terpaksa menyerang peribadi dengan berbagai fitnah dan hasutan yang terlalu jijik untuk diterima rakyat Sarawak di hari terakhir kempen.
  5. Cina jelas menolak BN di Sarawak meskipun berbagai kebajikan dicurahkan kepada mereka. BN perlu berhenti mengejar undi Cina serta merta kerana mereka sudah terlalu sukar lagi menyokong Kerajaan BN meskipun diberi berbagai perkara yang diminta.
  6. Bumiputera pula tetap kukuh menyokong BN sehingga Pakatan sangat sukar menembusi kawasan mereka sehingga dihalau keluar. BN perlu meningkatkan kemudahan prasaran kepada penyokong tegar mereka dan pastikan pembangkang tidak ada lagi tempat dalam hati pemimpin BN. Masa berlembut sudah cukup! 
  7. PAS jelas ditolak secara total apabila gagal memenangi sebarang kerusi. Apakah kenyataan Hj Hadi yang menghina rakyat Sarawak dengan mengaitkan mereka memakai cawat menjadi punca utama kemarahan rakyat Sarawak kepada PAS ? Mungkin Presien PAS perlu bermuhasabah panjang selepas ini.
  8. Secara keseluruhan menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064)

CEROBOH SABAH!!! Satu Lagi Cubaan DIPATAHKAN - KPN

LAHAD DATU, 6 Feb – Terdapat satu lagi cubaan kumpulan tertentu untuk menceroboh perairan pantai timur Sabah bagi melakukan jenayah pada penghujung Januari lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Bagaimanapun, katanya, cubaan itu berjaya ditumpaskan pasukan keselamatan negara yang mengawal perairan pantai timur Sabah.

Tanpa mengulas lanjut, beliau berkata pasukan keselamatan tidak akan sesekali memberi ruang kepada sesiapa sahaja yang cuba menceroboh negara ini, sebaliknya tetap mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat terutamanya di kawasan pantai timur Sabah.




Khalid ditemui pemberita selepas meninjau pos keselamatan di Pulau Adal dekat sini Khamis.

Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dan Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek.

Pada Disember lepas pasukan keselamatan berjaya mematahkan cubaan pihak tertentu untuk menceroboh ke negeri ini.

Mengenai lawatan itu, Khalid berkata pihaknya bercadang untuk menambah beberapa lagi pos kawalan gabungan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi memantapkan lagi kawalan keselamatan di sekitar kawasan berkenaan.

“Kita telah melihat beberapa kawasan yang strategik dan kawasan itu perlu mempunyai pos keselamatan gabungan. Sasaran kita ialah ingin mewujudkan lebih 40 pos keselamatan gabungan di sekitar kawasan Esszone,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid berkata pihaknya berpuas hati dengan kesiapsiagaan anggota keselamatan yang bertanggungjawab memastikan keselamatan di kawasan Esszone itu terjamin.

“Saya melihat semua anggota keselamatan yang bertugas di pos keselamatan gabungan itu sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan ancaman,” katanya.

Terdahulu, sebelum Khalid melawat beberapa.pos keselamatan gabungan di kawasan Esszone termasuk di Pulau Mataking dan Pom Pom, beliau sempat melawat pejabat baharu Esscom yang terletak di bandar Lahad Datu.

KAH..KAH..KAH... Padan Muka Melayu Selangor!!!!

Selepas Speaker DUN, DAP menorak langkah meluaskan kuasanya lagi. Sekarang di PBT Pula....Kah..kah..kah...

Kalau korang semua tak nampak lagi "GAME" serta "PERCATURAN" mereka, korang memang BUTA PERUT!!! Dan PAS, seperti biasa tidak punya apa-apa kuasa selain hanya BONEKA. Kalau di Penang tu kira boleh la terima sebab memang DAP yang majoriti, namun di Selangor, KAH...KAH...KAH... 




DAP menguasai majoriti daripada 288 kerusi lantikan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor bagi penggal 2014-2015.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata, 83 daripadanya adalah ahli DAP, manakala PKR (78) dan PAS (65) bagi mengisi jawatan di 12 PBT seluruh negeri.

Sementara sembilan telah diisi oleh Orang Besar Daerah dan baki kekosongan jawatan masih lagi dalam proses pemilihan.

Pelantikan itu diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bermesyuarat pada 29 Januari dan 5 Februari lalu.

“Proses pelantikan berkuatkuasa semalam dan semua PBT akan dimaklumkan segera supaya semua yang dilantik akan menjalankan tugas dengan serta-merta,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah meletakkan beberapa syarat ketat ahli majlis PBT baru, antara tempoh perkhidmatan yang tidak melebihi tempoh empat tahun atau dua penggal berturut-turut.

