Krisis Lahad Datu - Sampai Hati Pegawai Tentera Ini

Tidak habis rupanya senario orang-orang "BESAR" yang memperlekehkan pejuang-pejuang kita di Lahad Datu. Tapi kali ini lebih menyedihkan kerana kata-kata kejian ini keluar dari seorang pegawai tentera sendiri. Cukup-cukup la.

Dari SUMBER yang BB dapat seorang pegawai TUDM dikesan memperlekehkan usaha PDRM di peringkat awal usaha membanteras penceroboh di Lahad Datu.

Beliau berkata kematian perajurit di Lahad Datu adalah sia-sia dan bodoh kerana polis tidak tahu bertempur.

Kita semua akui peranan sepatutnya diberi kepada tentera.

Tapi satu perkara yang perlu diingat tanggapan awal tidak seperti dijangkakan kerana setiap orang melakukan kesilapan.

Walau sebodoh manapun orang yang terkorban itu (pada anggapan pegawai TUDM itu) mereka tetap seorang perajurit yang telah berjuang sehingga titisan darah terakhir dan mereka wajar diiktiraf sebagai perwira negara.

Dan sebagai seorang pegawai tentera dia tidak sepatutnya menghina orang lain walaupun dia merasa dia hebat.

Jagalah perasaan orang yang terlibat. Anda tidak berdepan dalam situasi sepertimana yang dihadapi oleh mereka yang terkorban jadi jangan cakap kurang ajar. Tak payahla nak tunjuk pandai kerana ia menyerlahkan kebodohan anda.


SUMBER- KLIK SINI

BB : Setiap unit atau skuad pasti mempunyai kepakaran tertentu dan saling memerlukan. Dicadangkan pegawai ini dihantar ke barisan hadapan di Lahad Datu. Ok tak?

ISU PENGHINAAN : Tian Chua Dilarang Masuk Ke Sabah



Seorang wakil rakyat Sabah menggesa kerajaan negeri mengharamkan kemasukan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua ke negeri itu kerana mendakwa pencerobohan militan Filipina di Kampung Tanduo adalah sandiwara Umno.

Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Datuk Nasrun Datu Mansur berkata, kenyataan Tian Chua itu adalah fitnah dan menggambarkan pemimpin pembangkang terbabit langsung tidak menghargai nyawa manusia.

“Kita tidak mahu dia bawa budaya songsang ke negeri ini dan kita berharap dia tidak dibenarkan pijak kaki di Sabah sampai bila-bila,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Tian Chua di Balai Polis Lahad Datu, di sini Jumaat.






Nasrun yang juga Ketua Umno Bahagian Silam, berkata rakyat pelbagai suku kaum di negara ini, khususnya di Sabah, harus menolak individu yang membawa budaya asing dan biadab.

Mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadikan lima daerah di pantai timur Sabah sebagai kawasan keselamatan khas, Nasrun berkata pengumuman itu amat dinantikan oleh penduduk Lahad Datu.

“Inilah jawapan yang kita tunggu-tunggu. Kawalan keselamatan ketat sangat perlu di sini kerana melibatkan kawasan pantai yang luas,” katanya.

Semalam, Najib mengumumkan Lahad Datu, Tawau, Semporna, Sandakan dan Kudat sebagai Kawasan Keselamatan Khas dengan Lahad Datu sebagai pusat kawalan.

- BERNAMA





BB : KALAU BB, BUKAN SETAKAT LARANG MASUK KE SABAH, TETAPI DITARIK BALIK TARAF WARGANEGARANYA!!!! KORANG???

KONSPIRASI!!! 205 Laporan Polis Ke Atas Tian Chua

BIADAP!!!! Itulah yang dapat BB umpamakan kepada YB (Yang Bab*) ini. Akibat rasukan dan ketaksuban politik yang melampau, kematian 2 wira negara di Lahad Datu telah dikatakan sebagai konspirasi politik UMNO.








Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menerima 205 laporan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua, yang dilihat cuba mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.


Beliau berkata setakat ini, sebanyak 140 percakapan dirakam dan kertas siasatan kes itu sudah dibawa kepada pihak Peguam Negara.


"Kertas siasatan itu telah dibuat di Johor dan disiasat di bawah Seksyen 500 iaitu memfitnah kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Bersatu Memerangi Jenayah di Kuchai Lama hari ini.


Pada 1 Mac lepas, Portal KeadilanDaily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. - BERNAMA

TERKINI Ops Daulat DARI LAHAD DATU 9 MAC 2013




KLIK SINI Untuk Maklumat Terkini Dari Masa Ke Semasa



6.00 ptg - SIDANG MEDIA PAT DAN KPN


- Operasi Pengusiran oleh ATM di Kg. Tanduo dan Kg Tanjung Batu bagi kuasai laluan paya dan hutan yang menghubungkan kedua-dua kampung tersebut seluas 5 km.

- Pasukan forensik belum dihantar ke kawasan operasi kerana keadaan masih merbahaya. Tidak mahu insiden sebelum ini berulang iaitu diserang ketika melakukan tugas pengecaman dan pengesahan.

- Tiada senjata ditemui

- Operasi memasuki kawasan baru tetapi tiada sebarang tentangan atau pertempuran

- 27 ditahan pagi tadi kira-kira jam 10.00 pagi. Mereka ditahan ketika di dalam bot dan dalam keadaan mencurigakan. Telah dihantar ke IPD Lahad Datu untuk siasatan lanjut

5.00 ptg - Kor bantuan tempur dari Kuching, berlepas ke Lahad Datu bagi membantu Ops Daulat

- Chegubard Presiden SAMM turut menyatakan sokongan. Namun dalam dia menghantar nota penghargaan buat anggota keselamatan, dia turut menimbulkan lima persoalan melalui satu kenyataan media antara lain yang turut mempersoalkan kegagalan risikan keselamatan sambil mendakwa kemungkinan ia terjadi ekoran anggota yang terhad dan beban tugas yang tinggi dalam melakukan kerja-kerja risikan untuk kepentingan politik domestik.

