Tidak seperti Bosnya, Tian Chua nampaknya tidak pandai mengalihkan perhatian masyarakat berkenaan isu penghinaan beliau ke atas perwira-perwira negara yang terkorban di Lahad Datu. Mungkin kekeringan idea, atau memang telah "diarahkan" untuk meneruskan isu ini. Apa pun, Tian Chua telah mengeluarkan amaran!!! Eiii.., takutnya....
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua memberi amaran kepada blogger pro kerajaan agar berhenti menyiarkan berita mengenai kenyataan yang dilemparkan yang dilihat menghina anggota keselamatan.
Tian Chua mendakwa, blogger UMNO yang menyiarkan berita tersebut telah memfitnah dirinya ketika berucap di Puchong dengan menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan dengan ayat 'Komando Mati Katak'.
"Perkara ini dirumitkan bila blogger UMNO, termasuk Papa Gomo dan yang lain mereka berita bahawa saya mengeluarkan kenyataan tersebut ketika berucap.
"Ini fitnah yang keterlaluan dan telah membawa ancaman terhadap keselamatan peribadi saya. Saya menasihatkan semua blogger yang menyiarkan berita palsu ini untuk berhenti dalam 24 jam, dan saya akan hantar surat saman kepada sesiapa yang meneruskan sebaran berita palsu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 1 Mac lalu, Tian Chua seperti dipetik dalam lidah rasmi PKR, Keadilan Daily mendakwa kejadian yang menyebabkan kematian anggota pasukan keselamatan negara dan penceroboh dari Filipina itu hanya konspirasi UMNO dan kerajaan.
Tian Chua menegaskan bahawa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menghina mana-mana pihak dan menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk membersihkan namanya.
"Tuduhan bahawa saya telah menghina Pasukan Keselamatan adalah fitnah dan pembohongan jahat oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN). Saya ingin ulangi pendirian saya bahawa saya menghormati kerana Pasukan Keselamatan dan jasa mereka dalam tugasan mempertahankan negara.
"Saya juga bersimpati dengan anggota-anggota keselamatan yang berkorban atau menjalankan tanggungjawab dalam keadaan yang sangat mencabar," katanya.
Beliau dalam kenyataanya turut melahirkan rasa kesal kerana mendakwa kenyataannya diputar belit oleh pemimpin BN dan blogger-blogger sehingga menerima kecaman yang hebat dari pelbagai pihak.
"Saya amat kesal terhadap pemimpin-pemimpin BN dan juga media yang dikuasai mereka memular-belitkan kenyataan saya sehingga menghasut kebencian orang ramai yang tidak ketahui kebenaran. Ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bermotif politik," katanya. KLPOS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....