Manakala hampir 50% ahli majlis PBT yang melebihi tempoh khidmat empat tahun sebelum ini akan ‘direhatkan’.

Bagi pembahagian kuota pula, 75% daripadanya dicalonkan parti masing-masing manakala 25% daripada organisasi badan bukan kerajaan (NGO) yang sah dan berdaftar dibawah Badan Pertubuhan Pendaftar (ROS).

Kerajaan negeri turut menetapkan syarat minimum 30% jumlah ahli majlis yang dilantik akan terdiri daripada golongan wanita.

Selain itu, beberapa syarat am turut diambil kira, antaranya calon mestilah warganegara Malaysia dan fasih berbahasa Melayu, had umur minimum 21 tahun, bermastautin dikawasan berkenaan sekurang-kurangnya lima tahun atau menetap d idaerah bersebelahan. - SUMBER

Balasan Segera!! Perompak Mati Dibelasah Orang Ramai!!

PEROMPAK stesen minyak ditemui mati di tepi jalan di Jinjang, malam tadi, dipercayai akibat dihentak dengan batu oleh orang ramai yang mengejar dan memukulnya.




Kuala Lumpur: Seorang penjenayah yang merompak sebuah stesen minyak ditemui mati dibunuh di sebuah jalan masuk Kampung Delima, Jinjang di sini, malam tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam, suspek yang belum dikenal pasti dan bersenjatakan parang memasuki premis itu dan melarikan sejumlah wang tunai dan puluhan kotak rokok.

Orang awam yang menyedari kejadian itu dikatakan bertindak mengejar dan memukul suspek sehingga mati.

Suspek meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di muka dipercayai akibat dipukul dengan batu.

- Harian Metro

Soalan Seks Kepada Pelajar? Ape Citer?

SEREMBAN - Soalan berunsur seks dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada murid sekolah rendah di Nilai mendorong dua wakil rakyat membuat aduan sekali gus menuntut tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, semalam.

Adun Nilai, J Arul Kumar yang hadir bersama Adun Senawang, P Gunasekaran, mempersoalkan apa relevannya soalan berkaitan keguguran kandungan, kaedah mencegah kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii ditanya kepada murid sekolah rendah.

"Soalan seperti ini tidak sepatutnya ditanya kepada murid sekolah rendah," kata Arul Kumar.




Beliau turut menunjukkan borang soal selidik itu yang antara soalannya ialah 'Saya mempunyai keinginan seks terhadap (a) kaum (jantina) sejenis (b) keinginan untuk menjadi berlainan jantina'.

Satu lagi soalan, 'saya pernah melakukan perkara-perkara berikut (a) membaca/ menonton bahan-bahan lucah (b) melancap/ masturbasi (merangsang diri sendiri secara seksual).
Sinar Harian difahamkan, borang soal selidik itu diedarkan di sekolah-sekolah di negeri ini.

Menurutnya, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu Jumaat lalu oleh ibu bapa murid tahun empat yang bimbang persoalan yang dibangkitkan dalam soal selidik itu mencemarkan pemikiran anak mereka.

“Setelah diteliti, kita dapati soalan pada halaman tiga itu memang tidak sepatutnya diajukan kepada murid sekolah rendah. Kita pun hairan bagaimana pihak berkenaan boleh terfikir untuk menyoal selidik budak sekolah rendah dengan soalan seperti itu.

“Cuba bayangkan, apa yang kanak-kanak ini faham tentang keguguran kandungan, kaedah pencegahan kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii,” katanya.

Arul Kumar berkata, tidak timbul masalah jika soalan itu diajukan kepada golongan remaja, khususnya pelajar sekolah menengah memandangkan topik dibangkitkan bersesuaian dengan mereka untuk tujuan kesedaran.

“Ibu bapa itu sendiri kata kepada saya, mereka serba salah apabila anak-anak yang masih kecil ini balik bertanya kepada mereka soalan-soalan yang mereka sendiri tak boleh nak jawab. Pada saya, perkara seperti ini boleh dedahkan anak-anak kepada perkara yang mereka tak sepatutnya tahu lagi pada peringkat usia itu," katanya.

Sehubungan itu, Arul Kumar minta Jabatan Pendidikan negeri mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

“Kita harap Jabatan Pendidikan negeri memandang serius perkara ini kerana mengikut maklumat diterima, dipercayai kaji selidik berkenaan bukan saja diedarkan di sekolah terbabit, malah di semua jenis sekolah rendah di negeri ini sejak tahun lalu.

“Bagaimanapun, kita terpaksa menanti sehingga hari ini (semalam) untuk bertindak selepas mendapat bukti mencukupi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid ketika dihubungi Sinar Harian berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kaji selidik berkenaan dibuat klinik kesihatan berdekatan tanpa pengetahuan dan kebenaran Jabatan Pendidikan negeri.