12.10 tgh hari - sidang media KPN dan PAT

- Gerakan penceroboh dalam kumpulan-kumpulan kecil - KPN

- "Flush" perlu dibuat di Kg Tanjung Batu - PAT

- ATM memfokuskan kpd Kg Tanduo dan Kg Tanjung Batu dalam operasi dan yakin bahawa  penceroboh akan masuk semula - PAT

- Berlaku tembak menembak dengan seorang penceroboh jam 8 pagi tadi dan menjadikan jumlah penceroboh yang ditembak mati 53 orang.

- 79 ditahan untuk siasatan

11.10 pg - Kelab Putera 1Malaysia menyumbangkan 10 tan makanan dan keperluan asas untuk tiga lokasi yang menempatkan penduduk kesan daripada krisis pencerobohan ini


10.30 pg - Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Azeez Abdul sedang mengadakan pertemuan dengan KPN & PAT


9.40 pg - Kelab Putera 1Malaysia akan menyampaikan bantuan makanan hari ini


Krisis Di Lahad Datu Menunjukkan Pentingnya Sejarah Dipelajari Generasi Muda



MACHANG, 9 Mac – Generasi muda terutama para pelajar perlu mengetahui sejarah sebenar negara terutama berkaitan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata dengan mengetahui sejarah negara, generasi muda akan dapat mengukuhkan lagi jati diri mereka dan tidak boleh diperkotak-katikkan oleh pihak yang mahu merosakkan negara.

“Sudah 55 tahun negara kita mencapai kemerdekaan dengan cara aman. Pelajar hari ini adalah pemimpin masa hadapan yang perlu memahami apa itu perlembagaan yang merupakan ibu kepada undang-undang.

“Generasi muda perlu pandang ke hadapan untuk sama-sama memajukan negara yang berlandaskan kepada perlembagaan negara,” katanya ketika menjadi pembicara utama pada Program Forum Rakyat ‘Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan Di Malaysia’ di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Datuk Abdul Rahman Sulaiman selaku anggota penal forum dan anggota Majlis Tertinggi Mubarak Datuk Mohd Rozali Isohak.

Abu Zahar berkata uniknya tidak ada negara lain yang mengamalkan konsep raja berperlembagaan kecuali Malaysia yang menjaga hak-hak raja Melayu yang berdaulat.

Beliau juga mengingatkan generasi muda yang cukup umur agar mengundi pada pilihan raya umum ke-13 kerana ia penting kepada negara.

“Jangan abaikan hak mengundi kerana kita mahu menentukan kerajaan,” katanya.

Menurutnya mereka perlu matang dalam berpolitik dengan tidak terpengaruh dengan emosi yang boleh merosakkan diri dan negara.

Abu Zahar juga meminta mereka menjadikan isu di Lahad Datu sekarang sebagai contoh terbaik apa yang dilakukan kerajaan dalam mengekang pencerobohan bersenjata itu.

“Apa yang dilakukan kerajaan sebelum ini sebenarnya adalah untuk mengelak daripada pertumpahan darah tetapi demi kedaulatan negara kita terpaksa mengambil langkah yang ada sekarang.

“Atas semangat kejiranan, kita tidak mahu mengambil langkah yang melulu,” katanya.

Sementara itu Abdul Rahman yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) meminta para pelajar mengetahui dan bijak membuat penilaian terhadap parti politik di negara ini.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didokongi Umno adalah tunjang dalam mempertahankan perlembagaan negara yang kini sudah ada pihak yang berani mempertikaikannya.

“Jasa terbesar UMNO itu seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara adalah kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak-hak orang Melayu, agama Islam dan juga seperti yang terkandung dalam sosial kontrak,” katanya.

Beliau berkata pelajar tidak perlu terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu mengenai negara sekular kerana apa yang termaktub dalam perlembagaan negara itu menepati syariat Islam.

Ketika sesi dialog beberapa isu semasa dibangkitkan termasuk kebebasan bersuara, konsep Janji Ditepati dan Akta Universiti dan Kolej Universiti. – MediaUMNO

GEMPAR!!! Rumah Waris KIRAM Di Kundasang!!!!


Gempar!!!!! Satu perkampungan "KIRAM VILLAGE" dikesan oleh penduduk dibina di Kundasang, Sabah. Rumah berbumbung hijau di atas bukit ini menimbulkan tanda tanya penduduk berdekatan, tambahan pula terdapatnya papan tanda yang menamakan tempat itu sebagai "Kiram Village Mesilou, Kundasang, Ranau.


Penduduk Kundasang di Harap membantu dalam siasatan..


Soalan ini telah tersebar sejak 25/02/2013.. (Page-Page FB)

ADAKAH BENAR RUMAH KIRAM ADA DI MESILAU ? 
Sedangkan Kiram telah menghuru-harakan Sabah ?
Ternyata Jika Keluarga KIRAM berada di SABAH sudah tentu Maklumat lebih mudah di Salurkan kepada keluarganya di Sulu..


Kenyataan penceroboh 25/02/2013

Pemimpin kepada kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Raja Muda Agbimuddin Kiram berkeras untuk meneruskan tuntutan mereka ke atas Sabah walaupun tarikh akhir yang ditetapkan kerajaan Malaysia agar mereka meninggalkan negara ini telahpun berakhir semalam.


“Terus berjuang atau mati,” kata Agbimuddin kepada stesen radio Filipina, Radyo Inquirer kira-kira jam 9 pagi tadi.


“Saya percaya kami di pihak yang benar dan tempat ini milik kami. Kami akan bertahan,” tambahnya


VIDEO : Misuari Kecut Perut Ditegur Tun Mahathir




Ini penjelasan Tun Mahathir terhadap kenyataan Nur Misuari tersebut.




.



Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari.

Sidang Media PDRM Ops Daulat 9 Mac 2013 (12.00 pm) BERITA PENUH

Lahad Datu, 9 Mac - Seorang lagi penceroboh militan Sulu maut ditembak pada 8 pagi tadi di Kampung Tanjung Batu, dekat sini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 53 orang.


