Pengunduran Taib Mahmud: Taklimat keselamatan dijangka di pejabat Ketua Menteri Isnin
Kuching: Spekulasi pengunduran Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak kini beralih kepada kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak lebih awal daripada tempoh tamat penggal pada April 2016.
Ini berikutan satu taklimat mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 oleh pasukan keselamatan, termasuk polis akan diadakan di Pejabat Ketua Menteri, di Kuching pada Isnin ini.
- SUMBER
ANALISIS RINGKAS PRN SARAWAK KE 10
- Keputusan rasmi PRN Sarawak ialah BN telah menang 55 kerusi, Pakatan 15 (PKR 3 DAP 12) Bebas 1 kerusi.
- BN terpaksa menerima hakikat pembangkang mendapat dua kali ganda kerusi berbanding dulu. Meskipun masih berjaya meraih 2/3 undi untuk mandat yang kuat mentadbir negeri.
- Faktor utama kejatuhan jumlah kerusi kepada pembangkang ialah fitnah berterusan pembangkang terhadap Ketua Menteri yang dibuat secara berterusan.
- Kegagalan mengemukakan hujah mengkritik kepimpinan Ketua Menteri menyebabkan pembangkang terpaksa menyerang peribadi dengan berbagai fitnah dan hasutan yang terlalu jijik untuk diterima rakyat Sarawak di hari terakhir kempen.
- Cina jelas menolak BN di Sarawak meskipun berbagai kebajikan dicurahkan kepada mereka. BN perlu berhenti mengejar undi Cina serta merta kerana mereka sudah terlalu sukar lagi menyokong Kerajaan BN meskipun diberi berbagai perkara yang diminta.
- Bumiputera pula tetap kukuh menyokong BN sehingga Pakatan sangat sukar menembusi kawasan mereka sehingga dihalau keluar. BN perlu meningkatkan kemudahan prasaran kepada penyokong tegar mereka dan pastikan pembangkang tidak ada lagi tempat dalam hati pemimpin BN. Masa berlembut sudah cukup!
- PAS jelas ditolak secara total apabila gagal memenangi sebarang kerusi. Apakah kenyataan Hj Hadi yang menghina rakyat Sarawak dengan mengaitkan mereka memakai cawat menjadi punca utama kemarahan rakyat Sarawak kepada PAS ? Mungkin Presien PAS perlu bermuhasabah panjang selepas ini.
- Secara keseluruhan menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....