"Setakat ini, kita tak pasti berapa banyak yang sudah diedarkan dan sekolah mana terlibat.

"Buat permulaan kita minta pengurusan sekolah yang menerima borang kaji selidik ini supaya menghentikan pengedarannya," katanya.

Kalsom berkata, pihaknya akan membuat siasatan lebih lanjut sebelum sebarang tindakan diambil.

Kes Tembak Mati Anggota SB Dianggap Selesai


KUALA LUMPUR - Polis percaya usaha mengesan suspek yang membunuh anggota polis Cawangan Khas Bukit Aman, T. Thivakaran di Bukit Persekutuan Selasa lepas, selesai dengan penahanan seorang anggota polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, anggota polis berusia 33 tahun itu merupakan satu-satunya orang yang didapati berada di tempat kejadian.




"Kami akan lakukan siasatan lanjut terhadap suspek bagi memastikan motif pembunuhan," kata Khairi apabila dihubungi Bernama di sini hari ini.

Selasa lepas, Thivakaran dijumpai mati dengan dua kesan tembakan di kepala.

Lewat hari yang sama, suspek menyerah diri di balai polis Jalan Travers dengan membawa sepucuk pistol dan dia ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

PEMUDA UMNO!!!! Jangan sekadar Cari Populariti!!!!



Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mengadakan pertemuan dengan 23 pekerja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).

Pengerusi Biro Pekerja Muda Pergerakan Pemuda UMNO, Dazma Shah Daud berkata pertemuan tersebut dilakukan atas dasar prihatin terhadap nasib kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu.

Dazma berkata pekerja PHSB yang menerima nasib malang itu meminta kerjasama Pemuda UMNO untuk membantu mendapatkan hak mereka.

Okey bab ini boleh penulis bagi kredit sedikit kat Pemuda Umno, tetapi jangan lupa, ada lebih ramai lagi di luar sana yang masih terkapai-kapai mencari pekerjaan.

Bukan sedikit beb!!

Berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran di negara ini mencatatkan 3.3 peratus pada Mei 2013 berbanding 3.0 peratus pada April.  Jumlah mereka yang menganggur meningkat 8.9 peratus atau 35,800 orang pada Mei, manakala bilangan yang bekerja menyusut seramai 80,000 (0.6 peratus) pada bulan sebelumnya.
Butiran Lanjut : KLIK SINI

Dan tanpa mengambilkira jenis atau kategori penganggur yang lain, bilangan lepasan ijazah sahaja yang masih menganggur mencapai sehingga 75,800 orang pada tahun 2012.

Bukan menidakkan kumpulan-kumpulan lain, namun yang pasti kumpulan lepasan ijazah inilah yang akan bertindak sebagai "PENCETUS" kebangkitan golongan penganggur kerana ruang dan peluang pekerjaan yang "TERHAD" dan terbatas.

Itu tidak pula diambil kira yang menjadi ahli UMNO atau terlibat secara aktif dalam Pemuda UMNO.

Golongan inilah yang sepatutnya diberi keutamaan dalam isu-isu peluang pekerjaan oleh Pemuda UMNO.

Jangan hanya menunggu ruang dan peluang sahaja untuk "menonjolkan" kehebatan dan "Buat Kerja.


GAMBAR : Suspek Pecah Rumah Tergolek Atas Jalan!!

Kira-kira jam 9.45 pagi tadi, 3 suspek pecah rumah diberkas polis di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Dua daripada suspek tidak tercedera dibawa ke Balai Polis Damansara Utama untuk siasatan manakala seorang lagi terbaring di atas jalanraya.

Kenderaan Perodua Kancil mereka naiki dikejar polis dari Sri Damansara sehingga ke kawasan berhampiran Sri Pentas sebelum terbabas dan melanggar pokok di sebelah kiri jalan.

Lelaki tercedera itu dipercayai berada di bawah pengaruh dadah. Ambulan dihubungi oleh polis tiba di lokasi kejadian lebih sejam kemudian, 11.19 pagi.

Ketika ambulan cuba mengangkat suspek ke atas pengusung, dia mula meronta-ronta. Berikutan itu tangannya terpaksa digari bagi memastikan keselamatan kakitangan ambulan.






Lagi Gambar dan Berita Di BERSAMA MAZIDUL

Susulan SB Bukit Aman Ditembak Mati, Rakan Setugas DITAHAN!!!


KUALA LUMPUR: Rakan setugas anggota Cawangan Khas PDRM yang ditemui mati ditembak di Bukit Persekutuan di sini, ditahan semalam untuk membantu siasatan polis berhubung insiden tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata anggota terbabit ditangkap pada 7.00 malam dan dibawa ke Balai Polis Travers.

