PANTAS!! PENYAMUN DIBERKAS POLIS SEBELUM SEMPAT JOLI!!

IPOH - Satu geng samun bersenjata api tak sempat berjoli sakan apabila diberkas polis tak sampai tiga jam selepas menyamun sebuah restoran makanan laut di Kampung Acheh, Sitiawan dekat sini Rabu lalu.

Seramai tujuh suspek terdiri enam lelaki tempatan dan seorang wanita warga China ditahan di sebuah hotel di Pantai Remis dekat sini pada pukul 4.30 pagi.

Geng tersebut amat berbahaya kerana bukan sahaja bersenjata api malah disyaki terlibat dalam dua kes melepaskan tembakan yang mencederakan tiga mangsa di Bagan Serai dan Parit Buntar dekat sini pada 13 Mei lalu.




Gambar Hiasan


Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, sebelum diberkas, tiga anggota geng berkenaan telah menyamun pemilik dan pelanggan restoran makanan laut terbabit pada pukul 1.30 pagi.

"Sewaktu kejadian terdapat enam pelanggan sedang menjamu selera di restoran tersebut. Mereka dan pengusaha restoran telah dipaksa untuk menyerahkan barangan berharga.

"Dua das tembakan yang disasar pada dua buah kamera litar tertutup (CCTV) turut dilepaskan suspek bagi menghapuskan bukti sebelum mereka bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta Kia Sephia milik pemilik restoran itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perak di sini hari ini. - KOSMO!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....