DEMO BOIKOT UTUSAN!!! KAH..KAH..KAH.....

Habis la Utusan kali ini. Demo ini diterajui oleh bekas wartawan utusan sendiri!

Kira-kira 100 kakitangan Utusan yang menanti kehadiran para pendemonstrasi itu ternyata "kecewa" apabila hanya kelibat Hata yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia yang telah dipecat itu sahaja yang hadir.

Disambut dengan jeritan "Hidup Utusan!", "Hidup Melayu!" dan "pengkhianat" akhirnya ahli DAP itu meninggalkan kawasan ibu pejabat bekas majikannya itu kira-kira 10 minit kemudian.

Rancangan ahli DAP, Hata Wahari untuk mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini tidak mendapat sambutan apabila hanya dia bersendirian yang hadir petang ini.

Walaupun telah digembar-gemburkan di laman-laman sosial sejak lebih seminggu lalu namun demonstrasi yang dirancang diadakan pukul 5 petang itu itu ternyata gagal mendapat sokongan. 

Sementara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut merancang mengadakan perhimpunan bagi menyokong akhbar tersebut di tempat dan waktu yang sama hari ini bagaimanapun akur dengan arahan pihak berkuasa yang melarang mereka berbuat demikian. - UTUSAN ONLINE




Gambar Hiasan


BB : KAHKAHKAH.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....