Polis bagaimanapun tidak menyatakan lokasi anggota terbabit ditahan.





"Umurnya dalam lingkungan 30an, polis juga telah merampas sepucuk pistol miliknya serta beberapa dokumen lain yang berkaitan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Papan Kenyataan Kelab Pencegahan Jenayah bagi sekolah di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya di sini, hari ini.

Menurutnya polis akan mendapatkan perintah tahanan reman hari ini selama tujuh hari bagi menjalankan siasatan.

"Mangsa bunuh tidak membawa senjata api ketika kejadian, motif kejadian masih belum dapat dipastikan," katanya.

Semalam, anggota polis Cawangan Khas itu ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan.

Anggota berpangkat Lans Koperal berumur 37 tahun itu dipercayai ditembak dari jarak dekat dengan mayatnya ditemui kira-kira 1.5 meter berdekatan sebuah motosikal.

Di lokasi kejadian polis turut menemui dua kelongsong peluru berukuran 9mm berhampiran mangsa, sebuah topi keledar dan jaket.

Dalam kes lain beliau berkata 87 laporan polis telah diterima terhadap satu penerbitan video Tahun Baharu Cina baru-baru ini yang dipercayai melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

"Rakaman percakapan dengan 87 pengadu telah dilakukan dan polis akan merujuk kes ini kepada peguam negara sama ada dapat dituduh atau sebaliknya," katanya.

Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang berlakon sebagai pengacara telah menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina dan tetamu undangan Kok dikatakan membuat kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.

Sementara itu, sebanyak 50 papan kenyataan telah diserahkan kepada 50 sekolah di Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya.

Papan kenyataan itu bertujuan berkongsi informasi dengan golongan pelajar dari sudut kepolisan termasuk berkaitan undang-undang, aktiviti sekolah serta keratan akhbar.



KENCING BERDARAH : Doakan TG Nik Aziz Cepat Sembuh


Pada 2 Februari lalu, Nik Abdul Aziz yang telah dimasukkan ke Wad 2TD Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana mengalami masalah pundi kencing yang menyebabkan dia mengalami kencing berdarah serta mengalami masalah kekurangan air dalam badan.



Nota : Ini Gambar lama


Dia kini masih dirawat di Wad 2TD dan difahamkan keadaannya masih stabil.

Marilah kita mendoakan yang baik-baik dan kesejahteraan kepada Nik Abdul Aziz.







MB Nafi Pecat 30 Staf PKNS

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan penglibatan beliau dalam pemecatan hampir 30 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).

Beliau ketika ditemui berkata keputusan itu dilakukan sendiri pihak pengurusan PHSB dan menganggap tiada sebarang pemecatan pekerja berlaku melainkan pemberhentian disebabkan mereka tidak melanjutkan kontrak kakitangan terbabit.




Abdul Khalid berkata menerusi nota yang diberikan kepadanya, pihak pengurusan PHSB memaklumkan tindakan itu adalah sebagai langkah untuk menentukan jumlah pekerja yang sesuai dalam organisasi berkenaan memandangkan pekerja yang diberhentikan itu adalah pekerja kontrak.

"Itu adalah keputusan pengurusan PHSB dan saya percaya pasti ada sebabnya malah pada saya konsep dipecat boleh jadi tiada tetapi konsep tidak diteruskan pelantikan boleh jadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat negeri Selangor anjuran Jabatan Agama Islam Selangor di sini Selasa malam.

PHSB memecat 30 kakitangannya, tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa Isnin.

Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan pagi Selasa selepas hadir bekerja seperti biasa. Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Ketika diminta mengulas sama ada pemberhentian itu ada kaitan dengan isu dalaman yang dihadapi PKNS kini, Abdul Khalid turut menafikan ia disebabkan perkara berkenaan malah kes itu masih lagi dalam proses pendengaran yang dikendalikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

STACY ANGIE Pelajari Islam Dari Kekasih?

PETALING JAYA: Penyanyi Stacy mengakui semakin memahami ajaran agama Islam selepas banyak mendapat bimbingan daripada kekasihnya, Akim Ahmad. 

Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 23, berkata, Akim banyak menjelaskan tentang agama itu setiap kali mereka berjumpa dan dia juga banyak bertanya tentang perkara yang tidak difahaminya. 








"Akim banyak memberitahu saya tentang ajaran Islam dan banyak yang saya pelajari daripadanya," katanya katanya selepas pelancaran single berjudul Hello duet bersama kumpulan SM*SH yang diadakan di Auditorium Bently Music di sini, Jumaat. 


Turut hadir Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy. 