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata penceroboh itu ditembak mati pasukan keselamatan selepas bertindak keluar daripada kepungan pihak berkuasa seorang diri.


Selain itu, beliau berkata 79 orang yang ditahan di beberapa kawasan di pantai timur Sabah kini disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) bagi mengesahkan penglibatan mereka dengan kumpulan penceroboh berkenaan. 


"Mereka ditahan kerana dipercayai terbabit dengan pencerobohan bersenjata yang menjadikan Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu sebagai kubu sejak 12 Feb lepas," katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas operasi Op Daulat, Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.


Sejak pencerobohan itu lapan anggota polis terkorban, dua daripadanya gugur dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna sehari kemudian.


Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat pada Khamis berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah meletak senjata dan menyerah diri tanpa syarat.


- BERNAMA

Ops Daulat : Tangkal Kalimah Celah Kelangkang!!!


Lahad Datu : Tangkal bertulis kalimah al-Quran ditemui pada mayat seorang daripada pengganas dan amat menyedihkan kerana tangkal itu turut dipakai di celah kelangkang.

Menurut sumber, tangkal itu ditemui pada mayat pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara di Kampung Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi kelmarin.

“Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan terkejut menemui tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah kelangkang serta di pinggang.





“Kemungkinan pemakaian tangkal itu bertujuan menjadikan mereka kebal, namun terbukti perbuatan itu sebenarnya sekadar amalan syirik kerana dia akhirnya terbunuh akibat terkena tembakan,” katanya.

Pengamal perubatan Islam Sharhan Shafie ketika mengulas tindakan pengganas Sulu itu memakai tangkal berkenaan berkata, ia dianggap sebagai amalan sihir kelas pertama.

“Dalam pengamalan sihir ini, semakin Allah murka, semakin ilmu itu menjadi. “Mungkin itu pertimbangan pengganas terbabit menyebabkan dia tergamak meletakkan ayat al-Quran di tempat yang tidak bersih kerana hampir dengan kemaluan,” katanya.

Menurutnya, pemakai tangkal seperti itu yakin pihak musuh menghadapi kesukaran ketika berdepan mereka dengan bantuan ghaib termasuk pandangan dialihkan menyebabkan mereka terselamat walaupun berada dalam kepungan.

“Ia dimurkai Allah selain sihir kelas pertama seperti dinyatakan Rasulullah. Saya syorkan anggota keselamatan beragama Islam membaca surah al-Furqan ayat 23 bagi menghindari sihir diamalkan musuh,” katanya.


VIDEO - Sebak Mengenangkan Nasib Wira-Wira Yang Gugur

Tiada lagi kata-kata yang mampu dilafazkan.... Hanya Al - Fatihah kusedekahkan kepadamu wahai Syuhada sekalian. 


Al - FATIHAH


OPS DAULAT - INFO : Kenapa Hornet Bukan Sukhoi Digunakan???

SUKHOI 30 MKM adalah sesatunya pesawat tempur muitirole SUKHOI generasi ke 4 yang direkacipta khas untuk TUDM & hanya TUDM saja yang menggunakan pesawat ini di dunia. Macam semalam, tak payah pegi jauh, kite tengok senjata yang digunakan sahaja.






Peluru berpandu udara ke udara :

1.Peluru berpandu panduan aktif radar jarak sederhana VYMPEL RVV - AE ( R - 77 )
2.Peluru berpandu inframerah jarak dekat R - 73
3.Peluru berpandu semi aktif jarak sederhana R - 27 RI

Peluru berpandu udara ke darat :

1. Peluru berpandu siri letupan kuat OFAB 100 - 250, 26 - 270 & FAB 500.
2. Bom panduan TVKAB 500R & 1500 KR 

Senjata lain :

1. VYMPEL KH-29 AGM
2. Versi KH-29T ( pencari TV ), KH-29TE & KH-29L ( pencari laser )
3. Senjata anti radar ZVEZDA STRELA KH -31A ( radar aktif ) & KH-39P ( radar pasif )
4. Peluru berpandu jarak jauh RADUGA NPO KH-59 ME.





Kenape tak pakai dalam OPS DAULAT? Tengok senjata digunakan SUKHOI 30 MKM pun dah tau tak sesuai kerana kesemua senjata yang digunakan dari udara ke darat boleh mengakibatkan kemusnahan yang besar. Walaupun SUKHOI 30 MKM ni multirole, TUDM hanya menggunakannya untuk AIR SUPERIORTY, pemintasan di udara & operasi jarak jauh serta peperangan besar. 

Setakat pengganas Sulu ni, hancur berkecai la mayat pengganas Sulu. Lagipun F/A 18D HORNET milik TUDM masih boleh beroperasi.




AMARAN!!! Tindakan Yang Akan Diambil Tian Chua Kepada Blogger!!



Tidak seperti Bosnya, Tian Chua nampaknya tidak pandai mengalihkan perhatian masyarakat berkenaan isu penghinaan beliau ke atas perwira-perwira negara yang terkorban di Lahad Datu. Mungkin kekeringan idea, atau memang telah "diarahkan" untuk meneruskan isu ini. Apa pun, Tian Chua telah mengeluarkan amaran!!! Eiii.., takutnya....






Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua memberi amaran kepada blogger pro kerajaan agar berhenti menyiarkan berita mengenai kenyataan yang dilemparkan yang dilihat menghina anggota keselamatan.


Tian Chua mendakwa, blogger UMNO yang menyiarkan berita tersebut telah memfitnah dirinya ketika berucap di Puchong dengan menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan dengan ayat 'Komando Mati Katak'.


"Perkara ini dirumitkan bila blogger UMNO, termasuk Papa Gomo dan yang lain mereka berita bahawa saya mengeluarkan kenyataan tersebut ketika berucap.


