Pengundi Cina Perlu AJAR PKR!!!

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang perlu dijadikan medan penolakan pengundi Cina kepada PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tindakan menyebabkan PRK bukan kali pertama dilakukan parti itu, kata Tunku Abdul Aziz Ibrahim (gambar).

Bekas naib presiden DAP itu berkata, pengundi di kawasan Kajang terutamanya kaum Cina diselubungi kemarahan akibat tindakan PKR yang dilihat mengadakan PRK atas alasan peribadi dan menyusahkan pengundi di Kajang.

“Jika pengundi Cina tidak menolak PKR kali ini, sudah pasti mereka akan mengulangi tindakan sama pada masa akan datang.

“Saya fikir pengundi Cina perlu ajar PKR untuk elak mereka mengulangi tindakan sebegini. Rakyat tidak bodoh. Mereka perlu buat dengan cara betul, bukan dengan cara menipu rakyat,” katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian.

Tunku Abdul Aziz berkata, pengundi Cina di Kajang perlu menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka satu kumpulan yang memahami erti demokrasi sebenar dengan menolak cara politik songsang yang dibawa PKR.

Anwar semalam mengakui parti dalam Pakatan Rakyat (PR) sememangnya membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu.

Katanya, peletakan jawatan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh pada Isnin dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu dan bukan secara mengejut.

Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain kaum.



Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu menunjukkan kekalahan kerusi Barisan Nasional (BN) kebanyakannya disumbangkan oleh pengundi Cina yang membuat keputusan untuk tidak mengundi parti pemerintah.

Keputusan Anwar bertanding di kerusi itu juga dikatakan mengambil kira faktor komposisi majoriti pengundi Cina di Kajang.

Lee, 42, adalah seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.

Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menggantikan Lee Kim Sin yang popular sebagai Adun Kajang dalam pilihan raya sebelumnya.

Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi. – Malaysian Insider

1 ulasan:

  1. cina akan rugi jika undi anwar, an war bukan dari suku sakat chi na, jadi orang cina akan hilang satu adun dari orang cina, klau mau maintain status quo cina pegang kajang, cina patut undi calon cina,... buang itu an war, tipu punya ka ki,.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....