Stacy yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah bagaimanapun berkata, jika suatu hari nanti hatinya terbuka untuk memeluk agama Islam dia mahu keputusannya itu didorong kerana kehendaknya sendiri dan bukan semata-mata kerana ingin berkahwin dengan pemuda itu. 

Jelas Stacy, soal agama bukan sesuatu yang boleh dipersendakan dan dia sangat menghormati perkara itu. 

"Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas," katanya. 

Stacy berduet dengan kumpulan popular Indonesia iaitu SM*SH menerusi lagu Hello.

Dalam pada itu, Stacy berkata, pergaulannya dengan rakan-rakan beragama Islam turut mendedahkannya dengan pelbagai perkara yang tidak diketahui sebelum ini. 

"Dulu semasa di kampung pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian dan apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam. 

“Dari situlah hati saya terbuka untuk mengetahui mengenai agama ini dengan lebih mendalam,” jelasnya. 

Sementara itu, bercakap mengenai kolaborasinya dengan kumpulan SM*SH dari Indonesia Stacy berkata, ia adalah peluang cukup besar untuk dia memperkenalkan namanya di negara itu. 

Jelas Stacy, pengaruh kumpulan itu sangat kuat selain mempunyai pengikut yang cukup ramai di Indonesia dan Malaysia. 

"Bayangkan pengikut Facebook saya sudah mencecah satu juta sejak lagu kami dilancarkan dan pengikut baharu itu rata-rata dari Indonesia. 

"Saya melihat ia satu perkembangan baik untuk kerjaya saya dan bertuah dapat melakukan kolaborasi dengan mereka," katanya. 

Pada majlis tersebut, Stacy dan SM*SH turut menyampaikan beberapa buah lagu termasuklah lagu duet mereka iaitu Hello di hadapan 100 peminat. -mstar (28.12.13)

BERITA SEDIH!!!! Lans Koperal Cawangan Khas Ditembak Mati!!!

KUALA LUMPUR:  Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dari unit Cawangan Khas ditemui mati dengan dua kesan tembakan di kepala.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa dalam kenyataannya kepada media di lokasi kejadian, di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur, mengesahkan penemuan mayat tersebut pada pukul 4.30 petang.

Beliau mengatakan, orang awam yang terlihat mayat terbaring di kaki lima jalan tersebut telah memaklumkan kepada Balai Polis Travers, dan dari siasatan, polis menemui dua kelongsong peluru di lokasi tersebut.

Pihak polis sedang menyiasat motif pembunuhan. Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.





TERESA!! Buktikan Lanun Di Sabah Atau DISAMAN!!!

Presiden sebuah NGO yang menggelar diri sebagai anggota gabungan NGO pro-Barisan Nasional Zulkarnain Mahdar, memberi tempoh 14 hari kepada anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok, untuk membuktikan lanun benar-benar wujud di Sabah atau beliau akan memfailkan saman malu.




"Memang niat dia untuk memalukan orang Sabah, untuk menjejaskan imej Sabah kepada orang di luar Sabah. Memang jelas dia beritahu di sini (dalam klip video)...anda boleh melancong ke Sabah dan berpeluang melihat lanun dengan pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan," katanya merujuk kepada klip video ucapan Tahun Baharu Cina Kok yang bersifat sindiran.

Beliau berkata, gambaran yang dilihat orang ramai daripada klip video itu seolah-olah mereka yang ke Sabah akan menemui lanun dan ada kejadian tembak-menembak macam dalam pekan koboi, ini jelas memalukan orang Sabah.

Zulkarnain yang juga Presiden Persatuan Kebajikan Pekerja Anak-Anak Sabah, Selangor berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu berhubung klip video 'Onederful Malaysia CNY 2014' Teresa yang dimuat naik di laman sosial baru-baru ini.

Klip video itu jelas berbaur fitnah kerana ia menggambarkan Sabah tidak aman sehingga boleh menjejaskan industri pelancongan yang merupakan satu daripada punca pendapatan utama negeri ini, katanya.

Zulkarnain juga kesal kerana gambaran tembak-menembak dalam klip video itu mempersenda anggota keselamatan negara yang berjuang mempertaruhkan nyawa dalam mempertahan negara daripada ancaman musuh.


Katanya, dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada bulan Februari tahun lalu, 10 anggota keselamatan telah terkorban dan perbuatan Teresa menerbitkan klip video berkenaan, boleh mengguris hati dan perasaan balu serta keluarga anggota keselamatan yang terkorban itu.

"Klip video seperti itu tidak sepatutnya diterbitkan dalam suasana Tahun Baharu Cina yang disambut rakyat pelbagai kaum, terutama di Sabah, yang menyambutnya dalam suasana harmoni," katanya.

