PR Takut Umum Kabinet Bayangan Seperti Sebelum Ini Tapi Dah Kantoi

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Janji pakatan pembangkang untuk menamakan anggota dalam ‘kabinet bayangan’ sekiranya dapat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak pernah ditunaikan biarpun ia disebut-sebut sejak PRU yang lalu lagi.

Aktivis politik tempatan, Datuk Osman Abdul melihat bahawa kabinet bayangan ini adalah antara gula-gula politik pakatan pembangkang dalam usaha mencari pengaruh dan menarik perhatian rakyat kepada mereka.

“Inilah pembohongan pembangkang yang hanya boleh bercakap tetapi tak mampu untuk melaksanakannya apabila diminta, malah sehingga ke hari ini yang ada hanya nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri namun apabila ada desakan dari anggota DAP dan Pas maka tiada kata putus dibuat,” katanya kepada UMNO-Online.




Soal beliau, bagaimana mungkin kabinet bayangan mampu diperlihatkan kepada rakyat sedangkan isu dalaman melibatkan pembahagian kerusi menjelang PRU pun masih belum lunas.

“Kalaulah mereka meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, maka jawatan timbalan nak beri pada siapa? Katakanlah nak letakkan jawatan timbalan untuk dua orang maka tentunya untuk DAP dan Pas tapi tak mungkin Lim Kit Siang hanya mahu menjadi timbalan perdana menteri saja sedangkan apa yang diinginkannya hanya boleh dibuat jika dia sendiri berkuasa.

“Benarkah mereka mampu berkerajaan bersama sedangkan baru saja diberi kepercayaan mentadbir empat negeri macam-macam masalah yang timbul. Sudahlah perkara-perkara berbangkit berkaitan rakyat gagal ditangani,” katanya.

Tegasnya lagi, pakatan pembangkang gagal menunjukkan kabinet bayangan kerana masing-masing mempunyai agenda dan impian tersendiri untuk parti-parti sendiri dan bukannya seperti BN yang menjurus kepada semangat 1Malaysia.

“Tak usahlah Pas, PKR dan DAP  nak teruskan lakonan kononnya mereka sepakat dalam pakatan pembangkang sedangkan apa yang tergambar sekarang amat berlainan, dan rakyat tidak pernah lupa apa yang telah dijanjikan,” tegasnya.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat keseluruhan agar tidak terpengaruh dengan kata-kata manis pembangkang yang sanggup menyatakan macam-macam janji sedangkan ia hanyalah bayang-bayang bagi mengaburi mata pengundi. – MediaUMNO

1 ulasan:

  1. Sdr,
    Di dalam pemerhatian saya sebagai rakyat,pihak PR agak riak kerana selalu mencanang Road To Putrajaya,tetapi saya tidak pernah mereka memberi cadangan secara lisan atau praktikal di atas mempertahankan kerusi yang dimenangi pada 2008.Keadaan sekarang amat berbeza dengan 2008.Lita telah mempercayi mereka untuk perubahan,tapi kalau dilihat kpd negeri-negeri yang mereka perintah,tiada perubahan malah lebih teruk lagi.Segala janji-janji tidak dikotakan.Kepercayaan pengundi di atas pagar telah terhakis dan adakah pihak PR tidak menyedari perkara ini.Segala pekong mereka terbongkar bukan dibuat olih pihak lawan tetapi olih mereka sendiri.Saya rasa ada baiknya mereka memikirkan strategi untuk mempertahan kerusi daripada angan-angan ke Putrajaya.Kalau desas desus yang mengatakan DSAI tidak berani bertanding di Prmtg Pauh,apa lagi halnya dengan ikan bilis lain.Sekadar pemerhatian.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....