"Ini fitnah yang keterlaluan dan telah membawa ancaman terhadap keselamatan peribadi saya. Saya menasihatkan semua blogger yang menyiarkan berita palsu ini untuk berhenti dalam 24 jam, dan saya akan hantar surat saman kepada sesiapa yang meneruskan sebaran berita palsu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Pada 1 Mac lalu, Tian Chua seperti dipetik dalam lidah rasmi PKR, Keadilan Daily mendakwa kejadian yang menyebabkan kematian anggota pasukan keselamatan negara dan penceroboh dari Filipina itu hanya konspirasi UMNO dan kerajaan.


Tian Chua menegaskan bahawa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menghina mana-mana pihak dan menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk membersihkan namanya.


"Tuduhan bahawa saya telah menghina Pasukan Keselamatan adalah fitnah dan pembohongan jahat oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN). Saya ingin ulangi pendirian saya bahawa saya menghormati kerana Pasukan Keselamatan dan jasa mereka dalam tugasan mempertahankan negara. 


"Saya juga bersimpati dengan anggota-anggota keselamatan yang berkorban atau menjalankan tanggungjawab dalam keadaan yang sangat mencabar," katanya.


Beliau dalam kenyataanya turut melahirkan rasa kesal kerana mendakwa kenyataannya diputar belit oleh pemimpin BN dan blogger-blogger sehingga menerima kecaman yang hebat dari pelbagai pihak.


"Saya amat kesal terhadap pemimpin-pemimpin BN dan juga media yang dikuasai mereka memular-belitkan kenyataan saya sehingga menghasut kebencian orang ramai yang tidak ketahui kebenaran. Ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bermotif politik," katanya. KLPOS

Pasukan Forensik Ops Daulat Selamat Pulang




Sepang , 8 Mac 2013. Seramai 8 Pegawai dan anggota Forensik telah selamat pulang dari menjalankan tugas Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, diketuai oleh Supt. Soo Me Tong.

Mereka telah berada di sana dari 24 Februari 2013, menjalankan tugas-tugas mengesan mayat-mayat puak militan yang menceroboh Sabah dan mengenalpasti punca kematian mereka.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan, 'Team Forensik' tersebut, hampir ditembak oleh puak militan ketika menjalankan tugas mengesan mayat-mayat militan pada 6 Mac, di Kg.Tanduo selepas PDRM dan ATM mengempur tempat persembunyian mereka pada 5 Mac 2013.

- FB PDRM

#PERPADUANDAULATNEGARA - Platform Anak Muda Nyatakan Sokongan Kepada Pejuang Negara



Mengambil peluang dan ruang kesesakan orang awam pulang dari tempat kerja, Majlis Belia Malaysia (MBM) mengajak rakyat Malaysia bersama-sama mereka dalam Kempen “Perpaduan Daulat Negara” yang membawa mesej yang cukup jelas kepada rakyat di negara ini bahawa betapa pentingnya keamanan dan keharmonian di negara ini perlu dikekalkan demi kebaikan bersama. Kempen ini dijalankan di atas keperihatinan dan inisiatif MBM dalam isu pencerobohan Pengganas Sulu di Lahad Datu.






Berbekalkan Buah Epal dan Reben Biru yang diagihkan kepada orang ramai di KL Sentral, Presiden MBM Mohamed Maliki Mohamed Rapiee mengharapkan rakyat memahami mesej yang disampaikan kepada mereka tentang betapa pentingnya rakyat di Negara ini perlu bersama-sama menjaga keamanan dan berdiri teguh dibelakang kerajaan khususnya Pasukan Keselamatan dalam memastikan Kedaulatan Negara kita dapat dipertahankan. 

Mohamed Maliki terut memperjelaskan tentang buah epal dan riben biru yang diagihkan kepada orang ramai petang tadi dimana membawa maksud Keberanian dan tanda sokongan kepada perwira yang mempertahankan tanah air (Buah Epal) manakala Reben Biru yang tertulis perkataan “Perpaduan Daulat Negara” membawa maksud perpaduan seluruh rakyat Malaysia menyokong kedaulatan negara

Mohamed Rapiee juga menyeru kerajaan melalui pihak berkuasa dapat menyiasat dalang pencerobohan di Lahad Datu tidak kira sama ada mereka yang terlibat dari dalam atau luar negara dan bagi pihak MBM, Mohamed Maliki mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati terhadap waris dan keluarga anggota-anggota keselamatan yang telah terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara. 

Sesungguhnya pengorbanan pejuang-pejuang ini patut dihargai dan rakyat perlu bersatu hati menyokong pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan Negara secara tidak langsung menyuntik semangat mereka yang berjuang untuk keselamatan negara dan bangsa.





Kempen Perpaduan Daulat Negara ini tidak berakhir beitu sahaja, difahamkan MBM akan menjelajah seluruh negara dalam tempoh seminggu mulai malam ini di Negeri Sembilan untuk membawa mesej yang sama, dan berharap rakyat khususnya Belia di Negara ini faham akan perlunya bersama-sama mempertahankan Kedaulatan Negara dalam apa jua cara sekalipun.

Di antara pengisian kempen ini ialah mengadakan solat hajat dan bacaan doa mengikut anutan agama masing-masing, kempen kutipan derma Tabung Wira Lahat Datu, pengedaran reben warna biru Jalur Gemilang yang melambangkan perpaduan dan Himpunan Belia Daulat Negara.

Sehubungan itu sebagai pelancaran kepada kempen ini, MBM menjemput badan-badan gabungan MBM, orang ramai, ahli dan pemimpin masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk turut serta dalam program tersebut tanpa mengira fahaman politik, ideologi, kaum dan keturunan dalam menyatakan pendirian kita berhubung isu pencerobohan penganas di Sabah.

Inilah masanya kita menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemimpin dan pasukan keselamatan Negara. MBM yakin dan percaya segala bentuk tindakan yang telah diambil oleh pihak keselamatan adalah mengikut lunas undang-undang dan keperluan semasa demi mendahulukan kepentingan negara.