"Bagi kami, video ini satu fitnah yang jelas. Kami minta penguam negara supaya berlaku adil terhadap undang-undang. Apabila ada pihak melakukan fitnah terutama berkaitan isu kenegerian, kita minta supaya mereka ini diambil tindakan," tegas beliau.

Zulkarnain turut meminta Ketua Menteri Sabah mengharamkan Teresa dan tiga lagi individu dalam klip video berkenaan daripada memasuki Sabah.

Bantuan Miskin Bandar Kepada Rakyat RM35 Sehari!!! Tunggu Apa Lagi?



Nampaknya kerajaan sekarang bermurah hati untuk memberikan kepada kalangan anda yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan di kawasan bandar sekaligus melayakkan anda menerima baucar kerja RM35 sehari dibawah pengurusan Kementerian Sumber Manusia. Caranya?

Individu berpendapatan bawah RM3,000 di kawasan bandar, layak mendapat bantuan RM35 sehari menerusi program Baucar Kerja yang diselia oleh Kementerian Sumber Manusia.

Dilancarkan pada peringkat perintis pada April ini, ia akan menyaksikan penglibatan seramai 100 peserta yang tergolong di bawah tahap miskin bandar.

Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JobsMalaysia), Yusuff Harun berkata, bantuan tambahan tersebut dijangka dapat membantu golongan ini dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

"Namun, bantuan itu tidak akan diberikan sewenang-wenangnya. Mereka harus mendapatkan pekerjaan sambilan bagi melayakkan mereka mendapat bantuan tersebut," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

"Golongan itu hendaklah mencari kerja sambilan terlebih dahulu, dan kita akan menyumbang sebanyak RM35 sehari.

"Jumlah tersebut boleh dituntut setiap hari atau pun pada setiap hujung bulan, bergantung kepada keperluan individu tersebut," katanya.

Program Baucar Kerja menyasarkan golongan bekerja di kawasan bandar yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, dan individu yang tidak bekerja.

Ia juga menyasarkan golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, Orang Asli dan pelajar keciciran.

JobsMalaysia akan memastikan pemilihan peserta dilakukan secara teliti berdasarkan kaedah pemilihan profil dan dirujuk dari pangkalan e-kasih.

e-kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Individu yang layak akan dihubungi secara terus, kata Yusuff.

Berdasarkan pangkalan data e-kasih terkini, golongan dalam kumpulan miskin dan miskin tegar kini mencecah 500,000 orang.

Menurut Yusuff, bagi individu yang terikat dengan kontrak pengambilan pekerja yang tidak membenarkan mereka melakukan dua kerja pada masa yang sama, JobsMalaysia akan memainkan peranan sebagai orang tengah untuk berunding dengan majikan bagi membenarkan pekerja untuk melakukan kerja sambilan.

"Bagaimanapun ia tertakluk kepada akta-akta pekerjaan dan buruh yang berkaitan," katanya.


BORANG PERMOHONAN BANTUAN PPKB - KLIK SINI

Syarat Baucar Kerja RM35 Sehari?

  1. Program Baucar Kerja RM35 sehari ini menyasarkan golongan bekerja di kawasan bandar yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, dan individu yang tidak bekerja.
  2. Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari tambahan tersebut dijangka dapat membantu golongan ini dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.
  3. Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari boleh dituntut setiap hari atau pun pada setiap hujung bulan, bergantung kepada keperluan individu tersebut.
  4. Yang berminat untuk daftar permohonan bantuan baucar kerja RM35 sehari ini harus mendapatkan pekerjaan sambilan bagi melayakkan mereka mendapat bantuan tersebut.
  5. Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, Orang Asli dan pelajar keciciran turut akan diberikan pertimbangan untuk kelulusan.
  6. Individu yang layak akan dihubungi secara terus

Hmm... Jikalau dikira, pemohon yang layak bakal menerima sekitar RM1,000++ sebulan. Masyuk...

TERKINI DAN PANAS!! ADUN PKR Keluar PARTI Lagi!!! DIKEMASKINI


Apa Sudah Jadi Bang Non? Cuma nasib baik ADUN ni keluar PKR sahaja, bukan letak jawatannya sebagai ADUN. Kalau tidak satu lagi Pilihan raya Kecil (PRK) pula di Perak.




Wakil Rakyat PKR dari negeri Perak, YB Kesavan secara mengumumkan dirinya bukan lagi ADUN PKR. 

ADUN N54 Hutan Melintang ini telah memberikan surat pengumuman beliau kepada Speaker DUN Negeri Perak pagi. 

Pada surat tersebut YB Kesavan memaklumkan beliau hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim...


Adakah ini juga pelan perubahan politik "Terancang" seperti mana yang diwar-warkan Bang Non untuk mengadakan PRK Kajang?


