Krisis Lahad Datu - Sampai Hati Pegawai Tentera Ini

Tidak habis rupanya senario orang-orang "BESAR" yang memperlekehkan pejuang-pejuang kita di Lahad Datu. Tapi kali ini lebih menyedihkan kerana kata-kata kejian ini keluar dari seorang pegawai tentera sendiri. Cukup-cukup la.

Dari SUMBER yang BB dapat seorang pegawai TUDM dikesan memperlekehkan usaha PDRM di peringkat awal usaha membanteras penceroboh di Lahad Datu.

Beliau berkata kematian perajurit di Lahad Datu adalah sia-sia dan bodoh kerana polis tidak tahu bertempur.

Kita semua akui peranan sepatutnya diberi kepada tentera.

Tapi satu perkara yang perlu diingat tanggapan awal tidak seperti dijangkakan kerana setiap orang melakukan kesilapan.

Walau sebodoh manapun orang yang terkorban itu (pada anggapan pegawai TUDM itu) mereka tetap seorang perajurit yang telah berjuang sehingga titisan darah terakhir dan mereka wajar diiktiraf sebagai perwira negara.

Dan sebagai seorang pegawai tentera dia tidak sepatutnya menghina orang lain walaupun dia merasa dia hebat.

Jagalah perasaan orang yang terlibat. Anda tidak berdepan dalam situasi sepertimana yang dihadapi oleh mereka yang terkorban jadi jangan cakap kurang ajar. Tak payahla nak tunjuk pandai kerana ia menyerlahkan kebodohan anda.


SUMBER- KLIK SINI

BB : Setiap unit atau skuad pasti mempunyai kepakaran tertentu dan saling memerlukan. Dicadangkan pegawai ini dihantar ke barisan hadapan di Lahad Datu. Ok tak?

1 ulasan:

  1. Mangkuk hayun ni pd 27hb ada kat pameran LIMA...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....