Maklumat lanjut KLIK SINI

TABUNG KEBAJIKAN PDRM - Berat Mata Memandang..... Sumbangan Anda Yang Sedikit Mampu Meringankan Beban

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul!!!! Ayuh Rakyat Malaysia samada yang berada di dalam negara mahupun di luar, BUKTIKAN kata-kata anda yang bersimpati dengan nasib isteri, anak-anak dan keluarga WIRA dan PEJUANG kita yang terkorban di Sabah. Walau kita tidak mengangkat senjata, tetapi perjuangan kita boleh dalam apa cara sekalipun. 





Pihak polis menerima pertanyaan daripada masyarakat prihatin yang menyuarakan hasrat mereka untuk menghulurkan bantuan kepada balu-balu dan anak-anak mangsa terkorban/cedera dalam insiden pencerobohan di Sabah. 


Sehubungan itu, segala bentuk bantuan boleh disalurkan melalui TABUNG KEBAJIKAN PDRM, Nombor Akaun Maybank: 564100004646 atau sumbangan cek boleh dihantar terus kepada Pegawai Kebajikan Pasukan Bukit Aman, Kuala Lumpur. Slip bank sumbangan boleh dikirim kepada Pegawai Kebajikan Pasukan di alamat Tingkat 26, Menara 2, 50560, Kuala Lumpur, emel : kebajikan_ba@rmp.gov.my atau fak: 03-26912501. 


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-22668036/8038.


PDRM mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan warga Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan beban keluarga perwira-perwira yang terkorban.

OPS DAULAT : INFO - Kenapa VAT 69 Digeruni Musuh



1. Saya ingin ceritakan pasal batalion badge 69. Terdapat gambar kerambit di kiri dan kanan dan lembing di tengah2. Maksud lembing adalah dia adalah raja di hutan. Kerambit pula bermaksud membunuh musuh dengan cara senyap seperti terkena senjata kerambit. Tahu2 perut bocor usus terkeluar.





2. Pun begitu, realitinya kami anggota operative Vat 69 selalunya low profile. Tidak pernah mengisytiharkan diri kami adalah komando 69. Tiada logo digunakan semasa operasi. Kami juga adalah kawan baik kpd orang asli. Sekiranya bertemu dengan orang asli, OA akan panggil diaorang 'orang kampung'. Operasi sekitar 80an di hutan ulu Perak, kami pernah ditugaskan untuk menawan kem dan membunuh musuh (bandit). 





Apa yg sering menarik perhatian pasukan-pasukan sahabat lain, adalah cara kami approach pasukan mereka. Selalunya kami memberitahu daripada BN 2 PPH atau polis biasa. Tetapi yg mereka musykil & binggung, angota kami bergerak, berkemas dengan pantas. Itu yang selalu membuatkan pasukan lain seperti tentera atau polis sempadan Thai tergamam. Yang dihantar cuma 2 seksyen sahaja, lebih kurang 12 orang. Tetapi seorang operative memiliki bermacam-macam kemahiran.





3. VAT 69 juga memang diajar low profile. Sebabnya skill dan kemampuan pasukan ini diumpamakan 'killing machine'. Macam-macam kemahiran ada seperti CQB, HALO/HAHO, Demolitian, Medical Combat, Sniper, Bodyguarding, Combat Diver, Survivor, Pandu Arah dan macam-macam lagi. Kami juga pernah mengikuti kursus bersama PASKAL di Lumut, serta latihan bersama pasukan-pasukan lain di Asahan Melaka, seperti Pasukan Komando Thailand, Komando Darat Singapura dan Komando Siliwangi Bandung. 





Yang seronoknya kami operative 69 berambut panjang dan sering berpakaian selekeh. Ada bertanya kenapa bandit takut kepada pasukan VAT69 kami? Kerana operative kami menjalankan tugas bersama dengan SB (Inteligen Teknikal) yang terkenal kepakaran penyamaran. Selalunya operasi rahsia ini membuahkan kejayaan dan kemenangan bagi pasukan keselamatan dan negara.


TERKINI DARI LAHAD DATU 8 MAC 2013 - Part 2 (1500 Hours - NOW)

 KLIK SINI Untuk Maklumat Terkini Dari Masa Ke Semasa



5.40 - Gambar-gambar di lokasi










5.00 ptg- Sidang Media KPN dan PAT



Senjata Yang ditemui di kawasan Ops Daulat


- Tangkapan individu melibatkan lelaki dan wanita bagi teruskan siasatan (di luar kawasan Ops Daulat) - KPN

- Tiada kejadian di lokasi krisis hari ini setakat ini

- Masih belum terima perkembangan berita dari Wisma Putra dan Pihak-Pihak yang berkenaan berkaitan tindakan genjatan senjata  - PAT


4.25 ptg - Jabatan Air Lahad Datu menghantar bantuan ke Felda Sahabat


- Info sementara Menantikan Sidang Media





3.30 ptg - Ops Bunga di hadapan Kedutaan Filipina





3.00 ptg - Kesemua 57 Sekolah yang ditutup di Lahad Datu dan Semporna akibat pencerobohan pengganas Sulu akan dibuka semula Isnin ini.

- Kem. Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tubuhkan Tabung Wira Lahad Datu

- Setakat ini, jumlah yang ditahan seramai 79 orang bagi membantu siasatan krisis di Lahad Datu



Solat Jumaat Di Felda Sahabat (Sumber Gambar)



TERKINI DARI LAHAD DATU 8 MAC 2013 Part 1 - KLIK SINI

OPS DAULAT: INFO - Kenapa Guna Air Asia


Sekarang kita asyik pula dengar pihak pembangkang mengatakan bahawa penggunaan AirAsia untuk pasukan keselamatan negara sebagai sokongan terhadap kroni. Mereka mempersoal kenapa tidak guna sahaja pesawat-pesawat tentera udara, dan ada juga yang agak ‘pelik’ sehingga beri cadangan berbentuk jahil, terutamanya seorang kartunis, apabila tertulisnya ‘mana Sukhoi’ dan sebagainya. 

Untuk pengetahuan anda, Kementerian Pertahanan telahpun membeli empat buah kapal pengangkut tentera, Airbus A400M Atlas, yang dijangka akan ada dalam inventori pada tahun 2015, kerana masih lagi dalam ujian dibawah pengendalian Airbus. Dengan panjang 45.1 meter dan lebar 42.4 meter, kapal lapan bila ini mampu mengangkut lebih daripada 125 tentera.