SUMBER : KLIK SINI

Walaubagaimana pun, beberapa jam selepas penyebaran surat ini di media sosial, terdapat pula penafian daripada pihak PKR seperti dibawah :



Adun Hutan Melintang, S Kesavan hari ini menafikan dakwaan beliau keluar parti seperti mana yang dilaporkan dalam media sosial.

Sebelum ini, tersebar di media sosial surat peletakan jawatan Kesavan sebagai Adun dihantar ke Pejabat Speaker Dun Perak.

Pada sidang medianya sebentar tadi, Kesavan nyata terkejut dengan kewujudan surat yang hanya diketahui hari ini selepas menerima pelbagai panggilan mengenai perkara itu.

Menurutnya, surat yang dikemukakan kepada Pejabat Speaker Dun Perak jelas bukan dihantar olehnya berdasarkan tanda tangan pada surat itu.

"Kalau dilihat daripada surat palsu itu, kepala surat berbeza dengan alamat yang digunakan untuk urusan rasmi.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya tindakan itu sebaliknya tiada niat langsung untuk keluar parti dan akan terus setia bersama sama PKR," katanya sebentar tadi


Apa sudah Jadi? Yang Mana Satu Yang Betul Ni?

HAHAHA... Herman Tino Nak Lawan Anwar Di Kajang!!!


PENYANYI Dangdut dan Melayu Asli terkenal, Herman Tino atau nama sebenarnya Masrum Tamsi, membayangkan hasrat untuk bertanding menentang Anwar Ibrahim di PRK Kajang. 

Melalui akaun twitter @Herman4Kajang beliau menulis: 

"Aku tak lawan PKR, tapi aku lawan Anwar Ibrahim" 

Beliau turut memohon agar Barisan Nasional tidak meletakkan calon, sebaliknya menggantikan dirinya untuk menentang Anwar Ibrahim di Kajang.

Maaf, bukan nak "MENIDAKKAN" peluang Bang Herman nak bertanding, tetapi agak-agak la bang.

Herman Tino yang merupakan anak jati Selangor berbangsa Jawa itu sebelum ini pernah bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Tanjung Karang, Selangor dalam Pilihanraya Umum ke 13.

PANAS!!! Blogger Pro UMNO, Cer Tengok Apa Yang Malaysian insider Tulis Ni!!!!


"Kebanyakan penulis blog pro-Umno kurang melakukan siasatan, dan mereka perlu mengambil jalan keluar kepada hujah-hujah berasaskan kaum, agama dan seksual untuk cuba mengetengahkan isu" 
"Selalunya, hujah yang cuba diketengahkan mereka akan menjadi hambar (flat), dan akan berakhir dengan memgelirukan orang ramai disebabkan keangkuhan mereka, pemikiran cetek dan tahap intelek yang kebudak-budakan".

Oh...cerdik sangat dan tinggi ke tahap intelek penulis di Malaysian Insider? Dah berapa kali menggelupur kerana kantoi menabur fitnah? Hahaha...tahap perasan sehebat Otromen juga rupanya.... Hehehe....

Blogger Pro Umno, Any Comments?


RAKYAT MALAYSIA!!! Tunggu Apa Lagi? Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban!!


Ketika kita enak tidur beralaskan tilam empuk atau sekurang-kurangnya masih mampu melelapkan mata di rumah, ada insan lain yang tidak bernasib baik. Sedih dan menyayat hati. Walau apa pun cerita di sebalik "nasib" Keluarga ini, kita perlu bertindak membantu mereka.

Apa sudah jadi dengan agensi kerajaan? Apa sudah jadi dengan NGO kita? Sudah sampai masanya pihak berwajib "turun padang", bukan menunggu permohonan bantuan di pejabat yang berhawa dingin semata-mata. Sudah sampai masanya agensi-agensi yang berorientasikan kebajikan dan perkhidmatan kepada rakyat menyediakan kaunter dan pejabat bergerak di lokasi-lokasi "tumpuan".

BIROKRASI? Please la..... Apakah prosedur lagi yang diperlukan? Adakah gambar dan cerita ini "TIDAK LAGI CUKUP" untuk memenuhi kriteria bantuan?

Baca perkongsian ini :

Semasa kami mengadakan outreach dakwah gelandangan bersama student KUIS lebih kurang jam 1.30 pagi, kami temui ibu bapa bersama 4 orang kanak2 berusia 10, 9, 7 dan 5 tahun jadi gelandangan. Alasannya mereka tidak mampu menyewa rumah. Sudah 2 minggu mereka tidur di dataran berhampiran Bangkok Bank KL.

Rujukan: KLIK SINI

Tolong pihak bertanggungjawab bertindak secara PROAKTIF ! 








