Wow!!! Sambutan Hangit!!! Ternyata inisiatif kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat menampakkan kesan positif dan diterima rakyat. Kalau tidak masakan jumlah sebegini ramai dapat dicapai dalam tempoh masa yang singkat.
Sebanyak tujuh juta isi rumah dan individu bujang
memohon untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang
pembayarannya akan dilakukan bulan depan, kata Menteri Kewangan, Datuk
Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Katanya, jumlah itu melibatkan 4.1 juta isi keluarga yang menerima
BR1M tahun lepas dan bakinya adalah pemohon baharu yang melibatkan orang
bujang kira-kira 1.7 juta selain isi keluarga yang baru memohon.
"Sebanyak 4.1 juta penerima BR1M tahun lepas kita bawa ke tahun ini
(tanpa perlu mendaftar semula). Kita jangkakan lebih enam juta penerima
BRM1 tahun ini.
LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) perlu mengesahkan semua pemohon
baharu sebelum pembayaran dibuat,” katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Menara Hasil Sungai Petani di Bandar Amanjaya di sini hari
ini.
Katanya, pembayaran akan dilakukan mulai 1 Februari hingga 28
Februari dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan
melancarkannya pada 2 Februari.
"BR1M ini akan dikendalikan pejabat daerah atau pegawai pembangunan zon.
Mereka akan uruskan dan memastikan penyampaian dilakukan sehingga semua yang layak menerima bayaran,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....