Buat masa sekarang, kita hanya mampu mengharapkan Lockheed C-130 Hercules, dimana kita mempunyai sebanyak 16 bilangan, tiga variasi. Tetapi jet-jet besar ini agak perlahan, justeru perlukan minyak yang sangat banyak; tambah, tidak mampu mengangkut lebih daripada 100 penumpang berserta senjata. Jadi, bolehkah kita harap Cessna 402B yang hanya mampu mengangkut sebanyak kurang daripada 10 penumpang? Tentunya tidak boleh. 

Kalau kita hantar satu battalion sahaja, kita boleh guna sekurang-kurangnya tiga daripada 8 jet CASA/IPTN CN-235M/M-VIP, yang mampu mengangkut sebanyak 44 penumpang (anggaran 130 penumpang dalam jumlah). Tetapi kerajaan telah menghantar sebanyak TUJUH batalion, berjumlah sebanyak beratus-ratus orang. Tentunya jika kita memerlukan jet yang lebih besar iaitu, Airbus A320-200, yang Airasia miliki sebanyak 65 buah.

Jet komersial ini mampu mengangkut secara penuh sebanyak 200 penumpang. Jadi, persoalan utama, sudah kita ketiadaan jet-jet besar, adakah ini masa yang sesuai untuk berdebat kegunaan jet untuk menghantar pasukan keselamatan? 




Jet Boeing C-17 Globemaster III pun hanya mampu memuatkan sebanyak 150 penumpang sahaja. Berdasarkan pemerhatian dalam saya, memang sah yang banyak negara tidak akan menggunakan jet ketenteraan untuk membuat misi penghantaran unit ke mana-mana destinasi. Mereka sudah tentunya akan menggunakan jet komersial. Sebab yang paling mudah saya boleh kemukakan, negara kita tidak perlu jet-jet pengangkut yang besar kerana kita tidak pernah mengisytiharkan peperangan terhadap mana-mana negara, dan jet-jet pengangkutan yang kita ada pun sudah cukup untuk membuat penghantaran bantuan. 

Jadi untuk apa kita perlu miliki jet sebesar Antonov An-225 Mriya kalau kita bukan negara berperang? Sudah tentunya jet-jet tersebut yang ‘tidur’ dalam pangkalan dan akan menelan kos penyelenggaraan yang sangat-sangat banyak. Inilah dia pemikiran pembangkang, yang tidak pernah berfikir secara mendalam, yang tidak pernah menyelami kelebihan dan kekurangan setiap jet dalam inventori. 

Sebab kedua kita tidak perlukan jet pengangkut tentera yang banyak kerana kita sudahpun memiliki Boeing 747-400 dan Airbus A380 dalam inventori Malaysia Airlines. Biar saya susun mengikut kelas untuk menunjukkan kepada anda semua ruangan:

Boeing 747: Kelas-1, 660+; Kelas-2, 500+; Kelas-3, 400+ 
Airbus A380: Kelas-1, 850+; Kelas-2, 600+; Kelas-3, 500+

Jadi saya rasa dari sini, anda mempunyai minda yang kuat untuk berfikir: Perlukah kita membeli jet pengangkut yang besar dan mahal untuk kegunaan sekali sekala yang akan menelan perbelanjaan dalam penyelenggaraan dan penerbangan secara jarang? Jadi kalau tidak guna Airasia atau Malaysia Airlines, bolehkah kita guna El Al Israel Airlines?


Kredit SSTDMM dan amRF

VIDEO : Lagi Pembongkaran Penyaluran Dana USD 2 Juta Kepada Penceroboh Sulu






Presiden Jaringan Cina Malaysia (JMM) Ng Lum Yong Mendakwa Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Menyalurkan 2 Juta US Dollar Kepada Penceroboh Untuk Menyerang Lahad Datu.




Maklumat Lanjut di SINI

TERKINI DARI LAHAD DATU 8 MAC 2013

12.25 tgh hari - Bekalan air di Felda Sahabat Dicatu ketika ini

- Bekalan makanan diserahkan kepada penduduk yang dipindahkan akibat krisis


12.15 tgh hari - Gambar-gambar Ops Daulat diedarkan








11. 40 pg - PPS Datuk Hamza sahkan 71 individu ditahan di Timur Sabah bagi membantu siasatan





11.00 pg - PC KPN DAN PAT

- Mayat Pengganas Yang Berpangkat Jeneral Masih Belum Dapat Dipastikan

- Penyebaran Maklumat 700 Penceroboh Menghala ke Kk dan Tawau adalah TIDAK BENAR

- Jangan Percaya Sebaran di SMS, media alternatif, media soial selagi TIDAK DISAHKAN oleh PDRM atau ATM

- Operasi Ops Daulat Diteruskan.

- Belum Ada Tangkapan di Lokasi Krisis Hari ini

- PC dibuat pada jam 11.15 pagi tadi

KRISIS LAHAD DATU - ADUN PUTUSKAN SEMUA HUBUNGAN DENGAN SULUK FILIPINA

LAHAD DATU: Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur mengumumkan putus hubungan dengan sebahagian kelompok suku kaum Suluk di Mindanao, Filipina yang berniat jahat dan memudaratkan negara.






Jelasnya, sentimen sama turut dikongsi pemimpin-pemimpin akar umbi dari kalangan suku kaum Suluk.

"Perkara ini sudah menyebabkan banyak masalah sehingga kita kehilangan lapan orang anggota keselamatan kita, dan perkara ini tidak boleh dimaafkan dan tidak menguntungkan kepada kita kalau berbaik dengan mereka kalau ini niat mereka untuk merosakkan kita." jelas ADUN berketurunan Suluk itu dalam satu temubual ekslusif dengan Astro AWANI di Lahad Datu.

"Kita bukan nak putus (hubungan saudara) dengan semua (kaum Suluk di Mindanao). Kalau yang baik, tidak kira orang asing atau tempatan, kalau (mereka) baik, kita baik. 