*** Teringat seketika kes 4 adik-beradik di Sweden yang mendapat perhatian sehingga pemimpin nombor 1 negara. Bolehkah penulis andaikan dua kes ini dengan perumpamaan :

"Kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan"

Please la....

Berita terbaru yang diterima (KLIK SINI), pasangan ini bersama 4 anak mereka telah dibantu oleh Baitul Mal dengan menyediakan penginapan di sebuah hotel di Kampung baru sebelum bantuan selanjutnya disalurkan.
Menurut suami keluarga itu, beliau telah menerima tawaran bekerja di Puchong dan juga sebuah bilik untuk disewa bagi penempatan keluarganya. Pihak Baitul Mal ketika ditemui seterusnya memaklumkan keluarga ini akan dibantu dari segi kewangan serta lain-lain bantuan yang difikirkan perlu.


HOT!!! Gambar2 Yang Takkan Keluar Di Media PR




Datin Seri Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan wajah seorang ibu apabila menyatakan kesanggupan pergi ke Sweden untuk membawa pulang anak-anak pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal yang ditahan di negara itu.

Keprihatinan itu dinyatakan Rosmah dalam sidang akhbar ketika menyambut kepulangan anak-anak pasangan terbabit iaitu Aishah, 14, dan adik-adiknya Ammar, 12; Adam, 11; dan Arif, 7; di kediamannya di Taman Duta. 

"Saya terfikir juga kalau mereka tidak boleh dibawa balik saya akan ke Sweden untuk mengadap Raja dan Permaisuri Sweden meminta bantuan kerana saya mengenali mereka.





"Mereka juga seorang ibu dan bapa yang sangat prihatin kepada anak-anak dan rakyat. Tapi alhamdulilah, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin telah pun berjaya membawa kanak-kanak ini balik," kata Rosmah yang gembira dengan kepulangan adik beradik tersebut. 

Rosmah berkata, beliau dan suami akan membantu anak-anak pasangan berkenaan yang akan dijaga oleh ibu dan bapa saudara mereka di Kelantan setakat yang mampu.

"Saya harap tolonglah jaga budak-budak ini dengan baik macam anak-anak mereka. Kalau ada masalah beritahu. Kalau saya dan suami dapat bantu kita akan bantu," kata Rosmah.

Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia dan Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan oleh pihak berkuasa Sweden pada 18 Disember lalu kerana disyaki merotan anak mereka kerana tidak menunaikan solat.

Berikutan itu keempat-empat anak pasangan tersebut pada awalnya diserahkan kepada keluarga angkat bukan Islam.

Ketika di bawah penjagaan keluarga angkat bukan Islam itu, keempat-empat adik beradik tersebut dikatakan tidak gembira dan kurang selesa, sehinggakan anak sulung pasangan tersebut, Aisyah, 14, merayu supaya mereka dijaga oleh keluarga Islam.









Pengundi Cina Perlu AJAR PKR!!!

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang perlu dijadikan medan penolakan pengundi Cina kepada PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tindakan menyebabkan PRK bukan kali pertama dilakukan parti itu, kata Tunku Abdul Aziz Ibrahim (gambar).

Bekas naib presiden DAP itu berkata, pengundi di kawasan Kajang terutamanya kaum Cina diselubungi kemarahan akibat tindakan PKR yang dilihat mengadakan PRK atas alasan peribadi dan menyusahkan pengundi di Kajang.

“Jika pengundi Cina tidak menolak PKR kali ini, sudah pasti mereka akan mengulangi tindakan sama pada masa akan datang.

“Saya fikir pengundi Cina perlu ajar PKR untuk elak mereka mengulangi tindakan sebegini. Rakyat tidak bodoh. Mereka perlu buat dengan cara betul, bukan dengan cara menipu rakyat,” katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian.

Tunku Abdul Aziz berkata, pengundi Cina di Kajang perlu menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka satu kumpulan yang memahami erti demokrasi sebenar dengan menolak cara politik songsang yang dibawa PKR.

Anwar semalam mengakui parti dalam Pakatan Rakyat (PR) sememangnya membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu.

Katanya, peletakan jawatan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh pada Isnin dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu dan bukan secara mengejut.

Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain kaum.



Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu menunjukkan kekalahan kerusi Barisan Nasional (BN) kebanyakannya disumbangkan oleh pengundi Cina yang membuat keputusan untuk tidak mengundi parti pemerintah.

Keputusan Anwar bertanding di kerusi itu juga dikatakan mengambil kira faktor komposisi majoriti pengundi Cina di Kajang.

Lee, 42, adalah seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.

Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menggantikan Lee Kim Sin yang popular sebagai Adun Kajang dalam pilihan raya sebelumnya.

Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi. – Malaysian Insider