Balasan Segera!! Perompak Mati Dibelasah Orang Ramai!!

PEROMPAK stesen minyak ditemui mati di tepi jalan di Jinjang, malam tadi, dipercayai akibat dihentak dengan batu oleh orang ramai yang mengejar dan memukulnya.




Kuala Lumpur: Seorang penjenayah yang merompak sebuah stesen minyak ditemui mati dibunuh di sebuah jalan masuk Kampung Delima, Jinjang di sini, malam tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam, suspek yang belum dikenal pasti dan bersenjatakan parang memasuki premis itu dan melarikan sejumlah wang tunai dan puluhan kotak rokok.

Orang awam yang menyedari kejadian itu dikatakan bertindak mengejar dan memukul suspek sehingga mati.

Suspek meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di muka dipercayai akibat dipukul dengan batu.

- Harian Metro

4 ulasan:

  1. suspek merupakan orang oku, tidak sepatutnya diperlakukan demikian seperti mana yang kita tahu suspek telah dibelasah dan dipukul dgn mengunakan objek keras iaitu batu. yang harus dipersalahkan ada masyarat yang membelasah dan memukul suspek sehingga mati. padahal kita ada undang2 yang boleh mengambil tindakan. da la belasah suspek lpstu hentak dgn batu.apa salahnya suspek ditangkap & dibawa ke balai.

    BalasPadam
  2. masyarakat yg memukul suspek sehingga mati patut menyerah diri, masyrkt tidak seharusnya buat keputusan sendiri memukul & mghentak batu sehingga suspek mati. seharusnya menyerahkan suspek ke balai utk diambil tindakan.saya tidak menyalahkan suspek, ini kerana suspek merupakan org oku. kemungkinan rakan suspek mengambil kesempatan terhadap suspek utk merompak. kita siapa di sisi allah utk mengambil nyawa seseorg

    BalasPadam
  3. Perompak biasanya bersenjatakan parang atau pisau. Jadi perkataan "apa salahnya suspek ditangkap & dibawa ke balai.." berasal dari fikiran yang cetek, tiada pengalaman dan pengetahuan tentang pelakuan aggresive penjenayah dan apa yg mereka mampu buat kepada diri anda dan keluarga tersayang sekiranya berada anda berada di tempat kejadian. OKU or non OKU , criminal is a criminal. Tangkap hari ni, keluar penjara, buat lagi- sudah jadi kebiasaan.

    Jadi saya sokong sepenuhnya penjenayah dipukul sampai mampus di tempat kejadian. Kepada mereka-mereka yang telah memukul pemuda berkenaan, syabas kepada anda semua. Anda adalah wira kami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenyataan dari Alsha Aziz adalah kenyataan yg sama akan dikeluarkan sekiranya diberi peluang untuk memberikan teguran atau kenyataan dan semua org akan memberikan pendapat yg sama..tp bagaimana pula org yg dikatakan dipergunakan boleh pula untuk tidak memikirkan terlebih dulu akan akibat sekiranya mereka tetap ingin melakukan perbuatan terkutuk tersebut..sy ada seorag sahabat yg isterinya telah meninggal dunia akbat dr spesis mereka ini yg menjadikan golongan wanita sebagai mangsa dengan meragut seterusnya dengan tanpa niat telah menyebabkan berlakunya kecelakaan semasa kejadian tersebut yg mana berakhirnya tragedi tersebut dengan kematian si isteri..!!! mempunyai anak seramai 5 orang dan yg paling kecil sekali adalah berumur dalam lingkungan 1 tahun setengah yg masih tidak mengerti apa yg telah berlaku..bagaimana Alsha jika ini terjadi kepada anda, sedangkan suspek sehingga kini tidak berjaya diberkas..berapa nyawa yg merintih yg merindui untuk memanggil nama mama mereka yg secara zahirnya telah tiada lg?...Anda memberikan komen yg bersifat terbuka sebagai manusia tp anda juga menghukum si mangsa secara terbuka tanpa anda sedari. Betul kita siapa untuk mengambil nyawa seseorang tetapi siapa pula kita siperagut atau si pembunuh tanpa niat untuk mengambil nyawa seseorang?..Itu balasan yg patut diterima oleh mereka kerana mereka yg terlibat memukul suspek juga bukannya ada lesen untuk membunuh tetapi telah dibukukan riwayat suspek yg hangya menunggu masa Malaikat Izrail untuk menjalankan tugas dari Allah s.w.t untuk mengambil nyawannya..samada kita sebagai mangsa atau suspek sebagai mangsa, semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz..wassalam...

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....