Sementara itu, Datu Nasrun percaya orang Suluk di Malaysia tidak lagi memberikan sokongan dan perlindungan kepada pihak pengganas yang dikhuatiri menyelusup masuk ke dalam kampung-kampung kerana sudah sedar golongan tersebut membahayakan negara.

"Orang-orang (berketurunan Suluk) tempatan tidak akan bertolak ansur dalam hal ini memandangkan ia melibatkan soal keselamatan. Jika sebelum ini mereka datang tanpa diketahui niat mereka namun sekarang kita sudah tahu." tambah Datu Nasrun.

Beliau juga mengakui insiden ini memberikan sedikit stigma kepada masyarakat etnik Suluk, namun beliau percaya stigma tersebut hanya sementara.


Sementara itu, Datu Nasrun menyambut baik pembentukan sebuah kawasan keselamatan khas yang meliputi wilayah pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.


Pada masa sama beliau mencadangkan agar kerajaan mewujudkan lebih banyak Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di sepanjang Pantai Timur Sabah, termasuk di Lahad Datu bagi mengawal kemasukkan pendatang Filipina dan memudahkan mereka masuk secara sah ke negeri ini.


Ketika ini hanya terdapat tiga CIQ di Pantai Timur Sabah melibatkan Semporna, Sandakan dan Tawau.

Laporan media Filipina sebelum ini menyebut seramai 800,000 rakyatnya kini di Sabah.

VIDEO : Krisis Lahad Datu - Negara China Pun Tak Akan Terima Tian Chua



"Dengan membuat kenyataan sebagai seorang berbangsa Cina, bagaimana pandangan kumpulan masyarakat lain terhadap bangsa Cina? Kalau boleh dia seorang (berbangsa) Cina, baliklah mana tempat yang dia boleh pergi. Saya rasa kalau negara China ada orang begini, begitu juga (dikecam). Saya tak tahulah dia nak pergi mana, dia tak layak, sengaja nak buat huru-hara dalam negara,"


Kenyataan Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua di laman portal Keadilan Daily yang mengatakan kes pencerobohan di Lahad Datu sebagai konspirasi UMNO menarik perhatian pelbagai pihak termasuk bekas Pengerusi DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat.


Baca Lagi DI SINI







Beberapa laporan polis telah dibuat oleh komponen parti Barisan Nasional dan NGO beberapa hari lalu di Ibu Pejabat Polis Taiping berhubung dengan kenyataan Tian Chua dalam tabloid Keadilan Daily.



BN Taiping buat laporan polis terhadap Tian Chua


Seperti yang terdapat dalam posting atau entry terdahulu, menyatakan Tian Chua, Elizabeth Waong merupakan orang kuat ARDA di Malaysia dan mereka merancang pelbagai kacau bilau di rantau Asia. Ia secara tidak langsung melibatkan juga Anwar Ibrahim. 


PERGH!!! KEHEBATAN ATM YANG TIDAK DIKETAHUI UMUM



1 – Percaya atau tidak jika dikatakan Komando² Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika.. Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama….hal ini dan diperakui oleh tentera² asing dan mengelarkan pasukan yang datang untuk garisan mati.




 2 – ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme? Percaya atau tidak?

3 – VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL…percaya atau tidak?

4 – Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia…percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas² lain tanpa mengambil masa yang lama.

5 – ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu²nya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan rangking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India !…




ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruh kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM diubah suai menjadi kapal serba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden!

6 – Sebelum pasukan elit MARINIR (tentera laut Indonesia ) berjaya “TAWAN” Singapura…..pada 1980an pasukan komando udara Malaysia HANDAU telah menerobos pangkalan peluru berpandu udara milik tentera Singapura yang terletak di BUKIT BATUK! Paling diingati pada kes itu Komando Malaysia meletakkan bendera MALAYSIA .!




 7 – Pada lewat 1980an, sekumpulan tentera Singapura ditangkap oleh askar wataniah Malaysia kerana cuba memasang radar di sebuah bukit yang terletak di Johor. Tindakan ini dibalas Malaysia apabila dilimbungan kering dan basah Singapura kerap berlaku letupan sabotaj yang menjejas pelancaran ekonomi Negara itu.

8 – Percaya atau tidak ? Indonesia risau apabila RELA ditubuhkan dan diperbesarjkan? Ini kerana mereka tahu adanya pasukan bantuan khas dalam RELA. Ini mengingatkan pada bantahan Singapura sewaktu penubuhan Pasukan Terjun Payung (Briged Para)

9 – Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM, apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara.

10 – Semua anggota elit komando Malaysia (ATM) dilarang memakai motorcar ber”clutch” percaya atau tidak?

11 – Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?

12 – ATM menjadi rebutan Amerika dan Britain. Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS? Disini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan Amerika US ARMY. Percaya atau tidak?

13 – Indonesia pernah mengutuk Angkatan Tentera Malaysia kerana sewaktu latihan , anggota tentera Malaysia membawa resin makanan! Namun ia dibalas Malaysia apabila sewaktu gempa bumi PADANG, makanan yang dihulurkan Malaysia adalah resin tersebut! Makanan inilah yang dikatakan expired padahal mereka kalah malu pada Malaysia.

14 – Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api ! Ini amat memalukan mereka….percaya atau tidak?

15 – Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagi pasukan elit dari negara2 rantau ini. Percaya atau tidak?



 16 – Indonesia selalu mengutuk ATM sebagai scotboy merujuk pada perkhidmatan KOR ADAT ISTIADAT ATM yang bertugas di istana BUCKINGHAM bersama-sama pasulan ROYAL AND BLUES BRITAIN, sebenarnya Indonesia dan negara yang kononnya Melayu malu apabila kemelayuan tetap ditonjolkan dalam apa sahaja tentang Malaysia . Percaya atau tidak?



 17 – Indonesia mendapat aib di Lubnan apabila dua anggota tenteranya lari apabila dikejar pasukan elit Israel iaitu briged kafir, setakat ini kontinjen²  negara PBB yang datangnya dari negara² Melayu dan terkenal adalah MALBATT (disertai Angkatan Tentera Diraja Brunei) yang terbukti dalam misi Bosnia dan Mogadishu.




BB : PERCAYA KE TAK?

EKSKLUSIF!!! Punca 4 Waris Sultan Sulu Serang Lahad Datu Didedahkan!!!

BB bukan nak menSENSASIkan krisis di Lahad Datu ketika ini dengan menuding jari kepada pihak atau individu tertentu berhubung krisis pencerobohan di Lahad Datu ketika ini. Bagaimanapun, BB terpanggil untuk berkongsi pendedahan yang dibuat dalam satu blog ini berhubung penglibatan pemimpin pembangkang ini.

Berikut pendedahan yang dinyatakan :

Anwar Ibrahim telah jumpa dengan EMPAT dari mereka yang telah menuntut Kesultanan Sulu dan menjanjikan tanah di Sabah dan jutaan wang serta bahagian dalam minyak Sabah. 

Itu sebab Anwar janjikan 20% royalti kepada Sabah yang mana ianya tak munasabah dilakukan. Baca di blog YB Abdul Rahman Dahalan. 

Royalti sedemikian banyak hanya boleh dibuat dengan mengenepikan Petronas dan royalti kepada kerajaan Pusat serta negotiation terus dengan syarikat minyak MNC antarabangsa i.e. Amerika. 

Jangan tanya mana kami dapat maklumat ini. Tak kira risik Malaysia atau polis atau tentera, atau risik Filipina atau kepala Unspinners yang ada sedikit intelligent. Kami tak akan dedahkan sumber.

Anwar ada janji kepada Sabah otonomi untuk raihkan undi. Untuk otonomi, dia perlu settle isu-isu dengan puak-puak Selatan Filipina yang tuntut Sabah. Maka dia rasuahkan mereka dari menuntut.

Itu pasal laporan Filipina kata mereka datang sebaik saja Anwar tawarkan otonomi. Itu jadi cue untuk mereka start buat kecuh. 

Inilah bakal jadi solution mereka untuk settle dengan aman. Tunggu kita tengok tuntutan mereka untuk runding serah diri kelak. Solution ini mungkin cara yang pihak Filipina, Nur Misuari dan Bangsa Moro (Tausug) bawah MNLF, dan Sultan Sulu.




Kenapa 4 saja Sultan Sulu itu tidak diketahui tapi mungkin besar dari ramai-ramai yang mengaku sultan dan tuntut jadi Sultan, empat kumpulan ini yang ramai pengikut dan disokong oleh penuntut balik Sabah.

Sultan sebenar tak mahu ambil balik Sabah pasal mereka tahu mereka dah ambil cessation money untuk beri terus kepada British dan Cobbald Commission serta referendum dah buktikan rakyat Sabah mahu bersama dalam Malaysia. 

Tuduh lain tutup kesalahan sendiri.

Setiap kali anwar tuduh seseorang melakukan sesatu, itu bermakna dia sedang enutup kesalahan sendiri dengan menyalahkan orang lain.

Lihat bagaimana dia berusaha nak salahkan Tun Dr Mahathir berkenaan pemberian warganegara asing RCI tapi dia sebenarnya yang lakukan.


DUA KOMANDO POLIS CEDERA TERIMA RAWATAN SUSULAN DI IPOH


IPOH, 7 Mac - Dua perwira negara yang cedera akibat insiden tembakan dengan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Sabah, Sabtu lalu diterbangkan ke sini, hari ini bagi menjalani rawatan susulan.


Koperal Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Koperal Azman Ampong, 39, yang merupakan anggota Komando VAT 69 tiba dengan pesawat Cessna Caravan 208 dari Pangkalan Udara Sungai Besi, di hangar Pangkalan Latihan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini pada 5.30 petang.


Kedua-dua anggota Komando itu diterbangkan dari Lahad Datu, Sabah pada 8 pagi tadi dengan pesawat King Air PDRM ke Sungai Besi.


Sebelum ini, kedua-dua mereka menerima rawatan di Hospital Lahad Datu selepas masing-masing cedera di bahu kanan dan kaki serta bahagian punggung dan paha akibat ditembak penceroboh bersenjata dalam insiden berkenaan.






Sebaik mendarat, mereka dikejarkan dengan ambulans untuk dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini bagi rawatan susulan.


Turut menyambut kepulangan kedua-dua wira negara itu ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan, warga PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta anggota Persatuan Keluarga Polis (Perkep).


Sementara itu, Mohd Shukri menyifatkan semua anggota pasukan keselamatan sama ada yang cedera, terkorban mahupun yang sedang bertugas, kini memiliki semangat yang amat tinggi serta ketahanan yang cekal demi mempertahankan tanah air.


"Mereka amat bersiap siaga, hanya menunggu arahan sahaja untuk dikerahkan ke sana demi kedaulatan negara," katanya.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Perak dan pihak yang tampil menghulurkan sumbangan dan dana bagi membantu keluarga anggota yang terkorban. - BERNAMA

Astaghfirullah!!! Tergamaknya Mereka Mempersenda Anggota Keselamatan Yang Sedang Berjuang Di Lahad Datu Ketika Ini



Astaghfirullah Al' Azim......

Tergamaknya mereka-mereka ini mempersenda anggota keselamatan kita yang sedang memperjudikan nyawa ketika ini. Tergamaknya Mereka!!! 

Dan bukan satu, malah begitu banyak sekali blogger dan facebooker dari PR yang mempersendakan gambar ini dan menuduh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi memberikan gambar yang menunjukkan anggota keselamatan kita yang terkorban!!!

BB memang tak boleh menerima KEBANGSATAN mereka-mereka ini.

Apa dah hilang kewarasan akal ker ape mereka ni???



DAN MALAM INI, 2 JAM DARI SEKARANG, BB AKAN KONGSI BERSAMA SEMUA PEMBACA SATU PENDEDAHAN BERHUBUNG KRISIS PENCEROBOHAN  DI LAHAD DATU!!!